Moh Kite Follow Sesame...

Friday, December 31, 2010

Moh Tengok Deme Sekular Tegar ke Idak...



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Mutlu Yilbasi 2011! Semoga tahun 2011 ini memberi kebaikan dan kerahmatan kepada kita semua.

Teman dah siap membungkuih diri ni. Moh ikut teman study orang tempatan di Basaksehir menunaikan solat Jemaat. Pagi semalam suhu jatuh ke 3 Celcius, jadi kena balut leklok, kalau tak mau ngangkup. Teman ni keturunan yang ada lelah walaupun teman baru sekali penah kena seumur idup teman. Berjaga-jaga dulu sebelum kena.



Teman nok tengok suasana jemaat di camii yang besor sekali kat Taman Erdogan. Nama masjid ni Hoca Ahmed Yesevi Camii. Siap dibina tahun 2007. Terletak 1000 meter dari blok keme. Seperti skemanyer, bentuk dia ala masjid Uthmaniah. Jarang orang Turki ni buat masjid ikut senibina lain. Nak jugak yang senibina zaman Ottoman dulu.




Sebelum masuk, teman fokus dari seberang jalan. Nak masuk ke? Ahh skodeng dulu. Pastu teman nampok sorang pompuan kuor dari camii ni. Ahh buleh masuk, kata ati teman.



Satu sign teman baca kat level bawoh tanah. Ni maksudnya 'Kursus Al-Quran untuk Wanita'. Ohh ada kelas ngaji kat sini. Patutlah nampok pompuan kuor dari pintu gerbang masjid tadi.




Di level bawah ni ada bilik untuk kelas mengaji Al-Quran. Nanti bila senang teman nok terjah tengok camner kelas ni dijalankan.

Teman perhatikan masjid ni cantik buatan dia. Bahan binaan dia berkualiti dan nampok kemas. Ni pastinya dibina dengan duit sedeqah dan derma orang ramai sebab gomen tak beri peruntukan untuk bina rumah ibadat, tak kira agama apa sekali pun. Kena tunjuk sekular Yob. Kalau tunjuk Islamik sangat, nanti kena coup, susoh pulak!



Teman nampok bangku untuk lepak dalam compound camii. Teman pun duduk sambil merati para jemaah masuk - individu atau bersaing. Kendian 2 orang amca pun datang duduk kat bangku berdekatan sambil berlabun. Nok amik gambor deme segan. Jadi teman pun fokus handphone kat arah tepi teman supaya tak nampok sangat teman direct ke arah deme. Muke teman yang kesejukan tu pun terselit sekali...sori!





Teman toleh ke belakang (sama level dengan kelas ngaji tadi) ialah WC atau tandas. Ramai gak yang masuk sini dulu sebelum masuk ke gerbang pintu masuk.



Ni sebelah kanan, sama level dengan ruang solat, meydan (medan) untuk sesuatu majlis atau program kot. Wakaf tu pun dalam bentuk senibina zaman Uthmaniah.




Masuk kul 12 tengah hari, berdedai-dedai lelaki masuk berjalan ke dalam masjid. Orang dewasa ada, dan yang remaja pun ada.



Jugak kekanak. Ada tadi teman nampok sorang lelaki bawok anak pompuan umur 4-5 tahun masuk dalam masjid. Tak tau mana dia boh anak dia masa dia solat kang.



Dalam 10 minit, ramai lagi yang sampai menaiki tangga masjid ke ruang solat.



Ni ada yang mungkin datang dari pejabat atau perusahaan berdekatan. Tapi ni bukan satu-satunya masjid kat taman ni. Tak jauh dari blok keme, ada lagi sebuah camii tapi jauh lebih kecik dari yang Camii Hoca Ahmed ni.




Agok dekat 20 minit teman bergambor kat dalam compound masjid. Bila dengor azan, teman pun bangun tinggalkan masjid ni. Seperti kat Malaysia, berlaku gak traffic jam depan camii ni. Ada sorang security tolong kawal lalulintas.



Masih ada jemaah last minute baru sampai. Deghah Yob deghah!



Teman pun berjalan daki bukit balik ke rumoh. Kena tempoh masjid kecik dekat blok keme. Sampai sini orang dah baca khutbah. Teman tak penah masuk camii ni. Tapi dari luor ni dapat teman nengok jemaah terpaksa solat dekat sampai tangga.



Sian... Di Malaysia kalau masjid melimpah, terpaksa para jemaah solat bawah mentari dan berpanas-panasan. Kat Basaksehir, deme bersejuk-sejukan! Kalau salji turun deme bersalji-saljianlah kot!



Pagi tu ada jenazah dibawok ke sini untuk solat jenazah. Agoknyer disolatkan lepas jemaat kot sebab teman nampok ada kerabat arwah yang datang pagi tadi ada lagi kat luor camii.

Bagi kome yang tertanya-tanya camner tahap sekularisma atau keimanan rakyat Turki ni, nilah yang dapat teman kongsi melalui gambor-gambor dan catatan teman. Sama-samalah kita menilainyer.

In one word, apa yang buleh teman simpulkan - Alhamdulillah!

18 comments:

  1. alahmdullilah,, tak adapat poie Turkey dapat baca citer nyo pun dah ok,,, keep on writing my sister !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, sekularism ataupun tak, itu hanya praktikal kerajaan yg memerintah. negaraku katanya negara islam, tapi nampak mcm negara sekular pun ade.

    ReplyDelete
  3. teman caghi yg pakei baju melayu...kihkihkih..t kasih kak halima krn berkongsi sesuatu yg mmg cukup menarik..

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Oncu, tima kasih beri perangsang. Akak tulis nak clearkan perspektif org Malaysia yg selalu pikior org kat Turki ni segerombolan dgn Pokcik Kemal Laknat tu. Idok sekali-sekali!Tu gambor Yob ke tu...yg rambut panjang tu?

    ReplyDelete
  5. Salam Dyanna, betoi tu Sis. Alaa negara kita lebih barat kot dari sesetengah negara barat nuh!Kat Basaksehir malam tadi sunyi sepi, takder sapa nok sambut tahun baru. Kat TV sekular deme jer beria-ia Yilbasi, Yilbasi! Yang sonok sakan deme buat kat tengah bandar Istanbul kat Taksim.

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Samad, he he nok cari yg paka baju Melayu? Tunggu Yob Samad datanglah tu, siap sampin dengan songkok nanti! Yong rasa Yong sorang jer Yabanci (foreigner) kat taman ni Yob!

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn kak yong...negara kita byk gak kebaratannya walaupun gembar gembur negara Islam.

    Mcm yg saya tulis dlm blog saya hari ni, tak taulah mlm tadi bpa ramai org Islam yg mabuk, khayal dan miss solat mlm tadi semata-mata sambut 2011 ni. Anjuran? Banyak. Pencegahan. Takde.

    Bila lah nak berubah agaknya...

    ReplyDelete
  8. salam kak,
    lama lagi ke kena berbungkuih tu...masjidnya cantik bersih msti bilik ayo nya pun bersih..
    bila bercerita pasal negara kita, memang sedih, nama je negara Islam, tapi..hmmmm..dah maleh nak kata..dah makin teruk, cuma harap tak ada la bencana beso menimpa negara kita...'cammi' tu masjid right?..'amca' tu apa ya kak?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..tidaklah seteruk mane negaranya..kadang2 malaysia juga yg lebih teruk dari negara luar..wallahualam

    ReplyDelete
  10. Salam Yong , slmt tahun baru ye mike !
    amboih dah selamat dibungkuih yer...tringin teman nk merasa mcm tu..hehe...
    mmg sesuei benor le yong dgn tema blog kembara ni...rajen observe,snap pics dan berceghite..thumbs up 4 u madam ! ;)

    ReplyDelete
  11. xper. janji syiar Islam tetap kukuh :)

    ReplyDelete
  12. Salam Hairil, tulah tak tau pasa pa kita beriya2 sambut tahun baru cam sambut pembesor negara. Bukan culture Islam pun. Apa kena mem? Harap2 takder yg complicated. Semoga semua OK!

    ReplyDelete
  13. Salam Asma, lebih kurang sama jer Turki dgn Malaysia ni cuma kita sangka deme ni jauh menyimpang gara2 sejarah itam yg dibawa oleh Pakcik Kemal dulu. Alhamdulillah ramai dari deme kuat beragama. Betoi camii tu sama cam kita sebut Jamek, amca tu Uncle! Kena berbungkuih 2-3 bulan lagi!

    ReplyDelete
  14. salam Feez, eh memang tak teruk. Orangnyer beragama cam kita, tapi sejarah dia lebih lama dan menarik dan pemandangan amat cantik!

    ReplyDelete
  15. Salam Ummie Hanie, issyyy jgn lah teringin nok berbungkuih ni...susoh. Tadi nok amik wudhu kat masjid terkial2 buka satu lapis, satu lapis. Sib baik ada ayor panah. Akak harap pembaca blog ni dpt menikmati pandangan dan observation akak. Akak cuba objektif sebanyak mungkin yg buleh. Selamat Tahun Baru gak pd mike!

    ReplyDelete
  16. Salam Ali@Pirate, harap2 gitulah. Bukan saja di Turki dan di Malaysia tapi di seluruh pelusuk dunia!

    ReplyDelete
  17. semoga Islam terus subur, amiin :)

    ReplyDelete