Moh Kite Follow Sesame...

Friday, December 31, 2010

Moh Tengok Deme Sekular Tegar ke Idak...



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Mutlu Yilbasi 2011! Semoga tahun 2011 ini memberi kebaikan dan kerahmatan kepada kita semua.

Teman dah siap membungkuih diri ni. Moh ikut teman study orang tempatan di Basaksehir menunaikan solat Jemaat. Pagi semalam suhu jatuh ke 3 Celcius, jadi kena balut leklok, kalau tak mau ngangkup. Teman ni keturunan yang ada lelah walaupun teman baru sekali penah kena seumur idup teman. Berjaga-jaga dulu sebelum kena.



Teman nok tengok suasana jemaat di camii yang besor sekali kat Taman Erdogan. Nama masjid ni Hoca Ahmed Yesevi Camii. Siap dibina tahun 2007. Terletak 1000 meter dari blok keme. Seperti skemanyer, bentuk dia ala masjid Uthmaniah. Jarang orang Turki ni buat masjid ikut senibina lain. Nak jugak yang senibina zaman Ottoman dulu.




Sebelum masuk, teman fokus dari seberang jalan. Nak masuk ke? Ahh skodeng dulu. Pastu teman nampok sorang pompuan kuor dari camii ni. Ahh buleh masuk, kata ati teman.



Satu sign teman baca kat level bawoh tanah. Ni maksudnya 'Kursus Al-Quran untuk Wanita'. Ohh ada kelas ngaji kat sini. Patutlah nampok pompuan kuor dari pintu gerbang masjid tadi.




Di level bawah ni ada bilik untuk kelas mengaji Al-Quran. Nanti bila senang teman nok terjah tengok camner kelas ni dijalankan.

Teman perhatikan masjid ni cantik buatan dia. Bahan binaan dia berkualiti dan nampok kemas. Ni pastinya dibina dengan duit sedeqah dan derma orang ramai sebab gomen tak beri peruntukan untuk bina rumah ibadat, tak kira agama apa sekali pun. Kena tunjuk sekular Yob. Kalau tunjuk Islamik sangat, nanti kena coup, susoh pulak!



Teman nampok bangku untuk lepak dalam compound camii. Teman pun duduk sambil merati para jemaah masuk - individu atau bersaing. Kendian 2 orang amca pun datang duduk kat bangku berdekatan sambil berlabun. Nok amik gambor deme segan. Jadi teman pun fokus handphone kat arah tepi teman supaya tak nampok sangat teman direct ke arah deme. Muke teman yang kesejukan tu pun terselit sekali...sori!





Teman toleh ke belakang (sama level dengan kelas ngaji tadi) ialah WC atau tandas. Ramai gak yang masuk sini dulu sebelum masuk ke gerbang pintu masuk.



Ni sebelah kanan, sama level dengan ruang solat, meydan (medan) untuk sesuatu majlis atau program kot. Wakaf tu pun dalam bentuk senibina zaman Uthmaniah.




Masuk kul 12 tengah hari, berdedai-dedai lelaki masuk berjalan ke dalam masjid. Orang dewasa ada, dan yang remaja pun ada.



Jugak kekanak. Ada tadi teman nampok sorang lelaki bawok anak pompuan umur 4-5 tahun masuk dalam masjid. Tak tau mana dia boh anak dia masa dia solat kang.



Dalam 10 minit, ramai lagi yang sampai menaiki tangga masjid ke ruang solat.



Ni ada yang mungkin datang dari pejabat atau perusahaan berdekatan. Tapi ni bukan satu-satunya masjid kat taman ni. Tak jauh dari blok keme, ada lagi sebuah camii tapi jauh lebih kecik dari yang Camii Hoca Ahmed ni.




Agok dekat 20 minit teman bergambor kat dalam compound masjid. Bila dengor azan, teman pun bangun tinggalkan masjid ni. Seperti kat Malaysia, berlaku gak traffic jam depan camii ni. Ada sorang security tolong kawal lalulintas.



Masih ada jemaah last minute baru sampai. Deghah Yob deghah!



Teman pun berjalan daki bukit balik ke rumoh. Kena tempoh masjid kecik dekat blok keme. Sampai sini orang dah baca khutbah. Teman tak penah masuk camii ni. Tapi dari luor ni dapat teman nengok jemaah terpaksa solat dekat sampai tangga.



Sian... Di Malaysia kalau masjid melimpah, terpaksa para jemaah solat bawah mentari dan berpanas-panasan. Kat Basaksehir, deme bersejuk-sejukan! Kalau salji turun deme bersalji-saljianlah kot!



Pagi tu ada jenazah dibawok ke sini untuk solat jenazah. Agoknyer disolatkan lepas jemaat kot sebab teman nampok ada kerabat arwah yang datang pagi tadi ada lagi kat luor camii.

Bagi kome yang tertanya-tanya camner tahap sekularisma atau keimanan rakyat Turki ni, nilah yang dapat teman kongsi melalui gambor-gambor dan catatan teman. Sama-samalah kita menilainyer.

In one word, apa yang buleh teman simpulkan - Alhamdulillah!

Labun Pagi Jemaat



Assalamualaikum dan Salam Ceria Pagi Jemaat Al-Mubaraq!

Tadi tarik langsir salon tengok luor...waaaahhh cerah terang menerang!

Sang suria memancar gumbira, langit membiru nan blue!



Dah bape ari teman tak kenal cahaya matahari sejak sampai minggu lepas. Dia pun dah tak kenal teman.

Alhamdulillah dengan kurniaMu Ya Rabb!




Soooh jer, sunyi sepi. Memang ler sepi, ni baru kul 7:15 am, Yong. Bukak pintu balkon boh thermometer. Tulah koje teman tiap pagi, check suhu.

Isyyy...rasa sejuk dua macamlah pulak.

Kalau tak renyai cam selalu buleh bersihkan balkon yang berabuk tak dicuci 9 purnama lamanyer tuh! Kalau manusia dah beranok dah!





Check tengok thermometer.

Yikeeeeeksss...3 Celcius kome!

Cancel nok bersihkan balkon. Patut ler sejuk 2 macam!





Moh ke dapur usya teman siapkan kalvahti.

Pagi ni segan sikit nok masak memacam. Kopek ubi keledek teman bawok dari Shah Alam dan kentang Turki. Buat fries jer ler.

Ni ler rezki keme pagi ni. Alhamdulillah...

Mr T, meh kahvalti!

P.S Mengkome kahvalti apa pagi tadi?

Thursday, December 30, 2010

Moh Nyongket Olimpia.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Semoga kita semua bahagia...Malaysia menang bola takkan tak bahagia lagi! Teman dengor keputusan melalui Shoutbox/Chatbox teman dan blog kenkawan. Tahniah Malaysia!

Aktiviti hari ni nyongket shopping complex baru yang jauhnya lebih kurang 800 meter jer dari blok keme. Bulan Februari lepas belum siap. Teman kabor orang rumoh nak gi check kompleks ni. Dia kabor jalan straight jer jangan kornar-kornar, sampai ler! (Mestilah jalan straight Yob, bukannyer teman mabuk). Dia nok koje di rumoh ari ni. Baik Tuan!

Gambor atas ropa kompleks beli-belah Olympia.



Seperti kebanyakan supermarket dan kompleks beli-belah lain, Olympia pun ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan berjadual percuma. Kome dok tunggu tepi jalan, nampok dia mai kome tahan ler. Maknanyer ada shoppers dari luor taman atau dari kawasan lain datang ke Taman Erdogan beli-belah kat sini. Selalu kami yang pegi tempat orang beli-belah. Nah sekarang kami pun ada shopping complex baru orang lain pulok datang nyinggah!



Masuk jer entrance kome kena tempuh pintu scanner ni. Pintu yang ni security pompuan dia cun gak. Kat pintu lain ada yang lelaki dan ada lagi yang pompuan.




Teman sampai terketor-ketor sejuk! Hari ni 7 Celcius. Hidung berayor! Masuk dalam baru kul 10:30am, shoppers tak ramai. Nampok terang sebab siling dia dari kaca yang cerah. Tak bape besor, 3 tingkat jer. Tapi saiz ni sesuai untuk kawasan dalam taman perumahan.

Shopping complex kat Turki takder masalah parking sebab pengangkutan disediakan. Buat per bawok keta.

Dekorasi dalaman simple jer. Takder pokok Krismas ye. Kat Basaksehir terutama taman ni ramai penduduk dia kuat agamanya. Lambang-lambang Kristian tak sior deme buboh.



Teman usya dulu kedai baju. Nak nengok fesyen musim sejuk tahun ni. Kedai memula teman nampok bertajuk Tekbir (Takbir). Deme specialised dalam baju jubah/baju labuh untuk Muslimah dan tudung.

Tu deme boh promo 'Tudung Sutera 25 Turkish Lira', lebih kurang RM52 gitu. Dah bape kali teman datang Turki ni, fesyen tudung deme tak berubah - takder fesyen. Cuma design tudung jer berubah. Kan teman dah kata, orang Turki ni skema. Makan cam gitu, pakai cam gitu, buat koje cam gitu - sepesen, standard, uniform!




Warna tema musim ni lavender purple. Ya ke ni lavender? Teman main tikam jer. Tapi dalam Tekbir warna ni yang deme boh kat cormin display deme. Cantik gak kaler ni kan?





Huuuu...masuk jer teman nampok baju nih! Kaler dia tu teman kenan. Belek rega dulu. 133 TL. 'Ada indirim tak Adik?', teman tanya kat pembantu kedai yang comey.

'Ada Ablah, %30,' jawab pembantu kedai.



Dia pun congak dengan calculator. Dapat ler lebih kurang 98 TL gitu. Aihhh, tukor dengan Ringgit kena gak dekat RM200.

Lari bajet Yong!

Cantik arr kaler dan sedap kain dia. Cutting pun cun. Hmmm tak per. Ablah amik gambor buleh? Dia tanya kawan dia kat kaunter.

Buleh. Teman pun snap gambor, konon nak tunjuk kat adik.

"Tessekur! Nanti Ablah datang lagi yaa..." teman kabor kat dia. (Ablah tu Kakak ler).



Ada 2-3 lagi kedai pakaian wanita yang jual baju/kot Muslimah. Yang ni nama Nur something. Pun ada warna lavender pada baju-baju deme. Rega kot luar tu mau RM300-RM500 lebih selai.




Warna kelabu gelap dan gelap adalah warna standard.



Kul 12:15 kena cari surau. Alhamdulillah ada kat tingkat 3, dekat-dekat Food Court. Sini Mescid/mescit maksudnya surau.



Waaah ada ayor panas! Selalu surau takder ayor panas. Kena musim sejuk memang ngetor amik wudhu kat surau/masjid ni. Tapi kat Olimpia ni deme sediakan paip yang ada ayor panas! Cayalah!



Pas solat, usya Food Court. Food Court deme idok ler meriah dan sesak cam kita punya tapi cukup untuk memenuhi cita rasa tekak Turki. Ada menu-menu yang biasa deme makan seperti doner kebab, pilaf, kumpir, cigkofte dll.

Yang atas ni menu nasi pilaf berlauk tapi teman tak gemor nasi pilaf sebab dia lekit cam pulut. Lauk pauk dia rasa OK tapi pada teman tak kena dengan nasi. Nasi pada teman kena ada sambal belacan ke, ulam ke...



Masa tengah order Et Doner (daging lembu panggang), 2 orang remaja dok perasan teman tak buleh cakap Turki. Deme tau teman cakap omputeh. Sorang ni teringin nar nok cakap dengan teman tapi tak tau.

Di Turki umur 10 tahun baru mula belajor BI. Deme diajor conversation terus tapi deme tak faham sepatah haram. Main hafal "My name is...", "What is your name?", "How are you?", "Where are you from?". Tapi deme tak faham word by word. Dapat sebut "'OK" atau "Thank you" dah sonok benor!

Teman pun kata nok amik gambor deme. Posing aje ler. Deme ni baru balik sekolah kot, lepak ler kat kompleks ni.




Ada segerombolan bebudak tadika tengah ngadap makan tengah hari. Tadi nampok deme main kiddies ride kat ujung. Ada 3-5 orang cikgu jaga dan layan deme meronda kompleks dan main rides. Riuh-rendah.

Untuk lunch cikgu-cikgu deme order piza Turki. Pizza Hut tak main. Yang bagus kat Turki ni, fast food dari US payah nak dapat. Jarang teman nampok. Deme lebih gemor burger deme sendiri iaitu doner dan kebab. McD atau KFC... hah apa tu KFC, McD?



"Oregment...air tumpah!" jerit sorang budok pompuan pada cikgu. Biasa ler ayor tumpah bila bebudok minum. Datang cikgu lap meja.



Walaupun kecik, tak nampok deme ni bergaduh berebut makanan. Tunggu jer oregment deme layan. Bila deme berjalan, elok jer ikut leader sambil pegang bahu.



Tadi teman dah makan sebiji Et Doner. Bila tengok kedai kek, teringin nok rasa pastaneleri deme.
Moh tengok apa Gorgulu jual.

Masuk jer sorang ucap "Hosgeldeniz!" (Selamat Datang!).

Teman usya biskut dan kek deme memang menawan. Hand-made coklat pun ada. Teman kata nok beberapa keping biskut jer. Waiter kata paling minima 5 Lira (lebih kurang RM11). Jadi teman order 5 Lira biskut dan cay O.



Sebahagian dari pelanggan remaja yang lepak di Gorgulu menikmati cay panas.


Waiter
bawok biskut pilihan teman dan cay. Ingatkan 3-4 keping jer. Ni banyok ni Yob.

Ablah buleh paket (tapau), waiter tu cadangkan. Teman makan 3 biji. Sedap gak yang ada biji kuaci, badam dan tepung suji. Yang lain paket. Walaupun cuaca sejuk, teman sentiasa rasa dahaga. Teman minta segelas lagi cay (segelas RM3).

Elok teman bayor, dengor azan. Hmm baliklah. Lain kali buleh lepak lagi. Best gak Olimpia ni. Kecik tak kecik, besor tak besor. Yang datang nampok orang local dan bekeluarga. Staf kompleks pun ramah dan mesra-pelanggan. Rega jer tak bape mesra dengan pelanggan!




Dua benda teman beli kat kedai English Home di Olimpia tadi - 2 helai kitchen towel. Made in Turkiye. Ada gak bahan tekstil dari Vietnam dan India tapi dah teman datang ke Turki, beli barang Turki ler. Selai ada gambor teko.



Selai lagi ada gambor ice-cream dan kek. Bawoh ada ropol-ropol. Kain kapas yang agok tebal. Anggaran RM13 selai.



Memang nampok cantik dan ini bermakna akan jadi koleksi jer!

Moh Usya Kedai-kedai!



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pagi semalam teman gi kuor exersice dengan menyukat kedai. Kedai-kedai ni terletak dalam satu bangunan 3 tingkat terletak dalam satu taman 2.5 km dari taman keme. Kat Taman Erdogan ada kedai-kedai gak tapi tak banyak, tapi di taman lagi satu ni ada lebih sikit kedai dan restoran. Cara nak burn kalorie, teman gi dengan jalan kaki. Ni gambor menunjukkan jalan di luar blok apartment keme.





Mr T pegi bahagian Asia lepas sarapan dan teman kata nak pegi carsi (kedai) di Etap 1. Buleh naik bas tapi tak jauh sangat dan lagi pun dapat exersice dan tengok perubahan yang berlaku di sini sejak teman tinggalkan 9 bulan dulu.


Ni ropa tempat perhentian bas di mana teman nunggu bas kalau nak pegi Eminonu di Istanbul. Di atas bukit tu sekolah.




Sampai di carsi, tempat memula teman tengok ialah kedai jual roti. Adik ni terkejut ada pompuan amik gambor dia. Bila dia tau teman orang asing, lagi dia gelabah.




Ini merupakan roti yang biasa dimakan oleh pengguna di Turki. Harga dia lebih kurang RM1 satu. Rasa lebih sedap dari roti gardenia. Kekadang dijual di kiosk tepi jalan terutama yang dibuat oleh bakery majlis tempatan. Buleh dimakan begitu saja!




Yang ni ada ditabur biji bijan itam. Agak mahal - sebuku RM3.50, tapi besor ni dan sejenis dengannyer kat Malaysia RM5-RM7.





Yang cam bunga matahari pun ada. Ni harga lebih kurang RM3.00 sekuntum.



Masuk dalam Supermarket Uyum (ada gak Uyum kat Taman Erdogan tapi yang kat sini besor sikit) intai bahagian bakery. Ni ropa kuih atau cookies Turki. Yang femes yang tingkat atas - baklava - antara kuih yang paling manis teman makan. Lazimnya deme buat baklava ni masa Hari Raya.





Beberapa jenis lagi cookies. Teman kurang gemor benda-benda manis jadi tak dapat nak citer apa rasa deme nih.




Adik manis, semanis cookies, yang jaga bahagian bakery ni. Jenuh dia tanya teman nak kek yang mana. Jenuh teman cakap teman tak mau, cuma nak amik gambor. Heran dia pasal teman amik gambor jer. Jenuh teman citer nak masuk gambor dia dalam blog. Jenuh dia cuba nak faham!



Dia gunakan sebuah vacuum kecik membersihkan bahagian dalam tempat simpan cookies tadi, supaya nampok bersih dan tak berhabuk.



Sempat gak teman usya kedai kasut. Kot nak beli baru. Di bahagian luor kedai kasut ni ada pameran kasut kekanak dan wanita dari PVC. Rega 45 Turkish Lira sepasang (lebih kurang RM90).



Mamat ni berbesor ati bila sorang Yabanci (orang asing) masuk kedai dia. Teman tanya kasut kulit ada? Dia pun tunjuk yang kat dalam. Rega sepasang 89 TL. Kulit apa? Jenuh dia nak terangkan kulit apa. Dana?

"Yes, yes dana!
" kata si Nuwal ni.

"We kill many cows during Qurban bayram!" dia citer camner hampir kesemua kasut kulit deme diperbuat dari kulit lembu sebab deme banyak semelih lembu masa Hari Raya Qurban. Bulehlah dia ni speaking sesikit. Bukan senang nak cari orang Turki yang buleh cakap omputeh ni.

Yang gelihati, tiap kali teman kata "Thank You", dia jawab "Very Much"!

Sesapa minat kat dia meh e-mail teman. Buleh teman jumpa dia lagi!



Pastu teman nyinggah kedai jual daging. Ni Mamat pembantu kedai posing untuk teman. Sibuk tanya teman orang Arab ke.




Tu dia aih! Sekilo daging lembu 29 TL atau RM48! Teman ingat masa Hari Raya kat Parit dulu, kami beli daging RM18 sekilo. Kalau camni punya mahal, jawab tak buat Rendang Tok ler keme!



Daging kambing biri-biri lagi mahai... 36 TL atau RM72 sekilo. Tapi teman beli gak 3 keping sebesor tapak tangan teman, kena 10.50 TL. Nak merasa lamb deme punya pasal!



Balik rumoh masak sekeping, tenyeh kunyit idup teman bawok dari Malaysia dan lada itam dan serbuk cili. Boh salad dan tomato bagi meriah.

Camner rasa daging bebiri Tur
ki? Alhamdulillah...amat lembut dan lezet!