Ni cucu sedara suami, tak ingat nama dia. Tanpa pengawasan, dia main pisau dan menikam-nikam kulit epal. Kita kata 'tehlikeli!' (bahaya), dia lawan balik cakap kita. (Akcakoca)
Alphan sedang merenung Helime Baba Anne dia. (Gebze)
Zeynep, tahun satu, dengan uniform sekolah. (Akcakoca)
Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua!
Selamat datang kepada semua pengikut teman yang baru dan yang dah lama membaca blog teman ni. Untuk makluman, teman hanya update blog teman ni sekali atau dua kali dalam seminggu iaitu pertengahan dan hujung minggu, bila berkesempatan ler. Teman koje malam, jadi belah siangnye bila ada masa teman blogging ler tapi kalau ada paper students kena mark, tu yang sibuk sikit.
Entry kali ni nak citer sikit camner orang Turki sambut Eidulfitri. Teman tak bape ingat tapi teman rasa tahun 2005 atau 2006. Tulah masalah teman ni tak buat jurnal, jadi lupa details perjalanan teman. Tu yang buat blog ni, kena retrieve pulak file yang dalam storage teman yang lebih setengah abad ni, Alhamdulillah belum nyanyuk lagi.
Lagi 2 minggu nak raya, tak nampak pun kelibat keluarga dan sedara-mara serta jiran-miran sibuk buat koi (kueh kata Bahasa Melayu standard). Kalau kat Malaysia atau Singapore tu, lagi sebulan dah beli marjerin, tepung, kismis, buah badam, telur dan segala satnika bahan nak buat koi. Tapi kat kampong keme ni, sooooh jer (soh tu senyap kata orang Perak...eh betoi ke kome?). Beli tepung ka, beli langsir ka, jolok buah nyor ka (sini tak mandang buah nyor pulak), takder aktiviti yang memberi gambaran Hari Raya nak dekat. Teman naik risau pulak. Risau pasa teman takut rasa rindu dengan aktiviti yang biasa keme buat kat Kampong teman di Parit, Perak nu!
Masuk minggu ke 3, pun soooh jer! Aik deme ni raya ke dak? Takkan tak buat sebarang penganan pun. Jadi teman dengan innocentnya tanya adik ipor:
"Tak buat kueh raya ke?" Kami kat Malaysia kalau dah masuk minggu ke 3 ni dah ada 18 jenis koi dan keropok-kerepek!
"Ahh lusa kita buat baklava," jawab Nevin. Alamak baklava! Penganan ni adalah kuih manis yang dibuat dari tepung yang dicanai nipis berlapis-lapis, ditabur dengan kacang pistacio atau pine-nut yang dikisar dan dibakor dalam oven. Sebelum dibakor dipotong kecik-kecik. Bila dah masak deme tuang dengan ayor gula yang pekat. Tahap kemanisan dia boleh menyebabkan pesakit kencing manis meninggal!
Rupa-rupanya itulah sesatunya koi yang dibuat oleh masyarakat Turki kat kampong keme ni untuk sambut raya. Untuk makan pagi sarapan cam biasa; untuk makan tengah hari pun cam biasa! Takder masak rendang, ketupat, lemang, kuah kacang, kuah lodeh, lontong...uwaaaaahhh!
Memang tahu deme beraya ala-kadar, tapi teman tetap rasa sayu nar, tapi taklah sampai nangis. Redho jer. Dah kita jadi keluarga deme, kena terimalah perbezaan budaya ni. Memang dah jangka ada perbezaan ni Yong ooi, tapi tak sangka pulak deme ni tak sambut cam kita biasa buat.
Camner deme sambut Hari Raya Puasa? Lebih kurang cam kita gak. Bangun subuh, gi sembahyang kat camii kampong yang subuh lagi dah buat announcement pasa solat raya. Kebanyakan lelaki jer gi solat kat masjid ni, yang pompuan tak ramai pegi. Orang kampong Turki ni jaga pergerakan kaum wanita deme, tak bolehlah nak lincah sangat kecuali deme di kalangan kerabat sendiri.
Pas balik dari solat Hari Raya, deme balik ke rumah tapi deme tuju rumah mak bapak atau sedara-mara yang paling tua dulu. Oleh kerana mak mertua teman yang paling tua dalam keluarga keme, rumah dia jadi tumpuan. Pertemuan ni lazimnya dalam dapur yang juga macam sitting-room untuk keluarga. Boleh 10-15 orang dok lepak di sini. Deme akan salam tangan dia dan dibawa ke dahi deme dan kendian dipeluk dan dakap mak/atok/opah deme ni. Tuan rumah keluarkan ayor teh panas dan kuih baklava dalam 2-3 piring. Deme pun dok bertanya kabor dan sembang, sembang dan...errr sembang lagi. Kekadang tetamu datang kejap jer. Lepas 4-5 minit bertanya kabor tanpa minum apa pun, deme minta diri. Tu jer ler aktiviti ziarah Hari Raya di Turki, khasnya di Kg Deridebi, Laut Hitam. Memang sepatutnya begitu, yang penting berziarah dan merapatkan silahturrahim! Lebih kurang cam sambutan Hari Raya di Asia Tenggara cuma...cuma kome pahamkan apa yang bezanya di antara deme punya raya dengan kita punya raya.
Tapi ada satu lagi perbezaan yang ketara melibatkan kekanak. Kalau di Malaysia kita sediakan paket angpow yang ada RM/$ dalamnya untuk disedekahkan pada bebudak yang datang tapi di Turki lain sikit. Ini senario dia:
"Selamunaleykum...!" suara halus bagi salam kat luar pintu.
"Aleykumselam!" teman sahut. Teman pun buka pintu rumah mak mertua. Bila teman jenguk ada 3-4 orang kekanak jiran. Muka comel merah-merah kena sejuk pagi.
"Hosgeldeniz, Mubareq Bayram Olsun!" teman ucapkan pada deme.
"Gel...gel!" teman ajak masuk. Deme renung teman.
'Macam tak kenal makcik ni tapi dia buat apa kat rumah Teyze Mina ni?' Itulah gamaknyer deme pikior bila tengok muka teman. Deme geleng kepala tak mau masuk. Tapi deme tunggu tercegat lagi. OK, ni serupa macam bebudak kita kat Malaysia, datang rumah orang bukan nak ziarah sangat. Teman pun faham.
Teman pegi ke dapur, amik kotak gula-gula. Ada berbagai jenis gula-gula teman beli dan simpan dalam kotak. Gula-gula dan coklat memang dibeli untuk diberi pada kanak-kanak bila deme datang berhari raya. Setiap sorang keme bagi 4-5 biji, ikut saiz. Teman bagi jugak sekeping biskut wafer.
"Tessekur Yengge/Teyze!" deme ucap terima kasih kat teman. Pastu menderu deme turun lari dan gelak ngekek, entah sonok apa, entah ingat teman ni muka cam Pak Lawak tak taulah. Haa itulah bezanya weh! Kita bagi anak-anak kita duit raya, deme bagi gula-gula atau coklat. Kalau deme pegi ziarah 10-15 buah rumah satu hari, bayangkan bape kilo deme boleh kutip! Rasa macam Halloween pulak, cuma deme tak kata,"Trick or Treat!"
Itulah pertama kali teman beraya di Turki dengan keluarga suami. Pastu teman kata kat suami tak mau beraya kat negara dia lagi, teman bagitau sebab teman lapor! Selalu Hari Raya kita kenyang kan, tapi teman lapor. Jadi sejak tu bila Hari Raya teman memang lebih suka beraya di Malaysia, suami beraya kat negara dia. OK jer, takder masalah! Cuma ada masalah visa (excuse maa!).
P.S Yengge dan Teyze maksudnya Mak Saudara dan Makcik. Gambar-gambar yang teman attach ni adalah cucu-cucu tiri dan cucu sedara teman. Nampak cute dan comel kan? But don't be fooled by those cute looks...ganas deme ni!

P.S.S InsyaAllah seperti tahun-tahun sebelumnya, teman beraya dengan mak dan adik-beradik di Parit, Perak Tengah, sementara orang rumah pulak tahun ni beraya di kem di tengah-tengah padang pasir di Kurdistan. Mungkin teman akan tanya camner dia beraya di padang pasir dan boleh buat satu entry mengenainya.
Salam Kak....
ReplyDeletelaaa....dah ade cucu dah???
errr....apok mertue kawen lebih soghang ek???
Salam D08,
ReplyDeleteGitu ler... Eh dengor Yob nak dapat lagi sorang? Tahniah ler, semoga ibu dan anok selamat!
Salam cik kak moh kembara.
ReplyDeleteteman datang singgah baca lagi ^-^
mike dah pandai buat perenggan! senang teman yg rabun2 kucing ni nak baca..yayyy!!! hihihi.....
Salam Cik/Puan Hida, he he tima kasih sudi dtng lagi. Panggil Kak Halima jer. Haa aritu akak tukor template, baru comel kan? Akak rabun2 Cipan... Dah join jadi pembaca blog? Nanti akak gi blog adik kalau ada.
ReplyDeleteSalam Kak Halima....
ReplyDeletebetoi le tuuu.....no 3.....
mintak dipermudahkan jalan dan ughusan......
Insyallah
kak limah,
ReplyDeleteingatkan budak2 comel tu anak2 kak... kuikui...
tahun ni dah buat koi raya ker...
assalam kak halimah :)
ReplyDeletebaru rancang nak g beraya kat isketambola tahun nie hehehe, patut laa akak nak berayo dokek malaysia yer.
kat saudi pun suasana hari raya tuu tak ado, tak semeriah mcm kg kiter, mereka meriah bila nak smbur ramadhan jer :)dah 3thn berturut2 berayo kat saudi, insyaaAllah thn ni beraya kat turki.
zura
yanbu, ksa