Salji yg turun 2 malam lepas...
Assalamualaikum dan Salam Hormat Kome,
3-4 ari Mr T balik ke Laut Hitam ada urusan. Teman pun mati kutu takde tenet. Nak gi cyber cafe sejuk bebenor. Dalam minggu ni 2 kali salji turun tp setakat 12 jam, jadi idok ler tebal salji kat jalan. Boleh ler teman nyongket ke Olimpa, Mall yg dlm taman keme ni. Jadi maaf ler teman tak dpt galak nak blogwalk dan balas komen kat sini, berebut laptop dgn Mr T pulak!
Sambung kisah kat Kg Deredebi yek. Ni anak tiri teman yg sulung nama Tahsin. Dia tengah tolong teman mengatuk hazelnut yg mak dia dan mertua kasi teman bawok balik Istanbul. Tu mesin pemecah hazelnut. Deme bagi 6 kilo teman hangkut balik Istanbul!
Ilker dan Yusuf
Ni anak sedara Mr T dan sepupu Tahsin ler, nama dia Ilker. Dok bandar Akçakoça, anak nak masuk 2 orang. Malam tu dia datang rumoh mertua teman (opah dia ler) sebab nak jumpa temanlah kot. Malam tu dia datang sorang, isteri dia yg sarat balik rumoh mak. Ilker ni tinggi orangnya, lebih tinggi dari Mr T!
Ahh dah rama pulak rumoh mertua. Mr T pun datang dr seberang jalan nak lepak sini. Ilker salam dan cium tangan uncle dia.
Kalau ada kat kampong, tentulah kena jumpa mak. Depan sofra pun Mr T conduct biznes!
Ilker anak yatim. Bapak dia adalah adik Mr T, meninggal masa Ilker dlm kandungan. Dia membesar dgn mak dia dan mak mertua teman. Mr T tanggung sekolah dan universiti dia. Tu sebab dia panda buat koje dapur, asyik berkepit dgn mak dan opah!
Malam tu Ilker masak telur goreng!
Deme takde kuali cam kita, ada yg lepior jer. Ilker boh 2 potong butter kampong yg mak dia buat. Tu sepotong roti tengah dibakor, teman punya roti tu! Dalam poyok tu kentang masak dgn tomato puree.
Ilker sibuk basuh kuali tadi. Teman dan mertua dok kat sofa tengok TV dan labun dgn Mr T.
Ilker tengah pegang bekas teh. Nak buat teh pulak!

Selingan: Semalam teman dan Sumeyye gi tengok filem 'FETIH 1453' dekat Mall tak jauh dari apartment kami di Başaksehir, Istanbul. Rega tiket RM17 orang dewasa dan utk Sumeyye ada student diskaun. Kome gi lah Youtube tengok trailer dia.
Ni dia 'Sultan Fetih' tu...yg ada janggut dan misai tulah!
Tapi pelakon pembantu dia yg bawak watak Hassan lagi hensom! Nanti teman nak beli DVD filem ni. Sapa nak pesan buleh gak. Puas ati teman nonton filem keluaran dan arahan orang Turki pasal sejarah deme sendiri!
Getik nar dah tengok filem Hollywood!
Salam Yong
ReplyDeleteKeme order satu dvd tu yer.
Salam Yong, InsyaAllah nanti dah ada DVD akak belikan. Rega tak tau lagi
Deletewah byk jugak menu mkn mlm tu yer...
ReplyDeleteSalam Yob,
Deleteıtu sebahagian jer...ada lagi belum kuar.
follower ke 351 datang mendaftar
ReplyDeletesalam kenal
banyaknya menu :)
Salam Yong, Hosgeldeniz...salam kenei! Banyak ke? Sederhana jer Yong.
DeleteSalam Yong Halima
ReplyDeleteLama dah tak masuk mengomen...ingat lagi ka?
kisah Muhammad Al Fateh tu mesti best kan...
Lama lagi ke duk kat sana?
Salam Yong,
DeleteIngat lagi...Yong Faridah kan?
Akak rasa cam best gak. Cer intai trailer kat Youtube. InsyaAllah akak dok Istanbul sampai ujung April.
Assalamualaikum Kak...
ReplyDeleterindu benar kat entry akak, ternanti2 cerita dari Turki..
Waa makan besar akak, selalunya bila orang masak , berselera sakan kita kan kak..
Salam Yong Ummi, tima kasih rajin datang. Kalau dah ramai giants yg datang, kena makan besor ler Yong!
Deletesalam kak,
ReplyDeleteuntung sape yg dpt Ilker rajin & pandai masak pulak tu! cerita fetih ni ada english subtitle tak? dh tgk trailer dlm youtube mmg best!!
Salam Yong, tp dia kat rumah sendiri asyik bini jer layan. Kalau DVD selalu ada subs, nanti akak cari yg ada subs BI.
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletemmg best cerita tu...tapi tgk trailer je....
kita nak download kat internet je....
Salam Hajjah,
DeleteMemang agak best. kan. Kalau tak sabor tunggu kat panggung atau DVD, download jer.
nak jugak order dvd filem tu...
ReplyDeletewaaahhhh, bagus Ilker tu.. rajin kat dapor ya..
ater 6kg hazelnut tu amatlah menggoda jiwa...
Salam Yong,
DeleteNanti akak order bila dah kuar DVD tu.
Ater bertuahler bini si Ilker tu gamoknya. Ater 6 kg tu utk dimakan kat Istanbul jer!
berebut laptop dgn Mr T ?
ReplyDeletemesranya bunyi.... ehem ehem
Salam Yob,
DeleteEhem...ehem...berebut sayang tuh!
Tak dapat blogwalking tak pe,janji ada ceta best-best udahla.
ReplyDeleteSentiasa tunggu ceta best dari istambul
Salam Yob', InsyaAllah akak berusaha menghapdet blog tiap 3-4 ari kalau Mr T tak guna. Dia selalu bagi guna laptop bila dia tak buat koje. Tima kasih rajin menunggu!
Deletesalam kak,
ReplyDeletewahh akk g tgk movie best tuu :)
Salam Yong, agak best dan teruja dan terharu dpt nonton filem sejarah Islam yg big budget yg diarah, dikeluarkan, dilakonkan dan diolah oleh org Islam sendiri!
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeletemeriahnya kak....
Salam Yong,
Deletemau tak meriah...giants datang nak makan!
Bestnya.. dok tengok tv, lauk penuh meja, ada chef dlm umah & seberang umah.. tuah tuah.. mokcik Pengembara dunia tu dah order dvd, teman pinjam ke dia je la.. muahahaha
ReplyDeleteSalam Yong, sekali dua kala Yong! Mentang2 ada member ketat, nak pinjam jer!
DeleteSAlam Kak yong, Saya Faizul Afzan dari Bachok kelantan. Saya sangat teringin untuk melihat filem ini. Kalau saya juga nak memesan DVD dari Kak Yong , macamana kaedah untuk saya membuat pesanan tu nanti? harap dapat bantuan kak yong ya?
ReplyDeleteFAIZUL AFZAN
pembaca setia Moh kembara. :)
Salam Afzan,
DeleteErr akak dah balik Shah Alam ni dah sebulan. Ahhh akak pun cuba nak beli utk akak dan org lain yg pesan, tapi takde. Ikut undang2 Turki tunggu setahun lepas filem ditayang baru deme buat dvd/vcd satnika. Yg pirated pun akak tak jumpa. Deme menghormati copyrights. Tunggu tahun depan nampaknya!