Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, March 26, 2011

Majoriti Alu-alukan Wanita Bertudung Jadi MP di Turki...Fungsi Mutfak!

Gambor tahun 1999 tatkala Merve Kavakci diboo dan hiss dalam parlimen Turki.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Menurut satu kajiselidik yg dilakukan oleh MetroPOLL Strategic and Social Research Centre beribupejabat di Ankara, mendapati 78.1% responden mengalu-alukan wanita bertudung dibenarkan menjadi MP di Parlimen Turki! Manakala 19.5% menolak wanita bertudung dibenarkan jadi ahli parlimen.

Ide membenarkan wanita berhijab dibenarkan jadi MP di parlimen Turki timbul semula apabila sekumpulan wanita termasuk para wartawan, wakil-wakil dari NGO dan aktivis melancarkan inisiatif ini. Inisiatif ini mendesak wanita-wanita bertudung dibenarkan menjadi calon dalam PRU Jun ini dan diterima menjadi MP tanpa harrassment seperti yang pernah dialami oleh Merve Kavakci dalam tahun 1999. Inisiatif itu sendiri berbunyi : Kami Mahu MP Yang Berhijab! Tu dia aih!

Dalam lagi satu soalan kajiselidik tersebut, 48.3% kata akan memilih Parti AK yang dipimpin oleh PM Erdogan, 27.5% untuk parti CHP dan 11.7% akan mengundi MHP. CHP dan MHP merupakan 2 parti pembangkakng utama di Turki. 68.7% pulak berpendapat parti-parti pembangkang tak bape berjaya dan efektif dalam misi sebagai pembangkang.
Nampak gayanya parti PM Erdogan mungkin akan terus memerintah selepas PRU bulan Jun ni kalau diizinkanNya. Tapi dengor-dengornya Erdogan dah bosan jadi PM, dia nak jadi Presiden pulak. Elok tu, kalau lama sangat berkuasa, jadi mata duitan.

Selamat berkempen weh mengkome kat Turki. Kat Malaysia pun dah mula berkempen untuk PRU...dengan ceramah dan tayangan filem low-budget, in black n white!

Sumber dari Today's Zaman



Nak labun pasa mutfaklah ari ni. Ini mutfak, mutfak di Turki ler. Mende utama dalam mutfak antaranya ialah soba. Ni soba tradisional, yang warna coklat tu. Fungsi utamanya ialah ialah sebagai dapur dan juga pendiang, terutama di musim dingin.

Ni mutfak rumoh Mr T ya.



Fungsi mutfak di Turki - dia multi-purpose. Lazimnya ada soba, kabinet tempat simpan perkakas memasak dan pinggan-mangkok; ada 2-3 sofa-cum bed...ya sofa deme buleh ditarik dijadikan katil bujang bila perlu. Seperti bahagian lain rumoh, mesti ada carpet.



Of coz
...mutfak ni dapur, untuk memasak. Ni mutfak rumoh mertua dan Nevin. Nevin tengah kaco susu Fistig yang baru dia peroh sat tadi tu. Roti tu teman punya, teman suka roti bakor atas soba. Bila garing cepat-cepat sapu dengan butter, dari susu Fistig jugak. Tima kasih Fistig!



Lagi satu fungsi lazim, sebagai ruang makan - of coz again. Ni satu ari Ahad bila kuarga Tahsin datang dari Eregli (30 minit drive). Rajin Tahsin datang ujung minggu ziarah mak dia, sebab Kak Emine dok sorang. Mr T lepak kat Istanbul...memasing lone ranger. Teman pulak lone ranger kat Shah Alam. Strange kami ni... eh, eh lari tajuk pulak! Sori eh!



Tadi teman kata soba ni pun sebagai pendiang kan. Haa sebab dia mengeluarkan haba yang power, bila musim dingin idok ler ngetor dok dalam mutfak, memang hangat kat dapur ni. Kome buleh gak jemur satnika benda lembab bawoh dia cam kain, stokin, atau apa yang patut. Atau kome sangkut baju atau kain lembab tu kat kusi dan letak kusi tu dekat-dekat soba ni. Tapi kalau ada matahari, jemur kat luar ler.



Masa kat rumoh Kak Emine baru-baru ni, kami berdua tido kat mutfak. Tentu kome pelik. Tapi dah cam gitu adat deme, mutfak buleh buat tempat tido. Dapur deme bukan ada bau belacan, budu, tempoyak kome. Takder bau. Mende makanan deme simpan dalam peti ais atau pantry atau loteng atau stor. Lipas takder, lalat takder, nyamuk dan semut pun takder. Memalam dekat nak tido Kak Emine hangkut tilam dan selimut dari dalam bilik dia dan boh untuk teman. Kekadang teman tido atas sofa, dia tido bawoh. Kenapa tak tido dalam bilik tido? Kalau tido dalam bilik tido, kena pasang api soba dalam bilik, satu koje pulak! Sini dah hangat dan ada kemudahan. Kami hanya kuar dari mutfak bila nak ke bilik ayor, lalu kat koridor cepat-cepat sebab sejuk!



Bila sesapa datang rumoh kampong Turki, tempat yang mula dituju ialah mutfak, kecuali tetamu yang tak rapat hubungan kekeluargaan, deme gi salon. Mutfak ni nadi rumoh kampong Turki. Buat apa gi salon, bukan ada apa, kusi, meja dan...sejuk! (Kena pasang soba pulak).

Masa kuarga Tahsin datang ni, Sule memperagakan topi dan muffler yang mak dia baru kait. Berangan jadi model. Tapi Sule bercita-cita jadi doktor hewan.



Kat dalam mutfak buleh menari-nari tarian Karadeniz lagi. Kat sekolah deme diajor menari moden dan tradisional, ni tarian wilayah Laut Hitam.



Pepagi kul 9 (ha ha!) Sule solat subuh! Abang dia Ertugrul tolong bacakan beberapa surah. Dia sendiri miss subuh ari tu! Teman dan Kak Emine pun solat sini sepanjang musim sejuk tu.



Kat sini gak tempat menyiapkan menu atau proses makanan. Kat dapur mertua masa ni Nevin tengah canai boreq, nak buat roti gulung. Nanti entry pasa roti gulung ni teman buat lain ya.



Kekadang anak dara Tahsin ni mau nolong buat koje. Ni dia tolong nenek-nenek dia pecahkan tempurung hazelnut. Hazelnut ni untuk teman bawok balik Malaysia. Tapi sebelum tu banyok yang dah kami pecahkan guna mesin, ada yang degil tak mau pecah, tu yang Sule ketuk dengan batu.



Bila deme bosan, Ertugrul akan bergasak dengan adik dia. Deme berguro kasor! Dihentak-hentak kepala adik kat bantal. Adik menjerit, abang lagi suke!



Ada masa bila Sule naik hangin, dia bagi sedas penampor kat muka tembam abang dia...nangis budak tuh! Masa tu nanti mak deme masuk campor. Tahsin kekadang malas nak layan bila anak-anak dia beramuk cam ni.



Mertua tengah kusyuk nengok TV. Siri kegemaran dia, program cari jodoh. Bantal tu untuk dakap-dakap sambil baring atau untuk digunakan kalau ada sesapa tido kat situ memalam.



Bila dah kenyang, buleh dok lepak guro-guro antara pak sedara dengan anak sedara. Tahsin sedang bermain dengan Mursel, anak Ilker. Adik Tahsin, Alper, sedang minum cay panas. Dia tengah berdiang sambil-sambil tu.



Dah lama Tahsin takder baby. Ni praktis kot, sebab isteri dia nak melahirkan anak yang ketiga musim panas nanti, InsyaAllah.



Kat mutfak baby buleh rolling-rolling. Tapi memula kena bentang kain dulu, takut habuk. Mursel baru belajor meniarap...



Miker tengok apa tu Mursel? Jangan selak skirt Helime Baba Anne ya. Baba Anne merujuk pada nenek kepada bapak, Ana Anne merujuk kepada nenek belah emak. Mursel ni kira cucu sedara tiri teman ler. Bapak dia Ilker tu anak sedara Mr T. Teman ni kan mak sedara tiri pada Ilker.



Gitulah labun pasa fungsi mutfak. Lokasi yang paling meriah dan happening di rumoh kampong di Kg Deredebi. Meh join teman kahvalti pulok...

31 comments:

  1. suka dengar pasal jasa fistig tu..
    hehe..
    best nye mcm2 blh buat..

    ReplyDelete
  2. Salam Kiut, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, lembu mati meninggalkan butter...tak gitu?

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    kalau mp wanita dan isteri2 menteri islam kita pakai tudung semuanya alangkah bagusnya..mutfak deme mcm dry kitchen kita la kut ya..suka tengok dapo deme kemas je..tersusun cantik, boleh bentang karpet lagi..bestnya kalau dapat dok kat sofa biru tepi tingkap tu smbil makan roti bakar + cay smbil ngadap tv..

    ReplyDelete
  4. Salam Yong Asma, begitulah seeloknya, tp isteri2 menteri
    yang tak dpt jd teladan pd rakyat masalahnya. Tak tau ler dry atau wet kitchen tp cam tu semua dapur deme, seragam kat memana pun. Kat sofa biru tu ler akak selalu dok sambil nengok TV dan ya...sambil minum cay atau hot chocolate dan makan hazelnuts atau walnuts!

    ReplyDelete
  5. yong... dengar citer sangkut kat istanbul, ape ke heyy nyer... eerr kim salam kat gadis2 istanbul yee ha3

    ReplyDelete
  6. Kalau kecergasan bertukar menjadi 'lembab', boleh sangkot atas soba, tak?

    Haha!

    ReplyDelete
  7. meriah sungguh kak! kat Malaysia dapur meriah bila time nak masak n nak makan jer... hehe

    ReplyDelete
  8. Salam sayang Kak Halima, Terkeliurnya dgr hazelnut tu dan Bestnya tgk dapur yg multipurpose tu. Meriah betul family akak dan Mr. T kat sana ya. Yg budak2 tu pun semuanya comel2. Bila baca blog akak je, mesti terasa nak gi sana juga.

    ReplyDelete
  9. Salam Ustaz,
    Memang sangkut kat sana, lebih kurang 2 bulan. Atau ustaz refer masa kapalterbng tak buleh landing? Gadis2 Istanbul tak main kim salam, depa kena terus masuk meminang!

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Gedek, buleh jer sangkut kat soba tu, sampai hangit!

    ReplyDelete
  11. Salam Ali,Memang meriah tambah kalau ada pompuan lebih dari 2 orang, cam kapal dari Kerala nak karam!

    ReplyDelete
  12. Salam Kaz, mana tak meriah deme jenis suka berlabun dan bebudaknyer jenis asyik menjerit! Ada rezki nanti sampai ler Kaz ke Turki nanti!

    ReplyDelete
  13. salam k halima,
    kirenye dapur ni dah jadi macam ruang keluarga berlepak la kan? best gak.. kalau dapur selalu berasap best gak nak berlepak. sekarang tv kat ruang tamu je yg berasap. sume berkumpul kat situ. heheh.

    ReplyDelete
  14. Kira luas juga dapur kat sana ye,siap ada sofa lagi,boleh lepak-lepak satu keluarga.Kalau deme makan belacan gerenti tak lepak kat dapur kot.

    ReplyDelete
  15. seronok nyaaaaaaa baca semua..

    dapur takde bau..? sebab sana sejuk kan.. ya tak ya, tak de budu, belacan, tempoyak..

    sule tu comey betol.. kena penampar jgk abangnya... hahaa, kesian..

    rotu boreq.. roti boreq.. semua nya sedap..

    ReplyDelete
  16. spesel plk muftak tu ye.. cantik pulak tuu..

    seghonok ikut pekembangan politik Turki..haghap nasib insan spt merve kavakci tidak berulang lagi.. dan harap juga parti yg memerintah kini terus kekal memerintah dgn cemerlang..

    err.. tang video black/white tu yg teman tak lalu nok dengor tu hihihi..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Kak Halima....
    Alhamdulillah...moge Islam kembali bersinar dengan gemilang dibumi Turki....... ini salah satu langkah awei Islam nak naik balik kat Turki....yang tak nak bende ni berlaku....si amenoapko je....opppss silap kite ceghite pasei Turki sebenonye kan???.....kan???
    Roti gulong tu...sikit lagi je udah nak same beso dgn gebor anak awok....kekekek

    ReplyDelete
  18. Salam kak Halima

    Perkembangan yang baik di Turki tu, moga satu lagi tuntutan Islam dapat ditegakkan.

    Comel2nya budak2 tu kak, nak cubit rasa pipi Mursel tu.

    Meriahnya dapor kat Turki,serbaguna, seronok benor lepak2 kat situ kan kak.

    ReplyDelete
  19. comel n lawo2 budak2 Turki ni...geram nengok dak kecik tuh

    bab kahvalti yg tak tahan nengok.....

    ReplyDelete
  20. Suka lah tengok gambar pelbagai variasi cerita..
    Kak yong di mana sekarang? Masih di Perak ke?

    ReplyDelete
  21. Salam Dyanna, kira dapur dioranng can sitting-room utk keluarga. Ramai kuarga boh tv di sini sbb deme selalu lepak kat sini sbb panas.

    ReplyDelete
  22. Salam Yob Joyiman, ha'ah besor sikit dr dapur kita sbb deme buat sitting-room. Sib baik deme tak makan belacan!

    ReplyDelete
  23. Salam Yong Mulan, ha'ah dapor deme tak bau, takder benda yg bawa bau, paling masam pun bau yoghurt tp deme simpan dlm peti ais. Bulehlah nak kat Sule tu comey, buleh buat menantu! Nanti akak buat entry pasa roti boreq tu ya.

    ReplyDelete
  24. salaam..
    kak, bila nak ada entry baru..? kak ada kat kg ke?

    ReplyDelete
  25. Salam Yob Mad, ni akak reply komen dlm ketapi ni, kat kg takder connection Maxis. Yaa dapur deme ni mmg spesel dan menarik. Tang perkembangan politik Islam deme pun mengujakan, semoga menjadi lebih sihat , InsyaAllah. Ater kan industri perfileman kita ni tak semeriah di Hollywodd dan Bollywood, jadi perlu ada persaingan dr filem small-budget filem prono, walaupun merapu tahap cipan!

    ReplyDelete
  26. Salam Yob Shahril, ni akak reply komen dlm KTM. Ya, kita doakan perkembangan politik berteraskan Islam rancak dan sihat bkn saja di Turki tp di Malaysia! Tang roti tu, ye ke besor blanket baby Yob, ha ha ha!

    ReplyDelete
  27. Salam Yong Ummiross, komen balas dr KTM. Ha ha memang meriah dapur kami kat sana. Sule tu mmg tembam sikit pipi dia tp pipi abang lagi tembam cam apa. Ya kita doakan supaYA politik Islam berkembang di merata dunia, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  28. Salam Yong Ina, tentulah anak2 deme comey2 sebab nenek tiri pun comey! He he! jahatnya nenek tiri deme ni! Tang kahvalti tu tengok jer ler, tak dpt Yong nak antor baunyer, tnegok gambor jer ler!

    ReplyDelete
  29. Salam Yong Zmah, ya akak masih di Perak semalam tp ari i dah balik Shah Alam, reply komen ni dlm KTM!

    ReplyDelete
  30. Salam Asma, akak reply komen ni dlm KTM (pagi jumaat ni). Cuti 6 ari kat kampong. Cuti? Tapi bila pulak akak keja eh?

    ReplyDelete
  31. cikgu bawak balik x sume ni untuk saye....??
    *kui kui kui.. tetiber.. :p

    ReplyDelete