Pekerja di Ankara sedang nunggu bas semalam.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Ari ni malas nak tulis pepanjang, cuaca redup dan sejuk cam winter je kat Shah Alam.
Sebut pasa winter, kawan yg dok Turki kabor salji dah turun di Ankara dengan lebatnya. Sorang lagi yg dok kat Denizli pun kata 'kar geliyor' (salji dah turun)!

Masalah biasa bila salji turun lebat. Pemandu teksi dan teksi kesayangan.
Balik koje pukul 5 petang.
Di musim dingin syiok posa, kul 4:30pm dah buleh ifftar. Tak rasa dahaga lagi.
Ni salji baru beberapa jam turun.
Trak belum clear jalan. Selalu accident ler.
Teman suka tengok berita TV di musim sejuk sebab suka tengok accident yg lawak.
Keta tak buleh brake, melelong-lelong langgor sana, langgor sini!
Teman ketawa ha ha har!
Tu masalah di bandar besor.
Di kampong Mr T, Kampong Deredebi bila musim salji aman damai jer.

Kalau kat Malaysia, asei ujan kita kata tido best.
Kat sana idok pulak teman nak tido. Rajin buat Kara Bayan (Snow Woman) lagi. Ni adik ipor teman si Niven dgn Kara Bayan teman bina tahun lepas.
Mak mertua teman sedang ronda nengok suasana kampong.
Tiap musim dingin dia ni selalu sakit urat!

Selain buat Kara Bayan, teman penah sekali buat ABC.
Amik salji yg bersih, suci, murni...

Boh satnika segala gula, sirap, madu dan kekacang yg ada kat dapur tuh...

Taraaaa...siap semangkok ABC ala-ala Deredebi!
Tapi lain kali teman nak makan nyorok-nyorok bawoh katei.
Sebab bulan Mac tahun ni teman buat, teman kena maroh dgn mak mertua sbb makan ais!

Aktiviti lain kome buleh main perang-perang baling bebola ais.
Anak-anak sedara Mr T tengah main 'snowball war'!

Si Niven datang rumoh Mr T, nak pinjam mesin buat butter. Anjing kami si Karabas jadi bodyguard.

Kalau terlebih rajin, teman buat Kara Adam yg besor, dekat sama tinggi dgn teman.
Buat di laman rumoh mertua. Dia senget sikit sbb dah cayor, pastu turun lagi salji, teman buat balik tapi base dia dah lembik!

Di bahagian lain Turki terutama di sebelah timur, suhu dia lebih rendah. Sungai pun beku.
Bebudak dok suka mengelowor lepas balik dr sekolah!

Rumoh jiran kami di Kg Derdedebi.

Ni dekat-dekat Duzce, kampong asei Mak Mertua.
Kampong di Duzce, wilayah Black Sea.

Bila sesejuk ni, elok makan mende-mende berempah. Meh jamu mata tengok kari daging Turki dan pilav (nasi).

Ni ropa restoran yg typical kat Turki. Nampok jer kaler-kaler, tapi tak pedas pun.
Meh kome amik pinggan, teman belanja...

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Kali ni nak rehat dr citer pasal Makkah.
Meh labun isu semasa. Majalah Time dah pilih 'Time Person of the Year 2011'. Antara yg dicalonkan termasuk Encik Erdogan ni. Dia antara yg menerima banyak undian. Tapi majalah Time akhirnya pilih 'Para Protestor' sebagai 'Person of the Year 2011'.
Gambor formal Loukanikos untuk majalah Time
Antara individu yg dicalonkan ialah si Loukanikos ni, anjing Athens yg kini jadi anjing selebriti sebab sejak 2008 dia aktif join para protestor dlm pelbagai demo dan protes. Terlampau femes, dia dah biasa kuar TV kat Eropah dan AS dan penah diwawancara oleh CNN!
'Gong, gong, gong!' dia kata kat wartawan CNN.

Teman penah buat entry khas utk dia beberapa bulan lepas. Ni ada imej baru teman cilok dr Rebeldog.tumblr.com yg dibuat khas utk Loukanikos. Anjin tak bertuan tapi rama peminat ni gila publisiti. Kalau orang buat demo, dia dulu ke depan!

Kekadang dia bertindak jadi batu api.
Loukanikos: Belasah jer kome...apa acah-acah!

Walaupun dia ni hewan, dia tau sapa 'the good guys' dan sapa 'the bad guys'.
Loukanikos: Kome runtuh jer pagor ni!

Loukanikos: Hah padan muke kena baling dgn botoi api...ha hah!

Student: Hah apa lagi Loukanikos, kokak canister tu bawok lari jauh-jauh!
Loukanikos: Apa kamu nak bagi aku mati ker? Kalau aku takde, kome tak masuk TV tau!

Loukanikos: Opocot! Antu kamu....sib baik tak terbakor bulu aku!

Loukanikos: Gong! gong!...balik ler Yob wei...dah jauh malam nih!
Polis: Ko diam anjin,...belasah kang, tergolek anjin!
Loukanikos: Aku ke anjin? Bukan kome ke anjin?

Loukanikos: Gong! gong! Hoiii dah siang ni...bila nak abis? Teman pun nak rehat gak!
Karabas buat gerak sujud bila teman berdiri depan dia.
Memang respek dgn anjin sebab deme ni memang taat setia dgn tuan. Anjin yg teman paling kenei ialah anjing peliharaan kuarga Mr T, antaranya Beto (mati kena racun 2009); Reki (mati kena tembak 2011); dan terkini si Karabas. Dalam Mazhab Hanafi buleh sentuh anjin jadi deme bela utk jaga rumoh dan ladang.

Gini si Karabas duduk selama teman berdiri depan dia. Tak tau ngape dia selalu buat cam ni bila teman gi kat dia.

Satu pagi Karabas sambut teman di depan gate rumoh mertua. Tak kira musim, Karabas akan berlegor di luor rumah jadi security.

Ni jarak yg paling dekat teman berani berdiri dekat Karabas. Bukan apa, takut dia lompat-lompat peluk minta manja-manja. Karabas amat 'pemalu' dgn teman. Dia tak berani bertentang mata dgn teman, selalu dia buat-buat pandang ke lain.

Semalam Mr T sms kata cuaca di Turki dah makin sejuk. Sesetengah wilayah dah turun salji tapi di Istanbul belum lagi. Harap-harap kombi (heater) di apartment kami tu berfungsi dgn baik sbb Mr T ni tak tahan sejuk.

Laluan ke kampong mertua di Kg Deredebi, Laut Hitam musim salji awal tahun ni.

Ni ropa Laut Hitam tak jauh dari rumoh anak tiri teman si Alper. Nampaknya nelayan tak turun ke laut buat beberapa ari.

Kome jangan ingat musim sejuk takde aktiviti. Kome buleh menari folks dance wilayah Karadeniz!

Makan eskrim pun orait...

...atau bina Snow woman. Ni teman bina bulan Mac tahun ni. Snowman yg pertama dah runtuh 2 ari sebelumnya.

...atau buat koje merapu - cipta ABC dr salji.
Amik salji yg bersih dan boh satnika benda-benda manis dan kekacang yg ada, rumoh mertua banyak hazelnut dan walnut; dan tuang susu dan madu. Bila teman makan sesudu kena maroh dgn mak mertua.
"Apa koje kamu makan ais sesejuk ni,...nanti sakit!"
Teman makan lagi 2-3 sudu sebelum teman buang ABC made-in-Turki ni.
Lain kali teman buat kat Istanbul.
Mr T sure tak maroh!
Mee Udang made-in-Shah Alam!
Ada Yob dr Ghombau tu selalu jeles kalau teman boh gambor makanan. Teman tak dulik, nak boh gak.
Haa musim sejuk-sejuk ni elok makan menu yg bersup dan makan panaih-panaih.
Meh kome ke dapur try masak Mee Udang!

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Sekumpulan wanita Turki termasuk para wartawan, wakil-wakil NGOs dan para aktivis telah melancarkan satu inisiatif mendesak pemilihan wanita-wanita bertudung sebagai calon wakil rakyat dalam PRU Turki dalam bulan Jun ini. Inisiatif ni menyeru kepada parti-parti politik untuk mencalonkan wanita-wanita bertudung dalam PRU atau deme tak akan dapat undi dari penyokong inisiatif ni!
Di Turki berpakaian busana Muslim dan bertudung tak boleh masuk universiti gomen dan masuk kemudahan tentera terutamanya. Dalam tahun 1999, sorang wanita bertudung Merve Kavakci dari parti Erbakan memenangi kerusi wakil rakyat. Bila dia masuk dewan parlimen beliau telah diboo dan dicemuh dan dibawa kuar dewan. Akhirnya kerakyatan dia dilucutkan dan diantor balik USA kerana dia ada 2 kerakyatan.
Dalam website kumpulan inisiatif ni, deme menyeru jika parti-parti politik tak calonkan wanita-wanita bertudung sebagai calon dalam PRU, jangan harap dapat undi deme. Kalau Parlimen mewakili aspirasi negara, dan 70% wanita-wanita di Turki adalah yang bertudung, ketiadaan wakil rakyat wanita yang bertudung di Parlimen adalah sesuatu yang sukar diterima. 12 tahun sudah kes Merve Kavakci berlalu, sudah tiba masanya Turki mengakhiri diskriminasi terhadap wanita-wanita bertudung menjadi wakil di Parlimen.
Itu namanya Suara Rakyat, Suara Keramat! Way to go Ladies!
Berita dan gambor dari Today's Zaman.

Baca satkhabor (bukan baca pun , tengok gambor), Libya terbakor. Terbakor jugak ati teman nengok sebuah lagi negara Islam terbakor dan dibakor oleh kuasa-kuasa lahanat kafirun. Mana OIC nih!?
Untuk menyejukkan ati yang mendidih ni, moh tengok gambor yang sejuk nyaman ni yang teman amik pada satu senja kat Kampong Deredebi.

Di sebelah pagi, nyaman jer nengok rumoh mertua. Ni hari keempat lepas salji turun. 3 ari turun tak renti-renti. Nampak aman damai.

Dan teman pun terpikior laksanakan satu projek mengarut yang dah lama tertangguh. Ada kawan-kawan tanya 'boleh buat tak...?' Jadi teman pun try ler. Projek apa?
Projek buat ABC atau Ayor Batu Campor atau Ais Kacang dengan gunakan salji.
Dik sebab ais yang halus bagai diparut banyok dikeliling rumoh, teman pun menggatalkan tangan gi amik semangkok. Kena amik yang bersih dan suci tanpa pencemaran sisa nuklear. Teman amik dari dalam treler kat atas nu. 3 kaki dari tanah, dan tak dikubang-silat oleh si Karabas atau dibuat tempat persidangan oleh Fistig dan Kara Kiz!

Amik semangkok, bawok naik ke rumoh.

Ni bahan-bahan yang memang ada kat rumoh mertua masa tu (2 minggu lepas). Antaranya: madu asli, sirap anggur, marmalade epal, sutlac (puding nasi dimasak dengan susu), walnut. Semua bahan-bahan ni, kecuali madu, dibuat dengan bahan dari keliling rumoh deme nih. Dan salji pun free!

Kepal sikit salji tadi. Sepatutnya jangan kepal, jadi keras. Bior gebu gitu. Tuang sirap anggur, ikut suka kome banyak mana nak boh.

Kendian tuang madu asli...pun ikut suka kome ler. Madu asli ni deme beli dari orang kampong ni gak.

Pastu boh marmalade epal tu. Citer marmalade epal buleh baca 2-3 entry lepas kalau kome yang tertinggal nak tau. Nak cantik lagi, boh 2-3 potong epal yang ada dalam marmalade tu.

Sebab tak de susu pekat dan susu cayor, kebetulan mertua buat sutlac malamnyer, teman pun boh sutlac sebagai ganti susu pekat. Susu dari tetek Fistig!

Last sekali hiasi dengan kacang walnut. Sebab kacang ni memang banyok kat rumoh deme masa tu, teman pun main boh jer! Mentang-mentang barang free!

Taraaaa....siap dah!

Teman pun rasa...2-3 sudu. Boleh tahan. Tapi tak dapat nak makan banyak lagi sebab mertua dan Nevin maroh....nanti sakit deme kata.
"Ok, Ok...nak rasa sikit jer!" teman melawan. Deme merungut sebab tak penah buat dik orang (orang di Turki ler), makan ais salji!

Gambor ABC Kg Deredebi sideway. Ada ropa dak? Penat-penat teman berusaha mereka cipta tapi dapat rasa 2-3 sudu jer. Kalau buat kat rumoh Istanbul, mesti Mr T tak kisah! Sebab dia penah tengok teman makan ABC nih kat Shah Alam!