Jam 7 am lebih korang.
Assalamualaikum dan Salam Bahagia Mengkome,
Semoga semua sihat...takde yg kena hanyut dik ayor banjir! Alhamdulillah cuaca di Shah Alam nak kata panaih idok ler sangat tetapi kalau ujan, mau basah segala.
Tahun lepaih ada teman upload gambor 'antik' kota Makkah ehsan majalah National Geo. Suami teman Mr T emai imej-imej tu. Dia kata gambor 'nadir' ni. Teman masih simpan dlm laptop teman sbb bukan senang nak jumpa gambor Makkah zaman atuk opah kita dulu. Dan teman buat entry khas tentang Makkah satu ketika dulu. Yob Samad blogger atasnamaku suka bebenor nengok imej lelama ni.
Entry ari ni pasa perkembangan Kota teragung di muka bumi ni tapi ada sikit tambahan - what's coming. Kebetulan teman dijemputNya ke sana, dapat teman saksikan perkembangan yg tak sihat ni (rama jemaah jatuh sakit demam, sesema dan batuk kong-kong-kong dik debu dan habuk dr tapak binaan pembesoran Masjidilharam ni). Tu teman pun buat perbandingan kota ni melalui gambor-gambor yg teman simpan dan yang teman rakam semasa teman jadi jemaah...Alhamdulillah!
Di level 4, para jemaah solat dan mengaji dan berzikir dengan dibayangi jam besor dan beberapa blok hotel. Ala-ala New York.
Dedulu, masjid nilah landmark yg merentangi horizon kota suci ni. Laa ni Jam Besor ala-ala 'Big Ben' tersergam megah! Kekadang cantik nampak dari jauh, kekadang sakit mata teman nengok sebab dia dah curi 'kemegahan' ni dari Masjid.
Selain jadi laluan sa'i di level 3, level 2 pulak kita boleh bertawaf. Bapak! (kata orang Bota), jauhnya nak tawaf sebab jarak dia lebih jauh kalau kome bertawaf di ground level!
Tapi kalau kome nak avoid rempuhan dan himpitan jemaah, haa buat ler tawaf di level 2 dan 3...cuma marathon sikit ler.
Untuk kemudahan, naik level 2 dan 3 dan turun ke bawoh ada escalator. Banyak kemudahan disediakan oleh 'khadam' masjid ni.
Teman tak tau sejak bila pengguna wheelcha dah tak buleh berwheelcha di ground level. Melalui imej ni kome buleh nampak jemaah wheelcha ditolak di level 1 untuk bertawaf. Dalam entry teman sebelum ni, teman selalu keliru dengan level-level ni. Ada 3 level je masjid ni, tak termasuk yg underground.
Imej antik dari majalah National Geographic menunjukkan ground level. Kita buleh nampak banguanan kedai dan kediaman/penginapan/hotel (?) di background. Binaan masjid bertiang cam ari ni belum wujud lagi.
Haa ni sebahagian binaan pembesoran masjid yg dijalankan oleh syarikat Saudi Bin Ladin. Idok teman pasti sama ada deme ni ada kaitan dengan 'arwah' Osama Bin Ladin, kemungkinan besor ada sebab kuarga 'arwah' dikatakan berada gak. Projek ni memang besor sebab tengok pada saiz, sama besor dengan masjid yg ada laa nih!
Senja menunggu waktu Maghrib.
Di level paling atas pun buleh nampak 'dinosour-dinosaur' berceracak di balik masjid. Deme bekoje 24 jam. Hei tak buleh bayangkan kalau deme bekoje di musim panaih dan dalam bulan Ramadhan. Bapak, sure panaih kome. Ni teman gi musim 'winter' pun, waktu siang rasa terik suhu dia!
Dataran di luor masjid teman rasa sentiasa diperbesorkan. Masa waktu solat bila bukan fardhu zohor dan asor, dataran ni hampir penuh. Agoknya banyak rumoh/bangunan diranapkan dalam proses pembesoran dataran ni dedulu. Progress kome, progress!
Dataran agok clear sekitar pas kul 8 pagi. Licin lemuih deme bersihkan dari kotoran dan sampah sarap. Lain entry teman citer pasa koje pembersihan masjid ni yek.
Pembesoran masjid ni sentiasa dilakukan sejak negara ni tetiba kaya dengan hasil minyak.
Nilah ropa jemaah dan pengguna masjid bersolat dedulu. Ni dah kira melimpah sampai terkuar dari kawasan yg ada kaabah tu.
Sian kan deme, solat atas pasior.
Sesapa yg tak penah tengok tembok jamrat dedulu, nilah ropanya. Tak taulah ni off season ke atau sebaliknya. Kalau jemaah seramai ni kan mudah, tapi sekarang pun syukur dah mudah banyak. Tembok melontor ni dah bertingkat-tingkat dan lebor, memudahkan para jemaah melontor tanpa berasak-asak dan dihimpit bagai sadin!
Alhamdulillah teman melontor 3 ari berturut-turut dengan mudah dan selesa.
Tu dia binaan 'wing' baru. Pada kacamata teman (ha ha...memang paka spec pun), umpama membina sebiji masjid baru...walhal ianya pembesoran masjid yg ada.
Grand sungguh!
Ni ketika dah lepas wukuf. Ramai yg buat umrah dan melepak sebelum naik matahari. Bila hari mula panaih, bertebaran jemaah lari berlindung di tempat redup kecuali yg tahan berjemur!
Zaman dulu jemaah tak rama...sonok deme dapat duduk rapat dengan kaabah. Laa ni terliur jerlah kalau kome nak sentuh-sentuh apa lagi nak kucup-kucup hajaratulaswad. Sekarang kiswah deme gulung tinggi sampai separuh ketinggian kaabah sebab kununnya ada jemaah 'mental' gemor menggunting kain tu bawok balik buat souvenir.
Bukan nampak besor tuh!
Hei kalau siap 'wing' ni, mau sesat-barat walaupun bagi jemaah yg dah terer-terer. Tu tak termasuk lenguh kaki. Berulang dan mengelewor dalam ruang masjid yg ada sekarang ni pun menyebabkan ramai jemaah sakit kaki dan semput. Tambah bagi jemaah yg menginap jauh dari masjid. Jemaah Tabung Haji berjalan 700 meter; jemaah Indonesia kata "Alhamdulillah" bila dapat dok hotel 1.5 km jauhnya. Tapi jemaah Indonesia memang gagah perkasa dan cergas. Jemaah Malaysia 'lembik' sikit, berjalan 500 meter dah tercungap!
Dalam 3-4 tahun lagi, InsyaAllah 'wing' baru siap. Jadilah Masjiddilharam tempat beribadat yg terbesor di dunia, selain Kaabah sebagai tempat atau rumah penyembahan yg tertua dibina. Semoga pembinaan yg baru ni akan lebih memberi kebaikan dan keberkatan kepada para jemaah dan pengguna masjid ni.
Meh kome rasa eskrim Makkah - ada 4 perasa, rega 3 Riyal...sedap gak. Tak memudaratkan sakit sesema teman masa tu...he he heh!

paneh-paneh, sempat gak yong makan salji ...eh! salji ngan eskrim same ke?..kira adik beradik la kannn.
ReplyDeleteAssalamualaikum Hjh Yong
ReplyDeletepada 2006 teman kat sane, nyemerang jalan ajer ke Masjid...awal tahun ni tu hari...teman tengok udah lenyap hotel nyeee
Wassalam
TQ akak for sharing the entry with lots of photos..Tak dpt pi sana skrg dpt tengok gambar dulu pun takpe lah..semoga tercapai impian saya utk jejak kaki ke sana nanti..
ReplyDeletehaaaa.... baru dapat nengok eskrem kat sana..
ReplyDeletetak sabor2 nak jadi tetamuNya... seronok nya akak dapat pi sana..
Assalamualaikum Cikgu Humairi, panaih lawanya sejuk Cikgu. Spesel rasa eskrim Makkah!
ReplyDeleteWaalaikumsalam Tuan haji,
ReplyDeleteYe dengor gitu ler banyak bangunan dan kediaman dilevelkan kerana pembesoran masjid ni. Ntah bape banyak pampasan yg deme dpt.
Salam Yong Lvender,
ReplyDeleteSama-sama. Mungkin ni blh jd panduan dan rujukan utk Yong nanti. Akak doakan Yong dan sahabat2 yg lain dijemput ke sana nanti.
Salam Yong Mulan,
ReplyDeleteTulah pertama kali dan last makan eskrim kat sana, tak berani takut batuk-batuk. Tp sedap Yong. InsyaAllah Yong dan suami akan ke sana nanti.
assalamualaikum kak,
ReplyDeletecantik2 gambo2nya..mmg blh jadi photographer of the year la akak nih..mmg mengimbau kenangan sungguh gambar2 ini.esp tawaf tingkat 1 dan 2, saya ada buat..dalam 70 minit boleh lengkap 7 pusingan..rindu kak..teramat2 rindu nak ke sana lagi..kalaulah tau akak ke sana juga..mesti blh janji jumpa kat mana2 gate ke kan.
suke nengok gambo tu kak...
ReplyDeletebila lah agaknya dapat gi kan...
aiskrim best tu kak..
Assalamualaikum Kak..
ReplyDeleteSeronoknya membaca n3 akak ni, dapat tau perkembangan terbaru. Kalau ummi pergi lagi sekali nanti, tentu jauh berbeza dari dulu. Tapi tang eskrem tu tetap sama, ummi pun suka beli, batuk2 pun ummi beli jugak hihii..
Assalamualaikum kak... Seronoknya kak pegi Makkah.. jeles rasanya. Bile agaknye abe Mad nak bawa ani ke Makkah. hihihihi...
ReplyDeleteSalam Yong Halima ,
ReplyDeletesedapnye eskrem ! nakkk .... !
ate , Yong pegi haji ke baru2 ni ? maafle teman pun xsempat blogwalking mcm dolu2 dah ...
entri ni m'gamit knangan masa teman pegi haji mase kecik2 dulu ... mak abah bawak ... bertuah teman kan ? ;) masa tu bayang jam big ben tu xnmpk lagi ... masa tu kami dpt m'inap di aziziah ... dekat je dgn masjidil haram ;)
teringin rasanya nak ke sana kak.. perkongsian yg menarik akak. fre2, jmput singgah blog sy.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Asma,
ReplyDeleteHah kalau kita jumpa kat sana, jadi sesi gi nyongket pulak. Kalau rindu doa2 supaya dpt gi lagi. InsyaAllah nanti Asma dpt gi. Akak pun berniat nak gi...lepas projek siap! Hmm penah tawaf level 2 ya, hmm mungkin akak penah nampak hi hi hi!
Salam Yong Eita, akak doakan nanti Eita berpeluang beribadah di sana...Amin. Thank U tapi akak tak guna kamera canggih cam Eita punya. Eskrim Makkah boleh tahan lazat!
ReplyDeleteWaalaikumsalam Yong UmmiRoss,
ReplyDeleteHa'ah kan, bagi org yg dh penah pegi 4-10 tahun dulu, tentu dpt tngok progress kat Makkah ni melalui entry akak ni. Nanti mai lagi 4-5 tahun, Makkah berubah wajah lagi! InsyaAllah Yong Ummi akan ke sana lagi hasil dr biznes kain Sarawak yg semakin maju!
Waalaikumsalam Fuzjee,
ReplyDeleteNanti korek-korek poket Bang Mad, mesti ada duit berkepuk-kepuk tu. Akak pun main 'pow' duit Mr T! Akak doakan Fujee dan Bang Mad akan sesama jadi tetamuNya nanti.
Salam Yong Hanie,
ReplyDeleteOhh dah gi masa kekecik? Nanti mai lagi bukan je dpt tengok 'Big Ben', nanti Hanie dpt solat dan ngelewor dlm section yg baru, tapi lagi 3-4 tahun kot. Akak ada dngr nama tmpt nama Aziziah tp tak tau kat mana.
Assalamualaikum Razik, salam kenal dn Hosgeldeniz! InsyaAllah nanti Ajik dpt ke sana, selalulah doa dan minta kat Dia. Tima kasih follow blog akak, akak dh ziarah dan follow blog Ajik. Ajik pandai menulis bahasa bersastra!
ReplyDeleteMasya Allah.. cantik & hebat.. ni yg buat teringin sangat nak ke sana...
ReplyDeleteAlhamdulillah, kerajaan Arab saudi tak sia2 hasil minyak negara mereka..
Selam Yong Halime Canim,
ReplyDeleteMashaAllah SubhanAllah Yong, seronoknya baca entry2 Yong.. rindunya Makkah, banyak dah perubahan & pembangunan. Terima kasih banyak Kak Halima sharing semua ni kat kami, moga Allah kurnia haji mabrur buat Yong, InshaAllah! *hugss n kissess*
Selam Ayza Canim,
ReplyDeletehuggss n kissessss too!
Akak dah doakan utk Ayza ke sana lagi, semoga dimakbulkan. Yaa...Makkah dh banyak berubah dlm 5-10 tahun ni.