Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, February 22, 2011

Kg Deredebi Yang Nyaman dan Ideal!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Semoga kome semua sihat dan ceria. Teman ceria sebab bila check penyata broadband Turkcell teman, ada 4 GB baru masuk. Ropanya sebelum gi Iraq ari tu, Mr T telah bayor untuk bulan Mac sekali. Tima kasih Mr T. Semoga Allah murohkan rezki suami teman. Dia marah kat Turkcell dan pesan kat teman guna berhemah, tapi bayor gak. Jadi teman kena jimat gak.

Hari ahad anak tiri yang sulong, Tahsin, antor teman balik kampong Deridebi, 45 km gitu. Cuaca sepanjang perjalanan renyai-munyai dan berkabus. Ni ropa pemandangan kul 11 pagi kat Deredebi ari tu.



Lepas cium dan dakap-dakap dengan madu teman Kak Emine, teman duduk-duduk tanya kabor itu ini. Umpama ayam berlabun dengan itik, kami pun bertukor kabor. Kak Emie bising sebab teman suka benor dok sensorang kat Istanbul. "Dok sini, saya pun dok sini," dia sembang. Teman nak explain panjong lebor yang teman lebih suka dok sorang, tapi tak cukup vocab pulak.

Masa Kak Emine turun bawah jap, si Freelance curi-curi intai kat pintu. Agaknya dia nak kata, "Hosgeldeniz!" kat teman. Nak masuk takut-takut berani.



Sementara Kak Emine takder, dapatlah dia bermanja-manja jap dengan teman, Madam tiri dari Malaya ni. Gebu dan besor dia dari kucing kita walaupun dia tak bertuan. Kami bagi dia makan roti bila dia datang atau apa-apa yang ada tapi lebihnya pepandai dia cari sendiri. Kampong ni banyak burung sebab pokok buah banyak. Sesekali kami jumpa bulu burung bersepah depan laman, mesti usaha gerakan hendap Freelance.


Teman pun jumpa Karabas. Dah tingga dia sekor. Sekor lagi si Reki mati ditembak oleh jiran mana ntah. Kuang ajor betoi. Yang teman tau Reki anjing yang lembut, tak ganas, dan selalu dok rumoh. Deme dengor 2-3 das tembakan tak jauh dari masjid. Mak mertua cukup marah, dia kata kalau dia tau sapa yang bunuh Reki, dia nak bunuh orang tu!

Bila Karabas jumpa teman aritu, dia cam takut-takut, teman sebut-sebut nama dia, teman gi dekat, dia macam suka, nak lompat-lompat. Teman takut dia peluk teman(peluk?). Teman kata jangan, jangan. Pastu dia buat macam sujud dan terus duduk depan teman. Ni kali kedua anjing mertua buat gerakan macam sujud ni. Dulu sekor nama Beto pun ada buat gerakan serupa. Teman rasa nak bagi tau yang dia akui kita sebagai Tuan dia.




Pada ari yang sama, adik Tahsin, Alper Talip, pun ada kat kampong. Dia datang untuk mengurus koje-koje binaan tembok penahan rebakan kat tepi rumoh kuarga kami. Belum berlaku lagi tanah runtuh atau rebak tapi elok buat tembok penahan sebelum apa-apa berlaku.



Tengah hari tu Kak Emine jamu makan stew sayur, pilav, roti dan nohut. Nohut tu kacang kuda yang direbus dengan sikit pes tomato dan serbuk cili. Tak der lauk. Kak Emine ni, dia masak memang simple dan sederhana. Bukan cam adik dia dari Malaya ni!
Kami berempat makan bersama, sangat ideal gitu - 2 lelaki makan bersama Mak dan Mak Tiri deme, mana nak cari. Alhamdulillah syukur!



Petang dua beradik ni kuar gi kampong jiran nak ucap selamat berjaya kepada salah sorang kawan deme yang gi perkhidmatan tentera untuk selama 15 bulan. Alper sendiri belum buat perkhidmatan tentera, rancangannya tahun depan dia pegi. Perkhidmatan tentera wajib untuk semua lelaki Turki, tak buleh escape!



Sebelum tu Kak Emine ada masak atau baked roti dalam soba dapur. Roti home-baked memang sedap rasa dia. Dia potong beberapa keping dan ajak rasa roti baru. Teman amik beberapa keping, bakor atas soba. Teman suka roti bakor.



Pastu keme pun makan dengan butter kampong (susu dari Kara Kiz, Kak Emine guna mesin churn untuk buat butter ni). Sapu kat roti bakor tadi...errrmmmm, sodap gitu...kata orang Ghombau! Minum dengan cay panas...meh kome!



Dekat kul 4 pm dah nak gelap. Renyai tak renti. Malam mesti sejuk yaa amat. Bila takder cucu-cucu yang huru-hara, dok Kg Deredebi memang nyaman kome!

33 comments:

  1. Salam Helli,
    Memang betulla, tengok gambaq pun dah rasa tenangnya...

    ReplyDelete
  2. sedap plak yong teman nengok kacang kuda tu... sane roti2 keras mcm kat mesir tu tak de ke?

    ReplyDelete
  3. Macam biasa... seronoknya kalu dapat pegi sana... malam td dlm berita ada sebut, pelancong Turki ke Malaysia lak dlm 1o ribu org jer...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Heli,
    Lama teman tak ngelewor kat blog ni, sibuk uruskan macam2 hal.. bila buka ader entry Kg Deridebi.. teman suker bebenor kalo akak story pasal Kg Deridebi ni, betul kata yob Pak Long, tengok gambo nampak tenang aje.. bacer citer pasal orangnya pun tenang..hidup harmoni akak ngan Kak Emine... kalaulah kat M'sia begitu fuhh aman damai... hati bagai digaru2 nak ke sana...

    ReplyDelete
  5. Bestnya...akak tinggal di negara orang,dapat mengenali adat,budaya negara orang....akak org mana sebenarnya? Macam mana boleh terlepas ke sana.
    AkakYong...di Miri saya makan LELAPAN...menu special sana..BEST!

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    boleh la bersiaran selang sehari ya kak banding dgn sblm ni seminggu sekali..hihih..mmg tenang aman tenteram je kg nya ye..sejuk mata memandang..kacang kuda tu mcm baked bean je..

    ReplyDelete
  7. menarik je ceghite yong ni..
    terase mcm ada di situ...
    alhmdllh juge dpt madu yg baik ye yong..teman baru ni tahu...;)
    semoga terus brbahagia ye yong

    ReplyDelete
  8. Agaknya kalau malaya ni macam Kg Deredebi... mesti banyak idea saya ni....!

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Long, aman masa musim sejuk dan masa cucu2 takder jer!

    ReplyDelete
  10. Salam Hasrul, sedap gak kacang kuda direbus ni. Roti keras yg mana, yg rangup di luor dan lembut dlm ada!

    ReplyDelete
  11. Salam Ali, org Turki ni tak ramai gi melancong, deme takut kuar dari comfort zone deme!

    ReplyDelete
  12. Salam Yob PO, apa yg best...kacang kuda?

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu, lama tak datang banyok buleh baca. Takper, nanti ada rezki cikgu sampai kat sini, takpun Istanbul pun ok jer.

    ReplyDelete
  14. salam Zmah, ada yg best kat negeri orang, ada yg best kat negara kita. Akak orang Perak. Kalau rajin gi entry lama2 ada kisah akak dok nyongket merata. Cam mana terlepas kat sana? Ntah lupa he he. Ha'ah dah tengok lelapan tu, terliur sbb ada samabal!

    ReplyDelete
  15. Salam Asma, akak try buat selang sehari. Memang best kg ni musim sejuk dan bila takder cucu2. Kacang tu yang kering, direbus 3-4 jam tu.

    ReplyDelete
  16. Salam Ummie Hanie, Alhamdulillah, tima kasih gitu. Rezki akak cam ni, dan dpt bernyongket jauh.Tima kasih doakan akak gitu, semoga rumahtangga kita aman damai!

    ReplyDelete
  17. Salam Gedek, ada tu kat ceruk-ceruk Malaya...nanti senang mai Kg Deredebi.

    ReplyDelete
  18. syukur Kak Lima dapat hidup harmoni dgn Kak Emine...mungkin cara kita kat Msia yg x betul membuatkan payah nak terima madu...dan suami payah nak berlaku seadilnya..itu pun masalah kt sini kan

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Yong Oii. Teman ni gemo bebeno kalu ada gambo-gambo cerite tempat orang ni. Nak pulok kalu ada pasal menu makanan. Teman gemo niru walaupun tak cukup bahannya, paling teman suka roti.yelah sebab teman dengan kekawan gemo masuk hutan, so makanan pun simple je le. kalu rajin boleh jenguk ke gengrekreasi.blogspot.com. idak ke nak becerite pase ayo sungai dan lata kat turki yong.

    ReplyDelete
  20. lambat check in kat blog yong kali ni.. banyak noo halnya hari ni..

    bukit2 yek kawasan situ.. cantik.. mesti nya sejuk kalau ujan..

    ater plkn kat sana sampai 15 bln.. maakk oii, lamanya anak laki tak de umah kan..

    pasal makan memang la terliur tengok kacang tu..

    ReplyDelete
  21. Salam

    memamg nampak nyaman sangat kampung tu kan, teringin nak merasa suasana begitu...

    ReplyDelete
  22. Salam Ina, Alhamdulillah. Bukan kat Malaysia tak betul atau kat Turki betul, cuma dah rezki akak dpt kuarga Mr T cam ni. Rezki memasing. Pe kabor awak?

    ReplyDelete
  23. Salam Pak Yob dan Geng, hosgeldeniz! Tima kasih sudi singgah. Kalau sudi dtng slalu baca kisah Yong kat tempat orang. Sonok dpt member Perok lagi. Yong pun suka makan2 ni, mmg selalu selit bab makanan. Pasa sungai, kecik jer sungai kg ni, nanti akak gi tengok.

    ReplyDelete
  24. Salam Yong Mulan, ya kg Deredebi ni di kaki dan celah2 bukit, kalau musim, sejuk sejuklah, kalau musim panas nyaman cam Cam Highlands. Ha ha plkn kat Msia cam Boys Scout jer. Turki punya serius utk pertahan negara, deme gi bertempur dgn gerila Kurdish real2 kat sempadan. Nasib tak baik balik dlm keranda!

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Salam Yob Mohammad, memang pun indah ciptaanNya...

    ReplyDelete
  27. Salam UmmiRoss, kalau musim bunga danmusim panas lagi nyaman tapi bising pulak...dgn kenderaan dan jentera pertanian.

    ReplyDelete
  28. Tenang dan damai je kan kat situ,,err...sungai2 yang best tuk pancing ada tak...?? ada tak org yg memancn kat sana..hehehe

    ReplyDelete
  29. kak Lima

    tgh kurang sihat ni..satu kluarge batuk2...kat S.I. nih siang panas menyengat,petang lak hujan kemain lebat...

    ReplyDelete
  30. Salam Fadzil, memang tenang ada musimnye Dik tp kalau musim panas hingaq! Ada anak sungai, cantik jer...takder ikan, sebab cetek dan sejuk takder orang mandi!

    ReplyDelete
  31. Salam Ina, hmmm tak sihat...panas kot. Banyak minum ayor suam dan jauhkan buah2 sejuk dan ais. Akak doakan semua cepat sembuh!

    ReplyDelete