Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, October 30, 2010

My 3 Stepsons



Assalamualaikum dan Salam Ceria Hujung Minggu,

Ni mesti rama dari kome tak buleh hadam entry kali ni. Sebab rama dari mengkome takder anok tiri.

Teman ada 3 - ti-ai-gi-eh - TIGA.

"Tak lah rama..." kata kome. Tiga pun cukuplah.

Yang sulung Tahsin, engineer di syarikat kilang besi gomen terletak di Eregli, Laut Hitam. Dah berkeluarga, sepasang anok. Isteri dia orang kampong dok berjiran dekat rumah deme. Dia ni taat dengan Baba dia. Bila Baba dia kata kau nak kawin dengan si-polan tu?

"Sapa Baba cadang saya terima"

Nampok bahagia perkahwinan dia. Nak ikutkan Tahsin ni hensom dan gagah orangnyer. Boleh kawin dengan pompuan lebih cantik, educated dan urban. Tapi dia bersikap sederhana dan agak konservatif. Nampok cam mild tapi tak leh perdajal dengan dia. Tinggi gak pangkat dia masa dalam latihan tentera dulu. Pernah jalani operasi memburu gerila PKK kat sempadan.

Dengan dia kerap gak teman minta top-up handphone teman. Baba dia suruh teman minta kat Tahsin. 2-3 minit kendian, kredit teman naik. Tapi bila teman dekat bandar idak ler teman minta kat dia, cuma bila teman tersadai kat Kg Deridebi yang takde kedai telco.
Tahsin panggil teman Mummy.

Gambor di atas menunjukkan Asim anak kedua dengan Alphan, Tahsin, dan Alper Talib anak bongsu suami.

Anok tengah Asim, System Analyst di syarikat gomen yang sama tapi berpengkalan di Gebze. Ni lagi nampok mild orangnya tapi tegas. Masa teman memula jumpa dia dalam tahun 2003, dia masih bujang. Mak dan Baba dia sibuk carikan jodoh. Bincang belakang dia. Teman pun diajak berbincang. Segan teman sebab baru kenal keluarga ni dan tak tau bab cari jodoh orang, apalagi bab cari jodoh orang asing! 2 tahun kendian dia dapat jodoh dengan gadis Akcakoca, Laut Hitam. Teman tak dapat tengok perkahwinan dia sebab koje di Shah Alam. Tak seperti Tahsin, Asim jalani latihan tentera sebelum dia kahwin dan hanya 6 bulan jer sebab kepakaran dia diperlukan di syarikat dia. Lazimnyer sesapa yang buat latihan tentera di Turki memakan masa lebih 12 bulan.

Anok yang bongsu Alper Talib, berkoje dengan syarikat pembinaan di Akcakoca, anok dah 2. Kalau Baba dia ada projek di Turki, dia koje dengan Baba dia. Alper masih belum menjalani latihan tentera. Asyik bertangguh sebab nak sambung belajor dan tunggu anok dia besor sikit.

Asim dan Alper manggil teman Mother. Ketiga-tiga deme berkomunikasi dengan teman dalam Bahasa Inggeris walaupun tak selancor Baba deme.

Sebagai adat deme, bila bertemu teman, deme akan salam tangan dan cium tangan dan dibawa ke dahi tanda hormat. Tapi sekarang keme main laga pipi jer kiri-kanan bila jumpa.







Gambor menunjukkan Asim, Pak Sedara, Baba deme, Tahsin dan Alper; di depan anak Tahsin Ertugrul dan Sule semasa hari perkahwinan sorang sepupu deme tahun lepas.

Tiap kali teman ziarah ke Turki, teman bahagikan masa di Istanbul, Deridebi, Gebze, Akcakoca dan Eregli. Lazimnyer hujung minggu Tahsin dan Alper akan balik ke kampong berlonggok di rumah Mak deme terutama di musim panas. Asim yang duduk di Gebze, 2 jam dari Laut Hitam, kekadang jer balik.

Bila di kampong, teman akan bebagi masa di antara rumah Kak Emine dengan rumah Mak Mentua di depan rumah keme. Kekadang berebut deme suruh teman dok rumah deme. Kalau teman nak balik ke salah satu rumah, yang sorang akan tanya, " Kenapa awak nak balik? Dok sini lagi".

Teman jadi serba-salah. Anok tiri pun sound, "Mummy stay here, this is our house. "

Walaupun teman ni Mak Tiri, anok-anok tiri tak penah buat tunjuk tak baik pada teman. Deme cukup hormat. Isteri-isteri deme pun amat hormat kat teman. Seperti lazimnyer Mak Mertua bangsa Turki, teman pun memang tak buat koje apa kalau ziarah rumah deme. Teman jadi kekok kalau tak tolong ape. Tapi dah gitu adat deme, walaupun teman ni sekadar Mak Mertua Tiri (eh ada ke istilah ni?) deme anggap teman cam Mak Mertua gak. Kerabat extra pulak!


Bebaru ni, universiti gomen kat KK ni lambat bagi cheque bulan Ogos teman. Teman kabor kat suami masa chatting, duit dah nak abis tapi cheque tak dapat lagi. Suami yang masa tu pun tengah chatting dengan Asim kata nanti dia bagitau Asim gi masukkan duit via Western Union. Tengah hari esoknyer Asim sms kata duit dah transfer. Legaaa...

Itulah kisah sedikit sebanyak tentang hubungan teman dengan anok-anok tiri teman. Allah memberi teman 3 orang lelaki asing yang baik dan hormat dengan teman walaupun teman sekadar Mak Tiri. Ada masanyer pulak, anok-anok mengingatkan Baba deme:

"Baba, we must take care Helime Mother well. She is a trust from Allah upon us." Terharu...

Suami teman kata, " You are a very lucky woman, my sons accept and love you like their own Mother."

Teman sekadar balas, "Alhamdulillah, I'm thankful to Him!"


NOTIS:

Haa kome ada 4 ari lagi untuk amik bahagian dalam Peraduan #2. Setakat ni teman perati jawaban yang sampai amat memberangsangkan dan kreatif. Kemungkinan besor ada hadiah sampingan sebab teman amat pemuroh minggu ni! Lekah, lekah...!

10 comments:

  1. Salam Yong...

    ish.. beghayo pulok mate teman mace catatan mike ni. Tumpang tehaghu dengan kebaikan yang deme beri kat mike... Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Salam KakCik,
    Alhamdulillah, terima kasih. Kekadang teman pun tak sangka dpt keluarga camni. Mak deme pun wlupun pd mula bimbang dgn teman tp kekadang lebih pulak dia manjakan teman. Org kampong pun heran.

    ReplyDelete
  3. Yong,

    Tahniah, ghamei keluarge. Kebahagian itu ade dimane-mane, kite saje yang tak beghape nak faham.Banyak kelebihan yang ade pade miketu.

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Tinuj, Alhamdulillah, tima kasih Yob. Bahagia tu subjektif. Teman bersyukur apa yg Dia bagi. Dok berjauhan ni pun teman tak komplen. Tak tau le apa kelebihan yg teman ada, itu kehendakNyer. Teman selalu redho.

    ReplyDelete
  5. Salam.. bertuah le mike.. idok le teman sangke mike bersuamikan oghang Turki.. anok2 pun udoh beso..syukurlah pada kurniaan Allah ...

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Samad,
    Alhamdulillah,tu jodoh dan rezki teman. Dpt pulak keluarga dia nerima saya seadanyer!Ingatkan Yob tau, dah teman buat entry pasa dia kat 'Fadang Fasir' dan 'Marooned in Kurdistan'!

    ReplyDelete
  7. kak,
    kak ade tak citer camner leh tersua jodoh dgn org Turki ni??

    ReplyDelete
  8. Salam Kakyong, he he soalan cepumas tu. Too peribody nak share dgn orang dalam blog, he he. Mungkin akak buleh tersasul dlm blog, manatau!Best tak pakai stokin tu?

    ReplyDelete
  9. Salam.. sgt terharu teman baca entry akak kali... memang betul la kata Mr T akak, you are a very lucky woman... actually semua tu datangnya dari Allah, akak antara insan yang terpilih dikurniakan kebahagiaan itu...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... amin...

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu Nuzhah, Alhamdulillah,Amin,Tima kasih. Kenapa semua org cakap yg sama, betoi ke akak bertuah? Mungkin kot. Anok2 hormat kat teman, Mak Mertua sayang, Kak Emine jaga akak dgn baik. Tulah kot yg kata bertuah yek?

    ReplyDelete