Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, December 24, 2011

MAKKAH: MOH IKUT TEMAN NGELEWOR DALAM MASJIDDILHARAM

Masjiddilharam, groundfloor.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak broadband teman slow sebab kouta dah abis, maleh rasanya nak hapdet entry. Tapi kan, nanti bila nak abih citer Makkah teman. Jadi sambung ler kisah di Tanah Suci yek.
Lazimnya orang suka amik gambor kat Kaabah dan kawasan sewaktu dengannya. Koleksi teman merata-merata sebab pada teman semua menarik.

Moh mengelewor dengan teman dalam Masjiddilharam!


Tawaf di luor lengkaran Kaabah, groundfloor.

Kalau nak solat teman lebih suka tingkat paling atas atau kekadang level dua. Groundfloor ni teman jarang turun kecuali untuk tawaf atau usyar jemaah buat tawaf bila teman rasa dah masa nak balik hotel. Sonok tengok gelagat para jemaah tua, muda dari pelbagai bangsa.



Kat groundfloor ni teman ternampok sebuah pejabat. Idok teman tau pejabat apa. Sebelum Yob tu nampok, cecepat teman klik handphone teman. Kome jangan sesebarang amik gambor dlm masjid kalau petugas deme ada. Bangsa Arab Saudi ni tak suka imej deme dirakam.



Kalau tak solat, kita buleh ngaji. Pinjam kitab Al-Quran yg banyak disediakan di setiap sudut dan rak buku. Kat tiang pun ada built-in shelf.



Ni lagi.


Pas ngelewor groundfloor, teman ternampok tangga. Macam tangga dalam citer hindustan. Jarang jemaah guna tangga ni nak naik ke level atas. Deme suka guna eskalator.
Sunyi jer...



Sampai satu landing, ropa-ropanya ada gak jemaah lepak kat sini dan bebaring. Best gak beritikaf kat sini, sunyi dan takde gangguan orang lalu-lalang.



Kat level dua antara ruang open-air dan ruang sa'i dah agak lengang sebab masa ni dah pukui 8 pagi, rama jemaah dah balik hotel atau port memasing. Kat ruang open-air di belah kanan pun buleh buat tawaf.



Naik lagi satu level, jumpa Yob ni di corridor, sambung tido.



Ni siling dome level 3. Ada masa terutama tika solat zuhur, teman gi sini. Ukiran dome simple tapi menarik.



Ni dome yg dekat ujung laluan sa'i. Havoc sini sebab sinilah jemaah nak solat, sini jugaklah tempat jemaah buat pusingan sa'i. Ia pun amat dekat dengan pintu. Yang teman ingat teman ada sekali jer solat kat sini.



Lagi satu hiasan siling. Sebab Masjiddilharam ni kira binaan baru, ukiran dia nampak moden jika dibandingkan dengan ukiran di kebanyakan masjid di Turki dan lain-lain negara Timur Tengah.



Selain makhluk manusia,ada burung berlegor dan buat sarang dekat dome masjid. Dan sekali-sekala kucin pun ada nyongket. Kucin ni ada masalah kesihatan - perut dia boyot, mungkin ada ketumbuhan. Sian dia. Ada jemaah halau dia "Syooo..syooo!"
Hey, ntah-ntah kucin ni kucin menyamar dari syurga tau!

Begitulah kisah mengelewor dalam Masjiddilharam ya kome. Lain kali kita ngelewor Masjid Nabawi pulak, InsyaAllah.


Tony Bodin, my hero!

Kome tau kan teman ni foodie. Bukan pro lah, tapi yang bersemangat jugak. Kalau tengok program ASTRO (tapi teman tak langgan ASTRO), channel yg teman gemor selain NatGeo, ialah AFC. Antara program yg teman kenan benor ialah Anthony Bourdain: No Reservation.
Masak pandei, cakap melepas, sangat witty tapi berisi.
Hensom gak dia ni. Teman dengor istilah 'Food Porn' dari salah satu program dia nih.

Anthony Bourdain: I think for the greatest, most exciting and diverse mix all in one place, I'd have to go for Sinapore or Malaysia because of the mixed cultures of Chinese, Indian and Malay, a vibrant street food culture and a fiercely, fiercely foody population. They like their food and take it very seriously. You can always find a good argument on where to get the best food in Sinapore and Malaysia and those kinds of strong opinions are always a good sign. Where people are opinionated about food, they tend to cook well.

Ajernyer ya Yob Tony!




Austin, Texas: What do you say to someone who does not enjoy food?

Anthony Bourdain: I'm guessing they're not too good in the sack either. What a terrible thing to contemplate.

(Wawancara dengan Washinton Post)

Tu Tony Bodin yang cakap, he he!

Apa-apa pun, teman dapat banyak inspirasi utk memasak kat dapur teman lepas menonton memacam program masakan kat AFC ni. Salah satunya yang dihos si anak Bodin ni.



Ni kebun sayur teman, dekat luar landing unit teman. Dalam bekas plastik 2' x 1' jer. Teman tanam bawang, dari bawang yg dah bercambah.



Dalam bekas yg sama, ada gak pokok selasih.
Teman buat ulam.



Ni peralatan Mee Jawa. Menu teman ari ni. Nasi tak makan.
Ada Yob tu kata teman gomok. Ada ke...?



Teman bukan kuat makan...tapi suka masak dan makan.
Makan pun ala-ala nak kenyang. Berenti sebelum kenyang.
Tak gitu Yob Ghombau?



Dah boh satnika gadjet, tuang ler kuah.
Sesejuk ni elok makan benda berkuah. Sat lagi bagi semangkok kat jiran sebelah rumoh. Nasiblah dia dapat jiran yg suka memasak.
Meh kome jamu mater!

18 comments:

  1. ermmm bila sakit esok jgn heboh pasal mkn hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. salam kak haji :)

    terima kasih kak buat entry ni..seronok baca, rasa sejuk hati walo tk penah sampai ke sana :)

    akk rajin gardening ea, suka lak tengok..

    best nya makan mee jawa..ingatkan sape tadi toni bodin tu..sy ada gak tgk program tu..mk saya selalu puji badan dia tegap walo dah kertu..hik2 :)

    ReplyDelete
  3. Salam Yob PO,

    Alhamdulillah, ada orang amik berat...sob, sob!

    ReplyDelete
  4. Salam Yong Tihara,

    InsyaAllah satu hari nanti Yong dijemputNya ke sana. Akak harap entry Makkah ni dpt bagi tips sikit sebanyak pd bakal2 haji.
    Bukan buat koje pun, cucuk jer bawang dan tabur benih, pepagi siram.
    Try tengok program Tony tu, sexy Chef.

    ReplyDelete
  5. memang jamu mata je ler.. pulau kat Siam ni susah nak cari makanan halal.. kena nyongket jauh2 sikit baru ada..

    tq tq.. ni byk info utk pi haji nnti insyA..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak..
    Terima kasih kongsi gambar2 yang menimbulkan nostalgia ni kak, ubat rindu.
    Ummi pun minat rancangan Anthony Bodin ni, ari tu tengok dia gi Turki,meleleh airliur tengok makanan Turki kak. Bangga jugaklah dia puji Malaysia..

    ReplyDelete
  7. x kenal anthony bodin nih.. rumah xde astro..

    suka tgk gambor2 & penceritaan kak..

    mee jawa... feveret tuh.. nak sikit

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Mulan,

    Oh gi Phuket ke? Phuket banyak org Islam. Bukan Phuket eh. Ahhh buleh simpan utk future haj.

    ReplyDelete
  9. Salam Yong Ummi Ross,

    Sama2. Oh minat gak Yob Tony Bodin ni. Akak miss trip dia ke Turki.

    ReplyDelete
  10. Salam KakYong,

    Akak pun takde Astro, bila balik rumah mak baru dpt tngok.
    Niat nak kongsi pengalaman kat Makkah/Madinah, kot buleh diguna oleh bakal2 haji.

    ReplyDelete
  11. tunggu gambo2 akak ngelewor kat dlm masjid nabawi pulok :-))

    TQ for sharing gambo2 tu semua & terliur tengok menu akak jugak :-)

    ReplyDelete
  12. Salam kak halima..mekasih berkongsi pengalaman akak kt sana

    kuantan banjir 2 minggu lepas kak..skarang tak.ujan je duk turun lg.

    ReplyDelete
  13. Salam Yong Lavender,

    Masjid Nabawi lagi dasat, macam citer Mission Impossible nak amik gambor. Kalau ada menu mee jawa, meh share, kot ada versi lain.

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu Wan,

    Sama2, semoga dpt memberi manfaat pd bakal2 haji/hajjah.

    ReplyDelete
  15. seronok baca pengalaman akak...
    tak sabar nak pergi....kalau ada rezeki..insya allah...

    hujan2 ni best makan mee jawa yang berasap...

    ReplyDelete
  16. Salam Yong Eita,

    Semoga niat Eita akan dikabulkan, InsyaAllah. Makan nasi org kawen tak best ke?

    ReplyDelete