Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, April 29, 2014

SAPA NAK BERMENANTU JEJAKA TURKI, MEH SINI!






Assalamualaikum, pe kabor? Ada yg komen, hapdet yg baru lepas tu gambor sikit! So teman pun hapdet lagi! Ni citer musim dingin lepas. Teman balik kampong dengan anak sedara Mr T, si Ilker, lelaki tinggi ragah kat background tu. Mak dia Si Nevin yg drive traktor tu. Yang lain-lain dlm traktor tu termasuk mertua teman dan jiran-miran.
Dalam ziarah kedua teman ni, ada tetamu lain kat rumah mertua, Makcik Sefiah. Dia tinggal di bandar Eregli, tiap tahun dia lepak seminggu kat rumoh mertua teman. Kira bercuti ler. Ni dia tengah masak sayur pancar yg pahit macam kailan tu.

Ni cicit mertua, dan cucu pada si Nevin, nama deme Mursel dan adik dia Omer. Deme anak Ilker. Kalau cuaca mengizinkan dapat deme main di luor rumoh kejap. Main kayu yg best, ya Mursel?

Bila deme bosan dan resah, deme akan buat onar dalam rumoh moyang deme. Nak bagi deme senyap, teman bagi si Mursel dan Omer sebiji epal bersalut gula. Ahhh melekit satu badan!


Masa ni bulan Februari, pokok hazelnut dah keluorkan bunga, tak nyabor-nyabor nak berputik, walhal daun tak keluor lagi!

Seperti biasanya, bila dok kampong rumoh mertua, deme layan makan sayur dan sup kekacang  dgn roti jer. Lauk tak mandang. Tapi sayur dan salad deme yang tanam, kira organiklah!


Baidewei, masa winter break 15 hari dlm bulan Januari, cucu sulong Mr T, si Ertugrul datang Istanbul. Tido 2 malam jer. Dia mai nak gi bandar beli seluor jin. Teman bawak dia ke Grand Bazaar. Ahh pilih, pilih Ertugrul. Dia ni penjimat dan pandai berbelanja! Tak macam Helime Baba Anne dia, main rembat jer!
 

Ertugrul baru nak masuk 15 tahun, belum kawin lagi. Sapa nak, boleh email teman senyap-senyap yaa.

Thursday, April 24, 2014

MOH MELILAU EMINONU, ISTANBUL!

Assalamualaikum, jumpa lagi, Alhamdulillah. Pe kabor semua? Sejak balik nyongket di Aceh, teman segan nak hapdet blog. Sebab layan posting barang-barang org order. Jom layan gambor sekitar Eminonu waktu subuh!
Masa teman masih kat sana, Turki tengah rancak menghadapi kempen pilihanraya majlis tempatan utk jawatan yang dipertua, penghulu, tok sidang gitu. Seperti kome tau parti Erdogan AK Parti menang besor. Ni kat depan Masjid Baru (Yeni Cami) di Emoninu, Istanbul.
Kalau kome rajin susup-sasap lorong di Sirkeci, jumpa patung ni. Persaingan gerai dan restoren memang sengit di Istanbul. Teman selalu pilih yg staff dia peramah!
Ni typical kahvalti di restoren Istanbul dengan sarapan urban deme - roti simit, menemen (scrambled egg dgn tomato), telur rebus dan cay panas. Bila teman ingat nak kena banyak nyongket, teman makan banyak gini ler. Nak menapak 3-4 kilometer tu.
Baru teman perasan, kat lantai tu ada lukisan nota muzik. Ni memang dikhaskan utk busker ke? Ni kat salah satu stesen metro bawah tanah. Sekarang metro dah boleh sampai dari Old Istanbul sampai ke daerah rumah kami di Basaksehir. Kena tukor 2 tren jugak nak sampai rumoh tu!

Masa teman tenang-tenang nak snap imej Masjid Baru ni, sorang pakcik ni berhenti perati teman. Dia cacat jari-jari tangan tapi tak menhalang dia bangun subuh-subuh yg sejuk utk gi koje. Kendian teman snap gambor dia solo, suka bebenor dia!

Saturday, March 1, 2014

ERDOGAN DAN SKANDAL TAPE, BOLEH KE AK PARTI BERTAHAN....?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat wal-afiat. Punyalah lama tak hapdet, sampai nak abis visa baru nak tulis balik. Yaa ampuuunnn!
Turki tengah sibut buat kempen pilihanraya majlis tempatan, bukan PRUlah. Jawatan datuk bandor, penghulu  segala kena buat PRK. Kempen deme meriah dgn rapat umum, kempen guna muzik dari bas-mini; dan bertumbuk di parlimen. Erdogan dan parti AK dia banyak skandal, terutama pasal skandal rasuah, rakaman perbualan kononnya antara dia dan anak lelaki dia. Erdogan kononnya suruh anak dia 'lupus' berbillion Lira; penutupan dersahane dll. Erdogan of coz nafikan, dia kata tape tu pelesu! Musuh dia ramai. Deme tak senang dengan usaha Islamisasi dia. Kome google ler kalau nak tau detail yaa...
Memola datang teman bawok adik si Timah ke Istanbul. 10 hari jadi turist guide. Jadi ler teman pelancong gak, bawok dia ke sana, ke mari tempat biasa pelancong nyongket kan... Merasa dia teman bawok dalam Masjid Baru (Yeni Camii) kat Eminonu ni. Masjid Biru pun di gi, siap posing wajib sana-sini!
Ni Masjid Baru masa kami gi waktu maghrib...Teman lazimnya tak suka solat dlm masjid besor-besor sebab ramai nar pelancong kuar-masuk, tapi kalau dah bertembung tu, masuk jugaklah.
Trip kali ni teman sempat gi tanah tinggi kat Kartalkaya, di Bolu (lepas si Timah balik Malaya). Gi sesama grup Indonesia, ada ler sebuah bas mini. Teman idok ler minat sangat nak main salji, sesaja nak jenjalan luor Istanbul sebab Mr T sibuk nak bawak jenjalan. Bolu ni kira macam Aspen Turki. Takyah kome gi Switzerland!
Sebelum si Timah balik, sempat teman bawok dia ziarah mertua dan kerabat di Kg Deredebi. Tido satu malam jer. Teman bawok dia gi sungai, tengok ladang dan makan buah berangan. Dengornya balik Malaysia, dia tak boleh makan ais! Punya penangan sejuk Turki tak hilang dekat 2 bulan! To be continued...

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!

Saturday, September 14, 2013

Mr T Datang Malaya dan Aktiviti Sampingan di Ladang Hazelnut, Turkiye!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Pe kabor? Terima kasih bagi mengkome yg ziarah blog ni, dan yg follow. Maaf lama tak hapdet. Balik dari cuti raya, Mr T melompat dan menyongket ke Tanah Melayu pulak! Dah dekat 6 tahun tak datang Malaya taw!
Tahun lepas teman gi Turki musim paneh, sempat ler berkoje di ladang hazelnut mertua barang 2 minggu. Ni kira kumpulan kacang terakhir dijemur!
Penghujung musim metik, ada masa kami gi ngutip buah berangan dan sayuran yg deme tanam awal musim bunga. Ni salah 2 orang pekerja Kurdish kami, baru umur 10-11 tahun tapi dah tak sekolah.
Kaum Kurdish ni ramai dok belah timur Turki dekat Iraq dan Syria. Deme lazimnya koje seasonal metik hazelnut, kentang, bawang, buah zaitun di pelbagai wilayah. Tu yg ramai tak sekolah tinggi, nak cari duit jer...
Ladang hazlenut kuarga Mr T jumlah keseluran lebih korang 10 padang soccer. Lazimnya deme upah 15-17 org bangsa Kurdish ni.
Sebelum teman sampai deme dah tau teman nak datang, amatlah excitednya deme nak jumpa sorang Yabanci (foreigner) yg boleh speaking. Masa lunch kekadang teman usyar aktiviti masak Chef deme.
Makanan staple org Kurdish lebih macam menu org Arab...roti ala-ala capati, tapi deme makan dgn keju crumble. Selalu deme bagi teman sekeping ni, "Makan, makan...panas-panas sedap!" deme pelawa!
Teman bukan selalu tolong kutip hazelnut, ada masa teman berlegar sekitar Farmhouse...petik buah epal liar...
....anggur liar...
.....sayur-sayuran yg ditanam mertua dan biras si-Nevin dekat Farmhouse. Sayur-sayur disemai awal musim bunga, bila masuk musim panas boleh dipetik dan dimakan.
Lepas sebulan koje di ladang hazelnut, pekerja Kurdish balik ke wilayah deme di Diyarbakir. Ada yg gi cari koje lain di ladang buah, bawang, buah zaitun dll.
Habis musim hazelnut kami tak terus balik Kg Deredebi tapi sebaliknya susu-sasap dlm ladang dan utan kutip kacang walnut, buah berangan, sayur kacang fesule dan lain-lain.
Seminggu lepas hari raya puasa, Mr T datang Tanah Melayu. Teman pesan dulu bila abis kontrak di Iraq mai datang KL. 2 ari lepas dia mai, salah sorang rakan pekerja pun datang KL nak belajor BI! Jenuh gak kami bertiga jenjalan di Lembah Kelang Cuti-cuti Malaysia!
Satu pagi having kahvalti dgn anak sedara teman yg datang utk interview. Mr T suruh buat kahvalti yg molek-molek utk si Lina! First time Lina jumpa Uncle Turkiye dia!
Salah satu menu kahvalti pagi tu...roti dibuat base pizza dgn topping tomato, bawang, sucuk, salami Turki dan shitake, dan 4 jenis keju Istanbul...meh kome!