Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, July 15, 2010

Moh Singgah Negara Sosialis Jap!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Satu hari teman dan seorang lagi wakil dari Malaysia nama Salmah berjalan balik ke penginapan kami, Hotel Salyut (nama hotel diambil sempena nama roket deme ler). Paginya kami hadiri perbincangan di commission yg keme pilih, teman pilih Alam Sekitar. Lepas makan tengah hari, bas persidangan bawa wakil-wakil ke hotel memasing (hotel ada 2-3 buah, dah perwakilan ramai, sampai dua ribu orang lebih!) Telinga teman dah berdengung dengar memacam presentation dan debat oleh wakil-wakil dari berbagai negara, ada yang dari negara komunis dan ada dari negara demokratik. Wakil yang paling bising ialah dari India dan Amerika sebab deme memang suka bercakap. Rasa nak balik hotel jugak...kalau tak balik kang, bila masa nak solatnya, mana nak rehatnya.

Keme berjalan kaki sikit sebelum sampai ke hotel. Agak tak jauh dari kawasan hotel, keme ternampak sekumpulan orang ramai sedang berlonggok dan beratur. Hmmm beratur lagi! Sejak keme sampai di bandar Moscow ni 2 hari sebelumnya, pemandangan sekumpulan penduduk beratur dah berlonggok jadi biasa. Mula-mula nampak, teman dan perwakilan lain tertanya-tanya apa yang deme buat Q tu. Macam ada benda yang menarik jer...



Ketika era Perang Dingin, negara-negara komunis waktu tu memang 'suci' ideologinya. Maksud teman, kalau dah komunis semua dilayan sama rata, sama rasa, takde miskin atau kaya, atau middle class macam sekarang. Kononnya fahaman sosialis ini mahu kesamarataan utk semua rakyatnya. Antara akibatnya dari kesamarataan ini, segala bentuk keperluan dan perkakasan utk pengguna (rakyat marhaen), dicatu. Semua orang atau hampir semua rakyat dapat apa yang dia nak cuma nak dapatkan keperluan ni susah dan terhad. Deme bukan boleh sesuka jual atau beli barang sebab memasing takde tanah atau bisnez sendiri. Semua dibuat secara berkelompok atau koperasi.

"Apa orang ramai tu buat beratur...?" teman tanya Ludmilla penterjemah utk delegasi Malaysia.

"Oh...mereka ingin membeli barang," jawab Ludmilla dalam Bahasa Indonesia yang fasih.

Barang apa ya. Teman dan Salmah menuju ke arah orang ramai ni yang terjengah-jengah nak lihat apa yang ada di barisan paling depan. Deme orang Rusia ni tenung keme yang berpakaian pelik. Keme berdua berbaju kurung tapi Salmah cam normal, teman ni yang tak normal pada deme sebab pakai kain tutup kepala. Yalah masa tu orang yang lazimnya pakai kain kat kepala ni rahib-rahib Kristian. Pulak tu deme ni dah lama tak jumpa rahib, mandang langsung dah beberapa tahun! (Mandang= takde, cakap orang Perak).

Dengan kepohnya keme berjalan ke depan nak tengok apa buat deme beratur panjang tu. Bila sampai ke barisan depan, teman nampak seorang lelaki agak gempal tengah menimbang timun. Err...timun punya pasal 25 orang tua, muda dan kekanak beratur penuh setia dan sabor? Laa ingatkan nak beli daging ka, ayam ka, strawberry ka...ni timun! Teman rasa heran gak. Mesti ada sebab deme beratur dengan sabar hanya semata-mata untuk mendapatkan beberapa biji timun.

Kehairanan teman terjawab bila Ludmilla buat penjelasan lanjut.

"Di sini kalau kami nampak orang beratur atau berkumpul, kami terus ikut beratur tanpa banyak songeh, itu jer peluang yang kami ada untuk mendapatkan barang keperluan," cerita Ludmilla lagi.

Ludmilla ni pun bukan sebarangan orang. Dia ada PhD tapi teman lupa dalam bidang apa. Dia pun sama macam pengguna lain seperti pekerja pejabat, guru, pekerja kilang, posmen dsb. Sama-sama beratur dan berkumpul bila ada jualan di tepi jalan atau di kawasan lapang. Beratur dulu baru tanya apa yang dijual. Beli pun tak boleh banyak, hanya secukup untuk keluarga yang kecil. Keluarga Rusia masa tu memang kecik, 1-2 orang anak jer sebab rumah deme kecik dan gaji pun kecik.

Tu dia, dok negara komunis yang paling power dalam dunia, nak beli barangan keperluan, walaupun sejenis, kena beratur.

"Takde jual kat kedai ke?" teman tanya dengan sengalnya. Memang teman tau dok negara komunis barang tak mewah dan melimpah ruah, tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, macam jadi blur pulak. Kedai ada tapi supply terhad kata Dr Ludmilla. Hari ni timun ada, esok munkin kentang, lusa tak tentu lagi, tulat mau deme jual kobis pulak. Siap spare bakul jer lah pegi memana pun!

"Supermarket?"

"Supermarket ada tapi ramai tak mampu beli kat situ. Yang ramai pegi berbelanja di supermarket adalah orang asing," jelas Dr Ludmilla. Teman terpegun jugak dengar kesukaran pengguna di negara sosialis ni. Ni negara besar kome, USSR/CCCP, tapi rakyat dia tak mewah walaupun deme ni dah hantar banyak roket ke angkasa lepas! Yalah kan deme kata semua orang setaraf, takde miskin atau kaya, semua orang dapat makan. Memang ya pun semua orang takde yang lapar kot. Tengok pada pompuan Rusia, mana yang 35 tahun ke atas semua berat-berat belaka, makin berumur makin besar badan deme. Deme makan banyak benda-benda yang menggemukkan dan mengenyangkan jadi badan deme mengembanglah. Dr Ludmilla ni pun kalau masuk WWF Smackdown layak tu!

Jadi teman pun berasa insaflah dan lebih bersyukur dengan kemewahan yang kita ada kat negara demokratik kita nih - nak cabai, kicap, budu, belacan, tempoyak, cincalok, lengkuas, tempeh - semua ada dan boleh dibeli bila-bila masa tanpa had dan curfew, janji ada pitih!

No comments:

Post a Comment