Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, October 31, 2010

Moh Tengok Jemaah Haji Dulu-Dulu



Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua,

Sempena musim haji ni, moh kita mengimbau suasana musim haji zaman dulu-dulu. Sebelum National Geographic saman teman, bior teman bagi kredit kat majalah persatuan ni! Semua gambor-gambor ni kepunyaan NatGeo!




Teman belum nunaikan haji ni, mohon didoakan dapat melakukan in the near future, InsyaAllah. Teman ada baca beberapa buah buku pengembaraan tentang menunaikan haji ni dan favourite teman ialah Pilgrimage to Mecca oleh Michael Wolf. Mr Wolf ialah sorang warga USA dan telah memulakan pengembaraan dia dari Maghribi kalau tak silap teman.

Sekarang tanda amaran di atas tu ditulis dengan lebih canggih dan di atas papantanda yang lebih gah kot.





Ni zaman sebelum minyak ditemui di bumi Saudi. Kapal terbang pun main landing atas pasior jer. Tengok kenit jer kapal terobang tu. Beberapa dekad kendian bila Saudi dah kaya, gomen dia upgrade banyak kemudahan ke taraf antarabangsa!


Menurut buku Wolf, "...the new airport receives an aircraft every 5 minutes!" (tahun 1980an rasanyer atau awal 1990an).





Padang Arafah sebelum ditanam pokok semambu dan dipacak sprinkler! Bayangkan kalau musim haji jatuh pada musim panah (Ogos-Oktober) bila mana suhu buleh naik ke 45 darjah Celcius! Betapa tabah dan sabornyer jemaah haji zaman dulu-dulu...dulu lagi sebelum ada kapalterobang! Yang teman ada baca fasal pengembaraan Ibnu Battuta gi haji. Ikut karavan diiringi bukan sahaja para jemaah haji lain malah ditemani oleh beberapa orang pasukan bersenjata bagi melindungi karavan dari diganggu dan dirompak oleh penyamun padang pasir. Adeeeiii...kat padang pasir pun ada penyamun yang mengendap bakal haji!






Bakal haji yang nampak berumur. Mesti telah mengambil masa bertahun-tahun mengumpul duit untuk menunaikan ibadat fardhu ni. Wolf juga ada menulis pasa satu breed bakal haji - the walking haji - mereka yang gi haji berjalan kaki beribu-ribu batu dari negara memasing sebab miskin! Bila sampai sesatu tempat, bakal haji ni akan buat koje apa yang patut sambil mengumpul duit dan tenaga. Pastu sambung perjalanan deme. Tapi golongan begini dah takder lagi kot. Kalau ada pun yang naik SUV dari satu negara ke satu negara. Beliau kagum dengan golongan bakal haji pejalan kaki ni dan ingin berjumpa sekurang-kurangnyer seorang dari deme.





Agoknyer ni ropa datuk nenek dan moyang kite kat Arafah sebelum ada Tabung Haji. Tengok deme bawok periok belange. Kayu api kena carik. Susohnyer! Tapi perasan tak, tak nampok jemaah pompuan!





Ada gak produk Uncle SAM zaman tu!




Bercukur di luar khemah. Menurut apa yang ditulis oleh Wolf, bandar Arafah ni cam instant city. Di luar musim haji, ianya sebuah padang pasir yang berbatu dan ditumbuhi pokok-pokok renik dan rumput. Bila masuk musim haji, beribu-ribu askar Saudi dikerah untuk membina beratus ribu khemah dalam beberapa jam. Habis musim haji, askar ni datang semula dan mebuka khemah-khemah ni...hilang bandar khemah dalam beberapa jam!




Kalau sekarang ini gini ramanyer jemaah haji, alangkah senangnyer melontar!



Waktu memilih kambing qurban.




Sebelum kewujudan peti sejuk, menurut Michael Wolf, banyak daging qurban yang terbiar membazir begitu jer. Tetapi selepas ada kemudahan pembekuaan, banyak daging qurban dapat dibekukan dan diantor ke negara-negara miskin.




Begini ya ropa kaabah dan para jemaah tahun 50an ni. Nampak lapang dan aman deme solat.



Ropa kaabah sebelum petrodollar mengalir di bumi Saudi! Baru nampak jemaah pompuan, yang berjubah itam tu kot.




Business as usual. Menurut tradisinya, musim haji selain dari musim menunaikan fardhu haji, ia juga musim menjalankan perniagaan. Ramai jemaah yang mengambil peluang berniaga dan bertukar barang ketika berada di Makkah, dari pedagang kecik sampai yang saudagor besor.




Eh rama jugo jemaah masa tu sebab ni melimpah sampai keluor masjid! Mungkin yang sekarang dah diperbesarkan dan bahagian ni termasuk dalam kompleks Masjidil Haram masa kini. Semoga teman dan miker semua, yang belum sampai ke sana, akan berpeluang menjadi tetamuNya nanti, InsyaAllah!

8 comments:

  1. teman kalo nengok gambo lame-lame ni abih ati.. apa pasei nye ntoh le..t kasih krn bkongsi mende yang yaamat menghik ni yak..

    ReplyDelete
  2. same le dengan awok CHor ASJ.....Kak Halima....awok bende2 yang menggamit memori ni hati awok teghusik.....kalo oghang dulu2 bulih susah payah nak ke Mekah....kite ni dah patot lebih daghi bulih....

    ReplyDelete
  3. touched gak tgk gambar2 ni..keadaan dulu lebih aman tetapi payahnya nak sampai ke sana..keadaan skarang sesak tetapi mudah dan mewahnya kemudahan tersedia utk kita..nak dgn tidak je pegi..=)

    tq kak!sgt2 bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Samad, Yob Shahril dan Yong Kalamhati, tima kasih. Mmg teman rasa rama yg suke nengok gambor lama ni. Suami tmn email tahun lepas. Kagum dgn smngt org dulu2 buat haji!

    ReplyDelete
  5. nak tanye lagi...gambo2 ni pada tawun bile ye ? berdasokan buku tu 1980-an terbit.. tp x kan gambo ni tawun 80-an.. logiknye mase tu doh sesok doh kan ??

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Samad, laju kot Yob mace. Magazin NatGeo ni terbit tahun 1953, gambor tahun tu. Tp teman quote buku Mr Wolf sebagai sumber tambahan, buku dia terbit 1980an.Entry blog pun kna research Yob.

    ReplyDelete
  7. Ye le kak yong terima kasih le nunjuk gambo gambo tu. Menginsafkan! Betapa kita perlu bersyukur & berterima kasih kepada kera...., ek silap, kepada Allah. hehe.

    Ingat teman nak buat gile le nak kembara jalan kaki dari M'sia ke Mekah, pegi umrah ke buat haji ke dalam 3, 4 tahun ni. Boleh ke gamaknye?

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Hanz, haa ni nk jadi Walking Haji. Buleh je tu Yob kalau mampu dlm berbagai segi! Pasa duit mungkin Yob mampu tp dlm bab lain (tingga koje, anak bini...), kalau buleh buat apa salohnyer. Pastu buleh buat buku, jd celebrity!

    ReplyDelete