Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Grand Bazaar Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Grand Bazaar Istanbul. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

MOH TENGOK ORANG KAMPONG TURKI BAKOR ROTI!

Romah Mak Mertua dan Nevin seberang jalan


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Masa memola sampai ke Kg Deredebi trip tahun ni (awal Februari) teman perati ada 3 binaan baru kuarga Mr T buat kat laman romah deme. Satu yg paling ketara kandang Kara Kiz dah tak de.
Mr T bina sebijik banglo pulak utk Kara Kiz dan gerombolan dia kat tapak lama tapi besor lagi.
Rujuk pd entry sebelum ni ya kome.



Kat laman mertua ada binaan bertingkat.
Bagian bawoh bangsal lembu dia (dulu berkongsi dgn lembu-lembu Kak Emine). Kat atas tempat nyimpan rumput kerin (hay).
Sebab nak bina romah ni, pokok buah berangan dulu kat belakang ni, kena tebang!
Tak dapat ler teman kutip buah berangan lagi nanti.
Kena kutip yg kat ladang ataih bukit jer.


Lagi sebuah binaan ialah firin kecik ni.
Firin ni ialah dapur oven dibuat dari simen dan batu, untuk masak roti dan mengering makanan yg perlu dikerinkan seperti bijiran atau buah.



Lazimnya firin digunakan kerap masa musim panah sebab kuasa panasnya yg power, jadi kena bakor roti kat luor romah. Kalau kome tengok tempayan orang masak roti nan, cam tulah konsep dia - ruang yg panah keliling jadi roti masak rata.
Orang kampong iaitu jiran buleh guna firin ni.



Memola kena bakor kayu kat tengah-tengah firin tu.
Api kenalah besor supaya dinding firin tu hangat ataih bawoh, depan belakang, kiri-kanan.
Ni seropa dapur nak perasap kayu bakau buat arang jer.



Sementara tu get ready roti/kueh kome tu. Ni ropa karipap tapi teman yakin dalam dia keju putih!



Boh roti ataih kayu panjang ni. Pastu ulur ke dalam.
Sendiri ulur tak buleh arrr, hangat taw!
Ehh sebelum tu kome kena kalih kayu yg dah jadi bara tu ke tepi, bior tetengah tu kosong.



Tutup pintu firin tu dan ikutlah bape lama menu kome tu masak.
Nilah firin atau oven tradisional yg terdapat di kebanyakan negara yg rakyat dia kerap makan roti!

Emy tayang ikan bilis goren dan hazelnut!

Terlufe nak citer pasa ziarah salah sorang ex-student teman dan blogger Emy Syuhada minggu lepas. Emy datang dgn suami, siap bawak cucuq ikan bilis, kegemaran Cikgu ni. Teman jamu kahvalti dan cik mak...


Cik mak fusion!

...cik mak yang ada unsur-unsur keturkian. Instead of kacang tanah, teman guna hazelnut. Mentang-mentang hazelnut tengah banyak.
Tima kasih Emy dan suami kerana sudi ziarah Cikgu!



Sebagai pemanis, selain biskut hazelnut, teman jamu deme sudu cokelet sorang sebatang.
Sedap pulak sudu cokelet teman beli kat Grand bazaar ni!
Lain kali kena beli 3-4 set!
Errr sapa nyinggah flat teman, merase ler.
(While stok masih ade...)

Saturday, May 5, 2012

NGAPE NAMA MUHAMMAD SUSOH NAK JUMPA DI TURKI

Bahrican dan classmate.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Senario #1: Sorang Atuk 98 tahun Mohd Hassan bin Kulup Sakah, dari Kampong Semilang Keli, didakwa mencabul Senah bin Mat Labu, 97 tahun, diromah tak bernombor....

Senario #2: Sorang penagih dadah Muhamad Ali bin Mat Candu, dijatuh hukuman 5 tahun kerana memiliki 20 lai suar dalam wanita dan....

Senario #3: Sorang pelajar Tahun 6, Muhd Iskander bin Md Senin, di sebuah sekolah rendah di Pekan Lubuk Keli, ditahan kerana menjual kondom pada pelajar Tahun satu...
(Sumber Utusan Meloya)

Teman bila baca berita macam ni kadang hangat ati jugak. Nama bukan main baguz tapi perangai cam *&##@!!!00*7n XYZZZ***XXX!!!!
(Jangan mencarut!)

Mr T ada labun kat teman sebulan lepas, sejak zaman kesultanan Uthmaniah lagi, ada peraturan yg telah ditetapkan, nama Junjungan Nabi Muhammad SAW dilarang digunakan bagi kaum Yob-Yob.
Sebab?
Takmo nama makhluk kekasih Allah ni dicemari jika pengguna nama ni menbuat peranga tak senonoh seperti contoh-contoh kat ataih tuh!

Gitulah hormatnya dan sayangnya bangsa Turki dgn Junjungan kita ni. Kalau nak guna gak, kena ubah sikit sebutan.
Jadi yg ada nama seakan-akan nama Rasulullah ialah Mehmet dan Ahmet.
Nama keluarga terdekat baginda pun bunyi sipi-sipi seperti Emine, Ayse, Helime (ehem, ehem....) Zeynep, Hetice etc.


'Ucup'

Gitulah penerangan dari Mr T, sumber maklumat keturkian anda!

Di kalangan kuarga Mr T, ketiga-tiga anak lelaki dia takde nama Muhamad, Mohd, Muhd atau Mat, cam kat Malaysia ni, versi Muhammad banyak dan sebutan dia pun sama cuma ejaan jer berbeza sikit.
Ni Yusuf, anak bongsu Tahsin...


...cucu sedara, si Mursel...


...Alphan, anak Asim....


....Bahrican anak Alper Talip....



...dan cucu paling sulung Ertugrul Hamza, anak Tahsin.
Ertugrul dah sama tinggi dgn Opah Malaya, haiisyyyy, tak aci!

Begitu kisahnya ngape nama 'Muhammad' susoh nak jumpa di Turki!



Btw
, teman ada hobi baru!
Beli sekilo reta qarun ni kat Grand Bazaar, Istanbul.
Buat rante dan gelang.



Dengan renda Turki buat rante.
Sold to Ms Lydia, Shah Alam.



2 pasang werne ijo dan purple sold to Frau Badar, Sg Petani.
Dia ni pantang teman tunjuk barang, nak ajer...



Werne ungu gi Spain utk Senorita Dee Ismail. Dia order 3 urat utk dia dan 2 ore anak dia.



Ni nak kongsi gambor jer.
Koleksi skaf yg renda dikait oleh Nevin, Opah si Mursel. Renda ni dikait masa dia memuda lagi!



Ni yang mak Mursel kait.
Tiga lai sold to Yong Norizan Abu Bakar, Pulau Carey.
Hari senin sampai kot bungkusan tu Yong Norizan ya!
(Dealing via FB and email gitu)



Moh jamu mater!
Semangkok salad campur beli kat R&R masa nak balik ke Istanbul...



...dan sepinggan daging panggang yang ditumis.
Boring rasa dia.
Mashed potato pun bland.
Deme ni takde lidah ke apa?

Thursday, March 22, 2012

"KALAU RAJA SAUDI UBAH MAKAM RASULLAH, TEMAN AKAN SEMELIH RAJA TUH!" - KEMAL ATATURK.

Tulih nama ataih saljuuuu...Yob yg paling glam dalam dunia maya. Usyar muka dia yg hensom tu kat 'Blog Begins at 40'!
Umur bape skang Yob Gedek?
(Nama ditulih kat tebin Sunga Deredebi, Duzce)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mengkome,

'Hazreti Muhammed'in mezarının yıkılacağını derin bir üzüntü ile öğrendim. Bu kutsal emanete asla dokunamazsınız.
Bir tek taşının bile zarar gördügünü duyarsam, orduyu aşağıya gönderirim!'
MUSTAFA KEMAL ATATÜRK
Jun 26 1919

Minggu lepas Mr T citer pasal arwah ni. Pastu teman lupa nak folo-up. Semalam teman minta quote ni. Dalam Turkçe (Bahasa Turki), Mr T explained ler. Teman kenei sesetengah perkataan dalam quote ni. Ni teman olah citer Mr T dan statement tu gini, dalam Bahasa Perok yaa:

"Teman dengor Raja Saudi nak ubah makam Hazret Muhammed (SAW) ke tempat lain. Peninggalan sejarah ni adalah satu amanah. Kalau sebutir pasior makam tu diusik Raja Saudi, teman sendiri akan ke sana dan kerat leher Raja tuh!"

Details story ni nanti teman tanya lagi Mr T. Subuh tadi dia dah kuar nyongket ke Konya pulak, jauh pulak tu, naik kapaterobang dengan kawan dia. Kalau naik keta, musti teman nak ikut!

Actually ada beberapa fakta menarik tentang arwah Kemal ni yg rama kita tak tau atau dapat info yang kurang tepat.
Tunggu next, next entry ya kome.



Semalam Mr T koje Anadolu (Istanbul belah Asia), teman pun kata, 'Saya nyongket Eminönülah'.
'Ok, you can go,' dia kata.
Teman pun naik bas 6:45 am, tapi dah agak cerah sebab dah masuk mu
sim bunga kaaaan.
Orang lain kalut nak gi koje, teman nyibuk nak gi shopping.
Kena naik bas pepagi, nak elak crowd dan jam teruk.


Lapor, lapor...

Malam tadi makan sikit, tu baru jalan dah lapor.
Singgah satu bistro order kahvaltı. Baca, errr...tengok satkhabor dan makan di bawoh sinar suria. Kalau kat Malaysia tak sior teman dok bawoh matahari...terbakor kome!
Waiter tolong klik gambor...kan teman jalan solo jer!
Kahvalti RM17.20!
Teh panah free!


Pas dekat 3 jam 'tawaf' luor Grand Bazaar (hah pelancong jer shopping kat dalam dan kena semelih!), beli sesikit baju nak melaram kat Shah Alam nanti, teman ngelewor kat dataran depan Yeni Çami (Masjid Baru, kurun ke 17!).



Ehhh ada khemah dan mendera-mendera Turki dan promo 'Pameran Barang Muzium Pertempuran Canakkale' ...gitu ler translation teman. Aseikan kome faham udoh.
Haaa nak tengok, mesti free punya!



Syok memola nampak para petugas Majlis Bandaraya Fatih ni, hensom-hensom sokmo.
Kuuuusss semangat, sib baik Mr T takde!
Buleh senyum kat deme nih!
Teman pora-pora buat curious dan amik senaskhah gezeti tu...percuma kaaan.




Pastu salah sorang Yob tu tolong klik-klik gambor teman.
Ehhh samalah kaler muffler teman dgn beg plastik dan beg kertas tu, cam dah janji jer.
Ngape blur gambor ni Yob?



Rama gak pelawat.
Takde sorang orang Turki yg tak sayu dan terharu bila nengok dan baca account pertempuran antara tentera Turki dan sekutu lahanat barat termasuk Great Britain, Australia, NZ, Perahncis dan lain-lain tentera Salib (Mr T selalu refer pada orang Kristian Barat sebagai Crusaders, sampa sekarang!) yg cuba menakluk Canakkale.




Tentera Salib yg lebih rama dan berteknologi tinggi pikior deme dpt tawan semenanjung tu dgn mudah kendian nak agih-agihkan bumi Turki di antara deme!

Ptuuuiiihhhh!



Seluruh rakyat Turki - lelaki, wanita dan kekanak - sesama menyingsing lengan (bukan selak kain yaa), berkorban nyawa, harta dan memacam lagi utk mempertahankan negara.




Masih ada lagi sisa peluru yg digunakan masa tu. Tiap tahun Hari Memperingati Canakkale diraikan di Turki.




Duit British konon!
Orang Inggeris ni gi memana pun membelit dan menipu kojenyer! Sama cam deme curi Singapura, Melaka dan Pulau Pinang...cam tulah deme nak buat kat Turki. Ni duit note deme masa tu. Keadaan negara Turki masa tu tak stabil sebab Kerajaan Uthmaniah dah takde (tang ni nak kena rujuk dgn Mr T nanti, tak pasti pulak details nih).




Imej 3 orang tentera Turki masa tu sedang pegang 2 panji...



...nilah antara kalimah-kalimah yg dipertahankan oleh tentera Turki masa tu.
Kalau Turki kalah dalam pertempuran tu dgn kuasa-kuasa Barat, mungkin Masjid Biru dan beribu-ribu masjid di Turki dah jadi muzium atau pun kelab malam...Nauzubillah!
Dan teman pun tak merasa lepak di Eminönü...


Typical urban
bekfast di Turki...buyrun!
Makan sorang ni...abih!

Monday, March 19, 2012

NYONGKET SPICE MARKET, ISTANBUL...SEMUA DAPAT SAGUJANTUNG YEAAAAHHHH!

Tulih nama ataih saljuuu...ada sesapa nama Ruby? Rasanya Yong yg dok Doha tu...Ya habibi, ya maulana, makan nasi mandi jangan lupa ana!
(Nama dilakor di balkon Basaksehir, Istanbul)


Assalamualaikum dan Salam Bahagia Mengkome!
Sihat ke semua? Harap-harap semua baik belaker! Sejak salji dah abih menurun (menurun?), cuaca kat Istanbul jadi best cam bahar sezon (musim bunga).
Sonok rakyat jelata!


Tapi masa teman nyongket Istanbul sejak sekian lama berkurung, ujan renyai. Minta Mr T drop teman kat bas stesen, dia nak nyongket arah lain. Turun kat Beyazit (area yg fofular dgn satnika bangunan sejarah dan shopping), teman jenjalan sambe cuci mater!


Nyot-nyet, nyot-nyet ayor dari langit turun. Best gak cuaca cam gini, rakyat tak rama!


Bila dah sejuk tu, asyik nak membesior, kata orang Perok.
Tau apa tu membesior?


Alhamdulillah budaya orang Turki ni pembersih jugak. Walaupun ni public tuvalet, deme jaga kebersihan. Tol 1 Lira (RM1.72) untuk membesior!
Paip ayor ada, jangan riso! (dekat pintu tapi kamera henpon teman ni canggih sangat, imej tak muat!)


Ni dekat Spice Bazaar, bersekedudukan dengan Grand Bazaar (Kapali Carsi). Barisan gerai jual keju, keju, keju dan satnika deli, rempah, dan ada gak ikan dan kekacang!


Keju kasyar dan keju tali pisang....


...beyaz peynir (keju putih)....


...lagi beyaz peynir...


....kasyar peynir. Jejari yg comey tu Yong Perok punya ler.
Dia dapat makan keju free! Beli idok jugak!


Meh usyar satnika jeruk-beruk kome!


Gerai jual kokorech...taliperut panggang.
Tapi ada bau sikit ler, sapa yg suka, memang gemor bebenor!
Sesejuk pekena menda panggang memang best, kaaaan?


He heh heh...bab keputusan peperiksaan mater bute.

Ni ropa asei natang biru teman upload kemarin. Boh henpon tu saje nak tunjuk saiz kat kome, bukan clue amende!

Memacam jawapan kome terjah. Ater kreatif dan inovatif kenkawan maya teman ni!
Syabassss!
""
""
""
""
""
:
:
:
:
:
:
:
*
*
*
!
Kaki comeyyyy!

Ater lepah diaudit tungging terbalik, ni ler jawapannyer!
Ada sesapa yg kena?

Yaaaa...Atuk Phd jugak yg betoi tepat!

Geliga otak Tuan Haji ni...maklum ler ada Phd cam Hassang Ali!
Tuan Haji meh email nama dan address kat teman hellibra2@hotmail.com
Tapi don't be sedey-sedey...semua yg cuba meneka dgn termengah tersemput dan mengomen sehingga entry ni kuar, dpt jugak sagujantung, sagulimpa, sagubuah pinggang, dan satnika sagu. Deme-deme ni ialah:

1. Kasihredha
2. Eita
3. Aku Sorang Pengembara
4. Pak Long Din
5. Amy
6. Tihara
7. Numara
8. Nieza
9. Kakcik Seroja
10. Nyanyisunyi
11. Pendragon
12. Siti Murni
13. UmmiRoss
14. Simpang44 ...malaikat?
15. Mulan Kerteh
16. Farah
17. Ina Seri Iskandar
18. Cikgu Kak Mah

Sesapa yg penah email teman, kena email jugak lagi bagi nama blog dan nama betoi taw, kat subjek email tulih "Sagujantung". Email dlm seminggu, sapa lambat tak dapat. Yong Nieza buleh tak bagi adres sesapa kat Malaysia? Teman nak pos dalam Malaysia jer...maaf ya.


Untuk meraikan deme-deme yg dpt satnika sagu tu, meh makan kebab dengan jeruk cili padi!