Militan PKK sedang meronda di sempadan Iraq. Gambor dari Zaman Daily News
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Laporan intelligence (MIT) yang dibentangkan di National Security Council Turki mendedahkan pertubuhan Parti Pekerja Kurdish atau PKK (sebutnya Pey Ka Ka) yang diharamkan telah membuat perhubungan baru dengan negeri Yahudi Israel. Laporan itu turut mengemukakan rancangan PKK untuk menganjurkan serhildan, bermaksud 'uprising' atau Intifada, dalam Bahasa Kurdish. Serhildan ini akan dianjurkan di musim bunga menjelang kempen pilihanraya umum Turki dalam bulan Jun.
Yahudi Israel meningkatkan hubungannya dengan kumpulan PKK ni sebagai balasan akan tindakan PM Erdogan menemui pihak Hizbullah di Lubnan baru-baru ni. PKK jugak bimbang undi pada calon BDP yang dianggotai oleh orang Kurdish akan merosot, jadi tu yang deme mansuhkan genjatan senjata baru-baru ni. Deme bimbang orang keturunan Kurdish akan memilih calon dari Parti AK di bawah pimpinan Erdogan.
PKK merancang untuk mengadakan siri demo dan pertempuran berterusan di wilayah tenggara dan timur Turki yang dihuni ramai bangsa Kurdish. Laporan itu turut menyebut beberapa orang militan PKK yang diwawancara mengaku deme telah menerima latihan dari pihak MOSSAD. PKK dan pihak Yahudi turut bekerjasama dalam serangan flotilla bantuan ke Gaza tahun lepas.
Jadi dalam beberapa bulan nanti kalau kome dengor banyak demo dan bom sana-sinun di Turki ni, semua adalah koje Yahudi dan PKK. Selamat berkempen ya Turkiye!
Sempena Hari Wanita baru-baru ni, err sebenornya teman pun tak tau bila Hari Wanita ni, teman nak fokus N3 kali ni akan pengorbanan dan dayausaha wanita-wanita di Kampong Deridebi. Teman dah jenuh nengok deme ni beberapa tahun. Paling lama teman dok kampong ni dekat sebulan. Lawatan yang ni pun dekat sebulan.
Orang pompuan kampong Turki ni antara yang terkuat dalam dunia. No kidding! Ni nak citer rutin harian dalam musim sejuk jer. Kalau teman labun koje dalam musim bunga dan panas, letih dengornya kome!
Contohnya pagi tadi, Kak Emine dah mula bertugas kul 6:30 am. Dia bawok kuar mesin churn buat butter. Teman yang masih berlengkor dengor mesin 'rowwwrrr...rooowrrr...!' Tak bulih jadi, kena bangun. Kami tido kat dapor, aktiviti banyok buat kat dapor, jadi sini tempat paling bising!
Camner dia buat butter, lain N3 teman citer. Tu kat atas gambor Kak Emine kuar nak gi rumoh lembu pulak ada appointment pagi dengan Kara Kiz dan anak-anak dia. Si Freelance memola minta makan kat pintu.
Sebesen epal ni bukan nak buah sirap ke atau jem, tapi untuk Kara Kiz dan anak-anak dia.
Ni Muharrem nama dia, cucu Kara Kiz.
Tugas harian - pagi dan petang - Kak Emine dan Nevin ialah meramas tetek - tetek Kara Kiz dan tetek Fistig bagi Nevin. Sori arrr... gambor tak sensor. Harap tak diban oleh memana pihak nanti. Pas memeroh susu deme ni, balik rumoh kena tapis, masak dan buat yoghurt dengan susu ni. Ada harinya buat keju, ayran atau butter cam ari ni.
Selain dari tu, kena bagi lembu ni makan, minum dan bawok jenjalan ke sunga atau bukit.
Err...ni bukan pompuan kuat, ajernyer menyibuk sekali-sekala dalam setahun.
Kekadang pompuan kampong Turki ni deme buat roti sendiri. Roti ni standard size deme, tahan ler 2-4 ari, ikut bape ramai yang makan. Roti yang dibeli pun ada. Tapi yang deme masak ni spesel rasa dia. Ater teman idok ler panda muatnyer, amik gambor buleh ler. Ni roti yang Kak Emine bakor semalam.
Pompuan kampong ni jugak menyimpan satnika bahan makanan, antaranya labu. Berminggu tahan buah ni deme dok peram merata. Kak Emine simpan bawoh tangga. Ada gak yang dekat stor kayu api teman nampak.
Kekacang pun deme sorok. Ni seguni buah ceviz atau walnut dalam bahasa omputeh. Kalau dapat kat Chipmunks, abihhh! Hazelnut pun ada tapi sebab banyok, disimpan dalam stor. Kestane atau buah berangan kena simpan dalam freezer sebab kalau di luor, dia berulat.
Untuk buah-buahan seperti epal deme sorok dalam stor, balkon atau cam mertua, deme sorok bawoh rimbunan daun kat kebun sayur deme. Gambor atas ni nama dia Emine gak, isteri pada sepupu Mr T. Buah epal dia simpan ni manis sungguh. Tu dalam buntil/guni tu semua bahan makanan.
Bab buah-buah dijeruk, dibuat sirap, jem, dikering dan lain-lain tak masuk lagi ni.
Balik dari gi kebun sayur (Kak Emine dan Nevin ada kebun jagung dan kebun sayur di tepi sunga, 200 meter dari rumoh), deme kena memasok pulak. Gambor menunjukkan Nevin sedang garut keju kesy boh dalam makarna atau pasta tiub. Deme tak tau cara lain makan pasta ni selain dengan cheese...adeiiii!
Selain roti, sekali-sekala deme buat boreq atau roti gulung. Yang ni kena uli dan canai jadi nipis, pastu di boh inti, daging ke, kentang ke, keju ke, dan digulung, pastu dibakor. Buat 2 dulang buleh makan 3-4 ari!
Kekadang kena bawok balik lembu dari padang kat sunga. Nampak tu mertua pegang pinggang, sakit pingganglah tu.
Ada masa deme buat keju dengan susu yang deme peroh tu.
Pagi tadi pas buat butter, lebihan ayor butter tu kena masak pulak dijadikan ayran. Ayran ni ayor masam untuk minum masa lunch dan dinner. Orang kita mesti tak suka rasa dia sebab rasa susu basi. Bagus ayor ni, bakteria dia bagus untuk perut.
Nilah butter yang dapat dikaut dari mesin butter pagi tadi.
Teman pun bakor roti atas soba dan disapu dengan butter baru. Sedap nar, tak masin cam butter kat supermarket tu.
Ari ni Kak Emine, Nevin dan mertua gi kilang ayam berdekatan amik baja taik ayam utuk ditabur kat kebun jagung. Deme koje 4-5 jam dalam suhu paras beku, ditimpa salji lagi; nasib baik baru sesikit pagi tadi ni. Sian kat deme, teman pun tak sanggup bersejuk sampai sejam. Semua deme buat ni untuk anak-laki makan (bukan anak-bini taw...). Pas lunch dan solat, deme sambung koje sampai kul 4 pm, sebab nak solat dan urus lembu makan petang pulak.
Ni teman ada buleh tolong hangkut kayu api dari bawoh naik rumoh, jaga api soba supaya tak padam; pasang boiler supaya ada ayor panas untuk mandi...tolong ringankan tugas Kak Emine.
Musim bunga dan musim panas banyok lagi tugas deme. Kekadang nak nitis ayor mata teman nengok ibu-ibu ni buat koje berat hasilkan makanan untuk kuarga. Takder teman nampak pompuan kampong ni yang dok relaks...sentiasa berkoje deme ni..., kecuali pompuan dari Malaya ni.
Allah berkati semua usaha ibu-ibu kita dan wanita yang berusaha untuk kuarga deme!
P.S Ada yang komen kat bawoh ni tanya, pompuan Turki kalau nak bukak tutup cili sos, deme minta suami bukak atau deme bukak sendiri? Dan teman bagi senario gini - Nevin, Kak Emine dan menantu dia Zuleyha (umur 35 thn) buleh tanggung seguni hazelnut berat 70 kg atas belakang deme. Berat badan teman 56 kg. Sapa jantan-jantan kat sini buleh hangkut guni 70 kg atas belakang dia dan jalan 10 meter ke...angkat tangan!

wah! mereka adalah contoh wanita yang kental dan sanggup berkorban demi keluarga tercinta.
ReplyDeletesaya terharu bila dengar tentang cerita wanita yang sanggup berkorban dan susahkan diri sendiri untuk orang-orang tersayang..
yes wanita is the best hahahhahaha
ReplyDeletewalnut/ceviz tu segoni..!!! kalau kat sini mau beratus2 dah rege nya...
ReplyDeleteepal fresh, susu, butter, cheese dll bagai... semua fresh from the ladang..!! semua bikin sendiri.. seronok nya kalau dapat selongkar dapor depa tu... macam2 ada...
camna ropa roti boreq tu lepas masak ek yong.. macam metabak golong kot.. gerenti sedap tu..
Suatu hari tu bini teman hogoh badan teman masa teman tengah megholoh lepaih asor.
ReplyDelete"Bang bang, bangkit bang!"
"hah? apa keheinya? ghomoh tebako ke? Kata teman dalam keadaan kelemayo.
"Idak aih! ni ha! tutup cili sos ni ketat beno! cer tolong bukak kejap aih! Mee goreng ataih dapor tu! kaghang ghentong pulok!" Kata bini teman sambil nyeghogen.
Lepaih nolong bukak tudung cili sos tu kepala teman ghaser condong ghoyong pasei bangkit tekejut.
oghang pempuan Turki nyuruh laki deme bukak tudung sos cili atau deme buat sendighi Yong? hih hih hih!
Kagum ummiross dengan kegigihan dan kegagahan mereka,sekalung tahniah. Agaknya makanan berkhasiat,tanpa pengawet, fresh dari ladang lagi,membuatkan mereka begitu bertenaga.
ReplyDeleteEh! Ada gambar tetek! Sepatotnya entry ni kena letang rating 18SX !!
ReplyDeleteSalam Cik Sue, deme ni mmg kena wat koje ni semua. Ca, org Melayu dulu2, anak dari tak buleh kawin kalau tak pandai msk nasik, deme ni kena pandai semua. Kraftangan pun buleh! Bila dah tak lalu berjalan baru deme tak koje.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob PU, yesss...tu sebab awak kawin dgn pompuan bkn dgn jantan!
ReplyDeleteSalam Yong Mulan, tulah, deme simpan makanan yg mahal2 tapi deme dpt free atau dr tulang 4 kerat deme. Nanti teman selongkor pantry Kak Emine yek.
ReplyDeleteComing entry akak tulis pasal boreq gulung tu yek.
Salam Yob Sniper, panjangnyer dia nak buat contoh. Gini Yob, Nevin, Kak Emine dan menantu dia Zuleyha buleh tanggung atas belakang deme seguni hazelnut 70 kg. Tak mohong! Berat badan akak 55 kg. Kalau takat nak bukak tutup tomato sos tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummiross,bukan sebab makanan jer tapi akak ingat sebab dah buat koje ni sejak remaja.
ReplyDeleteSalam Yob Gedek, tulah akak patut boh x-rated kat tajuk entry ni.
ReplyDeletehahahhahahahhahahaha
ReplyDeleteSalam Yob PO, sonok sakan nampak...
ReplyDeleteSalam akak, fuyoo salute la kat pompuan Turki, xder nak nyusahkan suami pun.. buleh aje buat koje sendiri semuanya... kalau kat M'sia ni skit2 suruh suami buat, suami xbuat merajuk laghi balik umah omak tak pun lapor kat Pejabat Agama... hehe... faktor pemakanan mungkin salah satu sebab yg menyebabkan pompuan2 Turki ni begitu bertenaga... xpayah minum kacip fatimah pun...
ReplyDeleteAiseyy.. makin terliur nengok keju, butter n roti segar terbaik dari ladang tu...
kak halima yg saya hormati..
ReplyDeletemenarik sungguh n3 dua dalam satu kak halima ni..saya suka !
fitrah manusia memang ada kanan dan kiri..malang betul apabila umat Islam lebih percaya kepada golongan kafir berbanding saudara Islamnya sendiri.. Yahudi laknatullah sentiasa bijak menghidu peluang..
teman bertuah kerana memiliki isteri yg gagah..bila saya sakit..dgn mudah dia papah hihihi
ReplyDeleteSalam Cikgu Nuzhah, ada faktor sejarah, zaman dulu2 org laki gi berperang berbulan2, kuarga yg tinggal kna idup sndiri dan usaha sndri, kedai pun jauh. Faktor makanan pun betoi, deme bnyk mkn bahan tenusu, tu yg tulang kuat tu! Aisey, mmg sedap makanan asli deme ni cikgu!
ReplyDeleteSalam Yob Mad, teman pikior pembaca dan follower akak 50-50 jantina, jd konten n3 kena penuhi kedua2 gender.Yahudi mmg dajal kat memana, kita kena hati2 yak! (Tiru stail bahasa Yob tu). Alaa Yob, ada gak isteri tercinta yg tolong papah bila sakit, kot takder bini, terbongkakng sorang. Jadilah ada teman buat memicit kepala bila sakit penin yak!
ReplyDelete