Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label foody. Show all posts
Showing posts with label foody. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

MAKKAH: MOH IKUT TEMAN NGELEWOR DALAM MASJIDDILHARAM

Masjiddilharam, groundfloor.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak broadband teman slow sebab kouta dah abis, maleh rasanya nak hapdet entry. Tapi kan, nanti bila nak abih citer Makkah teman. Jadi sambung ler kisah di Tanah Suci yek.
Lazimnya orang suka amik gambor kat Kaabah dan kawasan sewaktu dengannya. Koleksi teman merata-merata sebab pada teman semua menarik.

Moh mengelewor dengan teman dalam Masjiddilharam!


Tawaf di luor lengkaran Kaabah, groundfloor.

Kalau nak solat teman lebih suka tingkat paling atas atau kekadang level dua. Groundfloor ni teman jarang turun kecuali untuk tawaf atau usyar jemaah buat tawaf bila teman rasa dah masa nak balik hotel. Sonok tengok gelagat para jemaah tua, muda dari pelbagai bangsa.



Kat groundfloor ni teman ternampok sebuah pejabat. Idok teman tau pejabat apa. Sebelum Yob tu nampok, cecepat teman klik handphone teman. Kome jangan sesebarang amik gambor dlm masjid kalau petugas deme ada. Bangsa Arab Saudi ni tak suka imej deme dirakam.



Kalau tak solat, kita buleh ngaji. Pinjam kitab Al-Quran yg banyak disediakan di setiap sudut dan rak buku. Kat tiang pun ada built-in shelf.



Ni lagi.


Pas ngelewor groundfloor, teman ternampok tangga. Macam tangga dalam citer hindustan. Jarang jemaah guna tangga ni nak naik ke level atas. Deme suka guna eskalator.
Sunyi jer...



Sampai satu landing, ropa-ropanya ada gak jemaah lepak kat sini dan bebaring. Best gak beritikaf kat sini, sunyi dan takde gangguan orang lalu-lalang.



Kat level dua antara ruang open-air dan ruang sa'i dah agak lengang sebab masa ni dah pukui 8 pagi, rama jemaah dah balik hotel atau port memasing. Kat ruang open-air di belah kanan pun buleh buat tawaf.



Naik lagi satu level, jumpa Yob ni di corridor, sambung tido.



Ni siling dome level 3. Ada masa terutama tika solat zuhur, teman gi sini. Ukiran dome simple tapi menarik.



Ni dome yg dekat ujung laluan sa'i. Havoc sini sebab sinilah jemaah nak solat, sini jugaklah tempat jemaah buat pusingan sa'i. Ia pun amat dekat dengan pintu. Yang teman ingat teman ada sekali jer solat kat sini.



Lagi satu hiasan siling. Sebab Masjiddilharam ni kira binaan baru, ukiran dia nampak moden jika dibandingkan dengan ukiran di kebanyakan masjid di Turki dan lain-lain negara Timur Tengah.



Selain makhluk manusia,ada burung berlegor dan buat sarang dekat dome masjid. Dan sekali-sekala kucin pun ada nyongket. Kucin ni ada masalah kesihatan - perut dia boyot, mungkin ada ketumbuhan. Sian dia. Ada jemaah halau dia "Syooo..syooo!"
Hey, ntah-ntah kucin ni kucin menyamar dari syurga tau!

Begitulah kisah mengelewor dalam Masjiddilharam ya kome. Lain kali kita ngelewor Masjid Nabawi pulak, InsyaAllah.


Tony Bodin, my hero!

Kome tau kan teman ni foodie. Bukan pro lah, tapi yang bersemangat jugak. Kalau tengok program ASTRO (tapi teman tak langgan ASTRO), channel yg teman gemor selain NatGeo, ialah AFC. Antara program yg teman kenan benor ialah Anthony Bourdain: No Reservation.
Masak pandei, cakap melepas, sangat witty tapi berisi.
Hensom gak dia ni. Teman dengor istilah 'Food Porn' dari salah satu program dia nih.

Anthony Bourdain: I think for the greatest, most exciting and diverse mix all in one place, I'd have to go for Sinapore or Malaysia because of the mixed cultures of Chinese, Indian and Malay, a vibrant street food culture and a fiercely, fiercely foody population. They like their food and take it very seriously. You can always find a good argument on where to get the best food in Sinapore and Malaysia and those kinds of strong opinions are always a good sign. Where people are opinionated about food, they tend to cook well.

Ajernyer ya Yob Tony!




Austin, Texas: What do you say to someone who does not enjoy food?

Anthony Bourdain: I'm guessing they're not too good in the sack either. What a terrible thing to contemplate.

(Wawancara dengan Washinton Post)

Tu Tony Bodin yang cakap, he he!

Apa-apa pun, teman dapat banyak inspirasi utk memasak kat dapur teman lepas menonton memacam program masakan kat AFC ni. Salah satunya yang dihos si anak Bodin ni.



Ni kebun sayur teman, dekat luar landing unit teman. Dalam bekas plastik 2' x 1' jer. Teman tanam bawang, dari bawang yg dah bercambah.



Dalam bekas yg sama, ada gak pokok selasih.
Teman buat ulam.



Ni peralatan Mee Jawa. Menu teman ari ni. Nasi tak makan.
Ada Yob tu kata teman gomok. Ada ke...?



Teman bukan kuat makan...tapi suka masak dan makan.
Makan pun ala-ala nak kenyang. Berenti sebelum kenyang.
Tak gitu Yob Ghombau?



Dah boh satnika gadjet, tuang ler kuah.
Sesejuk ni elok makan benda berkuah. Sat lagi bagi semangkok kat jiran sebelah rumoh. Nasiblah dia dapat jiran yg suka memasak.
Meh kome jamu mater!