Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, December 17, 2011

Yob Erdogan Calon Time 'Person of the Year', Anjin Jugak Terpilih!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kali ni nak rehat dr citer pasal Makkah.
Meh labun isu semasa. Majalah Time dah pilih 'Time Person of the Year 2011'. Antara yg dicalonkan termasuk Encik Erdogan ni. Dia antara yg menerima banyak undian. Tapi majalah Time akhirnya pilih 'Para Protestor' sebagai 'Person of the Year 2011'.


Gambor formal Loukanikos untuk majalah Time

Antara individu yg dicalonkan ialah si Loukanikos ni, anjing Athens yg kini jadi anjing selebriti sebab sejak 2008 dia aktif join para protestor dlm pelbagai demo dan protes. Terlampau femes, dia dah biasa kuar TV kat Eropah dan AS dan penah diwawancara oleh CNN!
'Gong, gong, gong!' dia kata kat wartawan CNN.



Teman penah buat entry khas utk dia beberapa bulan lepas. Ni ada imej baru teman cilok dr Rebeldog.tumblr.com yg dibuat khas utk Loukanikos. Anjin tak bertuan tapi rama peminat ni gila publisiti. Kalau orang buat demo, dia dulu ke depan!



Kekadang dia bertindak jadi batu api.
Loukanikos: Belasah jer kome...apa acah-acah!



Walaupun dia ni hewan, dia tau sapa 'the good guys' dan sapa 'the bad guys'.
Loukanikos: Kome runtuh jer pagor ni!



Loukanikos: Hah padan muke kena baling dgn botoi api...ha hah!



Student: Hah apa lagi Loukanikos, kokak canister tu bawok lari jauh-jauh!
Loukanikos: Apa kamu nak bagi aku mati ker? Kalau aku takde, kome tak masuk TV tau!



Loukanikos: Opocot! Antu kamu....sib baik tak terbakor bulu aku!



Loukanikos: Gong! gong!...balik ler Yob wei...dah jauh malam nih!
Polis: Ko diam anjin,...belasah kang, tergolek anjin!
Loukanikos: Aku ke anjin? Bukan kome ke anjin?



Loukanikos: Gong! gong! Hoiii dah siang ni...bila nak abis? Teman pun nak rehat gak!


Karabas buat gerak sujud bila teman berdiri depan dia.

Memang respek dgn anjin sebab deme ni memang taat setia dgn tuan. Anjin yg teman paling kenei ialah anjing peliharaan kuarga Mr T, antaranya Beto (mati kena racun 2009); Reki (mati kena tembak 2011); dan terkini si Karabas. Dalam Mazhab Hanafi buleh sentuh anjin jadi deme bela utk jaga rumoh dan ladang.



Gini si Karabas duduk selama teman berdiri depan dia. Tak tau ngape dia selalu buat cam ni bila teman gi kat dia.



Satu pagi Karabas sambut teman di depan gate rumoh mertua. Tak kira musim, Karabas akan berlegor di luor rumah jadi security.



Ni jarak yg paling dekat teman berani berdiri dekat Karabas. Bukan apa, takut dia lompat-lompat peluk minta manja-manja. Karabas amat 'pemalu' dgn teman. Dia tak berani bertentang mata dgn teman, selalu dia buat-buat pandang ke lain.



Semalam Mr T sms kata cuaca di Turki dah makin sejuk. Sesetengah wilayah dah turun salji tapi di Istanbul belum lagi. Harap-harap kombi (heater) di apartment kami tu berfungsi dgn baik sbb Mr T ni tak tahan sejuk.



Laluan ke kampong mertua di Kg Deredebi, Laut Hitam musim salji awal tahun ni.



Ni ropa Laut Hitam tak jauh dari rumoh anak tiri teman si Alper. Nampaknya nelayan tak turun ke laut buat beberapa ari.



Kome jangan ingat musim sejuk takde aktiviti. Kome buleh menari folks dance wilayah Karadeniz!


Makan eskrim pun orait...



...atau bina Snow woman. Ni teman bina bulan Mac tahun ni. Snowman yg pertama dah runtuh 2 ari sebelumnya.


...atau buat koje merapu - cipta ABC dr salji.
Amik salji yg bersih dan boh satnika benda-benda manis dan kekacang yg ada, rumoh mertua banyak hazelnut dan walnut; dan tuang susu dan madu. Bila teman makan sesudu kena maroh dgn mak mertua.
"Apa koje kamu makan ais sesejuk ni,...nanti sakit!"
Teman makan lagi 2-3 sudu sebelum teman buang ABC made-in-Turki ni.
Lain kali teman buat kat Istanbul.
Mr T sure tak maroh!


Mee Udang made-in-Shah Alam!

Ada Yob dr Ghombau tu selalu jeles kalau teman boh gambor makanan. Teman tak dulik, nak boh gak.
Haa musim sejuk-sejuk ni elok makan menu yg bersup dan makan panaih-panaih.
Meh kome ke dapur try masak Mee Udang!

18 comments:

  1. Assalamualaikum Kak..

    Haha..dialog2 Loukanikos tu boleh buat skrip filem kak. Petang2 ni perut lapor kak, ummi buat balik semangkuk mee udang tu, berdesut naik belon!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum k Yong,

    sedapnya mee udang tu...teman pun jeles jugak akak asyik boh makanan yg x boleh teman dptkan dgn senang kt sini!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Yong Ummi,
    Sana tak ujan ke Yong? Sini ujan sokmo!

    ReplyDelete
  4. Waalikumsalam Yong Dragon,

    Sori arr buat Yong terlapor. Ye kan makanan hotel bape lama sangat kita buleh makan, pas 2-3 ari mula muak, tambah kat negeri orang.

    ReplyDelete
  5. Salam kak,

    I want that Mee Udang, orang dah teringin nak makan berbagai makanan ni, tengok gambar akak masak, rindu nak makan,

    ReplyDelete
  6. Salam Yas,

    Alaa ciannyer. Tak buleh ke cook sumthing yg akan-akan mee udang atau mee ayam kat sana? Tak bawak meggi ke Yas?

    ReplyDelete
  7. Salam Yong Tihara,

    Alaa Yong lagi terer buat menu-penu ni. Tambah terer dgn kait-menhait tuh.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak..

    Sedapnya ais krim tu, lazatnya mee udang tu..hmm bila agaknya dapat merasa nih ...nyamannya laluan nak ke rumah mertua akak..bila pokok2 dilitupi salji..cantik pulak jadinya kapal2 tu bila disaluti dengan salji..

    ReplyDelete
  9. salam, puan Hajjah ,, dah selimut Mr T tertinggal di Malaysia maka dia akan kesejukan di musim dingin ini.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam Yong Asma,

    Semuanya sedap ya. Nampak jer best musim dingin ni tp kalau sapa tak tahan sejuk buleh nangis ingatkan matahari.

    ReplyDelete
  11. Salam Yob Oncu,
    ye ker tertingge? Nanti akak cari dlm lemari, bawah katei, celah pintu...

    ReplyDelete
  12. best nye tengok salji..teringin jugak nak buat orang salji...
    tak beku ke kak..
    makan aiskrim dalam salji tu...
    mee udang best..
    makan sambil tengok salji..terangkat tu..

    ReplyDelete
  13. Salam Yong Eita,
    Akak abnormal skit, tahan sejuk berjam-jam, tp pakai elok-eloklah kat dlm. Bila musim dingin nafsu nak makan sup-sup panas ni mmg sentiasa ada!

    ReplyDelete
  14. Suka baca n3 k.yong sebab ada antarabangsa dan tempatan.
    Rasanya suma n3 macam tu, kan...kan

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Joyiman,

    Gitu ler, sbb rasa cam rojak, rojak kan sedap...kan, kan...

    ReplyDelete
  16. sedapnya mee udang... ;)

    kak bila balik turki?

    ReplyDelete
  17. sedapnya mee udang akak tu...kalah mee udang banjir Tronoh nih

    ReplyDelete