Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label pilav. Show all posts
Showing posts with label pilav. Show all posts

Monday, September 10, 2012

WELCOME BACK TO ISTANBUL...HOMESTAY FREE JER KOME!

Welkang to Stambul (loghat Ganu ning)!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Pe kabor mengkome...mintak mahap lagi, teman dok senyap tak balas ziarah kawan-kawan blogger.
Kalut mengemas luggage, lagi 2 jam nak terobang baru nak kemas makanan!
Biase ler!
Yaalah, teman hangkut makanan jer, baju tak bawok!


Pelancong Arab tanya, "which floor go to train?"

Alhamdulillah penerbangan berjalan lancor, takde pusing-pusing kat udara 4-5 kali nak landing macam tahun lepas! Alhamdulillah Mr T dapat pelepasan dari Boss dia, nak sambut bini Malaya.
Bini punya pasei, orang Turki OK jer!
"My Boss is nice" dia kabor semalam.



Waahh cantik pokok-pokok 'Krismas' di luor airport!
Cuaca 'bright n sunny' dan suhu sekitar 20 Celcius.
Ni baru awal musim luruh.



Mr T bagi keta dia ke anak bongsu, si Alper; dia pinjam keta anak tengah, si Asim yg duduk di bandar Gebze.
"Keta orang pompuan, sebab ni yg bini dia nak kot!" kata Mr T.
Kami tinggekan Ataturk Havalimana menuju rumah di Basaksehir, lebih korang 15 minit jer.



Trafik agak lengang sebab baru kul 8 pagi.
Flight teman sampai 6:40 subuh.



Cerahhh...dan angin nyaman!
Teman gemor ler cuaca gini, tak paneh dan tak sejuk benor!



Hmmm tempuh sebuah cami (masjid) dekat satu kawasan perusahaan. Tiap kawasan perusahaan mesti ada satu masjid untuk pekerja deme.
Ni masjid baru, mungkin tak sampai 10 tahun, dan tiru senibina Uthmaniah.



Mr T ajak kahvalti/sarapan kat satu restoran dlm kawasan perusahaan tu. Kalau sarapan deme, mesti yg bosan...tapi sehat dan berkhasiatlah! Borek tu sejenis lempen berlapis diselang-seli dgn keju putih.
Kak Emine dan Mertua selalu buat!


Mr T tengah mintak order...



...pekerja kemain suka gambor dia teman rakam.
Yg lebor cam dulang tu borek, yg lain pelbagai jenih roti.
Deme ni kaya dgn pelbagai bentuk roti...lezzet kome!



Teman order roti bun berisi kentang dan ada biji bijan kat luor.
Sedappp!!!
Sepertia biasa mesti dgn cay paneh!
Meh kome!



Antara aktiviti ari tu, Mr T beli SIM kart baru utk teman.
Dan topup yg boleh antor 500 mesej.
Eh heh ada pulak imej teman terpancul kat ceromin kedei telco tuh!
Abaikan!


Teman bawok buah pelam utk Mr T.
Buoh anggur tu beli kat supermarket deme!
Manisss bebenor dan muroh! Tak sampai RM3.50 sekilo!

Balik apartment, surprise...surprise...rumoh bersih dan tersusun! Ropanya Mr T dah kemeh, vacuum dan menyimpan dalam setengah hari! Tahniahlah Yob, dik kerana bini pemalas selalu tanya,"Rumoh bersih ke?" Dia kemeh lagi bagus dari apa yg teman buat!

Btw, 3 orang pelancong udoh mintak teman jadi guide deme ujung bulan ni. Deme dok hotel sebab ada yg lelaki, teman tak dapat terima tetamu lelaki masa tu.
Bagi yg lain, kalau nak numpang apartment kami, persilakan...idak teman caj apa-apa.
Nama pun homestay, stay jerlah, makan apa yg ada - ikan bilih goreng, sambal sardin, mee meggi, roti borek...he he he!



Dondurma, dondurma!
Ice cream Turki yaa amat sedap!



Mr T beli satu paket dari MADO; teman mintak pelbagai perasa.
Ada rasa cikolata, perasa pistacio dan yg plain.
Teman makan 3-4 sudu, macam gambor kat ataih tuh!
Ada lagi teman simpan dlm freezer utk kome!



Untuk lunch, Mr T bawok makan kat satu lagi restoran dalam kawasan perusahaan jugak.
Salah satu menu teman order - patlican berselang-seli daging kofte dipanggang bersama cili ijo dan domates. Kome belajor-belajor ler bahasa Turki yek...buleh agak maksud deme kan?
Meh rasa sikit pilav meroh tuh!

Thursday, January 12, 2012

MEH KENAL BUAH-BUAH NADIR DAN BUAH X-RATED!



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Dalam perlak ada kebun

Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan

Masa teman ngajor sekejap kat Bandar Muadzam, Pahang bebaru ni, teman gi lawat pameran oleh MARDI.
Antara yg menarik deme pamer buah-buah yg nadir. Kebanyakannya
dah nak pupus atau ada kat dalam utan jer.
Meh usyar jap...



Pepagi di sekolah tempat teman ngajor tuh, sekitar jam 7am...


Kul 8am.

Haa deme selalu kena kabus sebab deme di kelilingi utan dan bukit.



Penah tengok buah ni?
Yang ada pokok ceri yg bersepah kat rumoh kita tu ade ler.



Belum dikunyah sudah ditelan
Buah Melaka berisi inti
Tidak kesal tidak terkilan
Yang hilang akan berganti

Pantun ni takde kena mengena dgn pokok Buah Melaka di ataih!



Patah gading serpih tanduk

Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Buah duku, buah rambai; luv u and bye-bye!
(Pantun teman cilok dr FB budak)



Pokok terap tumbuh di bukit

Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Paham tu kome?



Asam kandis mari dihiris

Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya



Pinang muda dibelah dua

Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah



Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan





Adik teman duduk di Beruas,
Sorang anak nama Fawwaz!



Mari kita tanam halia

Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah



Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Sambe makan kuah asam pedas, teringat pantun ni, seram kome...dan insaf!



Ni bukan buah nadir...tapi buah kambing!

Rusa betina berbelang kaki

Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Yob PO mesti suke gambor ni...



Dalam semak ada duri

Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Kenapa orang tak buat pantun kamben hah?

Yaahh, ada pantun kamben ropanya:

Gemuruh tabuh bukan kepalang,
Asah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh si harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat!

Tima kasih pada blogger Yong!


Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Baka baiiiik punya kamben.
Tapi kalau dipanggang paling sodap!
Tak gitu Yob PO?!

P.S Semua pantun 4 kerat adalah pantun klasik Melayu, bukan ciptaan teman.



Bayangkan kamben Yob PO dipanggang dan dihiris-hiris, makan dgn pilav, salad dan baklava sebagai dessert!
Nyum, nyum!