Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, March 2, 2011

Selamat Jalan 'Mujahid Erbakan'...Sehari Dlm Hidup Nenek Di Kg Deredebi

Gambor menunjukkan Presiden Gul dan PM Erdogan bersesak mengusung keranda Allahyarham Erbakan ke tanah pusara. Keranda bergerak dari tangan ke tangan...

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
berpuluh-puluh ribu (estimate konservatif) dari seluruh pelusuk Turki dan wakil-wakil gomen dari Pakistan, Indonesia, Malaysia, Syria, Mesir, Lubnan, Bosnia, Kuwait, Arab Saudi, Nigeria dan Morocco dan wakil Hamas menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Turki Erbakan. Turut hadir PM Erdogan dan Presiden Gul yang sama-sama berpeluang mengusung keranda arwah. Selain dari itu pemimpin parti pembangkang dan para Jeneral turut datang memberi penghormatan di perkarangan Masjid Fetih yang sesak sejak dari subuh. Manakala delegasi dari Bosnia turut membawa sebuah bekas mengandungi tanah dari pusara Alllahyarham bekas Presiden deme Aliya Izzebigovic untuk ditabur di atas pusara arwah Erbakan.

Selepas 'postmodern coup' pada 28 Februari 1997, gomen campuran Erbakan telah dipaksa turun dari pucuk pimpinan dan parti pimpinan arwah, Parti Refah, telah diharamkan oleh mahkamah dan beliau dihalang dari aktif dalam politik untuk beberapa tahun. Beliau yang disebut sebagai mangsa utama dalam coup 28 Februari 1997 itu, digelar juga sebaga 'Hoca' atau guru dan antara 'murid-muridnya' termasuk para pemimpin utama dalam Parti AK pimpinan Erdogan.



Namun arwah juga dikritik kerana dengan mudah tunduk kepada desakan tentera untuk
melepaskan pimpinan gomen masa tu.

Berita kematian arwah telah disampaikan melalui 3,000 buah masjid di Istanbul. Pepagi lagi beribu-ribu penduduk Istanbul dan pelawat datang dari pelusuk negara menuju ke Masjid Fetih untuk mendoakan arwah dan menunggu jenazah dari Ankara yang dibawa dengan kapalterbang persendirian. Beribu-ribu polis dan sukarelawan muda dari Parti Saadet pimpinan beliau bertugas menjaga keselamatan dan trafik para pelawat yang tak henti-henti melaungkan 'AllahuAkbar' dan 'Mucahit Erbakan! Mucahit Erbakan!"

Gambor di atas menunjukkan petugas sukarelawan muda Parti Saadet melahirkan kesedihan di atas pemergian pemimpin deme.

Gambor-gambor dari Hurriyet Daily News




Citer harian pulak. Hari masih mendung tapi ujan dah berhenti. Suhu masih rendah...salji masih memutih di ujung bukit. Teman dok mengemas dapur cum sitting room bila Kak Emine gi belajor ngaji kat masjid kampong. Rajin dia nuntut ilmu.



Nak citer apa orang pompuan tua kat Kg Deredebi buat tiap ari. Maksud teman yang umur 70 ke atas. Kalau kat Malaysia yang umur 60 tahun ramai yang dah 'pencen' dari buat sebarang koje selain dari gi ngaji, ke surau, berjalan rumoh anok-anok, atau dok rumoh tanam bunga.

Mak mertua teman, umur lebih kurang 77 tahun, jarang buat koje mengait ni. Tapi kali ni teman nampak dia mengait yelek, baju vest dari benang bulu untuk dia.



Masa Nevin gi Akcakoca rumoh Ilker minggu pas, dia mengemas rumoh. Masa Nevin ada pun dia mengemas gak. Masa tu 4 malam teman dok teman dia. Teman tak buat koje apa pun, dia tak bagi. Dia amik besen besor, boh ayor, dicelup penyapu tu dan sapu dapur cum sitting room. Cara ni supaya debu tak berterbangan. Vacuum cleaner pun deme guna kalau ada sisa atau sampah kecik atas carpet.



Pas kahvalti (sarapan...pada kome yang tak tau), dia basuh pinggan dan poyok belanga. Deme basuh poyok dan pinggan mangkok dengan ayor panas untuk ilangkan minyak dan bagi bersih berkilat. Teman buat apa masa tu? Tengah amik gambor ler...


Dapur dah besih dan elok kemas.


Kendian dia tapis susu panas dalam kain muslin, toskan sampai kering dan ikat cam kita nak buat nasi himpit. Nilah cara nak buat sejenis keju. Nanti teman buat entry khas camner deme buat keju yerk!


Dekat kul 4 pm dia panggil Fistig dan anak dia Cicek makan ration tambahan kat laman rumoh. Untuk makan malam, deme bagi sebelum maghrib kat rumoh lembu.


Antara tugas harian mertua dan Nevin dan kebanyakan pompuan kampong ialah mengangkut kayu api dari tempat simpanan ke atas rumoh. Kayu api mertua disimpan bawoh rumoh dan ada lagi yang belum dipotong berlonggok kat laman. Yang ni tinggi sampai ke siling. Semua kayu-kayu ni telah dibelah oleh Nevin dengan kapok beliung, dia hayun sekali hayun jer terbelah kayu! Deme dua beranak yang hangkut dari laman ke bawoh rumoh!


Bila koje siap, mertua suka nengok Tv. Rancangan yang dia dan Nevin gemor ialah 3 rancangan cari jodoh. Rancangan ni siarkan segmen yang mana lelaki dan wanita akan diperkenalkan dan deme cuba cari keserasian. Teman masih heran camner ada orang sanggup muncul kat TV cari jodoh! Popular rancangan ni, pompuan suka program harian ni!



Bila dia boring takder orang lawan labun, dia tidur. Jadi TV pula nengok dia. Dia sunyilah tu sebab Nevin takder untuk berdebat dan bergaduh. Dengan teman tak banyak yang dia buleh labun! He he! Dia maroh kat Mr T sebab tak ajor teman Bahasa Turki. Teman kata tak perlu tau banyak vocab, nanti banyak pulak deme nak ajak labun!



Malam tu mertua hidang stew kacang fesule dengan keju yang baru buat siang tadi. Kome rasa sanggup idup berminggu-minggu makan cam ni tanpa nasi? Sapa yang rasa sanggup angkat tangan! Sapa yang memula angkat tangan, dapat hadiah dari Turki...deraaagh!

P.S Aktiviti harian akan berubah ikut musim, di musim panas bila kacang hazel dipetik, lagi banyak koje deme...tak sanggup teman!

14 comments:

  1. alfatihah sekali lagi,,,,,,,,,,,,,, semoga turkey akan terus aman dan makmur,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Salam Yob PO, Amin...InsyaAllah berterusan cam sekarang dan lebih baik lagi!

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    alfatihah utk allahyarham..
    kak saya dah angkat tangan nih..sanggup la kut kalau tak de pilihan...dari tak makan langsung..saya ok je..janji ada makanan..rajin warga tua deme yek..ater dekat beno la mak mertua kak nengok tv..

    ReplyDelete
  4. Salam Asma, oleh kerana awak sanggup dan dah angkat tangan, awak ler dpt cendera hati nanti...tahniah! Deme rajin dan terpaksa buat, kalau tak, lapor tak cukup makan! Ater sound dah tak bape clear, kena dok dekat kat TV tu! Err nanti antor nama penuh dan alamat kat akak, cari email akak kat entry bulan Disember 18hb 2010 yerk!

    ReplyDelete
  5. Idok le teman sanggup tak makan nasik kot - melainkan kalo doh takde pilihan. Ini pun tengoh lapo sambey mikio nok makan apa pagi ni... :)

    ReplyDelete
  6. salam tuan blog. nampak macam damai je turki ni. macam takde matahari. hehe. memang kat sana matahari jarang keluar ke?

    erbakan tu PM sebelum reccep kan? rasanya masa zaman dia turki dalam keadaan sekular yg paling tinggi.

    ReplyDelete
  7. uish kak lima...Ina nih jenis perut nasik...kekadang je buleh tinggal nasik..tapi kalo berminggu x jumpa nasik,mau menggeletar usus perut teman :P

    ReplyDelete
  8. Salam Kakcik, memang faham kebanyakan org Msia tak leh tak makan nasi, paling lama pun 3 ari kot!

    ReplyDelete
  9. Salam Yob Kelisa, memang skrng matahari kurang bersinar - musim sejuk. yaa, Erbakan bos Erdogan masa dia jd PM, pas dia digulingkan ada 2-3 PM termasuk yg pompuan Tansu Ciller. Deme takut pengaruh islamik dia, tu yg tentera guling dia tu.

    ReplyDelete
  10. Salam Ina,tulah ramai org kita susoh nak survive kalu takdok nasi. Nasib baik akak buleh!

    ReplyDelete
  11. alaaa... lambat angkat tangan kali ni... takpe takpe kasi can orang lain lak..

    cenggitu buat keju ek.. macam senang je..

    seronok nya duduk situ, macam2 boleh buat...

    arwah apak teman ajar jgn gantung dgn nasi.. nnti nak pi mana2 susah... bior ajar anak makan roti byk sbb roti ada kat mana2 pon..

    ReplyDelete
  12. Salam Yong Mulan, ya...kasi can kat org lain plak! Hmmm snang jer buat keju ni, nanti akak buat n3 dia. Haa bijak arwah bapak Mulan, sbb mmg betoi bnyk org Msia gi luor negera asyik tanya nasi dulu...tak bersedia nak makan mende lain!

    ReplyDelete
  13. TK x buleh la kot mkn mende tu je..
    nk jgk mkn nasik ni..

    ReplyDelete
  14. Salam Kiut,

    Haa kalau Yong dok Deredebi seminggu mau pengsan, sini jarang ada nasik!

    ReplyDelete