Moh Kite Follow Sesame...

Monday, May 21, 2012

MEROYAN HARI PANAS, MOH LAYAN SALJI DI KG DEREDEBI, TURKI!

Susu suam dari Kara Kiz


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tengah meroyan ni...hari panah bebenor sejak 4-5 ari ni. Pasang erkon memanjang kang, bil letrik naik! Jadi nak kurangkan kepanasan ni, meh ler layan gambor-gambor sejuk yg teman rakam bulan Februari-Mac 2012.



Sebelah kanan tu sebahagian rumoh Mr T.
Ari tu teman nak gi ronda-ronda kampong belah ataih sikit.



Lebih kurang 50 meter berhenti jap.
Rumoh Mr T kat bawoh pulak.



Laman romah jiran.
Pokok nampak cam pokok dalam citer seram omputih!



Tengah teman terjenguk-jenguk, nampak sorang makcik melenggang-lenggok turun ke bawoh.
Cam kenei jer...



Ohhh...dia nih, si Emine ni, sepupu Mr T.
"Nak ke mana awak?" teman labun.
"Nak ke rumoh si-polan!" Emine jawab.
Teman gerenti dia akan dok pot-pet, pot-pet 2-3 jam baru balik rumoh. Musim dingin lazimnya orang kampong tak banyak koje, jadi nyongket dan lepak adalah aktiviti yg syiok...dok dalam dapur yg panas sambe mengait dan sok-sek!



Nilah rumoh si-polan tu.
Sunyi jer Kg Deredebi di musim dingin sebab setengah penduduknya dok di rumoh bandar di Akcakoca.
Musim bunga baru deme balik dok kampong sampa musim luruh!



Ni ladang hazelnut Mr T yg sebelah rumoh dia.
Masa ni bunga dah mula kuor.
Yang berjuntai-juntai tu...



Yang ni ran tempat pokok anggur.
Pokok nampak baru setahun dua jer.



Turun semola...



Salah sebuah pokok buah apa ntah.



Atap rumoh jiran...



Ladang hazelnut lagi...



Longgokan kayu api depan rumoh mertua.
Background pokok buah tin (fig kata omputih!)
Bismillahirrahmaanirrohiimm,
"Wattinii wazaituunn..."




Rumoh Mr T dirakam dari laman rumoh mertua.
Yang nampak jelas tu banglo Kara Kiz.



Udoh-udoh tu Karabas!
Tak buleh nyembah orang,...dosa!



Meh rase roti bakor sapu yoghurt manis dihiasi jem buah epal dan butter kampong!

Saturday, May 19, 2012

MOH KITE GI PASAR DI BANDAR HERKULES, LAUT HITAM, TURKIYE!

Patung Herkules, makhluk gagah dalam mitos Yunani, dibina di bandar Eregli, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Dalam trip Turki 2012, 4 kali teman ke Laut Hitam menziarahi kuarga Mr T. Kampong Mr T diDeredebi, Duzce; anak bongsu tingge di bandar Akcakoca; dan anak sulung tingge dibandar Eregli.


"This is your seat" kata Mr T.

Teman berpeluang gi Eregli dlm ziarah ke 3. Tahsin dan bini dia Zuleyha asyik tanya bila nak gi
romah deme.


Mr T pilih bas Metro lagi sebab perkhidmatan dan kemudahan yg memuaskan.
Bas bertolak
kui 10:30 pagi...



...sampa Eregli kui 5 petang. Zuleyha amik teman kat terminal.
Dalam keta penuh kekanak - ada si Yusuf yg nampak bosan...



...2 orang anak-anak jiran, si Ahmet dan adik dia Zeynep.


Anak-anak yatim deme ni ropanya

Kami turunkan Ahmet dan Zeynep dan Opah deme kat sini. Dulu Tahsin dok kat sini, tapi bila
dah anak 3, dia pindah ke apartment yg lebih besor. Baru teman tau masa ni, Ahmet dan Zeynep dah jadi anak yatim. Mak deme meninggal dlm kemalangan jalanraya tahun lepas. Arwah mak deme dulu pensyarah universiti tapi berhenti sebab dia nak memaka tudung!
Al-Fatiihah utk arwah.



Keesokan ari, teman amik bas mini ke bandor Eregli.
Zaman Yunani bandor ni dipangge
Herkules sempena nama dewa gagah tu, kununnya dia dilahirkan kat wilayah ni.
Dewa pun dilahirkan yek?
Sengal!
Bila jatuh ke tangan tentera Uthmaniah, deme tukor
pada Herakles, kendian Eregli.
Teman datang musim bunga, jadi Majlis Bandaran hias bandor
dgn pelbagai bunga kekenit.
Takde bunga tulip!
Teman rasa bunga tulip hanya dimonopoli
oleh Istanbul!



Dalam bas tu ada sorang Yong yang agak muda dgn 2 biji bakui.
Teman agok dia bawok hasil
kampong dan nak ke pazar.
Perati tudung dia, renda tepi musti dia yg kait sendiri.



Walaupun orang kampong, bila berfesyen deme bergaya.
Kaler baju mesti ngam dgn kaler
tudung.
Dia hangkut bakui yg berat tu satu persatu nuju ke pazar.
Teman ngekor dari
belakang.



Lagi sorang Yong dengan beban dari romah atau kebun dia.
Dia paka suar besor biasa dipaka
pompuan kampong.
Suar ni ala-ala skirt, besor dan longgar.



Lagi sorang petani/peniaga Yong.
Kan teman penah labun dulu orang pompuan Turki ni gagah
perkasa. Angkat guni 40 kilo pun steady jer...


Yong Power!

Di pasar pagi Eregli, 80% peniaga sayur adalah kaum Yong. Ada yg jue hasil kebun sendiri, ada
yg jue hok orang punya.
Yong ni ada jue kacang walnut (kiri) dan hazelnut (bawoh kanan). Kacang walnut lazimnya tumbuh liar di wilayah ni.
Kat Malaya mahei kome!
Nitik ayor lior nengoknyer!



Macam pasar Siti Khodijah, kaaaannn?
Satnika sayur kampong yg tentunya organik deme buat niaga.



"Cicek ni untuk dimakan ke, Ablah?" dengan sengalnya teman tanya sorang Yong.
Dia perasan teman ni Yabanci (orang asing), dia buat gerakan menghala ke hidung. Ohh untuk hiasan dan wangian.
Huuuhhh memang wangi pun!
Teman pun beli sejambak.



Keju putih made-in-kampong (beyaz peynir).
Kak Emine dan mertua selalu buat keju nih.
Satu peket tu 10 Lira gamoknya (RM17).



Kalau kome ingat citer teman tulih pasa lempen sayur cam paku-pakis tu, nilah dianya.
Ropa lawor, ada bunga-bunga kecik!



Musim bunga, buah stroberi banyaklah.
Sepeket tu 10 Lira.
Saiz deme lebih besor dan manis dr stroberi Cameron Highlands.
Teman makan 4-5 biji udoh jenuh!



Dari Opah ni teman beli stroberi.
Sembang-sembang dengan dia. Suka bebenor dia bila dia tau teman Yabanci.
Haissyyy...terer-terer teman speaking Turki, cehhhh!



Ehhh cam seropa pulak!
Sebelum balik bergambor dengan dia.
Sayang tu, dakap-dakap lagi!



Di Istanbul teman buleh main masak-masak.
Sup Turki ni seropa sup omputih - pekat.
Ni sup dhal meroh - tumih dulu, rebus sampa hancor, boh sikit lada serbuk dan garam.
Croutons
teman buat sendirik!

Roti bakor dengan keju kasyar,...bakor, bakor!

Friday, May 18, 2012

MUSIM BUNGA DI ISTANBUL...TULIP, TULIP, TULIPPPP!

Jalan menuju ke Eminonu, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Berkat,

2 ari sebelum teman balik Malaysia (bulan Mac, 2012), teman amik peluang jadi pelancong jap. Dekat 3 bulan dok Turki baru nak melancong. Maksud teman ni baru nak tengok tempat-tempat bersejarah dan taman-taman di musim bunga.



Bukan tak penah tengok, dah berkali-kali tapi ni trip 2012, kenalah amik gambor, simpan. Masa tu teman kuar lepas subuh dengan Mr T, tapi dia tolong antor ke Aksaray.
Pastu teman nyongket sorang-sorang dalam samar-samar pagi tak bape nak terang.
Nyusur jalan sepanjang Aksaray, Sultanahmet, Beyazit sampa ke Eminonu.
Mau 4-5 km kot!
Nyaman jer, tak letih sebab sejuk.


Wuuuu heeeee, cantik nar!

Ni gambor kat taman tak jauh dari blok apartment kami di Basaksehir. Sibuk-sibuk nak amik gambor bunga tulip, ropanya tak jauh dari apartment kami pihak Majlis Tempatan pun ada tanam.
Turun dari bas, terus berkejor dan menerap amik beberapa imej...



Ni imej dari kamera digital.
Selalu teman upload dr handphone yg standard tu.
Ada kot beza.
Tu bas nak ke pusat bandor, menuju Eminonu.
Nak kabor jap, Istanbul bukan bandor tapi negeri!



Kome buleh nampak dak sorang lelaki paka baju Bersih tu?
Haa tuuu belah kanan sikit, tengah duduk.
Ha ha Perasanlah kome!
Dia paka T-shirt koje dia, mana ada Bersih!


Bunga tulip Bersih!

Yang ni bunga kat luor muzium yg ada taman, kat pusat bandar.
Masa ni teman ondewei nak nyongket ke Eminonu.



Tembok dindin muzium, mungkin dibina zaman Uthmaniah.
Selain kat dalam, kat luor pun Majlis Bandaran Fetih (Fetih ni satu daerah dalam Istanbul) tanam dan hias bunga tulip merata-rata.



Teman tak tau apa nama bunga werne ungu ni.
Kalau tanya Yong Eita atau Yong Tihara, deme tau kot.



Close-up
tulip werne...errr werne apa ni kome?
Cer kabor kat teman jap.
Teman bute werne...sesetengah wernelah!



Teman rajin jugak ngendap-ngendap klik dedekat.
Terhendap-hendap pepagi bute tu.
Ni dah masuk dalam taman muzium tu.
Teman hidu-hidu, tak wangi ler pulak.
Harapkan lawor jer!



Kaler pink pucat ni yang paling meriah kat dalam taman ni.
Suke bebenor teman nengoknya, tapi idok ler sampa teman berlari-lari sambe menyanyi-nyanyi.
Belum sampa peringkat Bollywood lagi yek.



Ukiran Yob Ataturk kat sini.
Jenuh teman nak rakam imej dia ni sebab pancaran matahari ngadap lensa teman!
Dok dediam ye Yob, Yong nak amik gambor miker nih!



Yang kaler meroh menyala pun ada.


Seeeeeeeeepanjang jalan dan bucu dalam taman penuh tulip, tulip, tulip!

Subhanallah!
Masa deme masih bentuk kudup gini memang cantek sesangat.
Ni teman hadiahkan gambor ni untuk Yong Lady Lavender di Finland yg suka sangat bunga tulip.
Sebenornya entry ni teman buat sebab nak tunjuk rasa syukur teman dapat menikmati keindahan ciptaaNya.
Ramai yg teringin nak tengok dan pegang bunga ni, yang tahan lebih korang 2 minggu kot.
Lady Lavender menulis dalam entry Spring in Turku Part 2 dia kata seronok dapat tengok bunga tulip di Turku, walaupun sekangkang kera.
Teman pun insaf sebab teman dapat tengok bunga-bunga tulip sekangkang dinosaur di Turki!
Bersama-sama kita berkongsi nikamti kurniaan Dia nih.


Nak kongsi gak imej Masjid Biru.
Teman amik dari jauh jer, sebab awal pagi sangat. Nak gi pun jauh dari laluan teman nak nyongket.
Lagipun dah masuk dalam masjid ni dalam trip dulu-dulu.



Antara pemandangan yg menakjubkan dan sejuk mata memandang di Istanbul.
Tapi ramai pelawat dan pelancong, termasuk yg non-Muslim, datang sini terutama musim bunga dan musim panah.
Kadang berebut nak solat!



Pemandangan yg buat teman lapor...belum bekfast ni.
Apa rezki teman ari jumaat ni?
Nak goreng spegetilah!