Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, December 19, 2010

Moh Nyongket Disneyland, Jepun Part 4


Assalamualaikum dan Salam Ceria,


Bertangguh-tangguh nok boh gambor di Disneyland Tokyo ni kome. Teman kurang minat gi tempat cam taman tema ni, walaupun glamer cam Disneyland ni. Tapi dah ada orang sponsor, gi jerlah.

Masa tu (tahun 2000) harga tiket dia lebih kurang RM149 sorang. Pihak Universiti Waseda tanggung tiket masuk siap dengan bagi voucher untuk snack.




Entah apa silapnya teman crop 3 gambor serentak. Jadi keluorlah 3 in one. Maaf yer kome. Tang menda-menda camni teman tak expert. Malas nak repair dah.


Setiap hari pihak Disney akan adakan perarakan watak-watak Disney pada pukul 2 petang, rasa teman. Patut ler teman nampok rama para pengunjung siap cop tempat di kiri-kanan jalan dalam taman tu. Deme cari port yang selesa nok nengok perarakan ni. Banyok Mak Pak dok usung anok-anok kecik. Peduli apa deme musim sejuk masa tu. Nasib baik cuaca memang baik, tak mendung dan matahari ada tunjukkan sinarnyer.




Pakcik Pendek dari citer Snow White and The 7 Dwarves (eh betoi ke ejaan ni?). Bila keluor watak-watak yang femes, bersorak bebudok. Tepuk-tepuk-tepuk dan lompat-lompa-lompat. Mak pak deme klik-klik-klik. Kalau kome tengok wajah bebudok ni, nampok deme percaya watak-watak ni real, baru keluor dari peti TV gamoknyer!






Selain dari watak-watak Disney yang terkenal, rama jugak penari-penari yang berpakaian ala-ala Barat atau costume yang bersesuaian dengan sesebuah citer Disney yang femes. Memang meriahlah perarakan ni tapi tak bape mengkagumkan. Mungkin pada kekanak amat cantik dan sonok. Elok deme dibawok tengok watak kegemaran deme kalau suke gi Disneyland ni. Tapi kalau teman ada anok, tak bawoklah sini.






Masa mula sampa, masih dekat dengan pintu masok, deme dah ajok bergambor. Kebetulan ada watak Mary Poppin dan Tukang Pembersih Chimney dekat situ. Bergamborlah teman dengan wakil-wakil pelajar dan pelajar Waseda. Mary Poppin nampok sikit jer, sebelah teman tu yang bergaun meroh.





Masa tu dekat-dekat Krismas jadi memang meriahlah hiasan pokok tirus dan lampu pejam-pelik dalam taman Disneyland tu. Alunan muzik berkumandangan di setiap ceruk. Sebenornya teman malas nak ronda taman ni, kalau buleh nok dok luor tapi takut hilang dari kumpulan, ikut jugak termasuk naik hampir kesemua permaianan yang ada kecuali Roller Coaster.
Teman gayat naik kenderaan lelaju ni. Lagipun teman posa, takut muntoh!

Ada dekat 4 jam jugak kami di dalam. Teman berbuka posa makan burger ikan di MacDonald. Sebelum balik sempat kami nengok pertunjukan bunga api dari dalam bas sebelum bas bertolak balik ke universiti.

Apa pendapat teman tentang Disneyland? Tak kuasa pegi lagi walaupun free. Baik tengok ikan Koi dalam kolam dekat shrine Buddha dan taman-taman Jepun, lagi aman!

7 comments:

  1. Mak aii.. free pun tak nak pegi lagi tu, tntu tak best la tu. Tak pe lah sekurang-kurangnya dah sampai, kannn..

    ReplyDelete
  2. kalau free sy konfem pergi cikgu! heheheh

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Halima..

    wah seronoknyee akak dapat jalan2..kenal bumi Allah..
    jeles!hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Yob RadioHam, mmg tak minat gi taman tema ni. Kecewa bila diorang kata nak bawak ke Disneyland tp ikut gak sbb program dah diatur. Fikir dlm ati nak gi lawat Gunung Fuji.

    ReplyDelete
  5. Salam Cekla, memanglah kalau barang free kita amik. Kalau bagi pilihan masa tu cikgu tak pegi tp takder pilihan, semua kena gi satu bas. Kita sebagai tetamu ikut jerlah.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Wan, tu rezki kot. Kecik2 Akak selalu taat dgn cakap mak jgn mengelewor tak tentu fasal. Bila dah besor, dpt peluang berjalan free.

    ReplyDelete
  7. wah..
    fiq tgk akak selalu berjalan...
    seronoknyer.. :)

    ReplyDelete