Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, December 12, 2010

Moh Kite Ronda Dhaka, Bangladesh. Part I

Bersama-sama gadis Bengali di hadapan sebuah kota lama, Dhaka.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Ni citer lama, bukan baru ni teman gi Bangladesh. Cuma nak kongsi citer lawatan teman di kota Dhaka tahun '93. Masa tu teman mewakili sebuah NGO keamanan. Tak dok sapa nok wakil Malaysia ni. Mentang-mentang Bangladesh bukan negara maju dan tak glamer. Teman terpaksa gi sebab takde volunteer tapi minat gak nak pegi sebab bengkel yang nak dihadiri mengenai Domestic Violence.

Masa tu teman koje dengan NGO alam sekitar tapi trip ni teman wakili pertubuhan lain. Ater teman koje dengan 2-3 NGO serentak, secara suke dan rela! Terpaksa belanjakan 1/4 dari tambang flight dengan duit sendiri. Nasib baik sara hidup di Bangladesh jauh lebih rendah, idok ler teman muflis, sebab koje dengan NGO gaji kecik jer. Tapi keme koje sebab suke. Nak kaya koje tempat lain yek.

Setiba di lapangan terbang Dhaka, teman dijemput oleh Tariq Bhai. Dah kenal Mamat ni di Sri Lanka 2 tahun sebelumnya. Setiba di exit, tu dia sekumpulan bebudok meminta-minta. Agresif gak deme menghimpit kami. Tariq menegur deme minta ketepi. Itu senario kemiskinan pertama teman saksikan di Bangladesh.



Beca, oh beca!

Mak oiii...banyoknya beca kat bandar Dhaka ni kome, bukan orangnyer jer rama! Mengeronyot cam lipas dalam botoi...errr cam lipas banyok dalam botoi! Nilah pengangkutan utama untuk kebanyakan pengguna di kota Dhaka. Selain dari beca ni, deme pun ada bas dan vespa bermotor, tapi teman lupe nama kenderaan ni. Tapi paling mudah dan cekap nak ke mana-mana naik becalah.



Jem beca di Dhaka!

Beca deme nampak lain sikit pada teman. Antara tempat duduk penumpang dengan pengayoh agak jauh. Kekadang pengayoh tak duduk langsung terutama bila dia kena kayuh kuat atau laju. Galang dia cam jauh dari handle. Hiasan pada sengkuap pun pelbagai, ada bunga dan gambor film star tapi idok ler secantik hiasan beca di Melaka!

Dik punya banyok beca ni, selalu berlaku jem beca di Dhaka. Tapi herannya deme buleh celus. Pepandai ler pengayoh beca ni bunyikan loceng dan jerit dan maki-hamun untuk dapat laluan. Sama cam di Sri Lanka, dan juga kat India gamok teman, bunyi horn kereta dan loceng beca ni tak penah senyap. Asa ada kenderaan atau orang depan deme, deme tekan horn atau loceng!

Rama dari pengayoh beca ni berpendapatan rendah. Buleh katakan semua tak mampu nok pakai pantaloon. Paka lungi jer. Itu yang mampu deme paka untuk buat koje. Sapa yang paka pantaloon maknanya dia koje makan gaji dengan gomen atau swasta di pejabat. Kat Malaysia sorang buleh ada 20-30 pasang suor. Tak koyak, tak buruk, dah nok tukor sebab dah out of date! Membazir kite, tau dak? Kat Bangladesh, nok beli suor sehelai pun tak mampu!



Menyusur sebuah sungai di tengah bandaraya Dhaka sambil usya Mamat hensom!

Teman dan rakan-rakan yang hadiri bengkel ni ada kesempatan menaiki sampan ke hulu-kehilir sungai di tengah bandaraya Dhaka. Teman lupe nama sungai ni tapi ianya sungai yang famous, Jamuna ke? Banyok orang guna sunga ni nak nyeberang ke belah sana bandar. Ada gak teman nampok sekumpulan lelaki mandi jebus...jebus...kat tebing. Nampok warna ayor dia gelap. Tapi di situlah deme mandi dan membasuh pakaian.

Dalam banyok-banyok sampan yang bawok penumpang, sampan ni jadi sasaran kamera teman sebab penumpang dia hensom. Kome jangan bagitau orang rumoh teman yek.



Ziarah rumoh Firdaus Bhai

Salah satu aktiviti di luar program bengkel ialah melawat rumoh salah sorang peserta bengkel. Nama dia Firdaus dan nengok pada rupe apartment dan perabut dalam rumoh ni, teman agokkan dia dari keluarga yang agak senang. Kami dijamu dengan minuman ringan dan manisan orang Bengali.


Dinner di rumoh orang kaya. Tariq Bhai berdiri memerhati.

Pada hari penghujung bengkel (bengkel berjalan dekat 2 minggu), pihak penganjur mengadakan jamuan di rumoh salah sorang orang kuat pertubuhan. Tuan rumoh ni kononnya ahli perniagaan. Rumoh dia terletak di kawasan mewah. Walaupun teman tak lama di Dhaka, dapat teman nengok yang mana rupa tempat rakyat marhaen hidup dan kat mana golongan berada atau pertengahan tingga. Rasa cam nengok filem Hindustan. Orang kaya putih-putih dan gebu. Yang miskin samor-samor gelap.

Di rumoh ni ada 3-4 orang pembantu rumoh. Deme nampok timid dan submissive. Anok tuan rumoh ni baru umor 5-6 tahun, montel jer rupenya. Tapi anok orang miskin kat luor sana, kurus kerin. Paka lungi jer, tak berbaju. Beza sangat taraf hidup golongan berada dan tak berada kat Dhaka ni.


Para peserta bengkel dari Finland, Sri Lanka dan Bangladesh di rumoh orang kaya.

Ni sebahagian dari para peserta bengkel dan ahli-ahli pertubuhan yang datang meraikan wakil dari negara luor. Rama yang datang adalah mahasiswa Universiti Dhaka. Lawor-lawor gadis Bengali ni dan yang lelaki pulak rama yang hensom. Tak mohong, teman dah gi masuk kampus universiti ni. Masuk dalam hostel lagi. Nengok dalam hostel, cam rumoh kongsi pekerja Bangladesh kat Malaysia!

Nanti ada kesempatan, InsyaAllah teman sambung citer dalam entry lain. Nak kabor, di Bangladesh teman rasa lebih terdedah akan kepelbagaian kehidupan manusia ni. Rasa insaf dan syukur akan apa yang kita ada. Bukan nengok melalui filem atau dokumentari lagi, tapi disaksikan dengan mata kepala sendiri.

4 comments:

  1. orang bangla banayk sini

    LKS 4 TPM

    ReplyDelete
  2. Salam Yong New Hope, ya memang pun deme rama sini tp tahun 90an deme rama bebenor. Teman terserempak beberapa kumpulan Mamat Bangla beratur kat airport di Dhaka, deme siap paka t-shirt company Malaysia nok gi check-in. Rama kuarga deme ngantor, ingatkan orng nok gi buat Haji!

    ReplyDelete
  3. bestnya gi bangladesh...tapi rasanya tak yah gi kat bangladesh pun takpe....
    babnya sini pun dah serupa macam bangladesh je...kita plok yang takut bila bercuti.....

    ReplyDelete
  4. Salam Eita, sekarang kira dah kurang Mat Bangla kat sini. Tahun 90an dulu, rasa kita jd org asing...deme jer mengeronyot! Kalau tak bersedia alami tempat yg amat crowded dan nengok keadaan ekonomi yg jauh beza dr kita, Akak sarankan toksah gi utk bercuti...nanti alami kejutan budaya!

    ReplyDelete