Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, March 1, 2011

Berpuluh Ribu Hadiri Pengebumian Erbakan - Alfatihah.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dalam suhu yang amat sejuk, beribu-ribu rakyat Turki dari jauh dan dekat menghadiri pengebumian bekas PM Erbakan yang meninggal pada hari Ahad. Tak tau ngape deme simpan lama jenazah arwah tapi sebab kononnya dia orang besor...semoga Allah ampuni arwah.

Jenazah beliau ditanam di Istanbul. Sepanjang jenazah dibawa ke tanah kuburan dan ketika ditanam, tak henti-henti ayat-ayat suci dibaca. Masa teman menaip ni (4:15pm waktu Turki), orang-orang besor sedang mengambus tanah dalam liang. Tak dpt nak tengok sangat melalui TV (TV gomen) sebab orang ramai bebenor.

Gambor atas dari Hurriyet Daily news.



Ni imej teman amik dari TV TRT Haber 'live'. Orang berhimpit-himpit, kamera TV pun tak leh dekat, imej amik dari jauh.


Kome intai dari jauh ler jerk.


Ni antara imej yang paling dekat yang dapat teman nengok. Masa ni dah dekat dengan liang. Antara yang hadir ialah Presiden Gul dan PM Erdogan. Al-Fatihah untuk Allahyarham.



Sejak 3-4 ari ni, kabus selubungi Kg Deredebi dan ujan renyai tak henti-henti. Ni gambor rumah sepupu Mr T terletak di belah kiri rumah dia.



Moh berkenalan dengan Kara Kiz. Pasa pe, tanya kome. Sebab teman nak citer teman buat kopi campur susu dia! Kena bagi penghargaan pada hewan yang bagi kita minum susu dia, Alhamdulillah!



Amik 3-4 sudu teh kopi gold classic! Itu yang ada dalam peti ais Kak Emine. Boh dalam gelas atau mug kegemaran kome.



Hah, ni susu Kara Kiz yang baru diperoh pagi tadi, ada lebih kurang 10 kg.



Susu tu dah masak dan masih panas, tapi dah diketepikan dari bahagian tengah soba, kalau tak dia buleh meruap dan melimpah. Cedok dan tuang dalam gelas tu...



Kendian boh bape banyak gula kome suker...



Pastu kaco,kaco, kaco, kaco...




Taraaaa...siap! Gelas diletak dekat tingkap berlatar belakang pokok epal dan pear... Meh minum kome!



Untuk lunch, Kak Emine masak kofte gunakan daging qurban Raya Haji lepas. Dia buat ni untuk layan teman, sebab dia tau teman ni pemakan daging! Kalau dia sorang memang tak masak ler. Sayang sungguh dia dengan adik dari Malaya nih!

16 comments:

  1. ermmmmmmmmmmmm afatihah kepada pemimpin muslim Turkey yg di guling kan,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Salam PO, Al-fatihah. Tapi dik kerana tu, benih2 Islamik tumbuh mekar sekarang. Erdogan dan Gul merupakan anak2 didik dia...semoga perjuangan Allayarham berterusan. Awak projek pe rini?

    ReplyDelete
  3. salam kak halima yg dihormati.. hakikatnya, beliau adalah pembawa sinar baru bagi Turki yang baru.. kembali kepada islam yang suci yang pernah mengangkat bangsa Turki yg digeruni suatu masa yang lalu.. al-fatihah..saya berdukacita atas pemergiannya..

    ReplyDelete
  4. hari ni macam macam projek hhahahaha,,,,,,,,

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Mad, Allahuakbar...ramainya orang datang ke Istanbul, deme bertakbir sepanjang jalan ke masjid Fetih...keranda diusung bersilih tangan! Sambil tu deme laung 'Mujahid Erbakan! Mujahid Erbakan!" Semangat tengok Yob! Ramai bekas2 Jeneral dan Jeneral pun mai!

    ReplyDelete
  6. Salam Yob PO, baguih ler tu...smoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. kak lima...

    fuhh...sekali perah dapat 10kg????masyukkk sungguh ye

    ReplyDelete
  8. alfatihah..kalo org yg baik..mesti ramai org kenang..

    akak..ape kabar?sihat?

    ceria selalu akak..:)

    ReplyDelete
  9. Salam...memang ramai...cuma yg tak bestnya ambik masa lama baru nak kebumi..kesian kat arwah.....ape2 pun memang best minum susu segar ni...kat sini ada bapak sedara yg bela lembu susu, dso tak le rasa terkilan sangat tengok kopi susu tu...hehehhee

    ReplyDelete
  10. Salam Ina, anggaran jer tu, mungkin 7-9kg, akak agak2 tengok saiz poyok. Deme tak jual susu, deme buat yoghurt tiap ari dan kekadang buat keju dan butter - makanan harian ni. Dan Kak Emine bagi yoghurt pada 3 orang anak bergilior2, tu yg tak jual...Alhamdulillah yg ni deme mewah!

    ReplyDelete
  11. Salam Yong Ceria, Alhamdulillah Yong sihat dan ceria...harap CiCeria pun gitu! Ya memang ramai sungguh rakyat ziarah dan iringi arway, keranda dia tak diusung tapi bergilior tangan sampai ke tanah wakaf baru ada yg bawa secara rasmi.

    ReplyDelete
  12. Salam Fadzli, tu yg terkilan jenazah disimpan 3 ari, mungkin nak tunggu pelawat asing atau bagi peluang pd penziarah jauh dan dekat. Memang sedap susu segor nih!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbt
    Pe kabor Yong? Ate lame bebenor teman idok bertanggak disini, paseinye teman idok le ngheti hei2 berkenaan Turki ni! Paling2 jauh, deme tu gemor minum kopi pahit tapi dikulum dan kumamnye kiub gula! Cayo dlm mulut le bahasenye. Aa tapi bila nyebut hei2 khalifah uthmaniyyah dan termasuklah Arwah Najmuddin Erbakan Mohamad, mmg agak peikak le sehingga semasa menjadi Timb. Perdana menteri pernah memangku PM berkuasa penuh mengejutkan dunia sehingga menawan Cyprus yg dikuasai oleh blok Barat sekitor 80an. Tapi tu sejarah yg dah berlalu.... Alfatihah

    ReplyDelete
  14. Apa kabar kakak?? Sihat ke...pergi majlis pengebumian tu ke?

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Tajnur, tima kasih sudi dtng lagi. Deme ni kekadang jer minum kopi (n3 cara masak kopi Turki tolong cari bulan Januari yaa), demo gemor bebenor teh pahit deme. Yg teman ingat dia digulingkan oleh tentera...masa Cyprus ditawan pun teman ingat gak. Ramai bebenor yg ziarah dia semalam...semoga arwah dirahmatiNya.

    ReplyDelete
  16. Salam Yong Zmah, Alhamdulillah sihat. Miker camner? Amboi kite di Laut Hitam...tak daya nak ke Istanbul. Pulak tu kalau pegi pun tak celus, org beratus ribu...lelaki semua, mana kite nak nyelit. Doakan utk dia jer...Alfatihah!

    ReplyDelete