Moh Kite Follow Sesame...

Friday, December 17, 2010

Rakyat Jerman Takut Minaret Masjid!

Persatuan Komuniti Turki mengatakan mereka berhak membina tempat ibadat sebagaimana penganut Kristian buleh membina gereja!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,


Sebuah bekas panggung wayang di bandar Saarland menjadi punca ketegangan kaum antara rakyat imigran Turki dan tuan rumah Jerman. Punca konflik ialah pembinaan minaret masjid dan ini ditentang oleh sebahagian penduduk tempatan yang konservatif yang bimbang dengan perkembangan Islam di Jerman.

Walaupun Jerman ada lebih kurang 170 buah masjid, lagi 200 buah sedang dalam pembinaan dan ini mula menimbulkan kebimbangan di kalangan komunitinya seperti di Volklingen di mana 5% penduduknya terdiri dari orang Islam imigran Turki.

"Masyarakat kita mula dibanjiri rakyat Turki," rungut sorang rakyat Jerman dalam satu perjumpaan mengenai isu minaret ni. Manakala sorang lagi menulis dalam borang kajiselidik menyebut:"Minaret takde kena mengena dengan negara Jerman."

Terdapat lebih kurang 3 juta bangsa Turki dari sejumlah 82 juta penduduk Jerman. Kebanyakan mereka bekerja di kilang-kilang dan perusahaan besi di lembah Saar. Pekerja imigran Turki dan Kurdis mula berhijrah ke Jerman dalam tahun 1960an dan 1970an apabila ekonomi Jerman mencanak naik. Jerman membenarkan pekerja imigran bekerja sehingga 5 tahun dan dalam tahun 1999 anak-anak imigran ni dibenarkan mendapat kerakyatan Jerman.

Adnan Atakli, ketua pemimpin komuniti Turki di sini berpendapat,"Ini hak demokrasi kami, untuk memiliki tempat untuk ibadat sebagaimana terdapatnya kewujudan gereja. Gereja ada menara. Saya menetap di sini, kami ada masjid dan masjid harus ada minaret." Minaret tu hanya hiasan saja, tambahnya lagi.

Manakala itu, sebuah akhbar tempatan Saarbrucker Zeitung menyiarkan satu rencana menggesa agar minaret ini tidak dibina:" Ia melambangkan usaha Islam untuk menunjukkan kuasanya dan ia tak lain merupakan satu provokasi."

Namun seorang pedagang besi berusia 60 tahun, Christoph Gosschalk berpendapat:"Kalau binaan mereka mengikut peraturan, tiada siapa boleh menghalang binaan ni di Jerman. Ada yang menentang pembinaan ini kerana sebab-sebab estetik konon, yang mana saya rasa alasan yang bodoh sebab bandar Volklingen ialah salah sebuah bandar yang teramat hodoh mungkin di seluruh Eropah!"

Seperti yang teman penah tulih dalam entry teman dulu-dulu, bangsa Turki ada mempunyai hobi yang agak menyejukkan hati. Salah satu hobi deme ialah membina masjid. Asal ada kampong atau bandar dan komuniti deme, deme akan bina surau atau masjid. Buleh kita katakan perkembangan Islam di Eropah sekarang mula disambung semula sejak kejatuhan Empayar Uthmaniah dengan kehadiran komuniti-komuniti Turki di beberapa negara Eropah terutama di Jerman, Austria, Switzerland, Scandinavia dll.

Yang sekular, sekular jugak tapi Alhamdulillah yang Islamik pun ramai gak kome. Jangan riso.


P.S Peraduan Teka Tikam #2 dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah hari ni. Scroll 6 entry ke bawah bertarikh 13 Disember. Hadiah amat mencucuk mata! Cubaaa kome!

7 comments:

  1. Soklan mgkin obsolete, tapi nak tanya gak...nape Moh Kembara banyak bercerita ttg happenings kat Turki dan Europe?

    Moh Kembara ni kat Malaysia ke skrg ataupun skang kat Europe?

    p/s: Malu bertanya sesat jalan...hehe!

    ReplyDelete
  2. Salam Hairil, he he...Turki tu rumoh kedua Akak, kekadang kat sini, kekadang kat sana. Next week dok sana 3 bulan. Akak banyok tulis fasal Turki sbb itu negara yg Akak banyak tau sosio-budayanya, dan itu yg pembaca nak tau. Yg entry terbaru ni pun ada kaitan dgn Turki wlupun berlaku di Jerman. Betoi malu bertanya masuk longkang kekadang!

    ReplyDelete
  3. Salam kak... kat malaysia ni pon rajin wat masjid, yang pegi masjid tu yang kurang he3

    ReplyDelete
  4. Salam Hasrul, minta2 tabiat tu berubah ya...

    ReplyDelete
  5. takot deme dgn menara masjid yer Yong...err minaret tu menara lah kan?

    time kasih byk le yong tambah masa contest..teman cuma takot xdpt jawab jer...

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Ummie, sebenor saje Akak nok bg kenkawan cenderahati suke-suke; contest tu alasan jer. Lebih elok kome try. Kat dlm exam pun kalu tulis sesikit dpt markah kesian kan? Yg tak jawab langsung tak dpt mende.

    ReplyDelete
  7. kak limah..
    hari ni buka blog dah lepas zohor.. tu pun dok adap koje lain.. sudohnyer terlepas masa... hehehhe... x jumpa pulak jawapan patung yg kak dok 'tenang' tu... :p

    xper le kasi deme join.. nanti ade lagi teman join...

    ReplyDelete