Moh Kite Follow Sesame...

Friday, December 17, 2010

"Semua Rakyat Turki First Class Citizen" PM Erdogan

Salah satu pantomin mengenang tragedi Karbala di Halkali, Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Selamat menyambut hari Assyura. Di Malaysia perayaan Assyura diraikan dengan berpuasa sunat dan ada yang menyambutnya dengan menyediakan sejenis makanan bernama bubur Assyura. Ngapa bubur ni dimasak dalam bulan ni, teman kurang pasti tapi ada kaitan dengan peristiwa Nabi Allah Noh AS, tak gitu kome?

Di Turki deme pun ada membuat bubur Assyura ni tapi bubur deme dimasak campor satnika buah kering seperti kismis dan buah tin; dan kekacang seperti kacang putih, hazelnut, walnut. Ada yang tabur butiran buah delima dalam mangkok sebagai hiasan. Kita punya berdaging dan berempah, deme punya manis, Ya Rabbii!

Dalam akhbar Today's Zaman (17hb Disember 2010), PM Recep Tayib Erdogan dilaporkan sebagai Perdana Menteri Turki yang pertama menghadirkan diri dalam majlis memperingati tragedi Karbala yang dianjurkan oleh masyarakat Jafaris atau Syiah di daerah Halkali, Istanbul. Beliau tiba di Medan Asure yang dihadiri oleh beribu-ribu pengikut Syiah yang berpakaian hitam kerana berkabung mengingati kejadian pembunuhan Imam Hussein dan 72 orang pengikutnya di Karbala dalam tahun 680M.

"Kita merasakan kepedihan tragedi ini selama 1,370 tahun. Kita rasa kesedihan bila ada rakyat kita yang tak berdosa mati terbunuh," Erdogan memulakan ucapannya. Erdogan turut menegaskan sebarang masalah yang dihadapi oleh semua penganut di dalam negara Turki adalah masalah beliau.

Menyentuh akan konflik antara pengikut Alevi dan Syiah dengan golongan Sunni, Erdogan menyebut kejadian-kejadian seumpama adalah provokasi.
"Ini negara kita; tanah ini semua tanah kita; budaya dan peradaban ini semua kita punya. Tiada golongan boleh mendakwa dia lebih baik dari yang lain. Kita semua adalah rakyat First Class di negara ini. Kita mesti menangani masalah yang wujud melalui perbincangan," jelas beliau.

Dalam ucapan beliau itu lagi, Erdogan menekankan isu budaya dan agama yang berlainan di Turki akan dihadapi secara bersama melalui dialog dan konsultasi. Ketua masyarakat Jafaris mengalu-alukan kehadiran Erdogan dan menganggap kehadiran Erdogan ini penting dan bermakna. Beliau mengucapkan terima kasih pada Perdana Menteri dan menyebut inilah pertama kali Perdana Menteri Turki menghadirikan diri dalam perayaan memperingati peristiwa Karbala ini.

Hmm...kat Malaysia tanah, ayor, sungai, hutan, pasior semua deme punya. Rakyat terkulat-kulat, meleleh ayor lior!


Err Encik Erdogan tak nak buat konsep 1Turki ke, atau Ketuanan Turki?


P.S Last kopek! Malam ni last kome amik bahagian dalam Teka Tikam #2! Gi scroll 2-3 entry kat bawoh ni jer.

10 comments:

  1. Bubur assyura dicampurkan pelbagai ramuan kerana ketika peristiwa Nabi Nuh tu, makanan yang tinggal dalam kuantiti yang sikit maka mereka mencampurkannya...nmpknya kita patriotik juge lagi2 yang buat bubur asyura tu.
    Betul kata PM Erdogan, masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan. Berbincang memcambah perkongsian idea.

    ReplyDelete
  2. Salam Razimah, Tima kasih akan keterangan lanjut ttng bubur assyura. Betoi, berbincang dan bermuafakat membawa berkat.

    ReplyDelete
  3. kak Lima

    kalo bubur asyura kg Ina (Kedah) pun jenis manis...letak pisang,keledek,jagung krim,kacang hijau, kacang tanah

    ReplyDelete
  4. salam akak..bestnye bubu asyura..lagi2 makan di waktu ujan..peehhh best...:)

    ReplyDelete
  5. Yong, Teman haghap mike telah meuneikan pose sunet kemaghin,itu pun kalo tak cuti-cuti Mesia. Ayat penyudah miketu beno-beno menggurih nun jauh dihati politik kume. Kalo dah duduk di alam kelamayor otak pun jadi libnag libu. Dengan harapan Mr. Edorgan leh ngajo oghang Melayu dan setidk-tidaknye ngajo caghe main bol pun jadi le yek...

    ReplyDelete
  6. Salam Ina, oh gitu ke cara bubuq assura Kedah. Cam bubuq ca-ca-car!

    ReplyDelete
  7. Salam Cikceria, suke yg berdaging ka yang manih cam Kedah tu punyer?

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Tinuj, Alhamdulillah aritu posa...ari lain.Ala Yob InsyaAllah berkat doa kite semua kita akan Merdeka. Tang main bol tu berat sikit, team Turki kuat sesangat. Main dgn team Msia, mau lunyai kite.

    ReplyDelete
  9. salam tuan..

    sekali sekala majlis sambut hari asyuro kita hidang pizza,topping bubur asyuro gerenti meleleh anak nengoknye...

    ReplyDelete
  10. Salam CicitHjHassanu, Selamat datang ke blog Yong ni. Tu dia aih, ada pizza dalam majlis Assyura! Kalau ada pizza mengeronyot orang gi majlis! He he!

    ReplyDelete