Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label pembesaran Masjiddilharam. Show all posts
Showing posts with label pembesaran Masjiddilharam. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

MAKKAH: DULU, KINI DAN COMING SOON...

Sapa gadis Afrika ni?
Citer next change!


Jam 7 am lebih korang.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Mengkome,

Semoga semua sihat...takde yg kena hanyut dik ayor banjir! Alhamdulillah cuaca di Shah Alam nak kata panaih idok ler sangat tetapi kalau ujan, mau basah segala.

Tahun lepaih ada teman upload gambor 'antik' kota Makkah ehsan majalah National Geo. Suami teman Mr T emai imej-imej tu. Dia kata gambor 'nadir' ni. Teman masih simpan dlm laptop teman sbb bukan senang nak jumpa gambor Makkah zaman atuk opah kita dulu. Dan teman buat entry khas tentang Makkah satu ketika dulu. Yob Samad blogger atasnamaku suka bebenor nengok imej lelama ni.

Entry ari ni pasa perkembangan Kota teragung di muka bumi ni tapi ada sikit tambahan - what's coming. Kebetulan teman dijemputNya ke sana, dapat teman saksikan perkembangan yg tak sihat ni (rama jemaah jatuh sakit demam, sesema dan batuk kong-kong-kong dik debu dan habuk dr tapak binaan pembesoran Masjidilharam ni). Tu teman pun buat perbandingan kota ni melalui gambor-gambor yg teman simpan dan yang teman rakam semasa teman jadi jemaah...Alhamdulillah!



Di level 4, para jemaah solat dan mengaji dan berzikir dengan dibayangi jam besor dan beberapa blok hotel. Ala-ala New York.
Dedulu, masjid nilah landmark yg merentangi horizon kota suci ni. Laa ni Jam Besor ala-ala 'Big Ben' tersergam megah! Kekadang cantik nampak dari jauh, kekadang sakit mata teman nengok sebab dia dah curi 'kemegahan' ni dari Masjid.



Selain jadi laluan sa'i di level 3, level 2 pulak kita boleh bertawaf. Bapak! (kata orang Bota), jauhnya nak tawaf sebab jarak dia lebih jauh kalau kome bertawaf di ground level!
Tapi kalau kome nak avoid rempuhan dan himpitan jemaah, haa buat ler tawaf di level 2 dan 3...cuma marathon sikit ler.



Untuk kemudahan, naik level 2 dan 3 dan turun ke bawoh ada escalator. Banyak kemudahan disediakan oleh 'khadam' masjid ni.



Teman tak tau sejak bila pengguna wheelcha dah tak buleh berwheelcha di ground level. Melalui imej ni kome buleh nampak jemaah wheelcha ditolak di level 1 untuk bertawaf. Dalam entry teman sebelum ni, teman selalu keliru dengan level-level ni. Ada 3 level je masjid ni, tak termasuk yg underground.



Imej antik dari majalah National Geographic menunjukkan ground level. Kita buleh nampak banguanan kedai dan kediaman/penginapan/hotel (?) di background. Binaan masjid bertiang cam ari ni belum wujud lagi.



Haa ni sebahagian binaan pembesoran masjid yg dijalankan oleh syarikat Saudi Bin Ladin. Idok teman pasti sama ada deme ni ada kaitan dengan 'arwah' Osama Bin Ladin, kemungkinan besor ada sebab kuarga 'arwah' dikatakan berada gak. Projek ni memang besor sebab tengok pada saiz, sama besor dengan masjid yg ada laa nih!


Senja menunggu waktu Maghrib.

Di level paling atas pun buleh nampak 'dinosour-dinosaur' berceracak di balik masjid. Deme bekoje 24 jam. Hei tak buleh bayangkan kalau deme bekoje di musim panaih dan dalam bulan Ramadhan. Bapak, sure panaih kome. Ni teman gi musim 'winter' pun, waktu siang rasa terik suhu dia!



Dataran di luor masjid teman rasa sentiasa diperbesorkan. Masa waktu solat bila bukan fardhu zohor dan asor, dataran ni hampir penuh. Agoknya banyak rumoh/bangunan diranapkan dalam proses pembesoran dataran ni dedulu. Progress kome, progress!



Dataran agok clear sekitar pas kul 8 pagi. Licin lemuih deme bersihkan dari kotoran dan sampah sarap. Lain entry teman citer pasa koje pembersihan masjid ni yek.



Pembesoran masjid ni sentiasa dilakukan sejak negara ni tetiba kaya dengan hasil minyak.



Nilah ropa jemaah dan pengguna masjid bersolat dedulu. Ni dah kira melimpah sampai terkuar dari kawasan yg ada kaabah tu.
Sian kan deme, solat atas pasior.



Sesapa yg tak penah tengok tembok jamrat dedulu, nilah ropanya. Tak taulah ni off season ke atau sebaliknya. Kalau jemaah seramai ni kan mudah, tapi sekarang pun syukur dah mudah banyak. Tembok melontor ni dah bertingkat-tingkat dan lebor, memudahkan para jemaah melontor tanpa berasak-asak dan dihimpit bagai sadin!
Alhamdulillah teman melontor 3 ari berturut-turut dengan mudah dan selesa.



Tu dia binaan 'wing' baru. Pada kacamata teman (ha ha...memang paka spec pun), umpama membina sebiji masjid baru...walhal ianya pembesoran masjid yg ada.
Grand sungguh!



Ni ketika dah lepas wukuf. Ramai yg buat umrah dan melepak sebelum naik matahari. Bila hari mula panaih, bertebaran jemaah lari berlindung di tempat redup kecuali yg tahan berjemur!



Zaman dulu jemaah tak rama...sonok deme dapat duduk rapat dengan kaabah. Laa ni terliur jerlah kalau kome nak sentuh-sentuh apa lagi nak kucup-kucup hajaratulaswad. Sekarang kiswah deme gulung tinggi sampai separuh ketinggian kaabah sebab kununnya ada jemaah 'mental' gemor menggunting kain tu bawok balik buat souvenir.



Bukan nampak besor tuh!
Hei kalau siap 'wing' ni, mau sesat-barat walaupun bagi jemaah yg dah terer-terer. Tu tak termasuk lenguh kaki. Berulang dan mengelewor dalam ruang masjid yg ada sekarang ni pun menyebabkan ramai jemaah sakit kaki dan semput. Tambah bagi jemaah yg menginap jauh dari masjid. Jemaah Tabung Haji berjalan 700 meter; jemaah Indonesia kata "Alhamdulillah" bila dapat dok hotel 1.5 km jauhnya. Tapi jemaah Indonesia memang gagah perkasa dan cergas. Jemaah Malaysia 'lembik' sikit, berjalan 500 meter dah tercungap!



Dalam 3-4 tahun lagi, InsyaAllah 'wing' baru siap. Jadilah Masjiddilharam tempat beribadat yg terbesor di dunia, selain Kaabah sebagai tempat atau rumah penyembahan yg tertua dibina. Semoga pembinaan yg baru ni akan lebih memberi kebaikan dan keberkatan kepada para jemaah dan pengguna masjid ni.

Meh kome rasa eskrim Makkah - ada 4 perasa, rega 3 Riyal...sedap gak. Tak memudaratkan sakit sesema teman masa tu...he he heh!