Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PM Turki Tayyip Erdogan menyelar negara-negara Barat kerana perspektif yang berbeza dalam mengendalikan isu demokrasi. Beliau berkata di sesetengah negara dan wilayah demokrasi dilihat sebagai hak yang diwarisi manakala di wilayah lain sebagai hak yang harus diberi. Beliau menganggap ini satu diskriminasi, ketika berucap dalam satu pertemuan mengenai kesamaan gender di Istanbul.
Beliau memberi contoh di Tunisia, Mesir, Bahrain dan Libya sedang mengahadapi kacau-bilau; dan pada masa yang sama pihak regim Yahudi sedang mengebom Gaza dan Palestin dan sekali lagi wanita, kekanak dan orang awam menjadi mangsa.
"Pesawat Turki dan tentera Turki tidak akan melepaskan bom dan peluru ke atas saudara-saudara kita di Libya," jelas Erdogan lagi.
Erdogan turut menambah Turki tidak mahu apa yang dialami di Iraq berulang di Libya.
"Kita mahu semua pihak melihat Libya dengan rasa kesedaran insaniah dan bukan dalam konteks ekonomi semata - minyak" tambahnya lagi.
Beliau turut menyindir bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah bersikap tidak ikhlas bila berurusan dengan Turki, namun Turki tetap akan menyusur ke arah kesatuan dengan tabah.
Turki telah memenuhi banyak kriteria yang digariskan oleh EU dan menyebut banyak negara-negara dalam EU sendiri tidak mencapai standard yang dimiliki oleh Turki.
Beliau menjelaskan Turki adalahah negara yang majoriti penduduknya Islam dan menyelar EU kerana ingin menjadikannya sebuah kelab Kristian. Untuk rekod, Turki adalah anggota NATO.
Never trust these Kafiruns!
Sumber dari Today's Zaman
Lagi seminggu visa teman nak tamat, teman bersiap nak balik Istanbul. Bungkuih segala reta karun dan satnika biji benih dan kekacang. Memula teman nak balik sorang tapi Kak Emine kata, "Kita gi sama-sama." Rosak program teman!
Bila Kak Emine kata nak ikut teman balik Istanbul, Tahsin, anak sulung pun offer nak drive. Bukan sebab dia tak boleh antor teman, tapi kalau teman sorang teman pun kata tak payah, teman tau balik naik bas. Tapi dah ada 2 orang ibu ni, berbaloi dia antor, apa lagi dengan satnika bundut nak hangkut. Kalau Kak Emine sorang, memang dia tak tau naik bas gi memana. Silap-silap bas, terus gi Greece!
Sedih pulak tinggalkan Kara Bayan Hanim dok berdiri sorang kat situ...
Malam sabtu Tahsin tidor rumoh mak dia supaya senang. Dan adik bongsu dia, Alper Talip pun ngikut sama. Ada urusanlah tu. Bila teman datang ke Laut Hitam 4 minggu dulu, teman bawok satu beg baju dan satu beg plastik. Ni dah ada 4-5 beg dan bundut! Dengan hazelnutnya, walnutnya, yoghurt, keju, hazelnut tak berkupas pun ada, dari mertua. Mak oiii berat belaka, sib baik naik keta!
Sebelum bertolak, berpeluk dan berdakap dengan Nevin, mertua dan jumpa Karabas. Karabas datang tengok...telinga dia turun lagi. Selamat tinggal Karabas. Jaga rumoh dan ladang leklok tau!
Tahsin yang berkoje sebagai jurutera mekanikal di bandar Eregli memandu sepanjang perjalanan 3 jam tu. Dia dengan adik dia Alper bercerita sepanjang jalan. Kekadang teman join sekali kalau faham apa deme sembang atau bila ada apa-apa yang teman nak tau. Deme rajin melayan teman. Tahsin ada 2 orang anak, Ertugrul dan Sule, dan another one is on the way, InsyaAllah.
Alper Talip yang koje mengurus mesin seperti back-hoe digger Mr T umpama supervisor. Dia uruskan isu sewa mesin ni sepanjang ketiadaan Mr T. Alper tinggal di bandar Akcakoca dan ada 2 orang anak, Zeynep dan Bahrican.
Sepanjang perjalanan terutama bila menempuh Duzce, salji masih memutih meliputi kawasan ni. Ni satu tempat yang tak jauh dari rumoh anak sedara mertua teman. Teman tanya pokok apa tu dekat pondok tu. Alper jawab untuk buat bahan binaan.
Sebahagian kawasan bukit yang dipenuhi ladang hazelnut. Dulu-dulu ni hutan, kata Tahsin. Duzce kawasan yang berbukit-bukit dan ada hutan, tapi banyak kawasannya dah diteroka untuk buat kampong dan ladang berpuluh tahun dulu.
Di kiri-kanan jalan masih banyak salji. Tu sebab Tahsin dan Alper kena pakai shades. Silau gak mata kalau tak paka!
Sebuah rumoh kampong dan ladang hazelnut.
Kuar jer dari wilayah Duzce, dah takder salji. Ada sesikit jer kat tepi-tepi jalan dan tepi rumoh orang. Sampai Gebze tengah hari. Lagi sorang anak Kak Emine ialah Asim, koje System Analyst, tinggal di Gebze. Tahsin dan Alper calling-calling dia bertanyakan tempat mesin excavator. Ropanya deme dua beradik ni nak gi usyar excavator yang Baba deme suruh beli.
Memanjat ler deme ni inspect mende ni. Kak Emine dengan teman dok perati dari dalam keta. Ni mesti pelaburan terbaru Mr T. Pas 30 minit deme masuk keta semula. Kami gi Gebze amik Asim.
Di Gebze, kami gi satu tempat bawok barang antor ke kedai. Deme 3 beradik hangkut barang tu. Kami dok lagi dalam keta. Teman bosan dok dalam keta, mula nyongket tengok-tengok sekitar. Ada sebuah rumoh kosong. Ada kucing kat luor tengah makan ubat. Teman pun amik gambor dia. Dia jegih kat teman!
Pas 40 minit Tahsin dan adik-adik dia balik semula. Asim yang belah kanan tu. 3 beradik ni chaperon mak-mak deme ke Istanbul, lagi 50 minit perjalanan.
Back to Basaksehir, Istanbul. Tu dia aih, terang benderang coca. Coca cam ni deme suka...ceria dan nyaman. Sampai apartment dah kul 1:30pm. Kak Emine kalut goreng telur dan bancuh yoghurt manis. Dia jamu 3 anak lelaki dia makan dengan roti yang kami baru beli tadi. Isyyy teman tak amik gambor masa ada 3 beradik ni. Masa deme makan (teman kata makan dulu, tak lapor), teman gi bilik ayor amik wudhu. Bila teman kuar, bebudok ni dah takder.
"Cocuklar nerede?" teman tanya Kak Emine. Dah balik, dia jawab. Ingatkan deme tido rumoh. Sebenornya deme bergegas pasal urusan nak beli excavator. Hmm...memang buleh diharap anak-anak Mr T ni masa Baba deme tak der. Tapi pastu dengor Tahsin ketuk pintu. Dia nak ucap selamat jalan kat teman, sebab nanti tak jumpa lagi. Dia bersalam dan cium tangan.
Tinggallah teman dengan Kak Emine berdua-duaan sepanjang seminggu lagi teman di Turki. Esoknya pagi Ahad teman ajak Kak Emine gi pasar Ahad, naik van free. Antara mende yang teman beli ialah sarung tangan untuk anak-anak sorang kawan blogger, dan strawberi.
Ni kahvalti kami. Sepanjang kami berdua di Basaksehir, Kak Emine banyak memasak dari teman. Teman hanya kemas apartment sesikit. Kekadang kami gi nyongket ke Istanbul. Tu Kak Emine suker bebenor!
yum yum,,,, like this n3..
ReplyDeleteSalam Yob PO, strowberinya sodap Jang!
ReplyDeletewah..
ReplyDeletejangan telajak sampai tamat visa ye..
kang lain jd nye..
hehe..
Salam Kiut, mana de terlajak, selalu check passport. Nanti ada peraturan baru, visa-free Turki-Malaysia samapi 90 ari!Buleh akak lepak lama lagi, kalau tak kebulur sambal belacan ler...
ReplyDeleteSalam kak halima..
ReplyDeletekalu nak sengih sorang2 sy dtg blog ni..hehe
seronot betul bc celoteh akak..
kak halima yg dihormati..
ReplyDeletekate di deme la to..AS tu udoh terdesok beno nakkan minyok.. tu yg ditutuhnya libya ta..OIC buat bodo je yak.. mujo ada Turki ngan Iran yg bersoghe..tp, takat besoghe je..idok juge gunenye yak kak..
err..oghang ghumoh teman kirim salam dan ode ABC salji sekilo kihkihkih..
Salam Cikgu Wan, ada ke org nampak cikgu sengih sensorang tuh? Cenderajantung utk cikgu tunggu minggu depan naa.
ReplyDeleteSalam Yob Mad, US memang selalu bulur minyak. OIC pun bawoh telunjuk US, kalau tak awat duduk2 dan tengok2 jerk. Tulah nama Turki dah naik sekarang, yg lain tak leh harap! Waalaikumsalam dari akak pd Fuzjee. Nak boh kacang apa kat ABC tu Yob?
ReplyDeleteSalam kak
ReplyDeleteKalau ingatkan AS dan sekutunya memang sakithati geram sangat2...
waa dah ada teman nyongket ya kak, banyak ke 'sopin' kak?
Salam Yong Ummiross, True, memang geram dan sakit ati, sesuka ati deme ceroboh dan bom negara org, tak bertamadun! Err dalam seminggu tu ada akak bawok dia nyongket 2-3 kali. Kalau akak tak bawok memang Kak Emine terperuk di rumoh, tak pandai dia jalan sorang. Ada ler sesikit akak nyoping tu. Dia pun tolong bargain!
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletelama tak nyinggah sini. ater dah berada di bumi malaya tercinta ye..harap2 kak sehat sejahtera sentiasa. selepas ni ke mana pulak plan nyongket cuti2 msia..?
Salam.....uih udoh nak bali ye....ate namti teman rindu nak nengok gambo2 cantik2 dari Turki....rasa dame je....macam kat kampung teman je rase ( macam le kampung teman ade salji )hehehe...dah lame nak tanye, turki bermazhab ape..???
ReplyDeleteSalam Asma, Alhamdulillah akak sihat. Miker camner? Plannyer nak balik kampong dulu, makan doyan!
ReplyDeleteSalam Fadzli, isyyy akak dah balik ni. Ater gambor buleh dibubuh bila2 masa pun. Banyak gambor tak kuar lagi nih. Hah deme ni bermazhab Hanafi...buleh sentuh anjin, tak makan seafood kecuali ikan, bersentuh kulit antara laki dan pompuan bila ada wudhu tak batal ...
ReplyDelete