Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Istanbul musim bunga. Show all posts
Showing posts with label Istanbul musim bunga. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

JOM IKUT TEMAN BALIK KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

"Sabor kome, sabor, bawok bertenang!" kata Mat Bond Istanbul.
Polis kat KL kata, "Nahhh! Amik ko!!!"
Untuk semua anggota polis, "Kolay Gelsin" (Semoga Dipermudahkan).

Assalamualaikum dan Salam santai Mengkome weh,

Yeahhhh dpt semola guna interface lama!
Meh sambung citer teman memola sampa Istanbul. Bukak tibi nengok haber (berita ler), mesti ada citer pasa demo.
Makanan lumrah di Turki.
Jarang ganaz.
Yang ganaz selalunya melibatkan pendemo bangsa Kurdish di Diyabakir. Kat Ankara atau Istanbul sekali-sekala pendemo dan Bond berpeluk-peluk!
Yang kome gi KL ari tu udoh sihat?


Musim dingin di Turki, tak salji...ujan!

Lepah 2 minggu kat Stambul dan salji dah agak cayor, teman kabor kat Mr T nak balik Kg. Deredebi.
Mak mertua dah hingor,"Bila nak balik? Meh balik!"

Mr T beli tiket rega lebih korang RM55, jarak dr KL ke Ipoh, untuk teman turun di Akcakoca.


Sampa Otogar (terminal bas) yg besor erpot Pulau Pinang.
Laju Mr T bawok beg teman, tak terkejor!

Teman naik bas Metro, antara bas yg canggih...

...persaingan syarikat bas kat Turki agak sengit. Tiap company yg besor cuba upgrade bas-bas deme.
Selain layanan atendan bas (Yob-Yob jer attendant deme) yg agak mesra-pelanggan menanya, "Nak minum apa?",
"Nak ayor?",
"Nak turun mana?"...

...tiap seat ada skrin TV.
Ada ler 10-12 channel TV tempatan. Teman nengok gak , tapi teman lebih suka nengok pemandangan kat luor!
Cantiiiik pemandangan negara Turki ni, Subhanallah!

Ni bukan saluran TV tapi pemandangan depan bas.
Deme pasang kamera depan bas, jadi penumpang buleh tengok suasana trafik depan bas. Haa...kalu berlaku eksiden, kita buleh tau punca dan sapa langgor sapa!
Bijak-bijak!

Bahagian jualan satnika kraftangan Turki

Dalam sejam lebih, berhenti kat satu R&R yg agak besor. Ada gedung beli-belah, restoran, kedei-kedei, tandas yg bersih, dan 2-3 surau.


Sampa Akcakoca, Alper, anak tiri yg bongsu dan siap nunggu dan teruih antor teman ke romah mak dia di kampong sebab teman dah kabor awal-awal nak balik Kg Deredebi dulu.
Waaah dah ada banglo di bawah laman...untuk lembu daa!

Pepagi esoknya teman rakam suasana kampong dr tingkap mutfag (dapur) Kak Emine. Ni salji round ke 2, tak bape lebat. Dah berhenti pun...


Pepagi bute (7.30am), Kak Emine gi layan Kara Kiz dan gerombolan dia. 2 ekor ada susu.
Teman kemaskan tilam bantei. Kat dapur ni kami berdua tido sini, kami berdua jer ada dlm romah 6 bilik ni.
Ruang ni yg paling panas.
Lalu corridor kang (nak gi bilik atau toilet) terkejor-kejor nak cepat sebab sejuk cam dlm peti ais!

Susus fresh dimasak sampa membuak, tapi jgn bagi melimpah arr!

Musim sejuk susu tak banyak sbb takde rumput dan daun ijo.
Hmmm baru tau...ingatkan sama jer jumlah susu lembu ni.
Tapi susu lembu feedlot mesti sentiasa sama jumlah deme!


Sementara Kak Emine siapkan kahvalti (sarapan), dia bagi teman segelas susu yg masih panas-panas tu, no sugar yaa kome.
Hmm sodapnyo, kata Yob Ghombau!
Dia minum susu kamben!


Pas kahvalti, teman turun gi romah Mak Mertua.
Memola sambut teman si Karabas.
Dia renung dan perati.
"Sapa Mokcik ni...cam kenei!"
Telinga dia turun melintang...tanda dia takut.
Teman sebut-sebut nama dia...haa melompat-lompat suka sambe menyeringai gigi!


Lepas salam dan dakap-dakap dgn Mertua, dia bagi teman makan something, lupa apa dia bagi.
Pastu datang sedara, jugak nama Emine, tolong gaul tepung buat roti...


...teman rasa kalau nak buat roti secara manual ni, kena tangan yg gebu-geban sebab doh roti ni amat kental.
Kalau teman yg uli...mau lenguh 3 ari!


Agak sejam lepak dgn mertua, teman turun.
Karabas ngekor.
Tulah Karabas, anjin yg cerodik.
Menemani ahli kuarga Mr T bila deme kuar romah.
Cam bodyguard gitu.
"Good dog Karabas, good dog!"


Rumah tingge halfway ke Sg Deredebi

Teman nak tengok Sunga Deredebi dalam musim sejuk sebenornya. Karabas ngekor teman sampa sini jer sebab kira dah kuar dari territory dia.

Huuu comey suasana!

Teman amik banyak gambor tapi yg masa salji round ke 3, lagi banyak teman rakam sebab lagi lebat saljinya!


Kat tengah sunga agak deragh ayornya.
Teman usyar-usyar kot ada ikan.
Batu ada ler!


Balik romah Kak Emine, dia jamu sup sayur panjar (sup sayur yg amat boring); buah ceri jeruk yg ditumis dgn bawang (Ok, Ok jer) dan labu rebuih dgn nasi.
Kalau teman sentiasa maintain slim, inilah sebab-musababnya kome! Meh amik sepinggan kalau kome nak rasa!



Sebagai penutup, ni gambor 2 orang blogger manis sugary, sorang tuanpunya blog Aku Sorang Pengembara (aka Aku Sorang Kaki Nyongket) dan blogger Ayang Safiah. Deme ugut nak terjah romah teman, demand kahvalti jugak.
Teman counter ugut, kome dapat makan hazelnut dgn keju Kak Emine jer...sebab sapa suruh main terjah-terjah, kabor last minit?
Tima kasih sudi lepak dengan akak ya kome, kalau ada kekurangan tu, simpan dalam ati...jangan tulih dlm blog! he he heh!

Friday, April 20, 2012

SAMBUNG CITER KEMAL ATATURK DAN MOH CUCI MATER!

Tulih nama ataih saljuuuu...khas utk Hajjah Asma, Ipoh mali!
Semoga bahagia dgn kuarga tercenta...bila nak makan nasi beriani, Hajjah?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Pe kabor semua? Sihat belaka?
Alhamdulillah teman dah selamat landing kat Shah Alam, syukur dpt makan ikan goren!
Idok rasa jetleg pong.
Minggu ni sibuk nak kemas dan mop romah (eleh...ye ke, Yong!), dan balik kampong kat Parit ziarah Mak.
Ater teman ada kampong dan Mak lagi kaaannnn!



"Mana kome dengor citer Kemal Ataturk mati tak terima bumi ni? Pepanda jer mengkome nih!" labun Mr T sambe gelak-gelak!


Ukiran Ataturk teman rakam satu pagi gelap (2 ari sebelum balik Malaya) di satu taman, Istanbul.

Kata Mr T, antara tahun 1919-1924 gitu, sejarah Turki dlm gelap,
"Nobody knows what happened during this period."

Masa ni belum ada Republik Turki, yg ada empayar Uthmaniah yg dah retak sana-sinun. Padishah atau Sultan yg terakhir dok di Istanbul.
Sapa control Padishah?

British laknatlah!

Kemal dan tentera dia bermarkaz di Ankara. Sultan ikut arahan British yg berkuasa di Istanbul. Tentera Uthmaniah dah berterabur, tingge yg dinamakan batalion Erzurum (kalau teman tak silap dengor).

Orang-orang Kristian Armenia, Roman, Greek bermaharajalela di Istanbul. Wanita-wanita Turki dirogol. Mr T kata antara tahun-tahun tu, rama wanita Turki menggugurkan kandungan sebab deme tak tau janin-janin tu anak suami deme atau perogol Kristian tu.

"I'm not sure about the fact coz it was only talks, rumours. But I met a woman in 1978, at that time she was 78 (Mr T masa tu pelajar universiti kat Istanbul). She told me about the bad situation when Istanbul was controlled by the British. The Sultan was a slave to them! She cried and made dua (doa) that Mustapha Kemal came and rescued them!

So, tak betoilah yg ada mengatakan Mustapha Kemal halau Sultan keluar dari Istanbul?

"How could he? He was not in control of the empayar, he was based in Ankara, hundreds of kilometer away. It was the British that exiled the Sultan, to Italy!" citer Mr T.

What about the story that his body could not be buried when he died?

"Where did you hear this story?"

"Everywhere, since forever!" teman jawab.

"In Turkey nobody heard about this. I went to Afghanistan I heard this story, I met Pakistanis, Indians, Arab people they said the same story. Where did they read this story? Where did they get the source from? You must do research before you believe!" Mr T hingor.

Sebenornya teman dah tanya perkara yg sama pada Tahsin, anak tiri teman yg sulong. Dia pun heran, dia kata "Taklah!"
Kemal Ataturk mati macam biasa dan ditanam di makam, itu jer.


"These wild stories about Ataturk were all lies. Made up by the British who hated him coz he defeated them!, " sambung Mr T lagi.
Ehh biasa ler tu orang British, bukan kita tak kenei. Kat Malaya pong deme buat gitu...


Tapi pasa Kemal ni keturunan Yahudi dan ahli Freemason tu teman tak tanya Mr T lagi. Tapi dulu penah Mr T cemuh kata dia ni Yahudi, ejen Crusaders bla bla bla...

Errrr sambung lain entry pulak ya kome.
Penat arrr....


Moh cuci mater!

Ringkas-ringkas...letih tak hilang lagi ni. Bunga tulip werner...dark pink ke, atau...?
Issyyy tak tau teman!



Haa ni purple dan putih, di luor sebuah muzium. Istanbul ada banyak muzium, tak larat nak layan!


Kunin ler...memang cantik kunin ni, kat luor muzium gak.



Light pink
dalam taman, Istanbul...
Sepi jer taman ni sebab belum kul 8 pagi lagi!



Werne akan-akan oren sepanjang jalan di Eminonu, diselang-seli dgn bunga putih kekenit!

Ni yg dihias kat taman tak jauh dari apartment kami di Basaksehir. Belakang tu masjid besor taman kami.


Cuci perut.

Nasi Melayu asli.
3 bulan teman tak makan nasi sebab takde gulai, ikan goren, ulam dan sambe belacan di Istanbul.
Tengah ari tadi nilah menu teman, moh kite...!