Moh Kite Follow Sesame...

Friday, August 13, 2010

Satu Jumaat di Eminonu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca Muslimin! Terima kasih kerana masih sudi lawat dan baca blog teman ni. Sempena bulan Ramadhan yang berkat ni, teman rasa elok fokus lebih pada isu-isu kerohanian.
Penah ada kengkawan tanya camner tahap keislaman orang Turki. Tak tau ngapa deme suka tanya soalan cam tu. Macamlah kita ni Islamik sangat. Mungkin sebelum ni deme penah dengor kat Turki deme alun azan dalam bahasa Turki dan juga sebabnya Turki ni negara sekular tahap cipan, deme pikior orang Turki tak de atau kurang pegangan agama. Jadi pertama kali teman dengor azan, teman pasang telinga bebetul:
".....Hai yaalasolaaaaaah!
Hai yaalafalaaaaaah!
Allahuakbar Alluhakbar
Lailahaillaaaah!"
Tu bunyi cam bahasa Arab. Dengor lagi...ya, haa memang bahasa Arab pun. Mananyer bahasa Turki, walaupun masa tu teman tak reti sepatah haram bahasa Turki, tapi teman boleh cam itu bahasa Arab!
Jadinya, penggunaan bahasa Turki ketika mengalunkan azan mungkin berlaku semasa Pokcik Ataturk masih hidup dan beberapa tahun selepas dia di tanam 6 kaki ke bawah. Menurut suami teman, kebangkitan Islam, secara senyap dan halus, berlaku di awal 1970an. Tapi itu pun tak boleh lebih-lebih kome sebab yang paling berkuasa di Turki masa tu (dan juga kini) ialah tentera. Kalau pihak kerajaan atau kumpulan atau individu cuba menonjolkan unsur-unsur Islamik, sama ada dalam bentuk oral atau penulisan, siap kome. Tapi teman tak berapa reti politik Turki ni, tapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebangkitan semula Islam di Turki sejajar dengan kebangkitan kesedaran Islam di negara-negara lain termasuk di Malaysia.
Ada gak yang tanya teman cam ner orang-orang Islam kat Turki. Teman kata sama jer macam di Malaysia. Ada kepala, ada idung, ada kaki...
"Deme amal tak ajaran Islam...macam semayang, puasa bla bla bla.." soal deme-deme ni lagi.
"Sama jer weh cam kat Malaysia. Yang amal beramal, yang tak amal pun ada gak. Kat Malaysia pun sama jer," jelas teman, pelapor first-hand.
Ramai ke orang Islam kat sana?
Haa ramai tak ramai...adalah 98% dari jumlah penduduk! Kat Malaysia ada lebih sikit 60% jer!
Jadi indeks keislaman orang Turki ni tak jauh beza dari tahap keislaman orang di Malaysia. Kita jangan nak eksyen yek. Orang Turki teman perati lebih passionate menjaga maruah agama deme. Maksud teman, walaupun sesorang Mat Turki ni bukanlah rajin solat ke, puasa ke, tapi kalau ada Mat Asing nak buat pedajal atau bersenda gurau pasa agama dia, dia sanggup keluar pisau lipat dia dan buat pembedahan pada Mat Asing ni. Dua perkara pantang bagi orang Turki ialah #1 jangan mempersendakan negara dia dan #2 jangan nak menghina agama dia. Sanggup berbunuh deme ni! Dan deme cepat terasa kalau dengor rakyat Islam di negara lain terkena musibah atau ditindas. Cepat jer deme bertindak menghantar misi bantuan atau jadi sukarelawan. Dan usaha deme ni lazimnya kita tak tau sebab kan berita seumpama takkan keluar dalam media kita sebab kita suka amik berita antarabangsa dari UPI, Reuter, APA dan ntah apa-apa lagi. Bila berlaku kes serangan flotilla ke Gaza baru ni barulah kita sedor usaha keamanan rakyat Turki.
Lagi satu hobi rakyat Turki ialah mengeksport agama Islam. Ke mana deme pegi ketika bermastautin di luar negara, deme akan berusaha menyebarkan agama Islam kepada rakyat tempatan. Menurut sejarah Islam di Korea, agama Islam telah dibawa oleh askar-askar Turki yang ditempatkan di situ ketika perang Korea. Di Jerman, Austria, negara-negara Scandinavia, kebanyakan masjid dibina oleh komuniti Turki yang berhijrah. Zaman Uthmaniah toksah cakaplah. Syiar Islam disebar dengan pesatnya, tanpa paksaan, kepada rakyat tempatan. Pegilah kome ke negara Balkan, Romania, Hungary, Macedonia, Armenia, Bulgaria dll. banyak masjid zaman Uthmaniah masih berdiri megah dan digunakan sehingga sekarang.
Dalam satu trip bershopping ke Grand Bazaar beberapa bulan lalu, dapat teman saksikan bagaimana para jemaah berebut-rebut menutup kedai dan boutique sewaktu azan solat jumaat berkumandang. Deme bawa kepingan kadbod dan sejadah lalu dibentang di atas jalan/lorong di kawasan bazaar yang termasyhur ni. Kenapa solat atas jalan? Bukan takde mescit dan camii, ada tapi mescit (surau) yang paling dekat dengan kedai deme kecik dan dah melimpah ruah. Jadi terpaksalah solat atas jalan. Sebenornya di dalam dan di luar Grand Bazaar ni ada 2-3 camii (masjid) dan mescit (surau) di dalamnya, tapi bila tiba solat jumaat memang sesaklah.
Pemandangan ini normal sewaktu solat jumaat. Sapa yang tak biasa mungkin heran dan kagum dengan suasana ini. Pelancong dan shoppers akan berhenti dan memerhati jemaah ini solat sambil mengambil gambar. Tapi ada juga Mat-Mat Turki yang tak sembahyang buat muka seposen jer, terus berniaga dan tak menghiraukan rakan-rakan deme menunaikan ibadat tunjang agama ni. Sama jer cam kat Malaysia!

2 comments:

  1. Salam Kak Limah, selamat berposa dan lain2 ibadah di bulan Ramadhan. Saya pun rasanya berfikiran macam tu, tipikal thinking pasal org turki.. sekular n Islam atas nama je.. tak macam org Mlaysia.. sgt Islamik katanya..tp bila dipikir2kan.. kat negara2 bukan Islam, macm Australia n Europe.. bila ade masjid or Islamic Centre.. sapa yg buat tu?.. tu kedai halal tu sapa tokeynye?.. most org Turki.. so, tepuk dada tanya iman.. kita je yg rasa kita ni bagus.. padahal org lain rupanya.. dengar2 jugak Islam pun tumbuh rancak kat Europe n US skarng.. makin ditindas, Islam makin naik kan.. kat Malaysia pulak.. makin mudah nak beribadah, xde sapa nak tembak klau semayang.. tp.. pegangan plk makin luntur... ntah la.. selalunya benda yg berharga kita hargai bukan waktu kita memiliki.. tp waktu kehilangan..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Selamat menjalani ibadah puasa Nuar. Benar sekali kata2mu itu Noa. Kita yg mudah mengamalkan ajaran agama kita take for granted for what we have. Bila kita ke luar comfort zone kita baru kita tau langit tu tinggi ke rendah. Bersyukurlah akan nikmat ini. Tahnx for visiting!

    ReplyDelete