Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, March 3, 2011

Daily Telegraph Diarah Bayar Erdogan Sebab Laporan Fitnah!

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Akhbar British Daily Telegraph diarah membayor pampasan 25,000 pound kepada PM Recep Erdogan kerana memfitnah kononya Erdogan menerima $25 juta derma dari Iran untuk biaya kempen pilihanraya partinya.

Akhbar tu didapati bersalah oleh sebuah mahkamah Britain kerana menerbitkan laporan tanpa bukti kukuh dan ini telah memalukan dan menjejas reputasi Erdogan. Akhbar tersebut telah memohon maaf.

Kat malaysia fitnah politik dan rumahtangga bersepah terutama dekat-dekat Pilihanraya Kecik, tarak apa-apa pun...



Dalam kes yang lebih domestik, beberapa pertubuhan wanita dan parti pembangkang telah melahirkan kemarahan di atas 2 kejadian 'honor killing'. Adat membunuh ahli keluarga ni yang sering didengor dilakukan di beberapa negara Arab turut diamalkan oleh segelintir penduduk Turki terutama di wilayah berdekatan sempadan Iraq dan Syria. Ia terutamanya dilakukan oleh komuniti Kurdish yang tinggal di ulu-ulu.

Dalam kes terkini beberapa ari lepas, Hetice Firat, 19 tahun, telah dibunuh oleh abang kandung yang telah beberapa ari mencari dia sebab lari ikut boyfriend. Hatice tinggal bersama boyfriend dia dan abangnya berjaya pujuk dia berbincang kat tepi pantai kononnya pujuk dia balik. Arwah ditikam berbelas kali.

Pihak polis menahan 11 ahli kuarga Firat termasuk ibu-bapa dia tapi abangnya dah lesap ntah ke mana. Deme juga enggan melayan mayat Hatice. Jenazah Hatice diuruskan oleh pihak berkuasa dan keranda arwah diusung oleh sekumpulan wanita yang marah dengan tindakan primitif kuarga Firat. Sambil mengusung dan mengiringi jenazah, wanita-wanita ini melaung-laung bantahan. Hmm kat Malaysia anak gadis dan teruna lari dan dok serumoh berlambak, tarak apa pun...!

Sumber berita dan gambor dari Hurriyet Daily News


Waaah ari ni matahari kuar menyinar! Burung-burung menyanyi riang. Teman dok berjemur kat balkon jap. Tapi suhu tetap rendah. Cuaca sebegini menceriakan penduduk Kg Deredebi yang awal-awal dah kuar rumoh buat berbagai koje!


Antaranya Mak Mentua teman yang berkoje menajak dan memotong satnika rumput dan daun kat kebun sayur dia. Orang tua ni kalau ari cerah, dia ceria dan sihat. Kalau ari mendung, ujan dan sejuk, dia pun sakit-sakit badan...


Pekerja yang bina tembok kat tepi rumoh Mr T pun datang koje untuk menyiapkan tembok. Nasib baik kuarga kami ada sebiji Cukurova untuk menghangkut batu-batan dan mengorek satnika lubang. Pulak tu batu-batan tu anak-anak tiri kutip kat tepi jalan atas bukit dekat ladang hazelnut. Jadi yang kena bayor ialah upah pekerja, pasir dan simen jer.


Ari ni 3 orang koje menyambung buat 'The Great Wall of Deredebi' ni. Semoga panas sampai ke petang supaya simen dan kering.


Nevin datang rumoh Kak Emine pinjam mesin churn untuk pukul susu buat butter. Mesin dia dah rosak. Teman malas nak turun gi rumoh dia jadi tak dapat rakam gambor.


Ini bekas tub yang Kak Emine guna buat tanam salad marun. Bagi sihat, dia tabur dengan baja si Kara Kiz dan Cicek. Tadi dia petik sikit buat salad untuk makan tengah hari.


Dia hiris salad tu campur dengan daun bawang yang dia tanam gak, carrot dan bawang. Pastu di peroh ayor lemon, sikit minyak bunga matahari dan garam secukup rasa. Itulah salad deme!


Untuk jamu para pekerja tu, kami siapkan sofra kat balkon. Ada sup gandum, stew fesule, dolma daun anggur, kofte daging, yoghurt dan roti.


Kul 12:20pm pekerja berhenti koje dan makan. Sedap arr makan di bawoh pancaran matahari dengan cuaca yang sejuk. Teman tolong apa-apa yang patut. Ari ni teman posa. Kak Emine bising sebab teman tak bersahur, teman cuma minum ayor botol sebelum subuh. Camner cuaca kat Malaysia?

15 comments:

  1. lalallalalalalala yg benar tetap benar,,,,,,,,,, yg salah tetap salah,,,,,, happy day kak lima,,,

    ReplyDelete
  2. Malaysia lain,,,,,,,,,,,,,,, Turkey lain,,,,,,,,,, kat Malaysia ni yg PR buek semua salah tapi kalang BaNggang buek semua betul,,, soo Turkey dan negara Kafir UK lebih baik dari negara kita yg tersayang ini,,,

    ReplyDelete
  3. salam
    kak yong, cuaca di johor ada jugak hujan sekejap2.

    salad tu.. menarik betul. nampak segar

    ReplyDelete
  4. butter buat sendiri, keju buat sendiri, sayor mayor tanam sendiri... kagum sungguh.. nak sungguh pi rasa sendiri duduk seminggu dua kat situ...

    lembu pon ada boleh buat susu, yogurt.. kalau dekat, mau pi nyongket nyibuk kat sana jugak.. suka la suasana kat sana tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Yob PO, Im quite happy... Nak buat camner, kita nama jer ngaku negara Islam tapi perangai pemimpin macam kapalselam, yg tak buleh selam!

    ReplyDelete
  6. Salam Nina, takper kalau ujan sejuk sikit. Salad tu memang segor, baru dipetik!

    ReplyDelete
  7. Salam Yong Mulan, nanti ada rezki buleh mai...takat Istanbul ler! Kalau mai sebulan buleh jalan2 jauh ke Laut Hitam he he!

    ReplyDelete
  8. Kalaulah kat sini, keluarga buat hukuman sendiri macam kat Turki tu, tak adalah gamaknya pembuangan bayi di sana sini....

    ReplyDelete
  9. rasa saya pulak yg duk kat turki bila baca entry ni

    ReplyDelete
  10. Salam Kakcik, haa betoi gak kata Kakcik. Sbb kita biorkan anak2 kita nyongket siang malam jumpa 'kawan' tu yg 9 bulan pastu ada bayi2 terbuang kat masjid, longkang, toilet, tmpt lupus sampah, asrama and so on...

    ReplyDelete
  11. Salam Mr Edz, lain kali buleh rasa real punya ya Yob...InsyaAllah tu.

    ReplyDelete
  12. Semua benda buat sendiri....

    Semua tanam sendiri....

    Kedai tutop!

    (cuaca kat sini suam-suam kuku... kecuali kat tempat pilihanraya kecil)

    ReplyDelete
  13. rupanya rumah kat atas bukit,rasa mendamaikan kalau duduk kat sini,macam tempat idaman di hati.

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Gedek, he he Yob, kedai takyah tutup, buat barter trade jer. Panas tu kat Merlimo!

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Joyiman, idok ler atas bukit, celah2 bukit jer...Alhamdulillah buleh wat tempat bersantai...kalau bukan musim sibuk!

    ReplyDelete