Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, August 18, 2010

Satu Pagi Di musim Panas

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Suatu pagi, teman rasa bosan, tak tau nak buat apa. Dah jenuh ngadap TV Turki yang berbagai saluran. Bukan jer siaran Turki, tapi dari Itali, Spanyol, Jerman, Arab, Afrika, China, Russia, Poland, UK, malah dari negara jiran Thailand dan Indonesia pun ada (tapi peliknya siaran dari Malaysia dan Singapura takder!) Bila dah terlampau banyak saluran tak tau mana nak tengok.
Ahh cuaca kat luar elok cerah dan nyaman, kenapa dok rumah, baik keluar, bisik hati teman. Masa tu teman ingat awal musim panas. Matahari menyinar terang. Teman telefon suami di pejabat bagitau yang teman nak ronda-ronda pekan kecik Ikitelli yang tak jauh dari apartment kawan di mana kami dok menumpang 2 minggu. Suami pesan berhati-hati, kalau ada masalah panggil dia. OK Tuan!
Teman yang memang kaki nyongket ni rasa sonok dapat menyukat pekan ni sorang-sorang. Selalu berjalan dengan suami dan dia akan buat penerangan itu ini kerana ianya merupakan kedatangan teman yang pertama ke Turki. Teman yang memang tak tau sepatah haram bahasa Turki sikit pun tak amik pot yang sebahagian besar rakyat Turki tak faham bahasa Inggeris dan teman pulak tak faham bahasa deme. Sampai luar sebuah supermarket, teman berhenti di luar memerhati kotak-kotak sayuran dan buahan segar yang disusun rapi dan molek. Deme ada beberapa jenis sayuran yang susah terdapat di Malaysia atau mahal kalau ada pun.
Pastu teman menyusur lagi di kaki lima kedai-kedai - ada kedai bunga, kedai potong rambut, kedai mainan, kedai telekom, kedai peralatan tulisan, kedai baju dan sebagainya. Tetiba teman ternampak 3 orang gadis remaja berusia 8-12 tahun jalan bersaing ke arah satu rumah kedai. Yang menarik hati teman ialah mereka memakai skirt labuh dan bertudung skarf Turki yang berbunga-bunga. Lazimnya budak sekolah di bandar atau di kampong pun tak pakai skirt labuh dan skarf. Dan teman nampak deme bawak kitab Al-Quran. Haa ini menarik sebab selama ini pun memang teman curious tentang amalan agama di kalangan rakyat Turki. Selama ini kita dengar dan baca Turki mengamalkan sekularisma yang tegar.
Teman pun mengekor tiga remaja ini. Sampai satu sebuah kedai deme naik ke tingkat satu. Teman ikut panjat tangga. Sampai di tingkat satu deme masuk ke dalam satu ruang bilik kecil yang ada rak-rak kasut. Ketika ini deme perasan kehadiran teman dan memandang teman dengan tanda tanya. Kelihatan juga beberapa lagi rakan sebaya deme lelaki dan perempuan. Kami menyusuri sebuah corridor dan sepanjang laluan tu terdengar ramai suara-suara remaja dari beberapa buah bilik. 3 remaja ni masuk ke sebuah bilik yang agak luas. Dalamnya ada lebih kuarng 12 orang remaja perempuan sebaya deme sedang duduk melancor Al-Quran. Betullah jangkaan teman tadi, deme ni pelajar Al-Quran. Dan ni sebuah madrasah. Deme terhenti mengaji bila terpandang teman. Memasing tengok rakan yang baru masuk dan raut tanda tanya, ' Sapa makcik ni?'
Dari nada suara deme, remaja yang bersama dengan teman jawab yang deme pun tak tau.
Ada yang merenung teman dan tanya sesuatu. Teman nak jawab apa, senyum jer lah. Tak faham apa dia tanya. Jadi teman buat isyarat tangan nak duduk saja di satu spot. Bila nampak teman guna bahasa isyarat, deme syak teman ni orang asing. 2-3 orang dari deme mula merapati teman dan bercakap sesuatu.
'Alaa tak yah interview makcik ni. Makcik nak lepak jer,' keluh teman dalam hati. Selepas beberapa minit, deme pasti yang teman memang blur tak tau apa deme cakap. Pastu salah sorangnyer pun mula membaca salah satu surah lazim. Hmm lancar tapi laju nar. Banyak telor Turki! Pastu sorang lagi sambung menunjukkan kemahiran dia. Alhamdulillah deme boleh baca walaupun telor Turkinya pekat. Pastu deme beri isyarat minta teman pulak baca. Adusss, kena test ke teman ni? Baca jer lah surah lazim gak. Bila abis, nampak berseri-seri muka deme. Sonok tengok Makcik Asing ni boleh baca Quran!
Tetiba datang sorang wanita muda berusia lebih kurang 23-25 tahun. Comel dan ayu rupa dia. Dia berkata sesuatu pada remaja-remaja tadi. Teman agak ini mesti guru deme ni. Dia pun datang kat teman bertanya sesuatu. Apa teman nak cakap? Teman bagi isyarat nak duduk dan dengar saja. Tapi wanita cun ni macam heran. Dia pun panggil satu lelaki muda dari bilik sebelah yang teman duga guru untuk remaja lelaki. Dia pun bertanya sesuatu kat teman. Beberapa remaja lelaki pun turut datang mengintai-intai. Jadi satu isu pulak dah . Teman rasa rupa teman taklah teruk macam sorang terrorist ke atau assasin yang buat deme bimbang? Nampak tak macam bimbang tapi... Kemudian guru lelaki meminta sorang remaja lelaki yang berambut blond bercakap dengan teman. Ala Mamat Blond ni terkial-kial buka kamus Turki-Inggeris nak berkomunikasi dengan teman. Mamat Blond ni tersipu-sipu tak tau macam mana nak cari perkataan yang patut dia gunakan untuk bertanya, "Adakah puan datang sebagai ejen Mossad atau CIA?" Gamaknya ler.
Akhirnya guru lelaki tu bawa teman ke sebuah bilik pejabat yang dalamnya duduk seorang lelaki berumur. Deme berbincang 2-3 minit. Tengok deme buntu teman pun bagi nombor telefon suami. Tuan Pengetua madrasah pun panggil suami teman dan deme pun bercakap 3-4 minit. Teman pun diberi bercakap dengan suami. Teman kabor kat suami saja datang nak tengok kelas ngaji deme. Setelah kekusutan terlerai, teman dibawa semula ke bilik pelajar perempuan. Duduk lah teman di situ mendengar dan memerhati kelas mengaji Al-Quran. Sambil tu teman amik beberapa keping gambor untuk kenangan. Selepas dekat 40 minit teman pun minta izin balik. Guru dan para pelajar melambai dan mengucapkan "Gule-gule!"
Teman puas hati dengan lawatan yang tak dirancang tadi. Sekurang-kurangnya teman dapat saksikan bahawa orang Islam di Turki masih dapat mengamalkan ajaran agama Islam walaupun mereka tak berpeluang belajar subjek agama di sekolah kerajaan. Sejak itu teman tahu bahawa kelas agama dan mengaji dijalankan ketika cuti musim panas di surau, masjid atau di madrasah di seluruh Turki. Bila berjumpa suami pada petangnya, teman tanya apa yang dibincangkan dengan pengetua sekolah mengaji tadi. Suamiku yang teman panggil Crazy Turk ni bagitau, "I told him not to worry about you. You are just a mad Malay woman." Ada ker...

P.S Empat hari lepas lawatan teman itu, teman datang semula ke madrasah tersebut membawa berbelas-belas keping gambor yang teman amik aritu dan dibahagi-bahagi kepada guru dan pelajar perempuan di situ. Suka deme, tak sangka teman datang semula!

7 comments:

  1. assalamualaikum kak limah (tiru dia org semua panggil camtu) bagus la blog ni.. tempat ni semua kakak pegi ke..banyaknya pengalaman.. ada tak cerita kat jepun.. masuk la sikit cita kat sana lak.. emm takde ruangan chat ke..?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Sdr/Sdr LoBai: Tima kasih sudi lawat dan baca blog merapu akak ni. Yaaa tempat yg akak catit ni memang dah pegi, kalau tak pegi tu dah double merapu namanya...he he. Jepun pun dah gi, Alhamdulillah, sampai gi ke Disneyland bodoh tu gak, tapi tunggu akak balik semenanjung nak scan gambar dulu yek? Tak pandailah nak boh shout box, try dah banyak kali tapi tak jadi. Dah join jadi Sahabat BlogKu? Selamat berpuasa. Kalau nak e-mail: hellibra2@hotmauil.com

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    baru singgah sini pertama kali..
    bestnya dpt kenal lagi perantau..
    bila akan balik ke m'sia..

    http://www.kakyong.com

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yong, he he sesama panggil kakak. Saya Kak Limah. Tima kasih sudi singgah dan jadi Sahabat Blogku, sonok dpt banyak kawan! Ni ada kat Malaysia ngajor kat Sabah, cuti raya balik Parit. Tengah Disember abis ngajor, pastu gi semula ke Turki InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. kak limah org Parit yer...
    kg saya di changkat tin... ;)

    ReplyDelete
  6. berharganya pengalaman yang ini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rulza,
      Tima kasih. Rajinnya Yong baca dari awal!

      Delete