Moh Kite Follow Sesame...

Monday, December 20, 2010

Universiti Islam Rotterdam diiktiraf Gomen Belanda!



Header Website Universiti Islam Rotterdam


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Walaupun berita ni dah agak lama, disiarkan dalam bulan July 2010, tapi teman rasa ada dari kita yang terlepas berita ni atau lupa. Kalau baru dengor baguih ler. Dari mace berita yang buruk-buruk akibat prasangka dan Islamophobia, baik kita ulangkaji berita yang positif tentang Islam.

Universiti Islam Rotterdam atau UIR telah diiktiraf dengan rasmi oleh negara Belanda setelah melalui beberapa perbincangan dan berjaya menghasilkan keputusan yang menggembirakan. Universiti ini ditubuhkan melalui pengembelingan beberapa orang pengusaha dan ahli perniagaan bangsa Turki.

Ia merupakan yang pertama dan satu-satunya Universiti Islam Turki beroperasi di bandar Rotterdam, Belanda sejak tahun 1997. Ia bermatlamat mewujudkan sebuah pusat akademik yang elit di negara tersebut. Sehingga kini ia telah berjaya memperolehi segala akreditasi yang diperlukan.




IUR menawarkan 10 program pra-siswazah termasuk Bachelor in Islamic Sciences dan program Masters in Islamic Research (Quran, Hadith, Kalam, Fiqh dll). Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Belanda.

Sejuk hati kita mendengor ada isu-isu yang menggembirakan dan membanggakan berkaitan Islam walaupun ianya berlaku di sebuah negara bukan Islam di Eropah. Begitu gigih sesetengah ahli perniagaan Turki membangunkan semula syiar Islam di benua Eropah. Dakwah ini bukan saja dapat mengembalikan kegemilangan Islam sejak jatuhnya Empayar Uthmaniah tetapi pada masa yang sama menyebarkan dan mengembangkan syiar Islam ke seluruh Eropah - melalui ilmu!

Ahli perniagaan deme sibuk melabur saham akhirat bina universiti Islam, ahli perniagaan kita sibuk bina apa kome?

6 comments:

  1. ermmm very good n3 indeed !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Pok Oncu, subuh dah blogwalking Yob ni. Semoga sihat dan agak bertenang. Ya, kekadang dpt gak kita mace citer2 yang menenangkan ati yek, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..mudah2an syiar islam terus berkembang dan bersinar ke seluruh pelusuk dunia

    ReplyDelete
  4. emmm..sibuk bina tembok kot utk halang duit dari nampak kat org..hahahaha

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..Islam di luar semakin berkembang, tetapi islam di negara Islam sendiri makin terpinggir mcm kata2 Imam Muhammad Abduh

    “I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam. ”

    — Muhammad Abduh

    ReplyDelete