Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, February 6, 2011

Latest, Latest Krisis Mesir!!! Hosni Letak Jawatan...!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menurut laporan, Presiden Hosni Mubaraq telah letak jawatan....sebagai ketua pemimpin parti dia. (Letak jawatan parti jer. Sori buat kome excited jap!)

Top Ruling Leadership also resigns en masse - laporan TV.

Beliau telah buat perjumpaan dengan kabinet dia bincang masalah ekonomi Mesir sejak berlaku krisis.


Sementara itu Makcik Clinton, berucap di Munich Security Conference, "Transition only works if it is deliberate, inclusive and transparent ".

Tambah dia lagi ,"ada risiko tika transisi ke arah demokrasi. Timur Tengah mesti 'reform' walaupun berisiko tinggi. (Err Hillary, miker dah reform ke suami miker tu, skirt-chasing Bill?).

"Early election is not a good idea," celah Merkel pulak. (Why is everyone giving silly comments? Concrete ideas people!).

Selain dari tu beribu-ribu protestor masih lepak di Tahrir Square. (Patut ler ramai, students di Mesir tengah cuti).

Hosni tetap ketegaq. (Lantok kome kesejukan kat padang tu, kata Horse-ni).

Pihak tentera menggesa protestor supaya bersurai dan balik rumoh.

Para Protestor kata,"No way Jose, not until the Old Horse goes!"

Ketua2 kumpulan dan wakil pembangkang akan buat pertemuan dengan PM Ahmad Shafiq, tapi tidak termasuk Muslim Brotherhood. (Awatnya Bro?)

Wartawan yang meninggal ari tu adalah kerana alami kecederaan tertembak.

(P.S Kome yang rasa tertipu baca tajuk entry teman jangan marah eh, teman guro-guro sikit. Kalau merajuk teman tak tau nak buat cam ner...)

Sumber dari TV France24 jam 12 tengah malam waktu Malaysia.



Nak mudahkan koje teman, citer kembara ditulis sekali dalam satu entry, he he!

Jumpa gak dengan rakan blogger TinaFarina kat dataran Yeni Camii. Alaa comey dan cute orangnya. Bersama dia suami dia, Fadhil. Kami pun jenjalan sekitar dataran, luar Grand Bazar (yang lebih meriah dan eksotik) dan teman perkenalkan makanan Turki yang femes - Iskender Kebab!

Gambor menunjukkan kami posing depan kedai jual peralatan barangan bertunang.



Ni di dataran depan Yeni Cammi dekat Grand Bazar, Eminonu. Tapi kami solat di camii yang lebih kecik kat luar Grand Bazar. Yeni Camii ramai sangat orang!



Selain kebab dan doner, teman ajak deme makan kebab yang dipanggang. Kami order Iskender Kebab dan yoghurt, chicken wing panggang dan lamahcun. Teman riso takut deme tak kenyang tapi deme kata kenyang.

Selamat bercuti lagi dan semoga jumpa di Malaysia atau di mana-mana ,Tina dan Fadhil. Diharap kome enjoyed pertemuan tadi. Selamat pulang ke Malaysia!

P.S Mohon kemaafan, Tina dan Fadhil, kalau ada kekurangan dari segi layanan tadi ya!

10 comments:

  1. Yang sebenarnya , dua-dua comel... termasok makanan atas meja tu...! Adoi! boleh ke habis?

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Gedek, ehh ye ker? Jgn komen cam tu nanti suami dengor! Ngam-ngam jer cukup makanan tu, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam akak

    cepatnye akak update. kitorang baru balik tadi. hehe sempat post yang lama terbiar kat dashboard je pasal basilica cistern. hehe..nak mintak izin akak copy gambar kita dua tu. gambar from camera saya tengah makan tu tak berapa jadi.

    thanks a lot akak. hope dapat jumpa akak lagi lain kali. terima kasih bawak kitorang jalan2 and ajar bahasa turki sikit2. thanks for the foods also, seriously kenyang Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. hehhe memang cute lah dia nya,,, akak lah anggun heheheh ,, salaam akak ,,,

    ReplyDelete
  5. Salam Tina, memanglah cepat, bukan ada koje...pinggan sebiji kat dapur tak basuh lagi! Haa amik ler gambor tu, ingatkan nak minta Tina email gambor2 yg diamik tadi, kot kamera Tina lebih sofistikated! InsyaAllah kita jumpa lagi!

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Nazar PO,suami dia pun hensom! Tima kasih, puji2 ni ada makna ker?

    ReplyDelete
  7. yaallah...kenapa liat sgt hosni nie...tamakn harta dunia.....
    insyaallaah....kita sama2 daokan supaya dia berundur secept mungkin...
    dai lah dalang segala2nya....di seorang musuh di dlm selimut...
    dia yg wtkan yahudi semakin kuat di palestin...emmm....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,

    ..letak jawayantu pada dia macam letak pinggan, pastu letak karipap....pastuu...

    ReplyDelete
  9. Salam Aan, sayang oh nak tinggalkan istana bunian. He will go soon, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu humairi, Karipap pun tak sudi dok atas pinggan dia Cikgu!

    ReplyDelete