Sepanjang persidangan Women For A Meaningful Summit tu, ada jugak beberapa side-show yang pihak penganjur buat sama ada di dewan besor, di luar dewan, kat lobi hotel, atau luar hotel, sebelum, sewaktu dan selepas persidangan, untuk diperaga atau dipamer pada para delegasi atau pemerhati conference tu. Delegasi yang datang dari seluruh dunia ni kabornya lebih 2 ribu orang! Teman pertama kali sampai dah macam blur dik ramainya manusia bergerak, mundar-mandir, mencari, berlonggok, bergaul, berinteraksi, ber...macam-macam lagi. Yang ramai ni tak termasuk pihak keselamatan beruniform, dan yang tak beruniform. Ejen-ejen KGB pun bersepah-sepah, kita boleh cam, (itu belum termasuk lagi Mat-Mat spy CIA, MOSSAD, PLO dan yang segerombolan dengannya). Senang jer nak detect deme ni, tengok pada body language deme, walaupun deme berusaha nak buat low profile. Tengok pada baju suit dan air muka deme dah kenal. Tapi itu yang kita boleh detect, yang kita tak boleh detect entah ramai lagi - yang mungkin dok intai balik dinding; tersepit balik pintu; mencangkung bawah kerusi; meniarap bawah carpet; mana tau...isssyy ni teman terlampau banyak baca novel Frederick Forsyth nih!
Takpe kita jangan fokus sangat fasal Mamat-Mamat KGB ni (bukan hensom sangat pun, kalau hensom nak gak teman minta nombor telefon, tapi deme tak faham pulak bahasa Inggeris, bila teman tanya, "Do you speak English?", tanpa kerdip mata atau senyum menawan, "Nyet!" dia jawab. Tak mesra pelanggan langsung deme nih!) Teman nak sembang sikit pasa beberapa orang delegasi orang kita ler, bukan ramai pun , adalah 6 orang termasuk hambamu ni. Nak tau, dari negara Asia Tenggara, hanya orang Malaysia, Thailand, Vietnam yang dijemput atau hantar wakil. Tak tau pulak teman kenapa Indonesia tak datang. Singapura gerenti tak sior nak pegi, sebab takde hubungan diplomatik kot masa tu (1986). Masa ni walaupun Malaysia dan USSR ada hubungan diplomatik, tak ramai rakyat Malaysia yang pegi Rusia ni, kecuali ada urusan rasmi. Melancong atau melencong tak buat dik orang. Keme yang dijemput khas ni pun, siap cop VIP pada bagasi keme ni, deme simpan paspot keme, hampeh! Kami berenam jer yang ada taraf VIP ni, tak tau kenapa. Delegasi dari Pakistan dan India (mak oi ramai deme ni) yang sekapalterbang dengan keme takde pulak dapat tag VIP. Spesel bebenor hubungan Malaysia-Rusia ni masa tu kome.
Melencong lagi teman ni. Maaf yer, teman kekadang terimbau akan kenangan semasa berhura-hara di Moscow ni. Banyak peristiwa manis teman lalui tapi dalam entry ni nak citer peristiwa yang kurang manis. Satu tengah hari masa keme tunggu beratur (beratur lagi...) nak masuk ke ruang pameran barang kemas dari amber, (ni salah satu side-show atau program untuk delegasi) kami geng dari Malaysia ni sembang pasal barang kemas. Taulah orang pompuan kalau dah berlonggok tau nak sembang jer - pasal keluargalah, rumahlah, tapi yang deme paling suka sembang ialah pasal barang kemas, baju, kasut, cadar, handbag dan yang seumpamanya. Jadinyer dari bab barang kemas, 3 orang wanita Malaysia ni (yang lagi sorang novelis terkenal entah sesat barat kat mane pun tak tau) borak pulak pasal kereta. Macam mana tersasul ke bab kereta teman kurang pasti.
"I guna Merc pegi ofis...kalau nak balik kampong kami naik BMW," kata makcik dari parti India ni. Oh, abis kalau you gi your kawasan? Haa dia ni ADUN kat Pulau Pinang ropanya!
"Kalau lawat kawasan I bawak jeep!"
Pastu yang makcik dari parti Melayu ni pulak tak mau kalah:
"I bawak Honda bila gi pasar; kalau hubby I gi kawasan we all guna 4WD, masuk kampong kan... gi keja I pakai Merc; kalau balik kampong kami gunalah..." (actually teman pun tak ingat jenama kereta dia nih...).
"Oh you ada 4 kereta, I pun ada 4 biji, tapi ingat nak tukar jeep tu, old oredi!" tambah makcik yang memanjang pakai baju Bollywood dia.
Teman dan 2 rakan Malaysia ni dengor jer. Yang sorang tu gila amik gambor, klik sana, klik sini; yang lagi sorang mewakili Trade Union tak banyak cakap, mungkin sebab dia ada sebiji keta jer. Teman dengor jer, bukan sebab takde kereta, tapi heran dengor makcik-makcik ahli politik ni berlawan citer pasal kereta-kereta deme.
Gini, di Rusia setinggi manapun jawatan kome (kecuali yang ada jawatan sedap dalam KGB ka atau ada kedudukan dalam Politburo ka), tak merasalah kome nak pakai motosikal, apa lagi kereta Lada! Tak mampu Yob! Makcik KGB Dr Ludmilla penterjemah kami (saja teman gelor dia Mother KGB di belakang dia, percaya ke dia ni semata-mata profesor kat universiti?) tu pun dok flat kecik dan takde pun sebijik kereta. Kereta Lada pun tak mandang (itu yang dia kabor ler). Rupanya dia dengor semua perbualan makcik-makcik ahli politik kite ni.
"Ohh...sukar sekali saya mendengar! Mereka ada banyak mobil! Kenapa perlu ada hingga 4 buah mobil?" keluh Dr Ludmilla dalam loghat Indonesinya pada teman. Masa tu baru teman terperasan akan perbezaan taraf hidup di antara rakyat di negara komunis dan kita yang berada di negara kapitalis. Malu jugak teman dengan sikap gedik 2 orang rakan kami tu. Tak manis rasanya kita bercerita fasal barangan pengguna yang mewah di hadapan pengguna yang tiada kelebihan macam kita ni.
Teman nak kata apa? Dalam hati hanya boleh kata, "Sengal punya ahli politik!"
Nota kaki: Makcik Bollywood segera balik Malaysia tanpa peduli trip ke Leningrad sebab berebut nak bertanding jawatan tertinggi dalam parti dia. Namun, apakan daya beliau kalah! Tulah, jangan gedik sangat kat orang yang kurang berada!
No comments:
Post a Comment