Moh Kite Follow Sesame...

Monday, February 7, 2011

Terkini Krisis Mesir!!! Obama Lidah Bewak!!!


" Egypt will not be the same country..." (Why, are you sending American soldiers there?"



Imej menunjukkan perjumpaan pertama antara regim Mesir dan wakil-wakil 'pembangkang'.



Wakil-wakil belia yang mewakili El Baradie bertemu VP Suleiman. Serius...



Selepas pertemuan dengan VP Suleiman, jurucakap Muslim Brotherhood Mohammad Musri menegaskan, "Tuntutan rakyat mesti dipenuhi dan hak-hak kami dihormati..."



Biznes dah dibuka semula termasuk bank. Pelanggan bank beratur untuk buat urusan semalam. Tapi bukan semua bank beroperasi.



Tapi rakyat masih bertegas dengan pendirian deme.



Suasana pada ari ke 13 semalam masih meriah dan semangat masih berkobar-kobar. "We want Mubaraq to go, no less!" laung deme.



Ni bukan solat Jumaat tapi solat untuk memperingati deme yang terkorban dalam pertempuran sewaktu awal krisis.


Solat yang sama di Tahrir Square.



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Nak kata bahagia idok jugak bila nengok headlines kat TV France24 ni. Hampeh, buat mood teman tak bape ceria. Sebab tangan-tangan dari White House sibuk cekuh sana-sinun kat dalam dapur orang Mesir.

Dalam satu wawancara dengan sorang personaliti, Obama kata "Egypt will not be the same country" dan "I want a representative country," (This is from someone whose adminatration says "We don't want to be seen to be interfering"! Kuang ajor betul, lidah biawak!).

Dia juga sebut Muslim Brotherhood "is just another faction in the oppositions" dan "does not have the majority support." (Are you nervous, Barrack? You can scheme but Allah is the best schemer! )

Dalam pertemuan dengan wakil-wakil semalam, VP Suleiman menggariskan beberapa concession termasuk kebebasan akhbar, pindaan dalam perlembagaan, menyambung semula talian internet dan telefon, dan beberapa lagi tapi malu-malu khinzir nak amik kuasa Presiden. (Horse-ni may be not in the meeting but his portrait hanging on the wall made Suleiman nervous to disobey him, I reckon!).

Kemudian kuor laporan Wikileaks bahawa dalam tahun 2008, masa bertemu dengan Duta US, VP Suleiman penah komen kemenangan Muslim Brotherhood dalam pilihanraya adalah sesuatu yang 'malang'. (Another bewak!)

Pihak 'pembangkang' masih sangsi dengan hasil pertemuan tersebut.

Manakala Muslim Brotherhood kata reform yang disarankan oleh regim tu "Insufficient'" (Hah, mintak lagi, jangan mengalah Yob).

Bank dah mula buka biznes semalam sebelum "$15billion government bond auction". Menurut ulasan para pedagang market berjalan "active fairly well" (Whatever that means, teman kurang arif pasal pasar ikan ni).

Namun, yaaa namun...para protestor 'still stand their ground' dan tidak akan berganjak dari pendirian deme yang mahukan Mubaraq turun. (Tabik kat deme-
deme ni!)

Sumber dari TV France24 jam 2 petang Isnin waktu Malaysia.

Ok, semoga semua sihat kat Malaysia. Banjir dah surut, harga getah masih tinggi dan kempen PRK Merlimau berjalan 'bersih', hurmm...hurmm! Time for breakfast.

10 comments:

  1. salam kak halimah..apa khabar? Wahh gempaq kan isu kt mesir ni..tq info2 yg terbaru..take care ye kak..

    ReplyDelete
  2. Salam Lyza, kabor baik Alhamdulillah. Sama-sama, just tolong tambah apa yg tak sampai kat RTM dan TV3, kui kui!

    ReplyDelete
  3. salam akak..

    terima kasih utk info terkini..moga mesir kembali aman..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Cikceria, InsyaAllah, semoga gitulah, kita sesama doakan.

    ReplyDelete
  5. Yahudi mahu cari penganti Mubarak,
    Mana2 pemimpin yang sangup jadi barua yahudi,dia akan boleh memimpin mesir

    ReplyDelete
  6. Amerika... apa lagi yang kita harap kan...?

    ReplyDelete
  7. harap protester terus bertahan sehingga horse-ni meletakkan jawatannya..jika tidak, sia2 pengorbanan yg ditunjukkan oleh mereka yg syahid..

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Joyiman, ni deme tengah milih ni, tu yg lambat nak turun!

    ReplyDelete
  9. Salam Yob Gedek, same old...same old!

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Mad, mmg rama lagi yg bertahan, cuma takut pengganti Horse-ni ni acuan lama...tu yg sian nanti!

    ReplyDelete