Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertama-tamanya teman nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi ziarah blog teman ni, Selamat Datang, Hosgeldeniz dan terima kasih juga kepada deme-deme yang daftar jadi Sahabat Blogku. Semoga anda tetap setia dan dapat meluangkan masa ziarah blog teman ni lagi!
Entry kali ni ringkas jer, nak citer pasa peristiwa ringan pada satu bulan Ramadhan, rasa teman tahun 2005 gitu. Kebetulan masa tu bulan Ramadhan jatuh di pertengahan musim panas di Turki. Bila sebut musim panas, ni bermakna ianya jugak musim memetik kacang hazel. Haa kalau kome ada baca entry atau pos yang terdahulu, mesti kome tau yang musim memetik atau menuai kacang hazel ni dibuat pada awal bulan Ogos hingga pertengahan bulan September. Heee masa ni memang musim yang paling sibuk dan meriah di wilayah Karadeniz ni (Laut Hitam) sebab wilayah ni merupakan wilayah terbesar tanaman kacang hazel di Turki. Boleh dikatakan hampir setiap ceruk kampong dan lereng bukit deme tanam pokok-pokok hazelnut ni.
Tengok gambor yang atas, nampak bukit tu? Yang pokok hijau rendang meliputi bukit-bukau tu pokok hazelnutlah. Gambor ni diambil pada musim bunga. Kome nampak tak longgokan kayu depan rumah kampong suami teman tu? Haa itulah batang/dahan pokok kacang hazel. Deme kerat-kerat beberapa bulan sebelumnya dan dibior berjemur. Nanti dah cukup kering deme potonglah dengan mesin pemotong kayu. Kayu diperlukan empat musim setahun - untuk memasak dan sebagai pemanas bila dibakor dalam boiler di bilik tidor.
Di kiri kanan jalan, di tepi dan di belakang rumah ni penuh ditanam pokok-pokok kacang ni. Ni tak termasuk beberapa hektar lagi di atas bukit. Nampak pokok-pokok di belakang longgokan kayu tu? Tu adalah pokok epal (ada 2-3 jenis, ijo dan merah), pokok pear, pokok tin, pokok erik (plum) dan mungkin kome tak nampak yang baru nak keluar dedaun dia tu, pokok anggur. Tapi ni semua pokok buah kampong, bukan yang kacuk atau hybrid. Namun gitu buah-buahan ni sedap dan manis rasanya, cuma saiz dia berbeza dari yang terjual kat supermarket.
Banyak buahnya pokok-pokok ni, sampai tak termakan. Mana yang jatuh berdebuk kat tanah tu, kami bagi makan kat lembu ler. Sedap dengor lembu makan buah epal - krup, krup, krup! Ni nak citer pasa buah anggur. Yang tumbuh kat umah suami teman ni mungkin bertahun usia dia. Dok tumbuh dari kaki bukit bawah umah tu, dahan dia menjalar panjat pokok epal, pokok pear, pokok erik, pastu pandai pulak dia merentas desa menjulur ke balkoni dan menjalor sepanjang balkoni dan tingkap tingkat satu rumah. Jadi pertengahan musim panas, waktu di mana kebanyakan pokok buah-buahan dah berbuah lebat dan masak ranum, dapatlah kome nengok pokok epal, pokok pear dan pokok erik ni ada buah anggur menjalor atas, bawah dan celah daun dan dahan deme! Bila masak ranum nampak hitam bergugus-gugus.
Jadi kalau kome nak makan buah anggur kampong ni, kome tak yah gi beli kat supermarket, moh singgah rumah keme ni, naik tingkat satu pegi ke balkoni dan petik berapa kilo kome nak. Bila dah masak ranum warna dia dekat gelap, sebenornya ungu gelap, dan memang manis! Masa bulan posa, dekat-dekat nak berbuka anak menantu keme bawak besen dan gi petik 2-3 kilo untuk ifftar. Tu dalam gambor bawah tu sorang menantu tengah metiklah, sementara anak dia dok merayap. Memula si Bahri Can ni gemor metiknyer, dipicit dan keluarkan isi terus masuk mulut. Pandai dia buang kulit. Tapi bila dah biasa dia buat tak heran pulak.
Teman kekadang malas nak makan sebiji-sebiji. Dia lembik dan banyak jusnyer! Jadi satu ari teman amik 2 kilo gitu, basuh buang debu, boh dalam besen dan ramas-ramas. Deme tanya nak buat apa?
"Buat jus!" teman kabor.
"Haa pandai...!" kata Kak Mina.
Pas abis ramas sampai hancus, teman tuang dalam tapis dan isikan jus dalam botol kaca. Dari 2 kilogram tu, boleh dapat dekat 2 gelas. Itu pekat punya Yong, tak boh ayor pun. Kendian teman simpan jus tu dalam peti ais bagi sejuk sikit. Di Turki ni, macam mana panas terik sekali pun, deme tak pandai minum ais. Nak cari ais memang tak mandang. Kalau nak, kena buat sendiri.
Bila waktu berbuka, deme mula dengan tamar cam kite gak tapi makanan utama deme adalah roti, sup kekacang atau dhal, salad timun campur tomato, dan sejenis lagi sayur rebus atau sup sayur. Daging/ayam atau ikan jarang deme makan. Bukan tak mampu, dan bukan sebab deme vegetarian tapi memang deme ni suka makan apa yang deme tanam. Kendian sekali deme makan buah anggur tu atau epal ke, pear ke. Teman memang dari tadi dah teguk jus anggur sejuk yang teman ramas tadi. Memang sejuk dan manis tanpa gula!
Itulah antara kenangan manis bulan Ramadhan di kampong keme kat Turki. Tapi teman serik nak datang sana berpuasa di musim panas sebab kebetulan kena musim petik kacang hazel. Tak larat weh...!