Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Semoga kita semua bahagia...Malaysia menang bola takkan tak bahagia lagi! Teman dengor keputusan melalui Shoutbox/Chatbox teman dan blog kenkawan. Tahniah Malaysia!
Aktiviti hari ni nyongket shopping complex baru yang jauhnya lebih kurang 800 meter jer dari blok keme. Bulan Februari lepas belum siap. Teman kabor orang rumoh nak gi check kompleks ni. Dia kabor jalan straight jer jangan kornar-kornar, sampai ler! (Mestilah jalan straight Yob, bukannyer teman mabuk). Dia nok koje di rumoh ari ni. Baik Tuan!
Gambor atas ropa kompleks beli-belah Olympia.
Seperti kebanyakan supermarket dan kompleks beli-belah lain, Olympia pun ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan berjadual percuma. Kome dok tunggu tepi jalan, nampok dia mai kome tahan ler. Maknanyer ada shoppers dari luor taman atau dari kawasan lain datang ke Taman Erdogan beli-belah kat sini. Selalu kami yang pegi tempat orang beli-belah. Nah sekarang kami pun ada shopping complex baru orang lain pulok datang nyinggah!
Masuk jer entrance kome kena tempuh pintu scanner ni. Pintu yang ni security pompuan dia cun gak. Kat pintu lain ada yang lelaki dan ada lagi yang pompuan.
Teman sampai terketor-ketor sejuk! Hari ni 7 Celcius. Hidung berayor! Masuk dalam baru kul 10:30am, shoppers tak ramai. Nampok terang sebab siling dia dari kaca yang cerah. Tak bape besor, 3 tingkat jer. Tapi saiz ni sesuai untuk kawasan dalam taman perumahan.
Shopping complex kat Turki takder masalah parking sebab pengangkutan disediakan. Buat per bawok keta.
Dekorasi dalaman simple jer. Takder pokok Krismas ye. Kat Basaksehir terutama taman ni ramai penduduk dia kuat agamanya. Lambang-lambang Kristian tak sior deme buboh.
Teman usya dulu kedai baju. Nak nengok fesyen musim sejuk tahun ni. Kedai memula teman nampok bertajuk Tekbir (Takbir). Deme specialised dalam baju jubah/baju labuh untuk Muslimah dan tudung.
Tu deme boh promo 'Tudung Sutera 25 Turkish Lira', lebih kurang RM52 gitu. Dah bape kali teman datang Turki ni, fesyen tudung deme tak berubah - takder fesyen. Cuma design tudung jer berubah. Kan teman dah kata, orang Turki ni skema. Makan cam gitu, pakai cam gitu, buat koje cam gitu - sepesen, standard, uniform!
Warna tema musim ni lavender purple. Ya ke ni lavender? Teman main tikam jer. Tapi dalam Tekbir warna ni yang deme boh kat cormin display deme. Cantik gak kaler ni kan?
Huuuu...masuk jer teman nampok baju nih! Kaler dia tu teman kenan. Belek rega dulu. 133 TL. 'Ada indirim tak Adik?', teman tanya kat pembantu kedai yang comey.
'Ada Ablah, %30,' jawab pembantu kedai.
Dia pun congak dengan calculator. Dapat ler lebih kurang 98 TL gitu. Aihhh, tukor dengan Ringgit kena gak dekat RM200.
Lari bajet Yong!
Cantik arr kaler dan sedap kain dia. Cutting pun cun. Hmmm tak per. Ablah amik gambor buleh? Dia tanya kawan dia kat kaunter.
Buleh. Teman pun snap gambor, konon nak tunjuk kat adik.
"Tessekur! Nanti Ablah datang lagi yaa..." teman kabor kat dia. (Ablah tu Kakak ler).
Ada 2-3 lagi kedai pakaian wanita yang jual baju/kot Muslimah. Yang ni nama Nur something. Pun ada warna lavender pada baju-baju deme. Rega kot luar tu mau RM300-RM500 lebih selai.
Warna kelabu gelap dan gelap adalah warna standard.
Kul 12:15 kena cari surau. Alhamdulillah ada kat tingkat 3, dekat-dekat Food Court. Sini Mescid/mescit maksudnya surau.
Waaah ada ayor panas! Selalu surau takder ayor panas. Kena musim sejuk memang ngetor amik wudhu kat surau/masjid ni. Tapi kat Olimpia ni deme sediakan paip yang ada ayor panas! Cayalah!
Pas solat, usya Food Court. Food Court deme idok ler meriah dan sesak cam kita punya tapi cukup untuk memenuhi cita rasa tekak Turki. Ada menu-menu yang biasa deme makan seperti doner kebab, pilaf, kumpir, cigkofte dll.
Yang atas ni menu nasi pilaf berlauk tapi teman tak gemor nasi pilaf sebab dia lekit cam pulut. Lauk pauk dia rasa OK tapi pada teman tak kena dengan nasi. Nasi pada teman kena ada sambal belacan ke, ulam ke...
Masa tengah order Et Doner (daging lembu panggang), 2 orang remaja dok perasan teman tak buleh cakap Turki. Deme tau teman cakap omputeh. Sorang ni teringin nar nok cakap dengan teman tapi tak tau.
Di Turki umur 10 tahun baru mula belajor BI. Deme diajor conversation terus tapi deme tak faham sepatah haram. Main hafal "My name is...", "What is your name?", "How are you?", "Where are you from?". Tapi deme tak faham word by word. Dapat sebut "'OK" atau "Thank you" dah sonok benor!
Teman pun kata nok amik gambor deme. Posing aje ler. Deme ni baru balik sekolah kot, lepak ler kat kompleks ni.
Ada segerombolan bebudak tadika tengah ngadap makan tengah hari. Tadi nampok deme main kiddies ride kat ujung. Ada 3-5 orang cikgu jaga dan layan deme meronda kompleks dan main rides. Riuh-rendah.
Untuk lunch cikgu-cikgu deme order piza Turki. Pizza Hut tak main. Yang bagus kat Turki ni, fast food dari US payah nak dapat. Jarang teman nampok. Deme lebih gemor burger deme sendiri iaitu doner dan kebab. McD atau KFC... hah apa tu KFC, McD?
"Oregment...air tumpah!" jerit sorang budok pompuan pada cikgu. Biasa ler ayor tumpah bila bebudok minum. Datang cikgu lap meja.
Walaupun kecik, tak nampok deme ni bergaduh berebut makanan. Tunggu jer oregment deme layan. Bila deme berjalan, elok jer ikut leader sambil pegang bahu.
Tadi teman dah makan sebiji Et Doner. Bila tengok kedai kek, teringin nok rasa pastaneleri deme. Moh tengok apa Gorgulu jual.
Masuk jer sorang ucap "Hosgeldeniz!" (Selamat Datang!).
Teman usya biskut dan kek deme memang menawan. Hand-made coklat pun ada. Teman kata nok beberapa keping biskut jer. Waiter kata paling minima 5 Lira (lebih kurang RM11). Jadi teman order 5 Lira biskut dan cay O.
Sebahagian dari pelanggan remaja yang lepak di Gorgulu menikmati cay panas.
Waiter bawok biskut pilihan teman dan cay. Ingatkan 3-4 keping jer. Ni banyok ni Yob.
Ablah buleh paket (tapau), waiter tu cadangkan. Teman makan 3 biji. Sedap gak yang ada biji kuaci, badam dan tepung suji. Yang lain paket. Walaupun cuaca sejuk, teman sentiasa rasa dahaga. Teman minta segelas lagi cay (segelas RM3).
Elok teman bayor, dengor azan. Hmm baliklah. Lain kali buleh lepak lagi. Best gak Olimpia ni. Kecik tak kecik, besor tak besor. Yang datang nampok orang local dan bekeluarga. Staf kompleks pun ramah dan mesra-pelanggan. Rega jer tak bape mesra dengan pelanggan!
Dua benda teman beli kat kedai English Home di Olimpia tadi - 2 helai kitchen towel. Made in Turkiye. Ada gak bahan tekstil dari Vietnam dan India tapi dah teman datang ke Turki, beli barang Turki ler. Selai ada gambor teko.
Selai lagi ada gambor ice-cream dan kek. Bawoh ada ropol-ropol. Kain kapas yang agok tebal. Anggaran RM13 selai.
Memang nampok cantik dan ini bermakna akan jadi koleksi jer!
seronoknye kak berjalan sorang kat mall tu. orang2 kat sana macam sangat well-behave..
ReplyDeletebudak2 tadika tu baik je kan, kalau kat sini mau dah cikgu2nya riuh suruh duduk diam2. saya org ipoh kak.. blh la kalau kak turun ipoh nanti kabo ke saya, blh saya belanja makan kat satu kedai mkn yg penuh lauk pauk kg. kak kan suka makan makanan kg niih..
ReplyDeleteSalam Tina, he he akak biasa dan suka jalan sorang2. Ha'ah kat sini lelaki tak kaco pompuan walaupun dia sorang atau tak tutup aurat. Kecuali lah kat tempat ceruk yg mmg ada lelaki durjana. Tp tempat2 biasa pompuan deme hormat, sebab deme pun ada ahli kuarga pompuan yg tak suke dikaco orang!
ReplyDeleteSalam Asma, ha org Ipoh ya. InsyaAllah nanti kita ziarah menziarahi! Mmg bebudok sini kekecik dah diajor bersopan terutama dgn orang lebih dewasa atau dgn org asing. Elok jer deme cakap terutama dgn pompuan.
ReplyDelete("Masuk jer entrance kome kena tempuh pintu scanner ni. Pintu yang ni security pompuan dia cun gak")
ReplyDeleteSAYE SETUJU SANGAT YONG he3...
kak,
ReplyDeletecomel jer kitchen towel tu.. tak sampai hati nak guna...
Salam Hairul, memang mata ranjang awak ni...he he!
ReplyDeleteSalam Kakyong, mmg comel kain buatan Turki ni. Dah beli selalu main simpan jer. KakYong, maaf ler blog KakYong Akak tak buleh masuk, sejak ari pertama lagi dah try. Tak tau ngape!
ReplyDeleteBaru dpt BW sket ni...tumpang pakai Wifi dari shoplots depan hospital ni. Hehe!
ReplyDeleteSeronok baca citer-citer latest dari Kak Yong. Nampak macam aman damai aje hidup kat sana tu.
Saya tunggu lagi citer lain. :)
Bilala teman boleh bawa teksi sampai ke sini.
ReplyDeleteSakam akak!
ReplyDeleteSaya ni bleh jadi gila kalau baca entry akak..
dgn life kat turkinya..dgn shopping complexnya..dgn barang2 yg dijualnya...dgn makanannya...dgn semua menda yang akak ceta lah..
bilalah blh terbang g turki nihh...
kitchen towel yg akak beli tu tersangat sweet!
Salam Rita, kumpui duit sesıkit, manatau buleh sampai sana nanti! Duit nok gi Mekah jgn lupa simpan gak. He he!
ReplyDeleteofkos akak! duit utk g mekah mmg tkkan lupa..hehe..
ReplyDeletesemoga akak sehat sehat selalu kat sana...=)
Salam Rita,
ReplyDeleteAlhamdulillah akak sihat!
baru nak khatam entri lama
ReplyDeleteseronok baca ;)