Assalamualaikum dan Salam Hormat Semua,
Moh ikut teman koje di ladang hazelnut keluarga keme di Kampong Deridebi, Duzce, Laut Hitam, Turkiye. Tanaman utama di wilayah Laut Hitam atau Karadeniz ni telah ditanam sejak beberape dekad dulu. Suami teman citer, dia, mak dia dan ahli keluarga lain meneroka tanah utan untuk tanam pokok kacang ni. Masa tu deme dan orang kampong lain memang miskin, takde apa yang dapat diusahakan melainkan koje kampong, bercucuk tanam dll. Bila deme tau kacang hazel buleh mendatangkan pendapatan yang tinggi deme mula membuka tanah di sekeliling rumah dan bukit tak berpenghuni. Tanah gomen tu.
Findik atau kacang hazel ni perlu hidup dalam iklim 4 musim kome, jadi tak bulehlah kome nak pesan suruh teman mawak benih, batang atau akor nak tanam belakang rumah kome tu yek. Lazimnyer musim dingin pokok ni tidor lena ler. Tu yang nampak botak-botak dekat kandang si Kara Kiz dan Fistig tu deme ler. Bukan deme jer tido, pokok epal, pear, anggur, tin dan seangkatan dengan deme pun tido lebih kurang 3-4 bulan.
Masuk musim bunga deme mula mengeluorkan pucuk baru dan dedaun ijo. Masa ni orang kampong rasa bersemangat. Spring dah mai! Mana yang dok bandor sekolahkan anok, balik ke kampong nengok tanah dan ladang. Nampak deme sonok dapat lebih lama dok luor rumah, tengok daun baru, banyak sinar surya...ewah. Kalau musim dingin terutama bila salji tebal, deme tak berapa aktif, asyik dok rumah. Kalau kuor pun sebab penting-penting jer. Bila musim bunga mula deme kuorkan satnika alat dan perkakas pertanian. Orang pompuan mula sibuk persiap tapak kebun sayor deme. Gemor bercucuk tanam deme ni!
Ni ropa kacang hazel masa pertengahan musim bunga. Nampak cam buah nyior. Gambor besor tapi deme kecik jer. Buah deme ni bergugus antara 2-7 biji satu gugus. Masa ni kome nak petik makan buleh jer. Kulit dia keras tapi taklah sampai patah gigi kome kalau ngokaknyer. Rasa kacang dia lemak-lemak, tak pahit, tak kelat.
Masuk musim panah, pertengahan Ogos gitu, buah dan kelopak dia bertukor werner keperangan. Kacang ni ada yang bentuk bujur dan ada seakan bulat. Mutu kacang ni ikut saiz. Kalau besor buah guli tu kira gred bagus ler. Kalau kecik kurang sikit gred dia.
Bila masuk musim panah, orang-orang Kurdish dari wilayah sempadan Turki-Iraq akan mula bersiap-siap dengan tilam bantal, periok belanga - berbondong-bondong naik van, bas mini, keretapi macam nak gi buat haji. Ada bawak keluarga dan kerabat dan jiran menuju ke wilayah Karadeniz untuk koje kontrak 4-5 minggu petik kacang ni. Dalam satu kumpulan buleh ada 15-25 orang, kecik besor, laki pompuan. Mandor deme akan cari tuan tanah dan buat perjanjian. Mana yang nasib baik dapat numpang rumah kosong atau bangsal besor. Kalau tak, deme bina khemah plastik dekat-dekat rumah tuan tanah. Kebanyakan para pekerja bermusim ni orang muda. Kalau ada wanita dewasa lazimnyer dia isteri mandor atau tukang masak. Kekanak dan bayi pun ada ngikut. Mengeronyot deme ni.
Nilah ropa keme kerabat bukit petik kacang yang dah dipetik atau digoncang dari dahan. Kerabat kome sebab ladang keme ni ditanam di lereng bukit - ada yang serong 45 darjah! Penah teman tergelincir, nasib baik sempat sambor pokok hazel tu. Pastu kumpui kacang dalam tin minyak tu, masukkan dalam karung guni putih. Sehari buleh dapat 30 guni.
Keluarga suami teman tiap musim perlukan antara 15-20 pekerja ni. Deme dan kami sekali kuor umah pukul 7 pagi tepat naik lori keme gi ladang atas bukit lebih kurang 5-6 km. Memula petik kacang di ladang yang dekat rumah, yang kat atas bukit beberapa hari kendian. Deme berhenti rehat kul 1 tengah hari. Deme cari port bawah pokok epal atau pokok pear dan buka bekal yang deme bawak dari rumah tumpangan. Pekerja kami nasib baik dapat guna rumah lama suami teman. Berama-rama deme duduk lelaki pompuan, tapi bilik asing-asing. Deme semua satu kampong lazimnyer. Sorang pompuan deme yang beranok kecik dibawa sebagai tukang masak. Deme lazimnyer makan roti cam roti nan tapi yang dimasak atas kuali lepior. Makan dengan keju kampong, kekacang dan yoghurt. Berselera jer teman nengok deme makan. Pas makan deme kerabat pokok epal atau pokok pear utan keme. Kalau ada anggur, anggurlah deme baham.
Kebanyakan pekerja Kurdish ni tak sekolah tinggi. Agak nak masuk sekolah menengah deme berenti sebab nak jadi pekerja bermusim. Deme buleh dikatakan rakyat yang miskin dan kurang berpelajaran. Walaupun deme rakyat Turki; bersekolah gomen berbahasa Turki; deme ni ada bahasa dan budaya sendiri. Rama yang kawin muda. Tapi deme sama dengan kita, bermazhab Shafie. Orang Turki lazimnyer bermazhab Hanafi.
Esok deme gi bahagian lain ladang, ntah ceruk mana dan cerun mana. Kekadang teman tak ikut sebab jauh sangat. Mak mertua pun kata, "Helime otur, otur!" Dia pulak suruh teman duduk berehat, orang nak tolong. Mungkin dia tengok teman terhegeh-hegeh narik tin minyak tu, berat gak kalau penuh. Lazimnyer lepas makan tengah hari dan zohor, teman escape. Teman dudok jer kat dalam rumah ladang kami. Ya, keme ada sebuah lagi rumah, rumah ladang atas bukit ni.
Kul 5 petang deme abih tugas. Anak tiri teman (yang bert-shirt itam tu) akan drive deme balik ke kampong sementara keme, mungkin 2-3 orang iaitu teman, mak mertua dan adik ipor, dok tinggal bermalam di rumah atas bukit. Sejak kami bina rumah atas bukit (dulu ada dango jer), keluarga yang lain pun mula bina rumah atas bukit. Rumah ni ada 2 bilik tidor, 2 bilik ayor dan tandas, dapur dan living room, siap ada letrik dan air. Sepanjang musim petik kacang ni, situlah kami tinggal. Maknanyer kami tinggal dalam ladang yang sepi di kelilingi pokok kacang hazel dan pokok utan. Rumah yang dekat, 100 meter, ialah rumah ladang pak sedara suami. Tapi tak pulak kami takut binatang buas atau pontianak langsuyor! Kalau kat Malaysia mesti dah ade citer-citer puaka dan orang bunian! Tak pernah teman dengor orang Turki citer pasa hantu dan puaka bunian!
Time menjemur ni yang agak berat kojenyer. Kena orang yang kuat membuatnyer. Lelaki pompuan buat keja ni. Tapi pompuan Malaysia memang out. Tolong meratakan buleh; tolong membalikkan buleh; tolong kutip batu buleh. Tang masukkan kacang dalam guni tak buleh. Penah tolong cedok kacang masuk dalam guni teman sakit tangan. Deme buat koje cepat, teman ni lemah-lembik. Ada orang pompuan deme buleh tanggung guni sebesor guni beras tu kome! Terkejut teman nengok kederat deme!
Bila semua dah siap jemur dan simpan, deme tak jual terus. Deme tunggu harga. Kacang ni buleh simpan 2 tahun. Ada yang keme jual ke koperasi di bandar. Deme tak bagi duit tapi bagi voucher untuk keme beli-belah di supermarket koperasi. Bila nak shopping, pegi pejabat koperasi amik voucher. Tapi voucher ni buleh gune di supermarket koperasi jer. Tapi supermarket ni well-stocked, semua benda ade. Ni cara deme nak bantu peladang kacang ni. Tapi ada juga yang keme simpan stok di rumah dan dijual pada peraih bila harga elok sikit. Ada masa harga dia RM8-RM10 sekilo. Tengok harga pasaran dunia. Dulu-dulu kata suami harga sampai RM22 sekilo. Yang dah dibuang tempurung di pasar/kedai ada yang capai RM40 sekilo. Lebih dari tu pun ada terutama yang gred bagus. Keluarga keme dapat antara 20-22 tan semusim. Tapi hasilnyer berselang-seli. Tahun ni dapat 20 tan, tahun depannyer 17-18 tan, ikut mood pokok tu.
Kul 5 petang deme abih tugas. Anak tiri teman (yang bert-shirt itam tu) akan drive deme balik ke kampong sementara keme, mungkin 2-3 orang iaitu teman, mak mertua dan adik ipor, dok tinggal bermalam di rumah atas bukit. Sejak kami bina rumah atas bukit (dulu ada dango jer), keluarga yang lain pun mula bina rumah atas bukit. Rumah ni ada 2 bilik tidor, 2 bilik ayor dan tandas, dapur dan living room, siap ada letrik dan air. Sepanjang musim petik kacang ni, situlah kami tinggal. Maknanyer kami tinggal dalam ladang yang sepi di kelilingi pokok kacang hazel dan pokok utan. Rumah yang dekat, 100 meter, ialah rumah ladang pak sedara suami. Tapi tak pulak kami takut binatang buas atau pontianak langsuyor! Kalau kat Malaysia mesti dah ade citer-citer puaka dan orang bunian! Tak pernah teman dengor orang Turki citer pasa hantu dan puaka bunian!
Lepas petik, kacang ni kena jemur dengan kelopak dia sampai kering. Bila dah kering dimesinkan untuk pisahkan kelopak. Pastu masuk dalam guni, simpan. Bila dah siap semua, kacang ni akan dijemur 2-3 ari, kena balik-balikkan supaya rata kena matahari. Panah weh walaupun tak seterik kat Malaysia. Berat koje ni. Ada masa kena gi duduk atas kacang tu kutip dan buang batu-batu. Bila dah kering betoi masukkan dalam guni jut, simpan dalam setor. Kalau ujan memang kelang-kelibut tutup kacang yang berjemur ni dengan plastik kanvas. Kena ayor buleh rosak. Jadi selalu ler kami dengor laporan cuaca dan tengok langit. Nasib baik musim panah ujan jarang turun.
Mesin kat atas tu sewa jiran punya. Tak tau bape ratus Turkish Lira sekali sewa. Kekadang tuan mesin bekerja sampai larut malam sebab nak kena perabihkan memesin sebab kacang kena jemur cepat. Masuk tengah bulan September, ari dah kurang panah dan ujan kerap turun.
Time menjemur ni yang agak berat kojenyer. Kena orang yang kuat membuatnyer. Lelaki pompuan buat keja ni. Tapi pompuan Malaysia memang out. Tolong meratakan buleh; tolong membalikkan buleh; tolong kutip batu buleh. Tang masukkan kacang dalam guni tak buleh. Penah tolong cedok kacang masuk dalam guni teman sakit tangan. Deme buat koje cepat, teman ni lemah-lembik. Ada orang pompuan deme buleh tanggung guni sebesor guni beras tu kome! Terkejut teman nengok kederat deme!
Nilah koje deme - menjemur, menyimpan, menjemur, menyimpan untuk 2-3 minggu lepas memetik. Bebudak suka main atas kacang ni. Kacang ni masih ada tempurungnyer, kome jangan riso nak makan nanti.
Tu cucu-cucu keme berenang atas kacang, yang baju ijo anak tukang masak Kurdish.
Bila semua dah siap jemur dan simpan, deme tak jual terus. Deme tunggu harga. Kacang ni buleh simpan 2 tahun. Ada yang keme jual ke koperasi di bandar. Deme tak bagi duit tapi bagi voucher untuk keme beli-belah di supermarket koperasi. Bila nak shopping, pegi pejabat koperasi amik voucher. Tapi voucher ni buleh gune di supermarket koperasi jer. Tapi supermarket ni well-stocked, semua benda ade. Ni cara deme nak bantu peladang kacang ni. Tapi ada juga yang keme simpan stok di rumah dan dijual pada peraih bila harga elok sikit. Ada masa harga dia RM8-RM10 sekilo. Tengok harga pasaran dunia. Dulu-dulu kata suami harga sampai RM22 sekilo. Yang dah dibuang tempurung di pasar/kedai ada yang capai RM40 sekilo. Lebih dari tu pun ada terutama yang gred bagus. Keluarga keme dapat antara 20-22 tan semusim. Tapi hasilnyer berselang-seli. Tahun ni dapat 20 tan, tahun depannyer 17-18 tan, ikut mood pokok tu.
Lazimnyer lepas musim hazelnut, rama orang buat kenduri kawin sebab duit tengah lebat. Orang pompuan banyak beli barang kemas. Orang lelaki nyimpan kot sebab rama dari deme takder koje lain selain dari jadi peladang kacang hazel. Anak tiri teman yang amik cuti 2 minggu, akan balik ke Eregli sambung koje jadi engineer. Pekerja Kurdish ada yang balik kampong deme (2-3 ari naik bas baru sampai kome) tapi rama yang pegi wilayah lain cari koje diladang bawang, ladang kentang dan yang paling kendian koje di ladang buah zaitun. Buah zaitun dipetik dalam musim luruh.
Ha nilah dia kacang hazel yang kome selalu makan dalam coklat dan kek tu. Tempurung tu kome kokak dengan gigi atau pecahkan dengan jari kalau kome terer. Tapi ada alat pemecah kulit kekacang banyak jual kat sana. Teman guna jer nut-cracker ni. Suami tak galakkan teman kokak, nanti rosak gigi katanyer. Pasa makan findik ni, Alhamdulillah teman dapat makan yang baru dan fresh. Tiap hari ler keme goreng tanpa minyak dan makan sambil minum teh dan tengok TV.
Teman harap entry ni dapat membantu mengkome memahami industri kacang hazel ni. Bila makan coklat ada kacang hazel, ingat-ingat entry teman ni yek?
Salam yong,
ReplyDeleteAte asyik moh je bile keme nak sampa nye
Salam Yob Tinuj,
ReplyDeleteater memula nengok dulu, belajor dan berkene-kene, bila dah biase baru ler senang dan tak kekok bila ke sana, tak gitu?
Salam Helli,
ReplyDeleteSyok dengaq cerita hazelnat hang nih, bila la Pak Long boleh dok lawan ligan Mak Long hang celah celah pokok hazelnat nih... asyik dok kelebek pokok ubi kayu belakang rumah saja... huhu...
Salam Pak Long, kalu ada rejeki, sampa ler Pak Long dan Mak Long ke sana. InsyaAllah kalu saya ada lepak kat sana saya bgtau dan sesapa yg terlanjur ke sana buleh nyinggah, tak dpt ke Laut Hitan, Laut Marmara pun takper.
ReplyDeletesalam kak halima..udah sampe ponnnn...wah!lawonyaaaaaa...bila ler teman nk sampe ke turki tue yerk.ada ker org nk seponser teman?ngeeee
ReplyDeleteSalam, Yong sponsor tempat tingge 2-3 ari buleh ler, dan makan kacang hazel setengah guni! Kot mau Yong ni buat peraduan dan adiah dia gi Turki...separuh tambang...weee mesti rama singgah blog Yong ni!
ReplyDeleteSalam akak, bestnya duduk kat Turki. Kaz mmg suka makan chocolate yg ada hazelnut, rupanya gini depa tanam hazelnut ya.
ReplyDeleteTq for visiting my blog, I'm sure that I will have great time reading all the entries in this blog soon.
Salam Helli..
ReplyDeletememole teman nengok gambo yang kat ateh tu, dan2 teman teghingatkan buoh seghejut (buah letup)! hehehe.. koman beno teman ni... :)
Salam Kaz, Selamat Datang dan Hosgeldeniz, tima kasih sudi baca dan follow. Ya gini ler ropanya org mengojekan kacang hazel, teruk gak. Teman mkn coklat ada kcng ni mesti teringat kat deme dan koje teman kat ladang Kg Deredebi! Terharu...
ReplyDeleteSalam KakCik, ha ha...teman masa kekecik pun slalu kerabat buat letup ni, isi pun keme makan. Nanti suami datang nak pesan dia bawa beberapa kilo, buleh teman buat hadiah peraduan, betoi tak KakCik?
ReplyDeletewahhhh....gini ghopernyer orang taman kacang ni..bestnya tengok...bila la buleh g sana...nak jugak ghase macam yong ghase..huhu
ReplyDeletep/s:gerenti makan coklat ada hazelnut teringat blog ni..
Salam Adik dari Penang, Selamat Datang dan Hosgeldeniz! Ehhh jgn nak rase camner koje kat ladang tu...teruk dan sakit badan. Rase kacang takper. Ya tentu teringat akan kepayahan org hasilkan kacang ni nanti bila makan coklat berhazelnut!
ReplyDeletekali ni teman nak kenal begini ropenye kacang hazel... betul kata kakcik skali tengok sulur luarnya macam buah letup2... ghase makin bertambah2 gatei kakiku nak kembara ke Turki ni... teman ader ajak oghang ghumah teman jom ler pi jalan2 ke Turki, dia kata mahal tu baik pi umrah dulu... ate... kena pi umrah dulu la baru dpt pi Turki... belum ader rezeki lagi la nak pi jejauh...
ReplyDeleteSalam Cikgu Nuzhah, buleh gi Turki balik dr Umrah kan? Tp ikut pakej tu kejap jer, 2-3 ari tak berbaloi. Takper buat pelan2. Kalau akak ada sana nanti,Insyaallah buleh singgah rumah di Istanbul.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebaru tau buah ni adik-beghadik buah janggus....isyyhh...tak malu beno...oghang biji disorok kat dalam...ini dia tunjuk kat luo...
Salam Cikgu Humairi, ye ke sama? Tak tau ler, kacang ni suku semboi2 biji.Bnyk gune pkk ni, tempurung atau kcng yg rosak buat bahanapi, kayu dan dahan dia pun buat kayu api.
ReplyDeleteoho, gini rupernyer buah kacang neh... tebal eh kulit dier... dh smpai sini isi jeks....heheheh
ReplyDeletemcm sedap jer kacang tu.. bak pos sikit kat saya...
ReplyDeleteSalam Akuzle, Selamat Datang dan Hosgeldeniz. Ye gitu ler ropanyer kacang hazel ni. Cam beras gak, kite tau masak buat nasi tp tak tau camner susahnyer nk tanam padi. Sama jer dlm semua usaha pertanian...susah!
ReplyDeleteSalam Sdr Bujang, InsyaAllah kalau ade saya bebagi kat kengkawan. Masa ni takder ler, saya kat KK merantau jap. Mungkin kena gi Istanbul disember. Doakan yg terbaik sesama kite.
ReplyDeleteSalam Kak Halima....
ReplyDeletemaaple lupe nak ngabokan hadiah yang Yong pos tu...udah sampei minggu lepaih (lepas) ...haghi khameh.....teghime kasih bebanyak lee.......
Buah Hazelnut ni memang makan die dengan coklat je ke??? deme takde hidangan yang spesel daghi kacang hazelnut???
Salam Yob D08, Alhamdulillah dh sampai, ingatkan dah bersepai! Macam2 buleh buat kacang ni Yob - biskut, kek, butter spread,lokum, boh dlm kopi, nescafe. Hazelnut spread serupa peanut butter tp akak rasa lebih sedap, kat Turki banyok ler butter spread ni!
ReplyDeleteSalam Kak Halima......
ReplyDeleteHadiah dari Turki
awok promote sekali blog Kak Halima kite ni...
Salam Yob Shahril, ye ke Yob? Alhamdulillah, promot jangan tak promot! Haa ada peraduan baru Yob, ajok kenkawan masuk, tak kena bayor pun!
ReplyDeleteSalam kenal kak Halima, saya datang sini, sebab tgk blog kak Halima dipromote dlm blog Yop D08...nak 1 guni hazelnut...hehehehe
ReplyDeletepegi KK la plak... baru igt nak dpt mkn kacang free.. hehehe
ReplyDeleteSalam emme, 1 gune tak upaya nak mawok weh, hat 25kg jer deme bagi bawok dlm flight. Kalau ada rezki sesapa nanti aderler merase!
ReplyDeleteSalam Yob Bujang,ya dah ke KK ni tp InsyaAllah bulan disember balik ke Sh Alam sambung kerjaya jd penganggur balik.Kalau ada rezki adeler kite merasa kacang baru nanti!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePuan Halimah, saya selalu ikut perkembangan loh puan ni dalam diam,
tapi lupa nak save addressnya, bila nak buka semula menggagau mencari,
anyway, seronok baca blog Puan ni, rasa macam saya dah kesana bersama puan.
Ok hari ni saya akan add address Puan ni kat blog saya.
Terima kasih.