
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Pe kabor mengkome...mintak mahap lagi, teman dok senyap tak balas ziarah kawan-kawan blogger.
Kalut mengemas luggage, lagi 2 jam nak terobang baru nak kemas makanan!
Biase ler!
Yaalah, teman hangkut makanan jer, baju tak bawok!

Alhamdulillah penerbangan berjalan lancor, takde pusing-pusing kat udara 4-5 kali nak landing macam tahun lepas! Alhamdulillah Mr T dapat pelepasan dari Boss dia, nak sambut bini Malaya.
Bini punya pasei, orang Turki OK jer!
"My Boss is nice" dia kabor semalam.

Waahh cantik pokok-pokok 'Krismas' di luor airport!
Cuaca 'bright n sunny' dan suhu sekitar 20 Celcius.
Ni baru awal musim luruh.

Mr T bagi keta dia ke anak bongsu, si Alper; dia pinjam keta anak tengah, si Asim yg duduk di bandar Gebze.
"Keta orang pompuan, sebab ni yg bini dia nak kot!" kata Mr T.
Kami tinggekan Ataturk Havalimana menuju rumah di Basaksehir, lebih korang 15 minit jer.

Trafik agak lengang sebab baru kul 8 pagi.
Flight teman sampai 6:40 subuh.

Cerahhh...dan angin nyaman!
Teman gemor ler cuaca gini, tak paneh dan tak sejuk benor!

Hmmm tempuh sebuah cami (masjid) dekat satu kawasan perusahaan. Tiap kawasan perusahaan mesti ada satu masjid untuk pekerja deme.
Ni masjid baru, mungkin tak sampai 10 tahun, dan tiru senibina Uthmaniah.

Mr T ajak kahvalti/sarapan kat satu restoran dlm kawasan perusahaan tu. Kalau sarapan deme, mesti yg bosan...tapi sehat dan berkhasiatlah! Borek tu sejenis lempen berlapis diselang-seli dgn keju putih.
Kak Emine dan Mertua selalu buat!

Mr T tengah mintak order...

...pekerja kemain suka gambor dia teman rakam.
Yg lebor cam dulang tu borek, yg lain pelbagai jenih roti.
Deme ni kaya dgn pelbagai bentuk roti...lezzet kome!

Teman order roti bun berisi kentang dan ada biji bijan kat luor.
Sedappp!!!
Sepertia biasa mesti dgn cay paneh!
Meh kome!

Antara aktiviti ari tu, Mr T beli SIM kart baru utk teman.
Dan topup yg boleh antor 500 mesej.
Eh heh ada pulak imej teman terpancul kat ceromin kedei telco tuh!
Abaikan!

Buoh anggur tu beli kat supermarket deme!
Manisss bebenor dan muroh! Tak sampai RM3.50 sekilo!
Balik apartment, surprise...surprise...rumoh bersih dan tersusun! Ropanya Mr T dah kemeh, vacuum dan menyimpan dalam setengah hari! Tahniahlah Yob, dik kerana bini pemalas selalu tanya,"Rumoh bersih ke?" Dia kemeh lagi bagus dari apa yg teman buat!
Btw, 3 orang pelancong udoh mintak teman jadi guide deme ujung bulan ni. Deme dok hotel sebab ada yg lelaki, teman tak dapat terima tetamu lelaki masa tu.
Bagi yg lain, kalau nak numpang apartment kami, persilakan...idak teman caj apa-apa.
Nama pun homestay, stay jerlah, makan apa yg ada - ikan bilih goreng, sambal sardin, mee meggi, roti borek...he he he!

Dondurma, dondurma!
Ice cream Turki yaa amat sedap!

Mr T beli satu paket dari MADO; teman mintak pelbagai perasa.
Ada rasa cikolata, perasa pistacio dan yg plain.
Teman makan 3-4 sudu, macam gambor kat ataih tuh!
Ada lagi teman simpan dlm freezer utk kome!

Untuk lunch, Mr T bawok makan kat satu lagi restoran dalam kawasan perusahaan jugak.
Salah satu menu teman order - patlican berselang-seli daging kofte dipanggang bersama cili ijo dan domates. Kome belajor-belajor ler bahasa Turki yek...buleh agak maksud deme kan?
Meh rasa sikit pilav meroh tuh!