Moh Kite Follow Sesame...

Friday, August 6, 2010

"Islam is here to stay!"




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa kabor semua? Semoga sihat-sihat. Minggu ni moh kita sembang pasal pemandangan binaan bersejarah di negara Republik Turki amnya dan di bandaraya Istanbul khasnya. Pertama kali teman jejak kaki di bandaraya bersejarah ini, memanglah
teruja sangat sebab dah jadi kampong kedua. Bila suami bawa balik ke apartment di Basaksehir (lebih kurang 15 minit dari Ataturk Havalimani) tak berapa nampak keindahan dan kegemilangan bandar Istanbul yang disebut-sebut tu. Sebabnya Basaksehir ni bandar industri ringan yang terletak 30 minit berkereta dari pusat bandar Istanbul. Sepanjang jalan dari lapangan terbang teman nampak rumah-rumah ala Eropah, apartment lama dan baru, dan kawasan perusahaan ringan.
Apartment kami terletak di kawasan kediaman yang baru diduduki. Pada tahun 2004 tu, blok kami baru jer siap. Banyak lagi blok yang sedang separuh didiami atau ada yang sedang dibina. Pokok-pokok pun baru ditanam di depan dan di sekeliling blok. Setiap kali teman balik ke Turki, akan terlihat perkembangan blok kami - jalan cobblestone depan blok, pokok dah bertambah tinggi, masjid dekat blok dah separuh siap dll.
Cerita fasal mescit ianya bermaksud surau di Turki. Untuk masjid mereka sebut Camii. Hampir di setiap kawasan perumahan samada rumah sebuah atau flat apartment, malah kawasan perusahaan akan terbina camii. Kekadang dalam satu kawasan perumahan terdapat 2 camii. Dalam kawasan perusahaan yang bersebelahan pun terdapat camii-camii walaupun ianya 200 meter jer jarak. Saya tanya suami kenapa ada masjid dekat-dekat, dan macam mana kalau nak dirikan solat jumaat kalau tak cukup jemaah nanti? Suami jelaskan satu camii terletak dalam sebuah kawasan perusahaan kasut, satu lagi kepunyaan kawasan perusahaan plastik (misalnya). Memasing hendakkan camii. Beliau juga kata dalam mazhab Hanafi tak perlukan 40 orang jemaah utk mendirikan solat jumaat. Ohhh gitu ke Pakcik.
Lagi satu yang menarik tentang pembinaan masjid di Turki ni, kalau sendiri nak masjid, sendiri binalah. Maknanya jika penduduk sesebuah kawasan/kampong memerlukan masjid, penduduk di situ akan berusaha sendiri mencari dana tak kira bagaimana kaedahnya dan carilah tapak dan dapatkan kelulusan majlis kerajaan tempatan dan walah...terbinalah sebuah camii! Ketiadaan bantuan dan peruntukan dari pihak pemerintah ini adalah kerana kehendak perlembagaan yang tidak menggalakkan urusan agama dijalankan. Ini turut melibatkan semua agama dan fahaman termasuk Kristian, Yahudi atau Alawi.
Pernah teman terlihat 2-3 orang pekerja (yang mungkin penduduk setempat) membancuh simen dan mengatur bata untuk sebuah mescit di satu lorong tak jauh dari penginapan kami. Sikit-sikit binaan ni dinaikkan - pasti bergantung pada sedekah mingguan jemaah tempatan. Dana ni terkumpul pada setiap solat harian atau solat jumaat.
'Ini sudah bagus!' fikir teman. Bukan seperti di Malaysia, sikit-sikit nak bantuan, sikit-sikit nak peruntukan. Mentaliti subsidi punya kes!
Tanpa bantuan dari pihak pemerintah pun, dalam sebuah negara yang dikatakan sekular ini, kome akan dapati setiap 50-100 meter terdiri sebuah camii. Punyalah banyak dan rapat, bila masuk waktu solat, berkumandang suara muazzin di alam maya. Itu tak termasuk mescit-mescit yang dibina di celah-celah kedai atau dalam bazaar! Teman rasakan, alunan azan di Turki ni di antara yang terindah dan termerdu lagunya di dunia! MasyaAllah ana tak bohong! Sorang bilal dekat camii apartment kami amat sedap alunannya serta lunak suaranya, dan ana memang miss suara dia bila balik Shah Alam.
Ada lagi satu pemerhatian yang unik teman alami ketika mula-mula berkereta ke bandar Istanbul. Teman terpegun dengan pemandangan camii-camii nun terbentang di hadapan mata. Oleh kerana keadaan mukabumi bandar ini yang berbukit, kome boleh nampak keluasan bandar ini dari jauh berbelas kilometer dari tempat kome berada. Binaan camii Turki ni unik, hampir semua mempunyai binaan yang sama iaitu binaan zaman Uthmaniah - kubahnya yang rendah tapi lebar dan lazimnya ada 4 tiang minaret yang tinggi macam roket. Dari jauh dah nampak minaret ini.
Teman terfikir, "Subhanallah...banyaknya masjid di depan mata...depan mata saja ada 17 buah masjid!" Tak termasuk di kiri dan kanan dan belakang mata! Dalam hati dan fikiran teman ada suatu pemikiran yang menyelinap.
"Ini bukan sebarang binaan, bukan sekadar masjid...tapi satu pengistiharan!" bisik hati teman. Saat itu teman dapat rasakan bahawa negara Turki yang dikatakan sekular ini, dan rakyatnya yang tidak dapat peruntukan untuk membina masjid, memberi pengistiharan pada dunia amnya dan pada Eropah khasnya:
"Ini Istanbul, bandaraya Islam...di bumi Eropah!
Islam is here to stay, OK?"
Allahuakbar!

3 comments:

  1. A'kum...ini kali pertama sy mengunjungi rumah kakak.Sgt menarik coretan kembaranya.Jadi sy follo.Sy berada di USA sekarang dan hubungan sy dgn wanita2 Turki agak rapat.antara yg rapat dgn sy rata2 menapis siaran tv di rumah mereka utk anak mereka...malah mereka mmg x letak tv di ruang tamu/x de tv di rumah mereka...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam MumMe, salam perkenalan dan terima kasih sudi membaca blog saya ni. Oh ya ramai komuniti Turki kat sana ya. Which part of USA? Kat Turki pun ada siaran dari luar Turki, ada pornografi jugak tp org Turki tak heran dan tak bimbang pun sebab diorang tak minat tengok siaran bahasa asing selain bahasa diorang sendiri. Org Turki ada semangat assobiah yg kental! Skema kata orang Malaysia. Selamat berpuasa dan sudilah jadi Pembaca Blogku ya.

    ReplyDelete
  3. assalam kak,
    sy dah teropong basaksehir dgn bantuan pakcik wikimapia, jauh juga yer dgn duzce tuu. wape jam perjalanan dgn kereta? tapi tak jumpa lak kg deridebi.

    camii2 kat yanbu pun mcm cendawan juga. :)

    zura
    yanbu, ksa

    ReplyDelete