Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, June 23, 2011

Bush Yang Badut!

"Nah, amik nih!" kata bekas Presiden Bush.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Ok, moh kita ke Rumoh Putih yang tak suci murni - in the USAAAAA!!!!

Teman dapat dialog fiksyen ni dah lebih 10 tahun kot. Masa George Bush masih presiden. Dan Condoleeza Rice, Setiausaha Negara...wanita Afrik-Amerika pertama pegang jawatan gomen tertinggi kat USA nun.
Ntah sapa yg tulis dialog ni. Memang lembablah dia gamborkan si-George ni...presiden yg paling dungu dan badut sarkas dalam sejarah kepresidenan Amerika. Comtohnya, dalam satu sidang akhbar, salah sorang wartawan bertanya betoi ke dia ada jumpa doktor baru-baru ni.

George jawab, "Betoi, jari I luka".

"Jari yang mana?" tanya Barbara Walters, kununlah.

" Yang ni!" jawab Bush.

Dia angkat jari antu, cam gambor kat atas tu!

Siyeeeessss!



Bercumbuan dengan Setiausaha Negara Condoleeza Rice pulak!



PM China Hu Jintao


Bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Anan


Moh ikuti dialog antara mantan Presiden Bush dan mantan Setiausaha Negara Condoleeza Rice.

George W Bush and Condolisa Rice are having a meeting... read on.

George: Condi! Nice to see you. What's happening?

Condi: Sir, I have the report here about the new leader of China.

George: Great. Tell me all about it.

Condi: Hu is the new leader of China.

George: That's what I want to know.

Condi: That's what I'm telling you.

George: That's what I'm asking you. Who is the new leader of China?

Condi: Yes.

George: I mean the fellow's name.

Condi: Hu.

George: The guy in China.

Condi: Hu.

George: The new leader of China.

Condi: Hu.

George: The main man in China, dammit!!!

Condi: Hu is leading China.

George: Now whaddya' asking me for?

Condi: I'm telling you, Hu is leading China!

George: Well, I'm asking you. Who is leading China?

Condi: That's the man's name.
George: That's who's name?

Condi: Yes.

George: Will you, or will you not, tell me the name of the new leader of
China?

Condi: Yes, sir.

George: Yassir? Yassir Arafat is in China? I thought he was dead in the
Middle East.

Condi: That's correct.

George: Then who is in China?

Condi: Yes, sir.

George: Yassir is in China?

Condi: No, sir.

George: Then who is?

Condi: Yes, sir.

George: Yassir?

Condi: No, sir.

George: Look Condi. I need to know the name of the new leader of China.

Get me the Secretary General of the U.N. on the phone.

Condi: Kofi?

George: No, thanks.

Condi: You want Kofi?

George: No.

Condi: You don't want Kofi.

George: No. But now that you mention it, I could use a glass of milk.
And then get me the U.N.

Condi: Yes, sir.

George: Not Yassir! The guy at the U.N.

Condi: Kofi?

George: No, Milk! Will you please make the call?

Condi: And call who?

George: Who is the guy at the U.N?

Condi: Hu is the guy in China

George: Will you stay out of China?!

Condi: Yes, sir.

George: And stay out of the Middle East! Just get me the guy at the U.N.

Condi: Kofi.

George: All right! With cream and two sugars! *&%#***!!






Kalau layan Bush lelama kome buleh jadi bengong!
Meh layan tapas teman reka di Istanbul dulu. Ropa-ropanya teman dah biasa buat tapas ni, tapi tak tau yang teman buat tapas...kata orang Real Madrid.
Yang ni roti dihias dengan butter kampong, kepingan sucuk dan white cheese. Nampak cam tak bape besor, tapi kenyang kome.
Jemput...sila, sila...




Wednesday, June 22, 2011

Arab Saudi Yang Haru-Biru Tak Ketahuan!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Moh kita gi Arab Saauuudddiiii!

Ni citer dah basi...4-5 ari dah. Beberapa orang wanita berani mati di Saudi telah memberanikan diri memandu keta di bandar utama di Arab Saudi.
Huh...pompuan tak buleh bawok keta kat negeri Arab tu?

Ha'ah weh...gitu ler deme nak jaga kehormatan orang pompuan, deme tak kasi pompuan drive. Takut deme ni dikaco oleh jantan-jantan lahanat.

Atau takut anak-anak dara cari jantan keparat. Apa-apa pun sebab larangan ni dulu, sesetengah kaum wanita kat Saudi dah busan...busan tahap beruang zoo. Jadi deme buat kempen melawan larangan dari ideologi Wahabi ni dan memandu keta besor deme....yeeeeehaaaa!

Ada sorang wanita berjaya drive 40 minit. Tu dia aih...
Kempen ni bermula dengan pemberontakan melalui laman Facebook dan Twitter.

Pada tahun 1990, 47 orang wanita melanggor larangan ni dan merempit kat jalanraya. Deme ditahan dan masuk lokap.

Yang kes baru-baru ni sorang penulis citer, lepas balik dari supermarket, bini dia amik kunci dan mula drive melalui beberapa jalan utama di Riyadh.
"Hari ni keta ni saya punya!" kata isteri penulis tu.

Si-suami Mohammad Qahtani menambah, "Isteri saya siap bawok baju persalinan, kotlah dia kena sumbat dalam lokap nanti!"

Maleh nak komen banyak-banyak undang-undang pelik kat Saudi ni. Kat negara deme undang-undang bukan main ketat, tapi bila deme gi luor negeri, yang Yob-yob Arab ni perangai macam beruk sarkas.

Sumber dan gambor dari Hurriyetdailynews.com

P.S He he... ana hampir terlufe...keputusan peraduan terjemahan semalam, ana pilih dua orang. Yang pertama betoi Yong Ina Hashim!!!! Tahniah, Tahniah!
Dan sagujantung untuk Yong PenDragon, sebab memula berusaha! Tahniah! Meh Yong Dragon antor email. Hadiah untuk ente berdua akan diantor bila ana balik Shah Alam nanti yek, InsyaAllah!
Terima kasih untuk yg lain berusaha...cuba lagi nanti!




Ni pun kat Saudi gak. Anak-anak muda Arab yg terlebih masa dan duit. Mak dan kakak-kakak deme tak buleh memandu, tapi deme terlebih memandu!



"Haa...tengok Yob, no hands!"



"Pegang aku kuat-kuat Yob...tergelincir kang, menjanda bini aku!"

"Dia buleh kawin lain Yob...!"



"Hah...jumpa serial...finder's keeper!"



"Nah amik serial,...teman jumpa kat sana tadi!"

"Teman punya...teman punya!"

"Hamiiikkk!"



"Harap-harap ada producer Hollywood kat sini!" angan Yob ni.
Yang paka thobe putih tu siap bersilang lutut lagi.
Haruuu deme nih...tapi respek ler dengan drebar deme nih.
Ngaloh stuntman kat Hollywood!




Lepas layan haru-biru pemuda Arab yang tak ketahuan, meh layan makan tengah hari dengan mak mertua teman. Kalau lalu makan vegetarian, moh ler...




Monday, June 20, 2011

Du Yu Speek Inglish? Dis Shud Be Yusful Fo Yu!

Kara Bayan di balkoni Basaksehir, Istanbul


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kara Bayan nak citer sikit. Ni article Puan T terima beberapa tahun dulu. Simpan dalam email. Memang lawak. Kalau kome nak tau apa yg lawak (tapi mungkin tak lawak), kome kena baca sampai abis. Jangan skip...nanti tak nampak beza.


European English:

The European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5- year phase-in plan that would become known as "Euro-English" .

In the first year, "s" will replace the soft "c". Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy. The hard "c" will be dropped in favour of "k". This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter. There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome "ph" will be replaced with "f". This will make words like fotograf 20% shorter.

In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.

Also, al wil agre that the horibl mes of the silent "e" in the languag is disgrasful and it should go away.

By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as replasing "th" with "z" and "w" with "v".

During ze fifz yer, ze unesesary "o" kan be dropd from vords
kontaining "ou" and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensi bl riten styl.

Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.

Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze forst plas.

If zis mad you smil, pleas pas on to oza pepl.






Meh layan roti dan telur goreng ala Kampong Deredebi.
Rindu pulak teman dengan roti bakor guna dapur kayu Turki atau soba. Ni resepi Kak Emine, masak untuk teman. Masa tu kami tingge berdua-duaan jer.

Walaupun kami ni tak buleh berkomunikasi secara total, tak bermakna kami tak buleh berinteraksi dengan baik. Dengan vokab yg berjumlah tak lebih 100 perkataan, buleh gak teman berlabun dengan kakak teman ni - umpama ayam belanda dengan ayam kampong.
Kalau ayam dengan itik tu kira tak tau langsung biji butirnya!

"Bugun biz yemeg yumurta, patates ve ekmek!" kata teman dlm bahasa Turki yg amat, yaa amat basic! (Nahu takde!)

"Tamam!" kata Kak Emine.

Kome buleh teka apa teman cakap tu? Sapa buleh agak, meh bagi translation. Yang pertama betoi dapat hadiah dari Turki...hua hua huaaarrr! (ketawa tanpa perikemanusiaan!).



Semalam teman jamu Tapas kan?
Haa tengok entry semalam yek.
Ni lagi satu tapas yang teman buat masa jamu lagi sorang kawan. Tapas yg sihat sebab ada hazelnut dari Kg Deredebi; ada jugak marmalade buah ceri, jem buah plum; dan roti tu di topup dengan sucuk dan keju.
Meh kome jamu mater...



Sunday, June 19, 2011

'Buat Baik Berpada-pada, Songlap Duit Rakyat Jangan Sekali-kali!'


Assalamaualaikum dan Salam Ceria,

Sekarang salah sorang ex-MB kat Malaysia ni sibuk dan caiyok menyelamatkan diri dalam satu kes mahkamah. Teman tak nak komen tang tu. Cuma nak peringatkan diri sendiri bahawa kalau kita buat tak senonoh, satu ari akan kena lebih-lebih lagi kalau kita penaya kat orang.

Cam apa yg berlaku kat bekas Presiden Hosni Mubaraq, dahlah jatuh dari takhta, kena tahan, kena dakwa-dakwi, kena kutuk, kena pulang reta Qarun yg disonglap; tapi dakwaan ke atas dia baru jer start. Banyak lagi pekung belum diselak...

Sementara tu di Azerbaijan yg dulu puja-puji dia dengan membina satu patung 'Hosni Mubaraq', telah menghangkut-ubah patung ni dari pinggir bandar Baku. Tempat patung tu diganti dengan sebuah patung imej orang Mesir kuno. Sementara itu sebuah sekolah yg diberi nama sempena nama Suzanna Mubaraq telah ditukor kepada "Sekolah Mesir" jer.

Perubahan ini dilakukan atas tekanan rakyat Azeri yg menyokong protes revolusi rakyat Mesir di Tahrir Square awal tahun ni.

The moral of the story is, "Buat baik berpada-pada, songlap duit rakyat jangan sekali-kali!"

Berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com




Meh kita keney-keney dengan salah sorang orang Kg Deredebi yg juga sedara Mr T. Nama dia Halah Saniah. Halah maksudnya 'mak sedara' tetapi tali persaudaraan belah bapak. Halah Saniah umur dia lebih 75 kot, rendah-rendah dan putih melepak. Kecoh orangnya.




Dia tingge tak jauh dari rumah mertua dan rumah kampong Mr T. Antara tugas dia ialah beli roti dari van roti yg lalu Kg Derdedebi tiap pagi.




Halah
tingge dengan suami dia yg tak bape sihat. Tapi dia sihat nampaknya, Alhamdulillah. Selain beli roti, halah beli satkhabor.


Memula dulu teman ingat halah ni kecoh dan suka pot-pet jer. Ropanya dia ni cerodik dan 'educated'. Penah dalam satu sesi pot-pet, pot-pet dengan mak mertua teman, teman dengor dia sebut, "Basbakan...Ak Parti...Erdogan!" (basbakan= Perdana Menteri).

Dia ni ikut perkembangan politik...jangan memain!




Err...yang ni uncle Salem, Pak sedara Mr T. Dia dengan halah Saniah adik-beradik. Dan sebelah dia tu menantu dia. Rumoh belakang tu rumoh mak mertua teman.




Selain jadi regular surirumoh, halah menguruskan 2 ekor lembu dia. Dia kekadang tolong perambat lembu mertua dan lembu Kak Emina sekali ke arah sungai Deredebi. Tapi kalau dia bawak lembu dia saja, dia perambat natang ni sampai ke bukit.




Pada hari ni halah bawak lembu dia naik bukit dan sebab agak jauh, dia bawak bekal sikit. Mungkin tengah hari baru dia turun.




Antara rumoh yg halah suka ziarah dan lepak 1-2 jam bila dia senang ialah gi rumoh mertua teman. Deme berdua cukup untuk memeriahkan rumoh yg tak rama orang ni.




Bab makan pulak. Semalam teman buat jamuan kecik untuk 2 orang kawan cikgu kat Bandar Muadzam ni. Deme dah sound-sound bila nak masak-masak. Sebelum tu deme ada dengor teman buat masak-masak untuk salah sorang cikgu lain.




Teman bosan nak masak typical Malaysian menu cam meehoon goreng, mee goreng, laksa dan yg seperiuk dengannya. Teman pikior-pikior 2-3 ari, dapat ide nak buat TAPAS. Agak mudah dan tak renyah dengan pinggan-mangkok bila makan!




Hah...ni gambor yg diamik dengan kamera mahal. Yang kat atas dengan handphone teman jer. Ni ler ropa TAPAS...alaa finger food dengan lain kata. Ada roti dan biskut, ditop-up dengan telur lenyek, ada mango salsa, tomato salsa, fried mushroom, dan kat atas sekali kome boh ler udang ke, sotong ke atau sosej. Nampak cam kekenit tapi tetamu teman kata kenyang!
Dah kenyang tapi deme makan 2-5 kali ro
und! Bila yg dalam pinggan dah abis, teman buat lagi...tu yang buleh 2-5 round tu!
Meh kome merasa...

Friday, June 17, 2011

"Buang yg Keruh, Erdogan!" Pujuk Knesset Yahudi.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ahli-ahli parlimen Yahudi telah mengirim kabel Tahniah kepada PM Turki Encik Erdogan atas kemenangan selesa parti AK dalam PRU Turki baru-baru ni.

"Sebagai ketua persatuan persahabatan Turki-Yahudi, parlimen Yahudi di sini, kami mengucapkan setinggi Tahniah kepada PM Encik Tayyip Erdogan di atas kemenangan semula parti AK dalam PRU baru-baru ni," kata surat tersebut.

"Dalam parlimen ini, kami berharap pilihanraya ini akan membuka lembaran baru dalam perhubungan Turki-Yahudi - lembaran kerjasama yg akan membantu kedua-dua buah negara," tambah kabel tu lagi.

Ahli-ahli parlimen Yahudi meminta Encik Erdogan, "Buanglah yang keruh...amiklah yang jerenih...tolonglah Yob!" begitulah lebih korang kalau diguna bahasa drama.

Dengan lain perkataan, negara Yahudi ni sebenornya amat memerlukan persahabatan dengan Turki, satu-satunya negara majoriti Islam yg ada hubungan diplomatik dengan dia. Err...Mesir ada ke hubungan kasih-sayang dengan Yahudi ni? Teman pun korang pasti.

Tapi dengan sinikal pulak, salah sorang menteri Yahudi yg senior menyarankan pertubuhan iHH mengantor bantuan ke sempadan Turki-Syria sebab kat situ dah rama pelarian Syria masuk bersidai. Ini berikutan pertubuhan iHH sedang berfikir 2 kali sama ada nak meneruskan atau tidak misi flotilla kedua ke Gaza. Ni namanya ditelan mati mak, diluah mati bapak!


Bersama kawan dari UM, kawan Keiko dan Keiko (berkot itam)


Alaa jemu-jemu nengok gambor di Turki, jom nyongket ataih gunung pulak. Zaman dedulu sampai gak teman ataih gunung Fuji-san. Masa tu bulan Ramadhan. Idok ler kami menapak, tapi naik mercedes kepunyaan suami kawan Keiko. Baik ati deme suami isteri bawok kami makan angin ataih gunung!
Tapi ni gambor bukan kat gunung, masa ni belum manjat lagi!

Sebelum orang kat Malaysia sibuk paka tudung dan scarf Arab/Palestin, teman dah paka masa naik Fuji-san pada tahun 2000 dulu. Err...sebenornya seawal 1990an teman dah paka skarf Arab ni.



Keiko merupakan sahabat sejak di Universiti Malaya. Sebenornya teman ni tutor peribadi dia. Sampai sekarang Keiko dan teman masih berhubung melalui email, FB dan lawatan ke rumoh.

Manakala tu, kawan dia ni ada isu trajis sikit. Beberapa tahun pas lawatan teman ni, dia berpisah dengan suami dia (yg pandu mercedes tu).
Baru-baru ni dengor bekas suami dia antara mangsa yg lesap dalam kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ni. Terus tak jumpa!
Kesiaaannn...




Keiko dan lagi sorang kawan teman, Samiko, suka bawok teman tengok temple. Adalah 3-5 buah kuil yg deme usung teman. Kat mana pun teman tak tau...ikut jer. Samiko pun penah jadi anak murid teman, belajor BM kat rumoh deme.



Ni pentas tapi teman tak ingat pentas apa. Kalau ada perayaan tertentu, deme gunalah pentas ni gamoknyer. Dedulu teman bukan pengembara yg suka mencatat kembara teman. Amik gambor jer. Mungkin teman tak minat apa yg teman tengok.
Kalau gi Disneyland Tokyo pun teman tak bape minat, dah tentu lawat temple lagi teman tak bape ngam...



Ni temple yg ke 4,275 kot... Teman pun tak kira.
Muka teman adalah muka orang lapor sebab puasa atau mungkin muka bosan tahap beruang zoo. Kome biasa pegi zoo tak? Ada tengok mana ropa beruang dalam zoo?
Haa cam muka teman nilah...



Baru nampak ceria sikit sebab dapat makan.
Keiko berusaha cari restoran yg ada seafood untuk teman berbuka. Nasib baik masa tu musim dingin, idok ler keletihan sangat dan waktu berbuka pun awal, dalam 4:30pm gitu.
Meh kome...douzo, douzo!