Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, December 16, 2010

Dalam Masjid Macam Gereja!


Gambor menunjukkan sebuah masjid yang ada tempat duduk atau kerusi panjang untuk para jemaah bersolat (di sebelah kiri gambar). Saling tak tumpah cam pew di gereja!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam beberapa hari ni nak ulas laporan dari beberapa akhbar di Turki. Yang ni dilaporkan oleh Hurriyet Daily News.

Dalam laporan semalam pihak Majlis Hal Ehwal Agama Islam Turki menegur penyediaan tempat duduk dalam ruang solat dalam beberapa masjid kerana "tidak bersesuaian dengan budaya Islam" dan menggesa jemaah yang tiada masalah fizikal supaya menghindari dari menggunakan kerusi bila melakukan solat.

Pihak majlis juga menegaskan kehadiran tempat duduk ini menjadikan masjid menyerupai tempat ibadat agama Kristian! Masalah kesihatan dan masalah fizikal yang kecik seharusnya tidak dijadikan alasan untuk para jemaah menggunakan tempat duduk tika bersolat.

Majlis telah menjelaskan bagaimana pergerakan solat dalam Islam seperti yang diajar dan ditunjuk oleh Rasullulah SAW ketika hayat baginda dan ini mesti dijadikan panduan oleh penganut Islam. Namun, jelas majlis tu lagi, ada kelonggaran atau exception bergantung kepada kemampuan sesorang yang menghadapi masalah kesihatan atau fizikal diluar kemampuannya. Selanjutnya laporan Hurriyet menjelaskan apa yang harus dan boleh dilakukan ketika sesorang itu melakukan solat seperti yang digariskan dalam rukun-rukun solat.

Namun apa yang buat teman nok maroh ni ada ramai tukang komen sekular dan mungkin kafir di kalangan pembaca akhbar ni. Ada yang menuduh pihak majlis kepoh takder koje lain nak buat. Ada yang mempersendakan pergerakan solat ni ketinggalan zaman. Kalau zaman Rasulullah buat gitu-gini, takkan nak ikut sampa sekarang. Ada yang kutuk pihak majlis agama ni takde hak menyuruh camner orang nak solat. Suka atilah camner orang nak berkomunikasi dengan Tuhan dia, kata golongan-golongan laknat jahiliah ni.

Kita jangan melompat bila baca reaksi begini sebab di Turki ada golongan sekular yang kalau Islam pun sebab deme dilahirkan Islam. Mungkin deme ni Kristian, Yahudi atau Atheist.

Tapi ada 2-3 pembaca yang menyokong tindakan dan teguran ahli majlis ni dengan mengatakan kehadiran kerusi dalam masjid tidak sesuai dan janggal dalam masjid yang dibina bukan untuk diisi dengan perabut seperti kerusi. Sorang lagi pembaca yang beragama Greek Ortodoks bersetuju dengan gesaan pihak majlis. Pada asalnya gereja-gereja Greek Orthodoks pun takder kerusi atau pew ni, tulis beliau. Sekarang banyak gereja ortodoks gunakan pew dan para jemaah datang duduk-duduk sambil tunggu servis abis. Beliau menggesa pihak majlis jangan berganjak dengan keputusannya.

Kalau dah jahil dalam hal agama, boleh cakap sesedap hati. Tapi teman percaya deme yang mengutuk tu bukan Muslim, kalau Muslim pun yang jenih lahir jer Islam tapi bersekutu dengan gerombolan Kemalists jahanam!


Namun pada pengamatan dan kefahaman teman sejak beberapa kali berkunjung ke Turki, teman percaya jemaah-jemaah yang dalam gambor tu memang ada penyakit sakit lutut atau seumpama. Nampok deme ni dah tua-tua. Dan kemungkinan segelintirnya baru sekarang ni berjinak-jinak pegi solat dan mendekati agama semula. Harap-harap begitulah. Wallahualam!

P.S Jangan lupa amik bahagian dalam peraduan Teka Tikam #2. Ada sehari lagi. Scroll sikit 2-3 entry. Jangan kecewakan teman kata 'tak tau reka syair.' Apa ni orang Melayu tak tau bersyair!

10 comments:

  1. Dahsyat juga penangan Kamal Atarturk sampai ramai yang jadi biul pasal solat. Turki dah jadi gilaaaaa.....

    ReplyDelete
  2. Yong Halima .. teman bukan Tajnur. Teman tak kenaipun Tajnur tu. Ate ngape? Kalo yong nak bagi hadiah, teman ngakule jadi Tajnur

    ReplyDelete
  3. uish, macam2 dah skang. diorg uzur kot.tua2 ja tu

    ReplyDelete
  4. Salam Yob ISA, mmg dahsyat Yob tp Yong rasa tu yg minority jer. Rama dr org Turki ni dah balik ke pangka jalan, InsyaAllah. Nanti Yong siasat lagi bila sampa sana minggu depan.

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Mamamat, laa bukan. Aritu silap ingat Yob Tinuj, ni pun bkn Yob Mamamat. Dia tu gune bhsa piyor cam Yob2 gak. Haa kalu nok hadiah dr Turki tunggu Yong balik bulan Mac 2011, InsyaAllah. Tak guro ni.

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Azhan, tulah kita bersangka baik. Deme tu sakit baik...sakit lutut ke, sakit pinggang deme tu. Maklum deme badan besor2 orang tinggi.

    ReplyDelete
  7. salam akak..dulu turki utmaniyah satu empayar yg kuat..tp bile mustapha kamal attartuk da modenkan turki..ni la jadi.semoga islam terus berkembang..:)

    ReplyDelete
  8. Salam kak... Turkey ni ramai golongan sekular kan? tapi sejak erdogan amik alih pemerintahan, banyak perubahan positif dah berlaku kan?

    ReplyDelete
  9. Salam Cikceria, ya dulu empayar deme besor dan gagah tapi Sultan yg akhir2 lemah dan banyok buat maksiat, tu jadinyer. InsyaAllah Islam sedang dan akan terus berkembang!

    ReplyDelete
  10. Salam Hasrul, ramai tak ramai tak tau ler Akak. Ya sejak AKP memerintah ni ada kesan positif tp kat Turki parti pembangkang banyak dan sistem demokrasi deme lebih baik dari kat Malaysia, jadi suara pembangkang kedengaran kuat!

    ReplyDelete