Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, August 22, 2010

Satu Hari Di Bulan Ramadhan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertama-tamanya teman nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi ziarah blog teman ni, Selamat Datang, Hosgeldeniz dan terima kasih juga kepada deme-deme yang daftar jadi Sahabat Blogku. Semoga anda tetap setia dan dapat meluangkan masa ziarah blog teman ni lagi!
Entry kali ni ringkas jer, nak citer pasa peristiwa ringan pada satu bulan Ramadhan, rasa teman tahun 2005 gitu. Kebetulan masa tu bulan Ramadhan jatuh di pertengahan musim panas di Turki. Bila sebut musim panas, ni bermakna ianya jugak musim memetik kacang hazel. Haa kalau kome ada baca entry atau pos yang terdahulu, mesti kome tau yang musim memetik atau menuai kacang hazel ni dibuat pada awal bulan Ogos hingga pertengahan bulan September. Heee masa ni memang musim yang paling sibuk dan meriah di wilayah Karadeniz ni (Laut Hitam) sebab wilayah ni merupakan wilayah terbesar tanaman kacang hazel di Turki. Boleh dikatakan hampir setiap ceruk kampong dan lereng bukit deme tanam pokok-pokok hazelnut ni.
Tengok gambor yang atas, nampak bukit tu? Yang pokok hijau rendang meliputi bukit-bukau tu pokok hazelnutlah. Gambor ni diambil pada musim bunga. Kome nampak tak longgokan kayu depan rumah kampong suami teman tu? Haa itulah batang/dahan pokok kacang hazel. Deme kerat-kerat beberapa bulan sebelumnya dan dibior berjemur. Nanti dah cukup kering deme potonglah dengan mesin pemotong kayu. Kayu diperlukan empat musim setahun - untuk memasak dan sebagai pemanas bila dibakor dalam boiler di bilik tidor.
Di kiri kanan jalan, di tepi dan di belakang rumah ni penuh ditanam pokok-pokok kacang ni. Ni tak termasuk beberapa hektar lagi di atas bukit. Nampak pokok-pokok di belakang longgokan kayu tu? Tu adalah pokok epal (ada 2-3 jenis, ijo dan merah), pokok pear, pokok tin, pokok erik (plum) dan mungkin kome tak nampak yang baru nak keluar dedaun dia tu, pokok anggur. Tapi ni semua pokok buah kampong, bukan yang kacuk atau hybrid. Namun gitu buah-buahan ni sedap dan manis rasanya, cuma saiz dia berbeza dari yang terjual kat supermarket.
Banyak buahnya pokok-pokok ni, sampai tak termakan. Mana yang jatuh berdebuk kat tanah tu, kami bagi makan kat lembu ler. Sedap dengor lembu makan buah epal - krup, krup, krup! Ni nak citer pasa buah anggur. Yang tumbuh kat umah suami teman ni mungkin bertahun usia dia. Dok tumbuh dari kaki bukit bawah umah tu, dahan dia menjalar panjat pokok epal, pokok pear, pokok erik, pastu pandai pulak dia merentas desa menjulur ke balkoni dan menjalor sepanjang balkoni dan tingkap tingkat satu rumah. Jadi pertengahan musim panas, waktu di mana kebanyakan pokok buah-buahan dah berbuah lebat dan masak ranum, dapatlah kome nengok pokok epal, pokok pear dan pokok erik ni ada buah anggur menjalor atas, bawah dan celah daun dan dahan deme! Bila masak ranum nampak hitam bergugus-gugus.
Jadi kalau kome nak makan buah anggur kampong ni, kome tak yah gi beli kat supermarket, moh singgah rumah keme ni, naik tingkat satu pegi ke balkoni dan petik berapa kilo kome nak. Bila dah masak ranum warna dia dekat gelap, sebenornya ungu gelap, dan memang manis! Masa bulan posa, dekat-dekat nak berbuka anak menantu keme bawak besen dan gi petik 2-3 kilo untuk ifftar. Tu dalam gambor bawah tu sorang menantu tengah metiklah, sementara anak dia dok merayap. Memula si Bahri Can ni gemor metiknyer, dipicit dan keluarkan isi terus masuk mulut. Pandai dia buang kulit. Tapi bila dah biasa dia buat tak heran pulak.
Teman kekadang malas nak makan sebiji-sebiji. Dia lembik dan banyak jusnyer! Jadi satu ari teman amik 2 kilo gitu, basuh buang debu, boh dalam besen dan ramas-ramas. Deme tanya nak buat apa?
"Buat jus!" teman kabor.
"Haa pandai...!" kata Kak Mina.
Pas abis ramas sampai hancus, teman tuang dalam tapis dan isikan jus dalam botol kaca. Dari 2 kilogram tu, boleh dapat dekat 2 gelas. Itu pekat punya Yong, tak boh ayor pun. Kendian teman simpan jus tu dalam peti ais bagi sejuk sikit. Di Turki ni, macam mana panas terik sekali pun, deme tak pandai minum ais. Nak cari ais memang tak mandang. Kalau nak, kena buat sendiri.
Bila waktu berbuka, deme mula dengan tamar cam kite gak tapi makanan utama deme adalah roti, sup kekacang atau dhal, salad timun campur tomato, dan sejenis lagi sayur rebus atau sup sayur. Daging/ayam atau ikan jarang deme makan. Bukan tak mampu, dan bukan sebab deme vegetarian tapi memang deme ni suka makan apa yang deme tanam. Kendian sekali deme makan buah anggur tu atau epal ke, pear ke. Teman memang dari tadi dah teguk jus anggur sejuk yang teman ramas tadi. Memang sejuk dan manis tanpa gula!
Itulah antara kenangan manis bulan Ramadhan di kampong keme kat Turki. Tapi teman serik nak datang sana berpuasa di musim panas sebab kebetulan kena musim petik kacang hazel. Tak larat weh...!

15 comments:

  1. hacang hazel yang diisi dalam coklat bar tu ke ni yong? amboihh!! peberet teman tu wehhh!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan dari Balun, ahh sonok Yong nengok orang Perak meh singgah. Yaa ustaz kacang hazel yg dlm coklat tu lah. Ye ker gemor? Nanti kalau saya gi balik dan balik semula boleh bwk sikit bagi uztaz merasa. Tp berat susah nk bwk banyak...

    ReplyDelete
  3. Assalaamualaikum...
    Seronoknya... k.limah nak siasat skit.. jgn marah.. mcm mana akak boleh sampai kesana? bila balik malaysia?mgajar aper? cerita la.. best baca catitan akak.. terima kasih coz kongsi pgalaman yg myeronokkan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. puas jugak saya nak hantar komen tp tak boleh br berjaya...

    ReplyDelete
  5. TQ.k.limah..
    org.parit ke,satu benderalah kita

    ReplyDelete
  6. Salam Blog dan Teksi,

    Eh kita satu bendera yek? Kena sogheh lak nanti! Tima kasih sudi singgah!

    ReplyDelete
  7. Salam Encik Bujang Susah,
    Tima kasih di atas link saudara, memang bagus ingat mengingati! Bertuah dpt berkenalan dgn saudara!

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Ana, tima kasih sudi baca blog akak. Alaa seganlah nak citer hal sendiri. Kalau akak citer pun secara indirect atau inference jer. Pembaca kena buat kesimpulan sendiri. Kalau citer lebih2 nanti org ingat syok sendiri dan riak. Kalau Ana ikut baca seterusnya atau baca entry terdahulu mungkin dpt clues ya. Akak skrang kat Sabah mengajar Bhs Inggeris kat UMS. Akan balik ke Turki ujung tahun InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. Salam....
    Akak Moh Kembara......bulih kan???...
    hehehe.....awok ni terbace url yong ni daghi blog ngonyen & nyongen tu.......
    sesaje mace nye......seghonok pulak bace pengalaman oghang......
    errr.....Yong kawen dgn oghang Turki ke????
    errr....kalo awok letak blog Yong dlm list blog kengkawan awok bulih ke???

    ReplyDelete
  10. Salam Sdr D08,
    Hosgeldeniz dan salam Ramadhan! Weh pekatnyer bahasa Perak miker. Berpinar Yong nak translate dlm otak. Yong ni nama jer orang Parit tapi kalau org cakap pior sikit, gelabah gak nak faham. Err miker bace ler blog tu, nanti miker tau ler sikit sebanyak hal Yong ni. Nak citer direct segan lak. Haa buleh letak blog Yong ni dlm list kengkawan, jangan ciplak sudah. Tima kasih. Rajin2 lah ziarah dan komen blog ni ye? dah join jadi pembaca? nama Yong Halima.

    ReplyDelete
  11. Salam kembali Yong Halima....
    Dengan tidak agak2nye lagi....awok teghuih menrejisterkan dighi jadi polower mike......
    n jangan segan2 singgah ke blog awok yg tak sebeghape.......haghap jgn berpinor mate......dan jgn libang libu bile singgah ke blog awok nanti yee......
    awok teghingin nak ke Turki...... Negara terakhir pemerintahan Uthmaniyyah sebelum tersungkur dikaki sekular.....

    P/S: Hosdeldeniz tu selamat datang kan???...kan??

    ReplyDelete
  12. Salam En D08,
    Tima kasih dah join jd follower blog teman ni. Isyy tak segan aih nak gi blog miker...InsyaAllah teman singgah! Mesti sonok guna bahasa Peraghak pior! Libang libu tu dah gerenti! Meh ler lawat Istanbul, kalau teman ade sana teman buat announcement dlm blog nanti. Haa dah pande Bhs Turki tu , memang Selamat Datang maksudnyer tu!

    ReplyDelete
  13. seronok dapat makan epal dan anggur selalu..sini mahai nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ruzla,
      Alhamdulillah, rezki. Memang kampong ni banyak pokok buah, kebanyakan memang pokok asli, pokok kampong.

      Delete