Moh Kite Follow Sesame...

Monday, September 12, 2011

Lupakan Mat Sabu, PKM, Bkt Kepong Jap...Moh Nyongket Kg Deredebi Musim Panas!

Rumoh Mak Mertua di waktu pagi nan indah!

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Penat arr baca pasa Mat Sabu, Bintang 3, Bukit Kepong, cukai 6% yang tertangguh dan memacam yg serabut.
Bagi menenangkan fikiran yg celaru dan sepu, meh ikut teman nyongket kampong Mr T, Kg Deredebi, Laut Hitam tika musim panah.
Bukan kome tak biasa ikut teman ngelewor ni, tapi kali ni meh ikut naik keta pula yek.



Ni jalan utama dari Istanbul ke wilayah Laut Hitam. Ni kira dah dekat Kg Deredebi di belah kiri. Kalau terus buleh sampa ke Akcakoca, bandar resort yg paling dekat dengan kampong Mr T, lebih korang 15 minit jauhnya. Sorang anak Mr T si Alper dan anak sedara dia, si Ilker, berumohtangga di Akcakoca.



Masuk ke kiri jumpa keadaan jalan lereng bukit cam ni.
Ia tak bertar tapi berbatu. Kalau musim panas dan musim luruh penuh dedaun tepi jalan. Kiri kanan pokok utan dan ladang hazelnut.



Nanti keta menurun ke arah kampong. Jalan ni umpama jalan ke Cameron Highlands cuma tak tar. Memang berdebu sebab deme dapat ujan sikit. Namun ujan turun agak kerap di musim bunga dan musim luruh, walaupun tak selebat di Malaysia.
Cukup untuk menghijaukan bukit-bukau kat sini.



Pokok-pokok besor kat lereng ni ada yg pokok kestane atau pokok buah berangan yg memang endemik kat sini. Selain tu pokok buah epal, pear, ceviz (walnut) dan pokok-pokok kayu lain yg biasa terdapat kat negara temperate.



Kekadang berselisih dengan keta lain. Kalau jalan yang sempit, kena ketepi salah sebuahnya.
Walaupun berlereng, jarang berlaku tanah rebak atau tanah runtuh.



Dari atas jalan tadi buleh nampak atap rumoh orang kampong Deredebi. SubhanaAllah, cantik sungguh pemandangan kampong deme yg berbukit dan menghijau!



Bila keta Mr T lalu dekat dengan sebuah ladang, dapat teman perati kacang hazelnut dengan lebih dekat. Ni ropanya deme kalau dah cukup matang. Kacangnya tumbuh bergugus dan berkelopak.


Cucu-cucu Mr T dan anak-anak pekerja Kurdish sedang melanyak hazelnut.

Yang ni aktiviti bila kacang hazelnut dah dipetik, dimesin dan dijemur. Semalam Mr T telefon, aktiviti memetik kacang hazel sedang rancak berjalan.
Tahun ni lambat petik sebab tunggu abih bulan Ramadhan. Suhu pun dan kurang panas dan aktivit menjemur kena cepat dibuat sebab bila masuk musim luruh dalam bulan Oktober, ujan akan kerap turun.




Pemandangan dari atas bukit. Mungkin kome buleh cam ada anak sunga Deredebi di sebelah kiri tu, selari dengan jalan.



Kalau kome berdiri dari jalan bukit atau tempat tinggi, ni ropa ladang hazelnut orang kampong. Pokok dia yang rendang-rendang tu. Pokok yang besor-besor tu mungkin pokok berangan, epal, pear, walnut dll.



Selain hazelnut, orang kampong turut tanam satnika sayuran musim panas dan jagung. Setiap kuarga ada plot sayuran deme. Sayur ditanam di setiap musim. Jimat kome dan rajin deme ni mengusahakan tanah!



Jagung mula disemai masa musim bunga. Dalam 3 bulan buleh kutip. Pastu tanam lagi sepanjang musim panas. Batang jagung akan dibior kering untuk santapan lembu pula!



Ni camii (masjid) Kg Deredebi. Pertama kali teman dengor azan dia sedap bebenor. Tapi yang mengejutkan teman - satu pagi di musim panas - pertama kali teman terjaga dari tidur dengor azan subuh. Teman tengok jam baru pukui 3:30 pagi! Mak aiii!
Memang mamai teman masa tu nak bangkit solat!


Meh berba-b-q 'ala Turkiye.

Bangsa Turki ni lazimnya berbabeque di musim bunga dan musim panas. Kalau main panggang-panggang ni deme bako sosej, kofte (pegedil) dan cili ijo. Bila nak makan boh dalam roti tanpa sos. Tulah piknik deme!
Meh kome...

P.S Kebanyakan gambor teman amik dari Deredebi Koyu Facebook. Tak tau dia ni sapa, guna nama kampong, tapi dia kenei Mr T dan minta teman Add dia.
Tessekurlar for the resimlar!

8 comments:

  1. Assalamualaikum Yob Ustaz Imam Terhot,

    Hotdog ke? He heh!

    ReplyDelete
  2. wah! bergelumang hazelnut la kanak2 tu!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Halima
    Ummiross nyongket ke sini pagi2,tengok kg Deredebi yang sungguh cantik.
    Tak rindu suasana memetik hazelnut ke kak...

    ReplyDelete
  4. Salam Yob

    Mak oih.. cantiknya!

    Teringat saya ketika di puncak gunung tinggi dengan pemandangan indah sebegini..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yong Dragon,

    Bukan jer kekanak bergelumang, akak pun selalu berbaring atas kacang tuh! Kalau jalan atas kacang tu, cam urut reflexology!

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Yong Ummi,

    Petik hazelnut tak rindu, teruk kojenya Yong. Kalau buleh akak selalu elak ke sana di musim panas!

    ReplyDelete
  7. Salam Yob Mountdweller,

    Ha ha...saya Yong! Tentu Yob suka, dah duduk ataih gunung!

    ReplyDelete