Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, October 6, 2010

Moh Menyongket Ke Pahang Yang Makmur

Assalamualaikumwarahmatullah dan Salam Hormat Mengkome,
Balik dari Istanbul bulan Februari tahun ni, teman dok lepak tak buat pa dekat 3 bulan. Nak penuhi masa lapang teman beli Pak Dell kat Low Yat. Teman pun mula surfing tak ketahuan.
Pas tu terpikior buat blog. Teman pun buat blog. Sebelum Mohkembara ni teman ada satu blog lain, tapi tak bape aktif. Bila teman buat Mohkembara cam ade ong sikit dan semangat. Nak bina blog memula minta tolong kawan baik, Yas. Lepaih tu tau sesikit nak boh widget satnika.
Dalam pada tu dah dekat sebulan memerap kat rumah, kaki naik gata. Nak nyongket ler tu. Kabor kat orang rumah nak gi rumah Cikgu Jan kat Pahang. Dulu dia penah warning -"If I hear you jalan-jalan, I'll kill you!" Tapi bila teman kabor nak gi nyongket rumah si-polan si-polan, terutama yang dia kene, dia kata, "Say my salaam to her..." Gempak jer Pakcik ni!
So sms Cikgu Jan bagitau nak wonde-wonde ke Pahang. Sukanyer dia. Bukan senang nak jumpa Cik Mek ni. Manjang jer kursus, latih budak debate, rombongan sekolah dan segala program yang menyibukkan para cikgu. Pas plan baik punya, teman pun naik bas ekspres ke Kuantan.
Sonoknya nyongket!
3 hari pertama Cikgu Jan memang sibuk sebab tu memang koje deme. Tapi ujung minggu keme mula buat plan nak gi mana. Teman nak ke Nenasi. Tahun 1970an penah baca satu rencana dalam Asia Magazine pasa sorang nelayan di sebuah kampong di Nenasi. Pastu teman teruja nak tengok mana ropa kampong ni. Orang lain dok teruja nak gi London, New York, Milan... Kebetulan Cikgu Jan ada sedara-mara kat Nenasi tapi idok ler keme nak ziarah deme. Deme tak rapatlah pulak. Adeler tu. Nenasi menyusuri pantai dan kawasan lembab. Banyak pokok-pokok dan hutan paya gambut. Cantik gak. Nampak aman damai.
Issyyy sape pulok makor hutan nih! Potong stim betoi deme ni. Tengah orang best-best hirup udara segor, ada pulak asap dari satu kawasan perusahaan kecik. Harap-harap tak melarat deme makor tu sebab kawasan hutan gambut ni bila terbakor, susoh nak padam. Api dia terperam dalam tanoh, kite tak tau dia tak mati. Macam api dalam sekam gitu.


Nampak kampong nelayan, teman minta berhenti. Cikgu Jan ni apa teman minta dia ikut jer. Sanggup dia konar semula kalau keme terlepas jalan. Baik ati sungguh Cik Mek ni. Dia pandu keta dia masuk jalan kampong, susur pantai. Pantai sini idok ler lawor gitu, pasior pun tak putih gebu. Tapi aman damai takdok orang. Ada rumah kampong jer. Hmm boleh buat marathon kat sini. Beruntung kite kat Malaysia pantai banyak dan panjang tak berorang. Cer kome tengok pantai kat sesetengah negara, nak langkoh pun tak buleh, terpijak punggung boya yang bersidai ada. Err boya kepala itam... Kat pantai Akcakoca dekat Laut Hitam banyoknyer boya putih. Anok boya dok berbikini, tapi mak boya elok jer paka skaf!




Pasior masuk kasut yek Jan? Teman nak pilih gambor, kena amik yang sipi-sipi, takut maroh Cikgu Jan kalau teman upload gambor dia yang fokus tepat. Ni pun dia tak tau, entah kenan ke tidak. Nanti teman bagitau kat dia teman upload gambor comey dia dalam blog ni. Kalau dia tak sior, teman kena delete ler. Buleh ke Jan? Tak nampak pe Jan, nampak idung comey jer...





Sambe menyongket, teman galah laptop teman. Bukan apa. Kat rumah si Ijan ni, connection punyalah slow. Teman nak check email dari suami, mau tersengguk-sengguk nunggu punya lama. Tak tau ngape Maxis bangang ni susah nak dapat kat Bandar Muadzam. Tapi Alhamdulillah kat tepi pantai ngadap Laut China Selatan buleh pulak dapat connection bodoh tu.




Agak 40 minit keme bertenet tu, keme sambung drive. Singgah satu tempat teman lupa nama dia. Dia kat kuala sebab ada sungai. Kat situ ada jeti. Ok gak. Keme pun turun dari keta jalan-jalan kat pantai yang tak bape comey. Pantai dia berpasior gak tapi banyak seredak laut seperti daun, ranting dan seumpamanya. Keme jenjalan atas jeti tu sambe '...berlari-lari berketawa, berpimpin tangan....' Haa cam industan pulak! Dan kat bahagian tengah ada ruang rehat untuk duduk-duduk.



Sampai nak dekat maghrib keme dok memain kat situ. Kendian keme balik ke Muadzam. Malamnya Cikgu Jan belanja teman makan malam di salah sebuah restoran kat bandar tu. Meriah gak bandar ni walaupun dia tak besor mane. Sebabnya ada maktab Mara dan universiti dekat-dekat sini. Di Malaysia ni, kalau ada kolej, maktab, universiti di sesuatu tempat, memang buleh cari makanlah. Orang Malaysia rama yang idup untuk makan! Betoi tak kome, ngaku jer ler!



Hari sabtunya keme kuor pagi gak. Plan keme nak ke Kuantan dan bermalam di situ. On the way keme akan singgah-minggah. Ni salah satu tempat yang keme singgah. Teman lupa nama tempat ni sebab banyak tempat teman kata, "Stoooop! Nak berenti sini buleh?" Cikgu Ijan cam biasa kata, "Boleh..." Keme pun jenjalan dan usya tempat tu. Lagi satu pantai yang tak berorang. Tak banyak rumah dekat dengan pantai tapi ada sebuah chalet.




Nilah ropa chaletnya. Tapi pintu berkunchi. Cam tak bertuan. Nak sewa kena telefon atau tanya orang kat sebuah kedai makan. Adei... camner biznes ni kome. Tempat ni ada beberapa buah lagi chalet dan keme nampak ada beberapa peralatan untuk perkhemahan dan aktiviti pantai. Nampak Ok gak perkarangan dia, luas dan agak berjaga.





Cikgu Ijan amik gambor chalet dan persekitaran. Dia nak buat rujukan nanti bila dia nak gi berkelah dengan famili atau buat program dengan students dia. Bagus tu Jan, plan awal-awal.


Tak jauh dari situ keme jumpa sungai yang bertemu laut. Err tak pasti pulak ni tempat yang sama ke, ni daerah lain? Kena tanya Cikgu Jan. Tempat ni pun cantik dan sunyi. Adeler dua tiga orang jantan dok memancing. Ni dulu mesti selalu berlaku hakisan kot, ni deme dok timbun batu-batan sepanjang tebing.




Issyyy comey sunga ni! Yob D08 buleh promo ni tapi kot dia takmo promo negeri lain selain Peghak Darul Ridzuan. Sebelah sunga sana ada pantai berpasior putih. Mesti best camping kat situ Yob!



Kami sambung perjalanan lagi. Terjumpa pondok atau dango-dango dibuat dari kayu utan dan atap nipah. Dango Orang Asli banyak dibuat deme sepanjang jalan ke Pekan.
"Singgah! Nak tengok apa diorang jual" teman kabor kat Ijan.
Teman turun dan usya apa yang bergantungan dalam net dan palstik. Oh lokan...
"Bape selonggok ni...?" tanya teman pada pompuan yang paka baju kurung tu.
"10 inggit" pompuan tu jawab. Ada lebih kurang 2 kg satu longgok tu. Teman minta selonggok. Sambil dia salin lokan tu ke dalam plastik, teman jadi kepoh dan tanya pasa gadis muda paka jeans tu.
"Ni anak awak ke?"
"Ya.."
"Sekolah lagi?"
"Tak..."
"Budak kecik ni anak ke cucu?"
"Cucu..."
Isy peramah sungguh Orang Asli ni. Kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Takde extra info. Deme ni masih reserve. Teman nak amik gambor deme, yang muda tu paling ke lain. Teman rasa budak lelaki tu anok gadis muda tu. Teman agak gadis tu baru 16-17 umur dia. Muda deme kawin. Sekolah pun kejap jer.


Lokan teman yang sebesor penumbuk disalin dalam beg plastik. Tengok budak pompuan tu masih tunduk. Tak sior dia tengok kat teman atau kamera teman. Teman pun tak patut tapi bukan teman fokus kat dia, teman snap gambo mak dia. Budak kecik yang innocent ni jer berani jegih kat kamera teman. Nanti dia besor sikit buleh bercakap, 'wan, tu, tri...' dia pun tak sior layan orang Melayu yang kepoh cam teman! Proud people deme ni, respect abis!




Sesampai di kawasn pantai popular Teluk Cempedak, keme menapak dari satu hotel ke satu hotel. Semua penuh. Dah dibooked awal-awal. Maklumler cuti sekolah. Hotel ke chalet ke, penuh sesaje. Semua yang tiga bintang ke bawah takdok kosong!
Pas 4-5 buah hotel tak dapat, kami try hotel ni. Lupa lak nama dia, tapi resort gitu. Ok ada kosong. Book satu malam. Lepas mengukur jalan sepanjang Pekan dan Kuantan, punya bestnyer dapat bilik sejuk. Ahhh nampak laut! Bestnyer view!
Apesal ada kolam di tempat yang dekat dengan laut? Tak faham teman!
Moh mandi dulu...dalam bilik ayor!


Pas siap mandi, berehat, teman ada plan yang tak leh ditangguh.
Rebuih lokan!
Camner nak rebuih? Senang jer. Basuh besih-besih pastu boh dalam kettel letrik hotel tu, on jer ler! Sekali mendidih teruih ternganga lokan tu. Teman dengan Ijan rebuih 2 kali round dalam teko tu. Sedap sungguh isi dia. Tak payah garam, dah masin tapi ada rasa manis isinya. Cikgu Ijan gemor nengok teman rebuih lokan dalam kettle hotel. Pas guna keme basuh besih-besih takut berbau. Kang nak minum teh/kopi kang bau lokan.
Ater camner nak buat dengan kulit-kulit lokan ni? Banyok! Keme tos baik punya, bungkuih dengan suratkabor, pastu sumbat dalam plastik laundry. Mintak-mintak orang housekeeping tak tau! Ya ampun!
Err kome jangan ikut perangai teman yang tak semiak ni, rebuih lokan dalam kettle hotel! Tak senonoh betoi!






Dinner teman lebih suka makan kat luor kalau hotel takdok buffet. Kalau kat Kuantan ada satu tempat yang famous dengan restoran ikan bakor dan seafood dia. Nama tempat tu Tanjung Lumpur. Keme berdua dah penah makan kat situ sekali masa trip teman tahun lepas. Tapi dari Teluk Cempedak ni jauh ler pulok. Cari jer kat restoran/gerai dekat-dekat hotel. Apa lagi, Tomyam lar. Tak tau pasa pe makanan dari Siam ni dah conquer satu Malaya. Takdok pulok restoran nasi Melayu yang berjue ala 'carte cam restoran Tom Yam ni.
Comey tak mata Cikgu Jan tu?

Selepas subuh hari ahad tu, keme kuor dari bilik nak gi berendam kat laut. Tapi sebelum pukul 7 pagi deme tak bukalah pulok pintu pagor dia. Pak Guard pun tak masuk tugas lagi. Ijan pusing-pusing cari lubang kat pagor, kot ade. Teman tak kuasa pusing-pusing, dah ler gelap. Panjat jer lah pagor ni. Teman kerabat pagor tu terhegeh-hegeh takut tercucuk dek duri, hampir tak tersungkor! Bila dah ata pagor tu, rasa gayat pulak. Nak turunkan kaki rasa cam tinggi, masa panjat tak rasa tinggi.
Abis lepas pagor tu, teman gi berlari ke gigi ayor. Yah...nak berendam gak cam deme yang berendam dalam kolam tu! Ada ayor kencin dalam kolam tu kome!
Cikgu Ijan yang tak sebrutal memanjat pagor cam teman, ikut jalan jauh guna gate depan dan menyusur tepi resort sampai ke pantai. Ijan takkan kerabat pagor atau tingkap cam teman (kat umah mak di Perak selalu gak teman manjat tingkap bila tak jumpa kunci!). Dia antara Wanita Melayu Terakhir! Lemah-lembut gayanya...ya lemah-lembut, tapi kalau dia drive, Lewis Hamilton buleh ketaq lutut!
Dapat ler keme berendam 30 minit sambil nengok matahari naik dan usya pecuti-pecuti (holidaymaker?) yang rajin bangun pagi dok jogging atau main ayor cam keme.
Sonok ke bercuti ke Pahang ni? Sama jer cam gi tempat lain cuma teman sonok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan sahabat baik teman Cikgu Ijan... Love U Jan!






















9 comments:

  1. eheeemmmmm....
    Salam Kak Halima....
    padanle tersedakkk....
    ade yang menyebot ghopenye....
    tapi takppee....sebab awok nsem...awok uleh sikit hei bab promo tuuu....
    sebenonye kalo ikut tugeh opis awok...
    ialah utk promote negeri lain....
    bukan promote negeri Perak....
    sebabnye....kalo setakat nak promote negeri Perak baik bagi agensi kerajaan negeri Perak je yang buat..... tapi sebabkan opis awok ni baekkk....kami letak Perak sebagei top priority....

    P/S : sonok dapat pegi tempat2 macam tuuu...bulih rilis tensyen tu kakkkk....

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Shahril D08, tersedak lagi! Baguih kalu rasa diri tu hensom, senang keme nak jek! Memang sonok wonde-wonde M'sia ni Yob. Tp akak ni suka gi tempat yg pelancong tak sior. Bandar besor dan taman tema akak tak heran. Kmpong kecik dan terpencil akak suke. Tngok tu bnyk panta kosong kat Msia ni, tp deme dok serbu Port Dickson, Bt Feringgi yg sesak tu! Bila nak relax tu?

    ReplyDelete
  3. Salam yong,

    Mikeni kighe nyongket sesaje, baguih (bagus) le.. banyak pengalaman. Pahang negeghi pertama teman mole berkhidmat dengan keghajaan Malaysia.Tak sampai setahun di Kuantan teman kumbaih (kumbas/pegi) ke KL tuko kerjaye pulak.Tanjung Lumpo tu tempat meghebaih teman je dulu. Keh..keh..

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Tinuj, Ater kalu dok merap kat umah jer, jd bosan, tu yg menyongket. Niat ziarah kwn lama, erat silahturrahim sambe tngok tmpt org. Teman mudah nak berjalan Yob, pack baju teruih gi,janji bagitau suami dan bgtau jiran. T kasih ajor pasa muntah monggek, kumbaih tapi menghebaih tu apa lak? Yob guna ke prkataan ni hari2? Koje apa kat Kuantan dulu Yob?

    ReplyDelete
  5. Ate ari ni barulah teman bleh baca entry ni sepenuhnya... brukben celcom lembab bebeno beberapa hari sebelum.. ni baru ok skit... lawok betul baca akak panjat pagor nak pi mandi laut... tapi xper pueh ati bleh main ayor... dlm gambo akak nampak slim la... ni mesti sebab diet protin makan kalamari rings n sayur2... bagus la kurus2 senang nak menyongket..ringan aje nak bergerak ke sana ke sini...hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Nuzhah, he he, akak bkn gemor sngt mandi laut tp dari tak merasa bior berendam jap. Memanjat dh biasa praktis dr kecik, pokok mutan bnyk kat kmpong kan. Ya, akan mmg slim shady dr kecik, tu yang buleh kerabat pagor dn tingkap tu. Mmg kurang mkn nasi dr dulu, gemor sayor dgn lauk. Ni kalau cecah 57kg, mulalah teman riso...

    ReplyDelete
  7. salam. sedih tengok anak-anak mencari rezeki. sebenarnya sistem ekonomi anutan kita sekarang memang zalim, sigh.

    ReplyDelete
  8. Salam Adik Anak Posmen, mak bapak diorang tak rasa belas tengok anak sendiri berpanas, berhujan di kelilingi orang asing. Akak tengok pun seriu. Selamat datang ke blog akak dan terima kasih!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..jauh org perok kenal tempat kawan...kawan org nenasi...dok lame lagi makin lawo pantai kawan..najib doh lulus projek benteng kat pantai..kemahhh

    ReplyDelete