Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, March 1, 2014

ERDOGAN DAN SKANDAL TAPE, BOLEH KE AK PARTI BERTAHAN....?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat wal-afiat. Punyalah lama tak hapdet, sampai nak abis visa baru nak tulis balik. Yaa ampuuunnn!
Turki tengah sibut buat kempen pilihanraya majlis tempatan, bukan PRUlah. Jawatan datuk bandor, penghulu  segala kena buat PRK. Kempen deme meriah dgn rapat umum, kempen guna muzik dari bas-mini; dan bertumbuk di parlimen. Erdogan dan parti AK dia banyak skandal, terutama pasal skandal rasuah, rakaman perbualan kononnya antara dia dan anak lelaki dia. Erdogan kononnya suruh anak dia 'lupus' berbillion Lira; penutupan dersahane dll. Erdogan of coz nafikan, dia kata tape tu pelesu! Musuh dia ramai. Deme tak senang dengan usaha Islamisasi dia. Kome google ler kalau nak tau detail yaa...
Memola datang teman bawok adik si Timah ke Istanbul. 10 hari jadi turist guide. Jadi ler teman pelancong gak, bawok dia ke sana, ke mari tempat biasa pelancong nyongket kan... Merasa dia teman bawok dalam Masjid Baru (Yeni Camii) kat Eminonu ni. Masjid Biru pun di gi, siap posing wajib sana-sini!
Ni Masjid Baru masa kami gi waktu maghrib...Teman lazimnya tak suka solat dlm masjid besor-besor sebab ramai nar pelancong kuar-masuk, tapi kalau dah bertembung tu, masuk jugaklah.
Trip kali ni teman sempat gi tanah tinggi kat Kartalkaya, di Bolu (lepas si Timah balik Malaya). Gi sesama grup Indonesia, ada ler sebuah bas mini. Teman idok ler minat sangat nak main salji, sesaja nak jenjalan luor Istanbul sebab Mr T sibuk nak bawak jenjalan. Bolu ni kira macam Aspen Turki. Takyah kome gi Switzerland!
Sebelum si Timah balik, sempat teman bawok dia ziarah mertua dan kerabat di Kg Deredebi. Tido satu malam jer. Teman bawok dia gi sungai, tengok ladang dan makan buah berangan. Dengornya balik Malaysia, dia tak boleh makan ais! Punya penangan sejuk Turki tak hilang dekat 2 bulan! To be continued...

18 comments:

  1. Assalamualaikum Yong. Hamboiiii...genap 4 bulan blog ni senyap sunyi ya. Mujur tak lupa kata laluan! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, adoiii kan dah kena smash!

      Delete
  2. Assalamualaikum kak... seronok saya akak dah up semula he he.. fb saya ina shaza.. senang org msia nk ke Turki sebab akak ada kat sana:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong Ina, heheeh bukan sentiasa ada kat Turki. Berulang-alik jer!

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak..

    Untung adik Kak Halima, ada kakak yang memang expert susup-sasap kat Istanbul, tentu banyak tempat yang pelancong tak sampai, dia dapat sampai, terutama kampung deredebi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong Ros, rezki dia. Harap2 dia dah siap sekarang.

      Delete
  4. alhamdulillah
    akhirnya ada entry baru akak,
    kalau saya mesti tak tahan sejuk jugak
    tapi malaysia tengah kemarau sekarang ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong Ti, Alhamdulillah semua baik di Msia harapnya. Hari pun dah mula ujan kan?

      Delete
  5. Salam Kak Sitiomar,tumpang lalu ya

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Jika diizinkanNya, sampai jua Mulan.

      Delete
  7. yeah! kembali sebentar me;awat orang jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ali, pe kabor? Udah ada baby?

      Delete
  8. Turkey pun dh tiru malaysia ke Yong...? tapi mesia lagi hebat..., x main la keluar rakaman suare aje..., siap bideo lagi...., haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Yob Salleh, ada gak deme main video tp memang real, terpaksa ketua parti tu letak jawatan. Skandal seks jugak.

      Delete
  9. kite pun lama tak datang sini...akak sihat ke?

    ReplyDelete