Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, December 2, 2010

Moh Tengok Aktiviti Kekanak Di Turki



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Teman rasa lebih dari separuh pengikut/pembaca blog Moh Kembara ni terdiri dari kaum Bayan. Deme suka bebenor kalau mace citer kekanak ni. Jadi entry kali ni teman fokus tentang kekanak di Turki atau dalam bahasa deme Cocuklar (kanak-kanak).

Gambor kat atas Sule, anok kepada stepson teman yang sulong Tahsin. Deme tingga di bandar Eregli, di Laut Hitam. Tiap kali teman ziarah Turki, lazimnya teman dok rumoh deme 3-4 malam. Ni Sule tengah ngadap sarapan bersama anok jiran. Jiran deme semua bekerja di syarikat kilang besi milik gomen jadi hubungan deme amat rapat dan mesra. Masa ni Sule baru sekolah kindergarten.





Dalam lawatan teman yang pertama ke Turki, teman datang pada musim panah. Masa tu dah summer holiday 3 bulan. Kegiatan bebudok kat sana seropa cam anok-anok kite kat Malaysia - main bola, main sika, lepak, berlabun dll. Deme ni dok di apartment middle class. Suami teman menumpang di sebuah unit kawan baik dia kat sini. Masa tu apartment kami terletak di Istanbul belah Asia, jauh untuk orang rumoh nok gi koje.

Bebudok ni heran ape ke heh mokcik ni amik gambor deme. Kalau teman tak bukak mulut, deme kat sana pikior teman orang deme! Kalau deme tau teman orang asing, deme sebut "Yabanci" maksudnya Orang Asing. Tapi deme idok ler syak wasangka pada orang asing.





Yang ni cocuklar di kawasan perumahan yang berpendapatan rendah. Yang kekenit ni idok ler main jejauh. Setakat dekat-dekat rumoh. Deme melepak ler kat kaki tangga berlabun. Kekadang nampok yang tine main skipping.





Ni baru gambor budak nok bersunet yang teman sendiri amik. Masa tu suami bawok teman ke kompleks makam Eyup Sultan. Eyup ialah Ayub Al-Ansari, salah sorang sahabat Rasullulah SAW. Beliau meninggal dunia dalam salah satu kempen untuk menawan Constntinople dari kerajaan Byzantin. Jenazah beliau ditanam dalam sebuah gua. Bila Constantinople jatuh ke tangan tentera Islam kemudiannya, jenazah beliau dipindahkan di Istanbul dan di sini dibina masjid dan makam beliau. Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau.

Seperti dalam entry teman tentang Bersunet, nilah pertama kali teman nampok calon sunet berpakaian ala anok raja. Ni gambor dalam masjid Eyup Sultan. Agoknya adalah 3 tahun lebih sikit umur budok ni. Crown pun besor benor sampa menutup mate dia!




Masa jalan-jalan dalam bandar Ikitelli, teman suka nengok-nengok keda. Di salah satu keda, ternampok sorang pompuan yang agok cerah kulit dia dengan sorang kekanak. Pompuan tu meminta-minta. Anok kecik dia comot. Nangis-nangis pegang motor mainan. Kendian teman nampok tuan punya keda bagi pompuan tu beberapa keping syiling. Pastu baru dia dukung anok dia dan kuor.

Beberapa lama kendian, suami kabor deme ni orang Rom atau Rumeli. Maksudnya deme orang gypsy. Rama gak orang Rom ni kat Istanbul. Deme ada perkampongan atau penempatan deme sendiri. Koje utama deme ialah sebagai buruh, bertani, berjaja, dan yang pompuan dan kekanak ada yang meminta sedekah. Kekadang nampok deme meminta atau menjaja ayor botol kat jalanraya atau kat traffic light. Kadang sian tengok yang pompuan dukung baby kat tepi jalan menadah tangan. Mr T kata suami-suami deme ada yang pemalas tak mau koje, bini jer buat koje. Gitu pulak! Buat anok panda!





Di musim panah, rama mok bapak antor anok-anok deme ke madrasah atau masjid yang ada kelas mengaji. Kalau kome ingat lagi entry "Satu Hari Di Musim Panas" ada teman citer pasa lawatan teman ke sebuah madrasah. Teman ada sebut pasa sorang budok berambut blond yang cuba mencari perkataan Inggeris dalam kamus. Nilah budoknya. Sampai ke sudah dia tak jumpa perkataan yang dia cari!



Salah sorang gadis sunti yang belajor ngaji di madrasah tu.




Sebelum cikgu ngaji datang, deme melancor sesama deme. Rama juga yang datang belajor ngaji ni. Kalau kome nak tau, rama pompuan Turki kat kampong-kampong yang baya teman masih tak bape buleh mace Quran, yang tua dari teman langsung tak tau mace! Ini sebab zaman muda deme, deme tak gi sekolah. Belajor pun takat sekolah rendah dan kat sekolah gomen takder kelas agama. Pas sekolah, deme tunggu kawin jer. Sekarang baru ada yang dewasa ni mula belajor ngaji. Itu sebab bila cuti musim panah, kelas ngaji Quran banyak dibuka di masjid dan madrasah untuk memenuhi keperluan rohani rakyat Turki. Gomen tak buleh buat aktiviti keagamaan sebab bertentangan dengan perlembagaan ciptaan Pokcik Kemal.






Di musim sejuk, deme sekolah. Tapi dalam bulan Disember atau Januari kalau tak silap, sekolah ditutup 2 minggu. Mana tempat yang banyok kena salji, jadi taman permaiann yang ya amat sonok. Ni anak sedara Nevin tolong teman bina Kara Adam depan rumoh mertua di Kampong Deridebi.




Di depan blok apartment keme di Basaksehir, memang terdapat banyok salji. Nak kata bertuah tak taulah. Tapi kalau dah kena musim sejuk, bior bebetul sejok, siap dengan salji tebal. Mehmet, anok jiran sebelah rumoh, dan kakak dia. Mehmet ni pemalu sikit.





Anok-anok jiran Kak Emine kat dapor rumoh kampong keme. Masa ni kami buat majlis baca Yassin dan juga sempena Hari Asyura. Kat Malaysia kita buat bubur Asyura berdaging dan berempah, deme buat bubur berkacang gak tapi manis. Sedap buleh tahan tapi tak buleh makan banyok sebab manis.


Deme bergilior-gilior baca Yassin atau sebahagiannya. Tiba giliran teman, kena baca seluruh surah. Teman ni idok ler terer macenya, bulehlah. Pastu deme ada yang bisik-bisik,"Dia buleh cakap Arab ke?" Haa.. ha .. nak tergelak teman. Sebab sebutan bahasa Arab kita lebih Arabic dari deme, deme ingat kita buleh cakap Ya Habibi, Ya Maulana!




Orang Turki tak rama anok. Paling rama pun 3 orang. Ni sedara keme tapi lupa nama dia. Bila yang lain gi ke dapor, dia senyap-senyap main piso tikam-tikam buah. Teman suruh berenti, tak maunya. Lawan balik cakap kita. Kekanak Turki memang tak takut orang dewasa. Kalau kita tanya, dia berani jawab walaupun dengan orang dia tak kenal.





Ni pon sedara juga. Mak dia nama Ayla, kawin dengan sepupu suami. Ni masa musim sejuk tahun lepas, mai bertandang dengan Mok dan Opah dia untuk bersok-sek, sok-sek dengan Kak Emine. Tulah aktiviti di musim sejuk untuk orang dewasa. Orang dewasa lelaki bersok-sek, sok-sek di keda kahve!





Gambor Sule terkini. Bawok beg sekolah konon nak buat homework (kat rumoh Opah Emine dia). Tapi last-last Mok dia yang siapkan homework dia. Teman penah tanya suami, apa nok jadi dengan cucu-cucu pompuan dia. Kalau dah baligh nanti camner? Gi sekolah gomen tak buleh tutup aurat. Suami kata... eh tak ingat apa dia jawab. Nanti kena tanya balik.




Lagi 2 orang cucu, anok Alper Talip yang tingga di Akcakoca. Bahrican yang main pistol baba dia dan kakak dia Zeynep. Zeynep sebaya Sule. Tak tau masa depan dia, nak sambung ke sekolah menengah atau sambung ke sekolah private di mana deme buleh menutup aurat.



Bahrican yang nampak sweet
and innocent. Jangan percaya! Nyarih dia tak tembak Halime Baba Anne dia ari tu!!!

30 comments:

  1. Salam Kak Halima...
    lege ghase bile nengok anak2 kat sane masih lagi dianto belajo hei2 agame..... idakle sekular mane..... tapi agaknye sebab jauh daghi ankara ato Istanbul kot???

    ReplyDelete
  2. Salam kak, sya ni shbat maya kyong. Suka baca citer kak ni. Sya org nogori tp dok slangor sbb koje kt situ. Teringin nk order acuan kuih klau dpt.

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Shahril, yang gi ngaji tu kat Istanbul Yob. Yang sekular idok ler rama tp deme berkuasa. Tp setakat ni Parti Erdogan masih berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong TudungMudah Pakai, amboi panjangnya nama. Selamat datang dan berkenalan. Acuan kuih apa tu Yong? Yang semperit, yg tekan, yg picit, bagitau jelas sikit naa.

    ReplyDelete
  5. Kak Halimah..... anak2 org Turki ni comel2 belaka.

    ReplyDelete
  6. Salam Fuzjee, nama pun kekanak. Tapi memang comey, deme putih2 dan idung terpacak!

    ReplyDelete
  7. salam kak halima.

    seronok tengok deme..paling best dapat main salji tu..huhu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Halima :) {i spelled your name wrong earlier}

    I'm here! Finally commenting and returning the visit. Hehehe.. masa mula2 tu tak tau nk type ape kat comment box ni.

    masa tengok isi2 blog kak moh ni saya rasa quite interesting la pasal saya pun suka travel gak masa zmn belajar dulu2. tengok tempat2 orang, makanannya, penduduknya dan sejarahnya. (bunyi ayat skema je, tapi kalau saya tulis dlm bahasa rumah saya takut tak paham pulak... )

    Continue writing dear fellow blogger =)

    ReplyDelete
  10. Yeah. Sy x pernah keluar dr Malaysia. Asyik2 pusing2 dlm Malaysia... bosan bosan bosan.... tp byk lagi kat malaysia nie x xplore... tp anytime jerkan leh xplore. luar Malaysia kena wat dulu jgk neh

    ReplyDelete
  11. Salam ukhwah dan salam ziarah...

    Seronoknyer dapat mengembara, macam2 kebesaran Allah dapat kite lihat dan nikmati :)

    ReplyDelete
  12. kak halima.. betul ke Islam semakin hebat di sana ..? Atau sebenarnya masih sekular pekat seperti dulu..

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu Wan, cuti watpe cikgu? Mesti ronda dan gi kenduri sakan ni.

    ReplyDelete
  14. Salam Dyanna, slmt datang dan hosgeldeniz. Akak jarang melancong. Yg gi jalan2 tu dulu ada urusan dan bertugas, jd org yg sponsor. Sekarang nyongket pun ada urusan dan ziarah, adalah yg sponsor. Ni koje kat Sabah dah abih, nak balik Shah Alam dah.

    ReplyDelete
  15. Salam Ali, tak per xplore Msia dulu. Msia bnyk tempt best dan cantik. Nanti slow2 gi negara ASEAN, kekadang muroh lg gi negara jiran dr gi Sabah dan S'wak! Kalau nok muroh, gi berdua atau in small group, buleh share bilik hotel dan utk keselamatan!

    ReplyDelete
  16. Salam Hasrul, slmt datang!Memang bagus berjalan ni, dgn niat yg betoi. Dpt tengok negara dan budaya orang dan belajor tentang diri sendiri!

    ReplyDelete
  17. Salam Yob Samad,jgn riso...kesedaran Islam kuat kat sana, cuma sbb perlembagaan dia masih sekular dan kuasa tentera kuat kat sana nampak cam pengaruh sekular kuat. Media massa pun kuat diterajui golongan sekular ni, jadi cam suara Islamik ni tak kedengor. Anyway, nanti Akak citer perkembangan ni dr semasa ke semasa, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  18. kak..
    kekanak turki ni comel2, putih suci jer muka deme.. ade ke org turki ni yg kulit gelap... ;)

    ReplyDelete
  19. Wah best ah baca blog ni selamat berkenalan

    ReplyDelete
  20. As Salam,
    Udah sampei Turkey...Kejap aje ye..Kak Leha blm pernah sampei lagi.Alhamdulillah tengok pic dlm blog rasa mcm dah sampei Turkey !!!

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,

    jom exchange link tanda sokongan, ana sudah linkkan blog tuan, harap tuan linkkan blog ana :)

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. comel2 semua kekanak tu semua kan cikgu?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum
    Isyy idakle teman tau igheih2 ghope yong ni ada igheih orghang sane sampey deme pun beghape nak cam! Gamaknya mak bapak yong ni ada cepiyo2 atau seghe kemangi orghang leghah sane! Ape2 pun mmg satu benda yg sangat berghege kalo dapat belabun dgn deme! Byk pegalaman...

    ReplyDelete
  24. Slmlkm...

    Hmm nak tumpang ngomen ler, bagi lbeh meghioh hehe! Kak...lawo bebenor ghupe anok2 Turki yek?? Cucu kkak pn cun melecun.. btuoh ler mak apak die.. (abes le ghosak loghat Peghok teman koje kan, hehe!) :D

    ReplyDelete
  25. sukanya tengok budak2 ni...cute2 belaka...
    paling best...tengok budak2 main salji..teringinnya nak main jugak

    ReplyDelete
  26. Salam Eita, Sueozana, Cekla, he he bebudok bila kecik memang comey2. Memang leka kalau nengok deme bermain!

    ReplyDelete
  27. Salam Yong Leha, he he belum sampai sana. Yong masih kat sabah, Ahad InsyaAllah balik semenanjung. Kalau diizinkanNya, 22hb bulan balik sana. Kalau ada rezki, gi sana, singgah ler rumah.

    ReplyDelete
  28. Salam Zanna dan waalikumsalam New Hope, slmt datang ke blog teman ni dan selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  29. Salam KakYong, kalau kulit deme cam warna kulit Akak tu, kira gelap lah. Memang ada yg cam kulit kita, yg orng Rom, Kurdish atau ada kacukan. Akak buleh lepas ropa bangsa deme sbb idung tinggi sikit he he!

    ReplyDelete
  30. Salam Yong Tajnur, teman ni kononnya ada iras deme, tapi tang idung jer, kulit teman ni kira gelap ler. Nak berlabun sesikit buleh ler, lepas tengkuk kata orang!

    ReplyDelete