Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Ini sebahagian para hadirin dalam simposium tersebut. Rajin deme datang gak sebab masa tu hari berkoje, musim sejuk pulak. Kalau balik rumoh tido lagi sedap!
Simposium berjalan lancor dan sesi soal-jawab pun menerima respon yang menggalakkan. Tapi ada ketika slow sikit terutama apabila teman dan sorang wakil dari Filipina bercakap guna Bahasa Inggeris. Deme kena dengor terjemahan melalui ear-piece.
Program separuh hari tu abis sekitar kul 5 petang. Pas siap bergambor dan ramah mesra dengan pihak penganjur, wakil pelajar dan yang segerombolan dengannya, partner chat teman, Yojin, datang jumpa. Sebenornya, dia sempat datang sebelum simposium bermula, sebaik abis kelas. Nilah Yojin yang teman kata lebih hensom dari Takuya Kimura. Tak kenal Kimura? Gi google.
Memang dia nampok sorang yang menawan ropanya dan seperti orang Jepun lain, amat bersopan-santun. Dia pun bersama meraikan perwakilan makan kudapan.
Teman dah tak berhubungan dengan si Yojin ni dah beberapa tahun. Rasanya dia dah koje dengan Kementerian Luor Negeri Jepun kot. Antara kursus yang dia amik di Waseda ialah Bahasa Mandarin. Bahasa Inggeris dia pun lancor sebab dia penah tingga di Ireland setahun dalam program pertukoran pelajar.
Selamat Maju Jaya Yojin!
Pada hari kami checkout, sahabat teman Keiko-san dah menunggu. Dia amik teman dan kawan teman Chong ronda-ronda bandar Tokyo. Seperti biasa kalau nak ronda Tokyo, naik tren yang paling efisien. Teman suka perati orang jadi ni salah satu gambor pelajar pompuan Jepun di Tokyo.
Bagi kome yang suka mace komik Manga atau Anime (sama ke ni?), kome akan selalu nampok character pelajar pompuan paka skirt pendek. Haa camnilah para pelajar pompuan di sana pakai uniform sekolah. Yang teman heran ngape tak pakai stokin panjang? Masa tu musim sejuk, kenapa tak cover up? Patut ler ada Pakcik-pakcik miang yang tak tahan nengok deme ni dalam tren yang bersesak-sesak.
Bila teman amik gambor kumpulan ni, deme dok suka dan gelak-gelak. Uniform sekolah deme ni kembang dan tak bape singkat berbanding dengan kumpulan yang pertama tadi, tapi kaki masih berbogel. Tak sejuk ke kome weh!
Seperti yang kita tau dari media massa, memang membace ni satu budaya di Jepun. Terhoyong-hayang para penumpang mace majalah atau surat kabor. Yang berdiri tunduk yang duduk pun tunduk.
Tapi lagi satu sebab deme kena membaca ialah kerana menghormati privacy orang lain. Maksud teman, dalam bersesak-sesak tu orang Jepun ni tak mau invade privacy orang lain dengan memandang atau memerhati jiran deme. Tu kurang sopan dalam budaya deme. Jadi nak mengelak dari dikata, "apa usya-usya?" ni, deme membace. Itu pendapat temanlah. Sapa yang tak mace tu, tido atau pun buat-buat tido!
Keiko-san bawok kami ke Ginza, kawasan shopping yang terkenal tu. Dalam tahun 1980an teman penah tengok gambor shoppers di Ginza dalam satu majalah. Teman sonok tengok ramanya manusia bersesak di zebra crossing yang seropa ni - bersimpang-siur dari empat penjuru bila lampu trafik bertukor warna. Masa nengok majalah tu teman kata "Eh, ramanya orang cross jalan!" Tak terpikior teman sendiri akan sampai ke Ginza dan menyeberang jalan yang bersimpang-sior ni!
Masa tu dekat nak Krismas. Banyak terdapat Sale sana Sale sinun. Meriah! Kami main nengok-nengok cuci mate jer. Perati kemeriahan suasana beli-belah untuk cuti perayaan Krismas. Herannya, tak rama penganut Kristian kat Jepun ni tapi hiasan dan aktiviti membeli-belah di bandaraya Tokyo ni ngalahkan London, New York dan...dah jadi satu budaya tahunan deme menjelang Krismas dan tahun baru.
Keiko-san heret kami menyusur kaki lima tengok jualan. Masa tu bulan Ramadhan, tapi Alhamdulillah teman tak rasa lapor dan dahaga walaupun kami menapak berkilometer dari satu gedung ke satu kompleks beli-belah. Lazimnya kalau di Malaysia teman tak suka berjalan di luor bangunan sebab cepat dahaga dan keletihan.
Lepas beberapa jam ukur jalan, Keiko-san bawak kami balik ke rumoh dia di Zuchi, Yokohama.
Sabahal khair
ReplyDeletesane minyak murah ke bro
HIKMAH MINYAK NAIK
Salam New Hope, he he he! Ni Kakak ni...kenapa ingat lelaki? Tentu mahal...kat Jepun semua mahal, udara jer free.
ReplyDeleteSalam kenal kak.. saya dtg dari blog pirate... wah.. jauh perjalanan akak.... :)
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletebest la blog akak ni, dah jadi blog wajib baca plak h3
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTeman yg gemor sikit org Jepun ni, sebab deme ni mua teghime perubahan positif semata2 nak ubahkan paradigma mase depan eme. Tengok jele masa deme nyeghang Tanah Melayu, hapir semuanya kemetot lbh kughang bwh 5`(kaki) Bile deme kalah je peperangan, deme pikiyo mesti diubahkan `feature` (kata loghat leghah teman), kekuatan ekonomi dan politik w/pun terpaksa disekatkan kekuatan ketenteraan dibwh PBB. Jadi idakle heghan, deme skrg dah tinggi lampei, menjadi negara peminjam wang (IMF), sanggup menghulur bantuan (bersyarat) dan penyokong kuat kuasa2 besar dr segi politik. Org Melayu, kite ni dok takuk bangga dgn kenegerian msg2 taksub paa budu, cincaluk tp nasib baik le idak menyambei....
Yop Tajnur
Salam Yong Mila, slmt datang, tua ke mude pangge Yong jer sume. Dekat jer Jepun tu, tak dan sakit pinggang dlm kapatorbang dah sampa! Bukan jalan sesuke tu, kena koje, tapi pas koje, nyongket kata orang Perok!
ReplyDeleteSalam Yob Hasrul, he he, kalau senang datang ler...Yong pun kalau dan gi blog orang. Tima kasih suka lepak sini!
ReplyDeleteSalam Yob Tajnur, maaf aritu ingat Yob ni lagi satu Yob, nama dia Tinuj, tengok sekali imbas cam sama, teman pun layan komen miker ingat dr dia. Maaf ler. Ya betoi skrng rama dari deme dah tinggi2 terutama lelaki yg bawoh 30 tahun, tp yang tine masih di takuk tu, tak nampak sangat perubahan. Teman ingat tahun 70an dan awal 80an orang dok gelakkan keta Jepun guna plate tin susu, tin milo. Skrang nah keta deme kalahkan keta US dan Eropah. Kita dok cam tuuuu gak!
ReplyDeletemusim sejuk tu...tak main salji ke...
ReplyDeleteSalam Mohammad, kat Tokyo kurang salji, kena gi wilayah lain. Tapi teman tak tau sangat musim kat Jepun bila lazimnya salji turun, kat Turki teman buleh agak.
ReplyDelete