Moh Kite Follow Sesame...

Monday, July 5, 2010

Corat-coret Puttalam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry kali ni teman nak catat cerita-cerita ringkas yang teman alami sepanjang bertugas di Kem Puttalam.


Kisah #1 - Sewaktu teman dan Sophie (dari Belgium) naik dari mandi sungai satu petang dan dalam perjalanan menuju ke rumah volunteer lebih kurang 200 meter, kami bertembung dengan Uncle Pratap dari Kathmandu, Nepal. Kami gelar dia uncle sebab dia volunteer yang paling senior berusia lebih kurang 48 gitu. Bila berselisih teman menegurnya,

"Uncle dah mandi? Uncle mandi kat mana...tak pernah nampak kat sungai."

Uncle Pratap sekadar mencemekkan muka dan menggelengkan kepala.

"Saya tak mandi..." dia jawab.

"Habis Uncle mandi kat mana?" Sophie tanya. Sophie ni kepoh banyak orangnya.

"Saya tak pernah mandi kat sini" jawab Uncle, rendah jer suara dia. Sophie pandang teman, teman pandang Sophie. Si Kepoh soal lagi,

"Why...?"

"Err, masa kita naik bas ke sini hari tu, kita lalu hulu sungai ni kan...saya nampak orang mandikan 5-6 ekor gajah dalam sungai," cerita Uncle.

"So...?" balas Sophie lagi.

"So, saya gelilah nak mandi sungai yang ada kotoran dan daki gajah-gajah tu!" kuat sikit suara Uncle pada kami. Bodoh ke perempuan berdua ni, mungkin itu fikirnya.

Mulut Sophie ternganga, nak tanya lagi atau tercengang teman kurang pasti. Uncle renung kami, nak cabar kami tanya lagi kot. Nak debat tak boleh, dia lebih tua dari kami.

"Ok, see you later..." kami kata akhirnya. Kami terfikir gak apa yang dia cakap tadi. Kemudian Sophie mengangkat lengannya dan menghidu-hidu.
"Do I smell like an elephant?" soalan lawak dari Sophie.
"Ada sikit-sikit...'' jawab teman. Keh..keh..keh!

Kisah #2 - Teman baru jer abis mandi sungai sorang diri. Lazimnya teman mandi dulu supaya ada privacy, terpaksa cari spot yang ada pokok, terlindung sikit. Masa naik ke tebing, teman nampak ada 8-10 orang dari sebuah keluarga kot sedang berkelah tepi sungai ni. Teman terpaksa lalu dekat tikar deme tu. Terdapat beberapa orang wanita, lelaki dan kekanak. Deme pandang ke arah teman jadi teman pun senyumlah. Bila teman senyum, sorang perempuan bersari biru pun senyum ajak duduk. Teman berhenti kejap tengok apa yang deme makan - nasi dan lauk-pauk macam kita juga, tapi laksa, meehoon takde ler. Teman dengan muka tak malu pun duduk sama. Yang lelaki, mungkin suami atau bapak deme cuba buat modest, fokus ke nasi jer. Kekanak macam biasa dok perhati kita atas bawah. Siap bagi pinggan sebelum teman sempat kata, "Tak pe, terima kasih..." Teman pun tak tau deme ni faham tak BI, teman gerenti tak tau Bahasa Tamil. Tapi ada sorang lelaki muda tanya teman asal dari mana. Teman kata Malaysia. Dengar jer Malaysia, perempuan tadi kata, "Kami Melayu, makan..makan!'' Nasib baik teman tak tercekik nasi. Ada orang keturunan Melayu kat Puttalam ni? Sambil-sambil makan ikan dan sayur yang lazat deme bawak dari rumah (setelah berhari-hari makan vegetarian, oh ikan...ikan, my darling!), teman pun sogheh-sogheh dengan deme ni macam mana boleh tersadai kat Sri Lanka. Rupa-rupanya beberapa jenerasi dulu, datuk nenek deme pernah dibawa oleh penjajah Belanda ke Ceylon (nama lama Sri Lanka) sebagai orang buangan, kalau tak silap teman. Ni macam kes orang Melayu di Afrika Selatan. Tetapi deme kat Sri Lanka ni dah tak berapa praktikkan bahasa Melayu jadi BM deme ni macam cukup-cukup makan, itu pun dicamporaduk dengan bahasa deme ler. Alhamdulillah kenyang teman tengah hari tu dapat makan homecooked food yang lazat dan berjumpa dengan bangsa serumpun nun di kawasan tandus Puttalam.
(Nota: Keluarga ni bukan pelarian, deme tinggal di bandar Puttalam, datang ke sungai utk berkelah dan mandi-manda).

Kisah #3 - Satu pagi teman dan Sophie berjalan kaki menuju ke kem pelarian lebih kurang 3 km jauhnya. Sambil berjalan kami berborak dan bergurau. Dari arah depan kami lebih kurang 20 meter, 2 orang remaja pelarian lelaki sedang berjalan santai. Agak-agak 10 meter nak dekat kami, tetiba kedua-dua remaja ni macam tergamam, lepas tu deme tertunduk-tunduk dan kejap berbisik-bisik. Teman pun hairan kenapa. Kemudian deme buat U-turn tapi berhenti, berdiri tercegat tepi jalan. Teman toleh tengok Sophie, eh...takde makcik ni, mana dia? Teman toleh belakang rupanya dia tertinggal 2 meter di belakang teman. Dia sedang terkial-kial menarik kain sarong dia yang terlondeh paras kaki. Rupa-rupanya semasa berjalan tadi dia tak sedar kain dia terlucut ke bawah dan dia selamba berjalan dengan seluar dalam dia! Tu yang 2 remaja tadi ternampak dan tersipu-sipu malu. Selama duduk di sini ada volunteer Eropah berpakaian ala orang tempatan, termasuk Sophie yang pakai kain sarong. Entah macam mana dan dari siapa dia belajar ikat kain tu, boleh longgar dan terlondeh. Tapi minah ni selamba jer mengikat kain dia dengan lebih kuat, sambil tergelak-gelak dia sambung bersaing dengan teman. Remaja 2 orang tadi masih senyum tersipu-sipu tapi menundukkan pandangan deme. Teman tak kata apalah, nak buat macam manakan, dah nak accident!
Setelah berada di Kem Puttalam beberapa hari dan berjaya menyiapkan kerja-kerja baikpulih pondok-pondok untuk beberapa orang balu, semua volunteer antarabangsa dan tempatan balik semula ke tanah tinggi Kandy menyambung workcamp bertajuk Conflict Resolution untuk beberapa hari lagi. Selamat tinggal saudara-saudaraku di Kem Pelarian Puttalam semoga anda kini kembali ke kampong halaman masing-masing dengan selamat.

3 comments:

  1. berharganya pengalaman akak ni..dulu saya pernah juga isi borang mercy nak jadi sukarelawati tapi sampai kesudah tak hantar,,:)

    pelik kan europe, depa serang tapi depa ada gak hulur bantuan..

    bertuahnya akak dapat berbakti disana untuk wanita muslim..tentulah mereka seronok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rulza,
      Laaa baca entry lama ya. Ni mesti nak buat khatam baca Moh Kembara!
      Yaa dulu akak keja dgn NGO Alam Sekitar tp buat volunteer dgn 2-3 NGO lain. Tu kekadang pegi buat keja bantuan dan buat workcamp. Merasalah alami suasana yg lain dr negara kita ni.

      Delete
  2. hihi..haah kak, saja nak tau macam mana akak leh sampai ke turki..sebab cerita akak ni selalu menarik je ditambah dengan gambar2 roti yang menggiurkan tu saya nak baca sendiri je..:) :)

    ReplyDelete