Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts
Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Krisis Mesir Terkini...Entry Terakhir Dari Mohkembara!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga kome semua sejahtera di sana. Maaf ari ni lamat update entry sebab broadband Turkcell keme dah terover budget. Pagi tadi nak 'on' tak buleh. Ngadu pada Mr T, teman kata nak update blog. Dia kat, " No need blog...unnecessary." "So you want to blog or to jalan-jalan?" teman tanya. "Ok, I will check the broadband," cepat jer dia tangkis.

Mungkin kome dah tau perkembangan terkini kat RTM dan TV3/4 Saluran Informasi Andaaa, tapi teman nak gak selit sesikit laporan dan ulasan dari Eropah, khasnya dari TV France24. Tv ni bersiar 24 jam dan dipancor dari Paris. Kat Turki ni kalau kome pasang receiver, banyak dapat saluran dari pelusuk alam kecuali dari Malaysia dan Singapura. Heran teman tak dapat RTM, TV 3/4 dan seumpamanya.

Dah masuk ari ke 15 (?) "The demonstrators are staying put! In fact, they are many first-timers among the protestors," kata wartawan France24 di Kahirah. Dilaporkan jumlah protestor semakin bertambah tiap ari, bukan berkurang dan mood pun 'upbeat' dan semangat tak luntur. "They are keeping up the momentum and will not let it die." Adalah pulak tuntutan tambahan dari protestor ni, deme mau bukan saja Mubaraq turun, tapi keseluruhan kabinet regim! (Way to go kome!)

Imej di atas adalah gambaran semalam. Ada nampak macam berkurangan jumlah yang lepak kat Tahrir Square tu? Mungkin ada antara kome tanya ngape teman tak cut paste jer gambor dari site lain. Kalau buat cam tu buleh tapi tak der drama.






Kalau kome ingat Yob hensom ni, Ghonim, Eksekutif Google yang kena tahan 2 minggu tu (baca entry teman semalam), ni dianya buat ucapan berapi dalam Mass Demo tu. Dia kata dia bukan hero, tapi dah berucap cam ni nanti ada orang kata dia nak jadi hero. Tapi kalau dia tak berucap, sapa lagi. Baik dia, hensom pun hensom...dan sebab dia kena belasah dengan Security Forces 2 minggu!



Nak tau bersemangat ke atau dah luntur semangat, haa tengok deme ni. Siap bawok blanket tido kat tengah dataran. Kalau kome mau ke bersejuk dan beralas simen/jalanraya yang keras berhari-hari. Sanggup tu!

VP Suleiman berjanji, "there will be no reprisal against the protestors." (Yalah, takkan miker nak simpan sejuta orang dalam lokap kot!).



Sementara itu, PM Perancis Fillon mendapat tekanan dari pihak MP pembangkang yang menuduh beliau menyalahgunakan kedudukannya bila menerima pakej percutian percuma dari Mubaraq semasa cuti Krismas tahun lepas. Sebelum itu Menteri Luarnya dikritik sebelum ini kerana bercuti di Tunisia ketika rakyat Tunisia sedang berdemo. (Tak pasal-pasal negara lain tempias kena ribut dari Mesir).

Imej atas menunjukkan satu keluarga Mesir sedang berkelah di Tahrir Square. Siap bawok anak-bini!


Semalam Mr T balik dari Iraq. Nasib baik teman dah kemas rumoh. Idok ler bersepah sangat. Sebab lepas ni dia akan sepahkan rumoh.



Ni kahvalti pagi tadi teman buat. Pastu kami pegi check masalah broadband Turkcell. Sebab blog teman berat, bill naik sampai RM300 dalam tak samapi sebulan. Pelik arr. Kat Malaysia teman bayor RM98 guna sebulan. Mr T kata, tak payah guna blog, sebab banyak makan duit.

Jadi ni entry teman terakhir, sehingga teman balik Malaysia atau teman online kat CC. Harap maklum ya.





Tuesday, February 8, 2011

Lagi Terkini Mesir!!! Mass Demonstration Lagi!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi semasa rakyat Malaysia sedang tido lena, teman chat dengan salah sorang kawan blogger. To make long chat short, dia sarankan citer kembara didulukan sebelum citer Krisis Mesir dalam satu entry. Teman rasa teman telah menganaktirikan catatan kembara sejak 3-4 ari ni. Jadi, walaupun tajuk entry tentang Krisis Mesir tapi bagi memberi keutamaan pada Follower kembara teman, teman labun pasal kembara teman dulu ye kome.

Minggu lepas teman nyongket ke Grand Bazaar (lagi) untuk usyar rega barang dan juga nak nengok ada tak barang atau design baru. Grand Bazaar atau Kapali Carsi ni dah wujud beratus tahun sejak zaman Uthmaniah dan deme jual memacam benda dari A-Z. Yang dalam bazar tu lebih fokus untuk pelancong. Teman suka ngelewor kat kedai-kedai di luor bazar. Ada beribu-ribu kedai dan peniaga kat dalam dan luor bazar ni. Salah sorangnya jual chanta (beg tangan) atas jalan!



Teman usyar havlu (tuala) deme ni ada tak design baru. Ni design lama tapi beberapa ari lepas bila jumpa blogger dari Mesir tu, teman nampak ada havlu dengan design yang baru. Nanti teman akan rembat sedozen bawak balik Malaysia!


Susunan pots and pans yang menarik. Kilauan dia buleh menggoda shoppers yang lalu-lalang.



Sesapa yang suka jeruk zaitun, sini syurganya. Yang itam ada, yang ijo ada, yang mahal ada, yang muroh sikit pun ada. Rega dia berbeza-beza ikut gred ler.


Antara kedai yang teman suka nganga ialah kedai jual salami, sucuk, daging, jeruk, rempah-ratus, herba dll.


Lagi satu kedai yang jual peralatan dapur dari poyok belanga sampai ke sudu dan garfu.



Kebetulan ari tu ari jumaat, teman tunggu di luor salah satu mescit di salah satu lorong luor bazar tu. Dari 3-4 orang pekedai, pekerja bazar kepada shoppers yang masuk dalam mescit sampai ke berpuluh-puluh orang jemaah datang, melimpah keluor; deme pun mula membentang tikor atau kotak dan sejadah atas jalan pulak.


Pemandangan ni biasa berlaku tiap ari jumaat di luor mescit-mescit kecik di sekitar Grand Bazaar. Kat Eminonu ada sebuah Camii tapi yang itu pun crowded.


Seperti lazimnya, mesti ada citer makan-makan. Sebab dah lapor, teman cari kebab jer lah. Sebiji kebab daging yang ada fries dalamnya dan sebotol ayor kosong, dekat RM9. Tu kira mahal, mungkin sebab kawasan pelancong...hampeh. Tapi kebab Istanbul lebih sedap dari kebab kat KL nu...


Ok, sekarang masuk laporan Krisis Mesir. Ni nama dia Wael Ghonim, Eksekutif Google. Semalam dia dilepaskan selepas ditahan oleh Security Forces (SB!) selama 2 minggu sejak bermulanya krisis ni. Beliau telah disoalsiasat (Seksa?).



Dalam wawancara dia semalam dia kata, "Don't turn me into a hero. The real heroes are those on the street and those who were killed!" Sebelum ditahan, Ghonim telah menulis dalam blog/Facebook (tak pasti teman tang ni, missed laporan tu), menggesa rakyat bangkit menuntut kebebasan dan reform dari regim Mubaraq. Ghonim kini dianggap sebagai sorang 'Cause Celebre' di Mesir dan akan menjadi salah sorang yang akan berucap dalam Mass Demo hari ni! (Hmm hensom gak Mamat ni, mesti ramai Yong-yong Mesir usyar dia!)


Manakala sorang jurucakap Rumah Putih menjelaskan jika Horse-ni dipaksa turun, negara tu kena adakan pilihanraya presiden dalam 60 ari, menurut perlembagaan deme. "Are they ready for an election?" Konon White House bimbang berlaku rigging dan penipuan. (Dulu tak der rigging ke Yob?)



Menurut laporan akhbar Jerman Der Spiegel, Horse-ni mungkin akan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Baden-Baden. Dia dikatakan mengalami canser sejak beberapa tahun ni. (Err... satu tektik 'Face Saving' untuk para diktator dan despot yang dipencenkan oleh revolusi, bijak,bijak,...yang tak bijak).


Imej semalam di Tahrir Square. Deme masih berkhemah weh. Yob dua orang yang berdiri tegak tu tengah solat.



Laporan ari ni sebut satu Mass Demonstration sedang dirancangkan untuk ari ni, ari Selasa...menuntut Horse-ni turun, pergi, pencen, belah...whateverlah asalkan dia bukan presiden lagi!( Tak faham-faham Bahasa Arab ke dia ni? Gaji yang miker janji nak naikkan 15% tu dah terliwat...err terlewat! Sebab teman ni bersopan-santun, idok ler teman nak mencarut kat sini...but it was at the tip of my tongue!)


Ni laporan selit! Ketua Insurgent Chechen Doku Umarov telah pos video klip dan mengaku geng dia bertanggungjawab dalam serangan di ehpot di Moscow pada 24 Januari di mana 36 orang terbunuh. Beliau bagi warning pada Putin (kan teman dah kabor ari tu kat miker, Putin!) untuk kuor dari wilayah deme.
"Kami akan terus berjuang untuk membebaskan 'The Land of Caucasus Muslim'!" istihar Umarov. (Takbir!)

Petikan berita teman amik dari TV France24 jam 2 petang Selasa waktu Malaysia.

Nak breakfast apa pagi ni weh...

Monday, February 7, 2011

Terkini Krisis Mesir, "We Won't Budge!!!" Jerit Protester.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tak banyak perubahan berlaku ari ni. Situasi masih dalam suasana "standoff" antara pihak anti-Mubaraq dan pihak regim. Ada rakyat yang dah letih dengan krisis dan cuba menjalani hidup yang 'normal'. Tapi beribu-ribu lagi anti-Mubaraq masih berkampong di Tahrir Square.

Dalam sektor pelancongan, ianya dah tergantung. Imej menunjukkan kawasan sejarah piramid sunyi sepi tiada pelancong dan kenderaan pelancong seperti selalunya. Yang ada polis dan tentera mengawasi kawasan bersejarah ni. Unta pun ada beberapa ekor berkeliaran.

Sementara itu matawang Mesir jatuh 1.3% berbanding Dollar Amerika, kejatuhan yang paling teruk dalam 6 tahun!




El-Baradie mengatakan beliau tidak dijemput menghadari pertemuan pertama dengan pihak regim semalam. (Laa gitu ker? Deme takut pengaruh Yob ni...)



Walaupun ada rakyat Mesir dah balik ke rutin harian tapi ramai masih tak berganjak. Deme bina khemah dan pondok siap dengan bantal, selimut dan kelambu! Ada yang hangkut laptop buat laporan 'live' atau tulis blog atau update dalam Mukabuku deme!



Kalau kome ingat deme dah "give-up, rest assured most of them are staying put, literally!" Rasional deme, "kalau kita tak gi koje, gomen akan rasa 'panas' dan 'collapse' bila jentera gomen tak berfungsi." (Bijak, bijak...)



Bukan rakyat Islam jer menuntut perletakan jawatan Horse-ni, tapi golongan Kristian pun bersama-sama berganding bahu dengan saudara Islam mereka.


"We won't budge!" protestor memberontak.


Imej di Tahrir Square yang teman cilok dari TV Turki pulak.


Salah sorang wartawan asing sedang membuat lintaslangsung di Tahrir Square.

Nilah 'lintaslangsung' dari teman di Basaksehir, Istanbul. Cuaca di luar amat nyaman, 18 Celcius. Why am I staying in? Nyongket kan best dalam cuaca yang sebegini? Tak buleh, tak buleh. Kena kemas rumoh. Mr T is coming home soon! Weh sapa nak tolong teman kemas rumoh ni?

Sumber tentang Krisis Mesir dari TV France24 jam 10:30 pm Isnin waktu Malaysia.

Krisis rumoh teman bersepah ni siaran langsung dari Basaksehir.

Terkini Krisis Mesir!!! Obama Lidah Bewak!!!


" Egypt will not be the same country..." (Why, are you sending American soldiers there?"



Imej menunjukkan perjumpaan pertama antara regim Mesir dan wakil-wakil 'pembangkang'.



Wakil-wakil belia yang mewakili El Baradie bertemu VP Suleiman. Serius...



Selepas pertemuan dengan VP Suleiman, jurucakap Muslim Brotherhood Mohammad Musri menegaskan, "Tuntutan rakyat mesti dipenuhi dan hak-hak kami dihormati..."



Biznes dah dibuka semula termasuk bank. Pelanggan bank beratur untuk buat urusan semalam. Tapi bukan semua bank beroperasi.



Tapi rakyat masih bertegas dengan pendirian deme.



Suasana pada ari ke 13 semalam masih meriah dan semangat masih berkobar-kobar. "We want Mubaraq to go, no less!" laung deme.



Ni bukan solat Jumaat tapi solat untuk memperingati deme yang terkorban dalam pertempuran sewaktu awal krisis.


Solat yang sama di Tahrir Square.



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Nak kata bahagia idok jugak bila nengok headlines kat TV France24 ni. Hampeh, buat mood teman tak bape ceria. Sebab tangan-tangan dari White House sibuk cekuh sana-sinun kat dalam dapur orang Mesir.

Dalam satu wawancara dengan sorang personaliti, Obama kata "Egypt will not be the same country" dan "I want a representative country," (This is from someone whose adminatration says "We don't want to be seen to be interfering"! Kuang ajor betul, lidah biawak!).

Dia juga sebut Muslim Brotherhood "is just another faction in the oppositions" dan "does not have the majority support." (Are you nervous, Barrack? You can scheme but Allah is the best schemer! )

Dalam pertemuan dengan wakil-wakil semalam, VP Suleiman menggariskan beberapa concession termasuk kebebasan akhbar, pindaan dalam perlembagaan, menyambung semula talian internet dan telefon, dan beberapa lagi tapi malu-malu khinzir nak amik kuasa Presiden. (Horse-ni may be not in the meeting but his portrait hanging on the wall made Suleiman nervous to disobey him, I reckon!).

Kemudian kuor laporan Wikileaks bahawa dalam tahun 2008, masa bertemu dengan Duta US, VP Suleiman penah komen kemenangan Muslim Brotherhood dalam pilihanraya adalah sesuatu yang 'malang'. (Another bewak!)

Pihak 'pembangkang' masih sangsi dengan hasil pertemuan tersebut.

Manakala Muslim Brotherhood kata reform yang disarankan oleh regim tu "Insufficient'" (Hah, mintak lagi, jangan mengalah Yob).

Bank dah mula buka biznes semalam sebelum "$15billion government bond auction". Menurut ulasan para pedagang market berjalan "active fairly well" (Whatever that means, teman kurang arif pasal pasar ikan ni).

Namun, yaaa namun...para protestor 'still stand their ground' dan tidak akan berganjak dari pendirian deme yang mahukan Mubaraq turun. (Tabik kat deme-
deme ni!)

Sumber dari TV France24 jam 2 petang Isnin waktu Malaysia.

Ok, semoga semua sihat kat Malaysia. Banjir dah surut, harga getah masih tinggi dan kempen PRK Merlimau berjalan 'bersih', hurmm...hurmm! Time for breakfast.

Sunday, February 6, 2011

Terkini Krisis Mesir!!! Deme Dah Mula Dok Meeting!!!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Sebelum kome tepuk-tepuk bantal dan pasang kelambu nak tido tu (kecuali Yob PO kot), meh baca laporan terkini dari TV France24 yang dipancor dari Gay Paree!!!

Gambor atas imej terkini ari ni, gamoknyer ler. Kekadang deme suka ulangtayang imej ni berkali2, kome tau kan? Nampak gayanyer protestor masih bertahan. (Cayalah kome!).



Hah, pertemuan pertama antara pihak gomen Mesir diketuai oleh VP Suleiman dan kumpulan 'pembangkang' termasuk Muslim Brotherhood, wakil protestor (!) dan wakil El Baradie (Laa antor wakil jer Yob ni!). Mubaraq yang ada, 'power but no authority' hanya diwakili oleh gambor portrait dia. "He is a lameduck!" kata sorang komentar. (Bukanlah... He's a lame horse!).



Yob ni kata, "Mubaraq must go! That's the only reason why we are here! We want him to go!" (Ok, we heard you loud and clear, Bro!).



Yob smart ni pun tambah, "We don't want chaos. But certain quarters are provoking chaos and blame the people!" (Sapa tu Effendim? Usyar deme sampai dapat).



"Who are these oppositions? Why is the Muslim Brotherhood in the meeting? They are not a political group. They are a religous group..." ngomel Encik Jean Maher, sorang pangkat tinggi dalam pertubuhan Coptic Christians France and Europe. (Cemburu pulak dah. Ater kome tuntutlah hak kome...).



Baru ler nampak sikit-sikit imej protester pompuan. Bebaik Yong. Elok pakai helmet, takut kena missiles, pecah pala tu kang.

Sementara itu Makcik Hillary kata dia 'supportive' dengan penglibatan Muslim Brotherhood dalam pertemuan dengan pihak regim.

Manakala Russia pulak menggesa regim mencari jalan keluar bagi menyelesaikan krisis yang dah berlarutan 13 ari ni. (Deme dengor pun letih. Hey Putin, bila miker nak kuor dari wilayah Caucasus? Sibuk jaga rumohtangga orang!).

Dan Ketua Biro Al-Jazeera dan pemberita telah dibebas dari tahanan. (Elok sihat ke lagi deme ni?).

Sekian laporan headlines teman dengor dari TV France24 jam 4 petang Ahad ni waktu Malaysia. Kalau teman rajin, ada lagi hapdate lepas tengah malam masa kome dah tido nanti. Kalau malas, takder ler!



Untuk entry kembara ari ni, tadi teman nyongket ke pasar Ahad. Usyar stokin untuk sorang kawan blogger yang pesan belikan corab (stokin ler). Ni teman pilih werne ungu lembut. Sori arr Numara, cikgu try check dulu tengok elok ke idak, bocor ke, longgor ker... dah try cikgu bukak dan simpan. OK tak werne ni?




Haa ari ni idok ler akak telan karipap lagi, Yob Samad weh. Akak masak kofte daging, fries dan salad. Kofte baru beli kat supermarket tadi, sedap yaa amat!

Meh makan kome!

Latest Krisis Mesir, Muslim Brotherhood Nak Bincang!!!

"Revolusi ni bukan sekadar menuntut keadilan tetapi untuk maruah kami jugak!" (Terharu dengor gaya dia cakap).



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tak banyak perubahan berlaku sejak dari semalam , cuma ada sikit perubahan dengan pendirian Muslim Brotherhood. Headlines dulu:

US Special Envoy Frank Wissner kata "President Mubaraq must stay in power during the transition process," kononnya dia akan membantu memandu Mesir ke arah demokrasi berdasarkan pengalaman beliau selama berdekad memimpin Mesir. (Yeah, right.)

Tetapi Washington cepat2 menafikan kenyataan tu. Washington menegaskan itu Encik Wissner punya pandangan peribadi.(Frank, orang suruh cakap lain, miker cakap lain ni pe hal?)

"Washington doesn't want to be seen to be interfering," kata laporan Tv. (Ek eleh, macam dia tu tak penah kepoh. Who are U trying to fool Uncle Sam?)

Namun dalam perkembangan terbaru pihak Muslim Brotherhood dah bersedia untuk terlibat dalam perbincangan dengan gomen. (Right on Bro! Ni negara kome jugak!).

Dan Washington berkenan dengan pendirian baru deme ni. "Muslim Brotherhood has to be part of the process. If you isolate the Muslim Brotherhood, they could be more radical. If they are forced to join the process, they are just another political force..." (We will see, we will see...)



Sementara itu gomen berusaha meminta penduduk Mesir balik berkoje. Bank dan biznes dijangka mula beroperasi semula ari ni (Ahad). (Entahlah kome, nengok pada imej deme nak menunjukkan perasaan marah deme lagi...)



Menurut laporan, Mesir kerugian 300 juta (dollar/Mesir?) sehari sejak krisis ni! (Alaa beli senjata US billion-billion ok jer!)



Dalam beberapa wawancara dengan penduduk, deme mengatakan perletakan jawatan parti oleh Hosni dan top leadership tak memberi banyak kesan. Selagi Hosni ada, selagi tu regim masih wujud! (So apa lagi Horse-ni? Pegilah ke salah satu pulau kat Greek tu. PM Greek dah nak offer dah!)



Pihak tentera meminta orang ramai bersurai dan balik kerumoh. Esok gi koje, kata tentera! Dan rakyat Mesir pun mula nervous, letih dan bimbang. Bank tak der duit, biznes tak jalan tapi pada masa yang sama deme mau standoff dengan regim ni selesai dengan turunnya Mubaraq. Itu laporan wartawan France24, teman kabor je yek.

Sumber dari TV France24 jam 2 petang ni waktu Malaysia.